ATMA Tanpa Jiwa

Oleh: Tukang Tonyoh

prof-latifAtma, dalam Bahasa Sanskrit, adalah bermakna jiwa. Kata ini sering menghiasi falsafah yang terdapat dalam Hinduisme dan Vedanta. Tapi, ATMA, Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM kini tampaknya kehilangan jiwa, atau jiva, atau diri.

ATMA pertama kali ditubuhkan pada 1972 atas nama Institut Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu (IBKKM). Syed Muhammad Naquib al-Attas menjadi pengarah pertama. Ia telah meletakkan asas IBKKM, atau ATMA berdasarkan pada teks syarahan perdananya yang berjudul, ¨Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu.¨

Kini ATMA sudah berusia lebih 35 tahun. Hasil daripada model ATMA, lahirlah berencam lagi institut-institut penyelidikan di UKM. Mereka melihat ATMA sebagai institusi pascasiswazah yang amat baik dan layak untuk dijadikan teladan.

Di satu sisi, pandangan ini betul. Tapi di satu sisi lain, pandangan ini salah. Betul, kerana memang seharusnya universiti-universiti mempunyai institusi-institusi penyelidikan yang tersendiri, dan khusus, seperti yang terdapat di ATMA. Salah, kerana berlaku pertindahan, perebutan yang tak sepatutnya dengan fakulti-fakulti yang sedia ada—berkenaan dengan pelajar pasca-siswazah dan bidang penyelidikan.

Malah, lebih teruk lagi, institut-institut di UKM kini lebih berupa tempat longgokan mantan pensyarah yang telah bersara, yang kononnya mahu menumpukan kepada penyelidikan. Tapi, sebenarnya tidak! Institut-institut bukan sahaja tidak melakukan penyelidikan yang khusus dan giat, tapi akhirnya lebih merupakan tempat bersantai-santai.

Lihat saja model institut ulung di UKM. ATMA, sekali lagi, adalah Institut Alam dan Tamadun Melayu, institusi ulung di UKM. Namun, sampai sekarang ATMA masih belum menyelesaikan lagi asas yang dirangka oleh al-Attas.

Menurut pandangan al-Attas, Tamadun Melayu bermula dari datangnya Islam ke Alam Melayu. Islam yang membawa Tamadun. Sebelum kedatangan Islam, Melayu tak punya tamadun kerana tiada pengetahuan yang besar-besar yang terdapat di dalamnya.

Jika kerangka itu pun dipakai, ATMA jelas masih gagal. ATMA masih belum dikatakan berbuat apa-apa. ATMA malah sehingga kini masih lagi tak mampu untuk mengorek—secara sempurna—khazanah ilmu yang dibawa oleh Islam yang menunjukkan kebitaraan Islam di Alam Melayu ini.

Mungkin dari segi kesusateraan sedikit selesai. Tapi ternyata, dari bidang sains dan teknologi Alam Melayu, serta bidang-bidang lain, ATMA untuk merangkak pun gagal!

Bayangkan, sebuah pertanyaan saja membuatkan kita termangu. Apakah memang benar Melayu pasca Islam itu tiada timbunan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi? Tentu, tak mudah untuk menjawabnya. Kita barangkali tiada jawapan. Tapi jika tiada jawapan, adakah itu tandanya memang tiada, atau pun tandanya belum dicungkil lagi?

Sebab itu, ATMA perlu lebih berkembang lagi. ATMA, jika mahu terus dijadikan model institut penyelidikan teladan, seharusnya berkembang bukan saja mengorek khazanah ilmu pasca-Islam, bahkan juga mesti mengorek ilmu pra-Islam. Adalah amat mundur sekali, jika penyelidikan ATMA hanyalah dibataskan pada zaman-zaman tertentu sahaja. Walhal, ilmu itu tak kenal zaman.

Jadi, inilah tugas utama buat Pengarah baru ATMA. Kita bolehlah melafazkan tahniah! Tapi, menerusi latar falsafah sains, Prof Dr. Abdul Latif Samian mestilah mengalas amanah tersebut dengan sebuah keterbukaan. Tak usah bataskan penyelidikan pada zaman-zaman tertentu sahaja.

Jika ATMA boleh menggunakan kulit Hinduisme, maka mengapa perlu takut pada isi Hinduisme? Justeru, aturcara penyelidikannya amat menuntut perluasan baru. Sekiranya ini pun tak mampu nak diapungkan, maka apa gunanya status UKM sebagai universiti penyelidikan?

Janji UKM, semua khalayak UKM tahu, adalah untuk mencapai 20 universiti terbaik di dunia sebelum 2020. Itu janji! Walau bagaimanapun, kalau menurut tipikal janji sebahagian besar masyarakat Melayu—yang menjadi bidang ATMA sendiri—apakah benar itu merupakan sebuah janji yang boleh kita percayai?

2 Responses

  1. kena lagi UKM nmpaknye..hehe! berkenaan isu PPSMI ari2, pernah x menonton video korporat UKM..di minit2 terakhir itu ada ditulis…”pernahkah anda membayangkan akan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dunia”….dan slide itu mewakili ATMA sebagai salah sebuah institusi penyelidikan di UKM

  2. erkkk…kenapa Atma nampak lembik je sekarang eh? kawan aku dari Sweden cakap kelas bahasa melayu Atma sekejap ada sekejap takda. Atma tido ker? Pengarah dia buat pe?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: