Lupakan Arab!

Oleh: Bedo´oh Lalu

imgname-burjalarab_is_the_best_hotel_in_the_world-50226711-burj-al-arabTak mungkin Islam lahir dari Arab!

Memang, secara sejarahnya, Islam yang dibawa Muhammad saw bermula dari Arab. Tapi, melihat rupa Arab sekarang, apakah ada lagi Islam di sana?

Tak mungkin!

Dewasa ini, Arab dilimpahkan dengan kekayaan yang meruah. Bahrain, Kuwait, Iraq, dll telah memungut trillion dollar dari kekayaan ´emas hitam´ yang tertanam dalam bumi mereka.

Hasilnya, mereka, seperti UAE, telah menggunakan kekayaan tersebut untuk membangunkan Dubai, dari tanah tandus kepada tanah meriah.

Selain dari itu, Arab Saudi, yang setiap tahun menerima jamaah haji dan penziarah haramain, memperoleh sumber pendapatan yang sangat banyak.

Demikian juga Mesir, daripada terusan Suez turut mendapat pulangan sumber kewangan yang tak kurang besarnya.

Semua ini, diperoleh seperti kebetulan. Tapi, sayangnya, dari waktu ke waktu, dihabiskan habis-habisan!

Bayang saja, sudah berapa tahun mereka menikmati kekayaan ini, namun sudah berapa banyakkan nilai-nilai intelektual yang dibangunkan di sana?

Lihat saja, universiti-universiti mereka, apakah universiti-universiti mereka yang menerima peruntukan dana yang tentu besar, berjaya memasuki 100 universiti terbaik dunia?

Semak saja politik mereka, setelah 60 tahun pertarungan Israel-palestin, apakah yang telah mereka selesaikan?

Malah, pandang juga, bukit bintang di KL, seorang suami yang bercelana pendek dengan seorang isteri yang bertutup rapat, hitam, apakah itu menunjukkan pelayanan yang seimbang antara gender?

Semua ini, jelas menunjukkan masalah Arab!

Arab, memang tak boleh diharap untuk Islam, mahupun untuk kemanusiaan! Bahkan, Arab juga langsung tak layak untuk bercakap atas nama Islam pun!

Setelah 1400 tahun, ternyata Islam tak mungkin ada di Arab. Masa depan Islam ada di jauh dari Makkah dan Madinah, dan tak mustahil ada di Berlin!

17 Responses

  1. Ya…. ia berada di benua scandinavia.

  2. patutnya tak payah wi komen dulu. nanti mai mamat salleh, semuanya akan jadi wahyu, hahahhahahaha! wat buang gandum jek, hehehehehe!

    wahai mamat salleh…muncullah engkau….muncullah secara impirikal, wakakakakahh!

  3. haha…mengapa mesti ada di kota Deutschland??hahaha……tut mier lach, ich habe keine luss….hehehe

  4. selam,

    protože němčina má Murad Hoffman. ale jak jsem řekl, že je prostě nemožné.

    poznámka: díky admin diskopi pro můj článek publikován.

  5. tapi masalahnyer, mamat ngan minah melayu kat malaysia ni tak reti nak bezakan antara arab ngan islam. itu sebab sumer yang arab tu dia ingat islam. dari simpan janggut, pakai serban, jubah, bertudung nampak mata jer, makan bertalam, suap makan ngan tiga jari, naik kuda, naik unta, muzik ala-ala arab, lagu nasyid ala arab, muzik guner gendang jer tak leh guner muzik bertali, perempuan tak leh campur urusan politik, perempuan tak layak jadi pemimpin dan macam-macam lagi lah yang arab tu yang mamat melayu ngan minah melayu kat malaysia ni dok ikut.

    ngok betol la!

  6. kalau nabi muhammad tu diturunkan di tanah melayu, dah tentu yang muslim pakai tengkolok dan yang muslimah pakai kebaya…ye tak?

    kalau nabi muhammad diturunkan di benua cina, nampaknya kita semua dah tentu makan pakai chopstick…tak gitu?

    kalau nabi muhammad diturunkan di benua eskimo macam mana pulak, ek?

  7. klu islam ni milik arab, xnk aku jd melayu, bek aku jd arab!!

  8. Kepada minah.Jangan kutuk Nabi Muhammmad S.A.W,.Nak jadi mcm rosnah mat aris ker?Korang ni sosialis yang bodo.Tak tahu hujung pangkal.Mati pun nak dikuburkan cara islam. Kenapa tak biar je mayat dikhalayak ramai.Kan berjimat namanya. Pegi la mabuk dunia

  9. betul betul betul

  10. jangan terlalu memandang pada akal semata

  11. aku pham maksod minah 2..
    yang nak dsampaikan yela pmahamn islam 2 ada teks dan konteks.. islam trun kat tanah arab masa 2 mgikut budaya arab. maka islam yg diamalkan sarat dgn nlai kat arab pd masa itu. kita ambil 1 konsep pada masa 2..contohnya kebaikan, apa yg dianggap baik pd masa 2 tak sama dgn keadaan masa dan tmpat lain.. maka, definisi kpd berbuat baik atau amal maaruf 2 berbeza..tp perkara pokok di sini ialah berbuat baik..jgn lihat agama secara literal..guna wahyu dan akal..

    kpd bon dan ahmeng, klu tak pham bace la ye, 1st wahyu pon sroh kite bace.. jgn terlalu pndang pd emosi semata..

  12. Ah Meng,
    pertamanya kami bukan sosialis, kapitalis, marxis, mat moto, mat belia, mat bunga (kecuali mat arip), dal lain2..kami mewakili keragaman watak masyarakat khususnya budak2 muda.

    kenapa nak asosiasikan Nabi dengan arab semata? asal kritik arab, maknanya kritik nabi? mana kitab ko bace? contoh budaya arab yang dikritik adalah sifat patriaki yang menebal. adakah ini Islamic? ini bukan mengeneralisasi liar, namun umumnya begitu.

    harus dibezakan arab dengan Islam.
    teringat kata2 Jefry Lang, di Arab itu muslimnya memang ramai tapi Islamnya tiada.. (salah siapa kalau mualaf berfikir bergitu?)

  13. dan ape hal nak masukan Rosnah Mat aris plak?! tak paham sungguh aku..fokus saudara, fokus…………………………

  14. agk bangang bunyinye, soal dikuburkan cre islam jd hujah.. kahkahkah. wktu zmn primitif dlu, mayat dibiarkan tetapi berbau busuuk.. kemudian timbul idea untuk membakarnya.. kemudian timbul lagi idea untuk menanamnya jauh ke tanah (mungkin krn percaya kehidupan slps mati, mungkin gk ada sbb len).. selagi ia cara yang praktikal, ikut dan guna je r. Islam pilih cara itu krn praktikalnya dan philosophic. xsemestinya ia hak milik kekal cara Islam. Kristian pn tnm dlm bumi gk. agama len pn ad gk. lambang je berbeza, fungsi tetap sme. apa yg ada sama ada dikuburkan di pkuburan Islam @ x. simbol semata. yg penting pe yg ko buat selame ko idop ni.pe yg ko percaya n yakin, itu dptanggungjwbkn nnt. jgn nnt idop pn sia2, mati pn tsisa..kubur ko pn org xpndg…kahkahkah

  15. Setiap kaum menganggap kaumnya yang paling betul sedangkan mungkin kaum yang dikata-katai itu lebih baik kedudukannya di sisi Tuhan.
    Ibnu Salleh

  16. Yang membezakan Antara manusia du Dunia Ini Hanyalah ketakwaan Kepada Allah swt.

  17. emang arab dan islam jauh beda, masih kesel mpe sekarang dengan negara uni emirat arab (arab saudi dan csnya) perjuangan mereka membantu saudaranya di palestin kok minim banget. Wallahualam kalau salah kira

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: