KHAIRY CALON PALING BIJAK

3d61889e5a15f3784Oleh hilmanidham

Berbagai-bagai reaksi kelihatan tatkala Parti Melayu bersidang di PWTC. Segenap pelusuk berbicara soal siapa bakal menang. Ternyata yang paling menarik adalah pertarungan jawatan pemuda. Berkenaan 3 jawatan tertinggi agak gedamat sebentar apabila Ali Rustam dibatalkan kelayakan dan ketika itu Khairy tetap diberi peluang bertanding dengan hanya amaran yang tidak seberapa. Ramai yang bertanya bagaimana kemenangan Khairy digapai dengan pencalonan yang diterima adalah yang paling sedikit dan beliau dahulunya orang yang terakhir dicalonkan dan kira-kira hampir tidak layak bertarung sebagai pemuda Melayu? Yang paling meriah diperkatakan ialah Khairy banyak duit. Persoalannya, adakah Khir dan Mukriz tiada duit? Atau hanya Khairy yang cekap menggunakan wang?

Parti Melayu adalah parti yang paling mudah dibaca pergerakannya mungkin kerana tiada islah dalam parti yang telah terlalu lama ditubuhkan. Hanya dengan mengambil kira beberapa bahagian, satu analisis lengkap buat parti ini diselesaikan. Hasilnya teryata! Lihat bagaimana permainan Khairy untuk menang bergaya dikala kemenangan buat Mukriz bertiup kencang. Pencalonan bagi Mukriz cukup banyak tetapi undian diterima adalah yang paling sedikit. Mengapa?

Sistem pemilihan yang dicipta Mahathir memerangkap Mukriz maka Mahathir wajar menyalahkan dirinya apabila Mukriz tewas bertarung. Parti Melayu adalah parti top-down yang tidak akan mengendahkan suara terbanyak dalam parti. Ini yang dinafikan pimpinan parti Melayu dikala diri sendiri menjadi mangsa. Mukriz mendapat pencalonan terbanyak tetapi malangnya Khairy lebih bijak kerana kebanyakan perwakilan pemuda adalah penyokong-penyokongnya. Pencalonan terbanyak yang diterima Mukriz membuktikan bahawa pemuda dalam parti mahukan pimpinannya dan inilah hasrat suara terbanyak. Namun dengan sistem pemilihan dalam parti yakni pimpinan hanya dipilih oleh sekumpulan mereka yang layak telah memberi kemenangan paling bergaya buat Khairy.

Lihat saja Parti Melayu Bahagian Putrajaya. Pencalonan diterima oleh Mukriz dan pencalonan ini diterima hasil dari pungutan suara terbanyak ketika mesyuarat bahagian. Namun cuba lihat nama-nama mereka yang dipilih sebagai perwakilan untuk ke PWTC. Dari Ketua Pemuda hingga ke akarnya adalah penyokong Khairy. Pertarungan di peringkat bahagian sendiri antara Dato Ahmad Zaki dan Tun Faisal adalah pertarungan yang saya kira sesama sendiri. Juga tidak kurang hebat percaturan Khairy apabila 4 orang penyokongnya dari Putrajaya yang bertanding jawatan EXCO pemuda. Lihat juga nama-nama yang sudahnya terpilih untuk jawatan EXCO Pemuda seperti Dato Ahmad Zaki, Tun Faisal, Lokman Nor Adam dan beberapa lagi majoritinya saya kira adalah penyokong Khairy.

Itu adalah hakikat sebenar yang harus diterima oleh ahli dan penyokong parti Melayu. Saya kira penyokong-penyokong Parti Melayu harus sedar bahawa hakikat dalam parti bahawa suara terbanyak adalah sia-sia. Penyokong Mukriz juga Khir harus terima kenyataan begitulah sistem parti yang mereka dukung. Jika ada hujah bahawa analisa pada satu bahagian tidak mencukupi, maka boleh lihat juga Bahagian Alor Setar dan juga Bahagian Masjid Tanah. Kemudian anda boleh melihat trend percaturan yang sama oleh Khairy di kebanyakan bahagian di seluruh negara. Mukriz ternyata tidak sehebat Khairy membaca politik Parti Melayu walaupun sistem itu hasil konstuksi bapanya sendiri.

Tentang kenyataan bahawa pemuda Melayu menghalalkan rasuah itu tanggapan yang salah kerana menghalalkan rasuah itu adalah tabiat Parti Melayu yang sememangnya ada pada semua. Mukriz tidak peka dengan budaya bahawa Parti Melayu bukan parti berbudaya intelektual, maka banyak kesilapan-kesilapan politik yang dilakukan Mukriz yang akhirnya tersungkur ketika disanjung-sanjung oleh segenap penyokongnya ketika menerima pencalonan terbanyak. Maka, Khairy adalah politikus Parti Melayu yang hebat membaca bagaimana kemenangan itu boleh dicipta. Mukriz pula tewas dalam pembacaannya tentang politik Parti Melayu itu sendiri kerana membaca perihal suara terbanyak sedangkan Khairy hanya perlu membaca dan mencatur perwakilan untuk ke Perhimpunan Agung.

9 Responses

  1. apa jd pun KJ ni tetap korup..pandai mengampu n gunekan pak mentua nak menang…bodoh nye KJ!!

  2. tak cukup analisa! ini analisa professor wiki. tidak diterangkan bagaimana proses perwakilan dipilih untuk mengundi.

    siapa yang memilih perwakilan yang pergi mengundi? bagaimana proses memilih perwakilan itu dijalankan? apa ciri-ciri yang membolehkan seseorang itu dipilih menjadi wakil? berapa orang dari satu-satu bahagian itu dipilih untuk jadi perwakilan. sama banyak atau berbeza jumlahnya antara bahagian? kalau beza, kenapa beza? kalau sama banyak, apa rasionalnya? apa beza perwakilan yang mengundi untuk calon jawatan pemuda umno dan calon jawatan pusat umno?

    bila dah diketahui jawapan untuk soalan-soalan di atas, baru la boleh analisa tindakan-tindakan khairy dalam membuat percaturan. hanya selepas itu, barulah penulis boleh membuat rumusan bahawa khairy menang kerana dia pandai mengatur perwakilan.

    kalau setakat analisa di atas, itu boleh kasi kat professor wiki sahaja buat.

  3. wei, ngat sket ECM-Libra punyer skandal. jangan luper tu. beraper juta khairy dah kaut maser dia jual saham-saham ECM-Libra? kalo tak tahu apaer tu ECM-Libra punyer skandal, gi google. jangan malas.

    ini bukan sebab khairy pandai mencatur ar. ini jugak bukan sebab khairy paham bagaimana struktur pemilihan dan pengundian dalam umno.

    ini sumer pasal, saper yang ada duit banyak. UMNO ni dah jadi parti cari kontrek, cari projek. UMNO dah jadi parti masyuuuuk baru undi, tak masyuuuuk, tak der undi.

    dan ingat sket, KJ tu level 4 beb. kata pemutus tentang dasar, polisi, strategi termasuklah jugak, kontrek, projek dan masyuuuuk, level 4 banyak buat keputusan.

    so, analisa kat atas gagal mengambil kira soal-soal ini!

    sejak biler plak diskopi ni ader penyokong khairy plak? poyo ar diskopi sokong orang kaki rasuah!

  4. ala diskopi ni semua pun ada… sokong Nizar ada, Sokong Khairy ada…. blasah Madey ada… blasah Pak Lah ada… blasah Anwar pun ada… kah kah kah….

  5. pe lak bdk diskopi ni, korg ingt korg bgos ke blasah2 org..

  6. aku setuju yang KJ memang kaki rasuah! pasti!

  7. terima kaseh..

  8. boleh ke KJ wt keje?

  9. apa punya cerita dongeng la pasal putrajaya, x buat research langsung…šŸ™‚ tp seronok la jugak baca..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: