Seminar Pemikiran Fizik Semasa

Sains bukanlah kerja makmal semata. Setiap produk sains juga asalnya bermula dari pergolakan fikiran. Atau lebih tepatnya, permainan falsafah sains.

Fizik juga bersifat demikian. Membicarakan soal fizik, secara kebelakaannya tidak seharusnya terlepas dari gelojak kefalsafahan yang bermain di dalamnya. Hal ini dapat disoroti akrab menerusi fizik moden, yang mana merangkumi fizik kenisbian dan fizik kuantum. Kedua-dua displin ini ternyata memang sarat falsafahnya.

Sehubungan dengan itu, ASASI kali berikutnya membawakan Seminar Pemikiran Fizik Semasa bagi mengupas persoalan-persoalan mutakhir ini. Menerusi latar pembentang serta tema yang dikemukakan, seminar seumpama ini barangkali adalah yang pertama di Malaysia. Butiran seminar menarik ini adalah seperti berikut:

Seminar Pemikiran Fizik Semasa
Tarikh: 18 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8:30 pagi – 5:00 petang
Tempat: Bilek Mesyuarat FST, Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains & Teknologi, UKM

Pembentang:

Prof. Dr. Hishamuddin Zainuddin (UPM)
Teorem Kochen-Specker: Implikasi, Variasi dan Penyelesaian

Prof. Dr. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah (UM)
Nama, Subset, Logik, Kesegerakan dan Neurologi – Sains Seperti Yang Kita Difahamkan

Prof. Dr. Shahidan Radiman (UKM)
Hubungan Antara Kosmologi Moden dengan Teori Nombor

Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir (UKM)
Fizik dan Teori Topos

Prof. Madya Dr. Zainal Abdul Aziz (UTM)
Kamiran Feynman dan Sistem Terkamir Lengkap: Suatu Kerangka Kerja Baru Matematik Fizik

Untuk mendaftar, sila ke sini: http://www.kesturi.net/archives/742

7 Responses

  1. hampeh! buat dalam BM aku tak mo gi! ilmu tak sampai kalo buat dalam BM nih! buat dalam BI baru dapat menguasai ilmu fizik sepenoh-penohnyer… ekekekeke

  2. woit, cakap elok2 sket ya. nak ilmu sepenoh2nya kenalah wat dalam bahase greek! hehehe

    tak mainlah bi bi nih… komang spanar aahhh, muahahha!

  3. Mereka yang meragui penggunaan BM dalam pengajaran Sains dan Matematik perlu hadhir ke Seminar Pemikiran Fizik ini. Ini merupakan peluang untuk menilai sama ada BM mampu atau tidak untuk digunakan sebagai bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik dari peringkat rendah sehinggalah peringkat tertinggi.

    Kepada mereka yang anti kepada pengajaran BM dalam Sains dan Matematik seperti Vanguard, Barrack Wong, Mamat Salleh, Nawal dan peserta-peserta perbincangan diskopi lain yang masih sangsi dengan penggunan BM dalam Sains dan Matematik, inilah peluang anda untuk melihat sendiri keupayaan BM dalam menerangkan teori-teori sains dan matematik yang kompleks dan seterusnya peluang untuk menyoal professor-professor yang akan membentangkan kertas kerja mereka nanti.

    Diharapkan mereka yang menyokong PPSMI hadir. Janganlah kita hanya berhujah dan membuat andaian tanpa kita sendiri turun ke seminar-seminar seperti ini untuk menilai sesuatu perkara yang kita sikapi itu.

    Terima Kaseh.

  4. woit, woit, jap, jap,

    ambik toh….

    sapa cakap istilah fizik, logik, topos, teorem, implikasi, nama, subset, neurologi, sains, kosmologi, nombor, moden, matematik, dan sumer-sumer tu yang jadi judul2 kertas di atas adalah mari dari bahase inggeris?

    nah, siapa kata dari inggeris? mari sini aku nak tenyeh sket… muahahaha

    ngoooook btol aah…

  5. fizik = physics = physis (greek)
    logik = logic = logos (greek)
    topos = topos (greek)
    teorem = theorem = theorems (greek)
    implikasi = implication = implicare (latin)
    nama = name = nama (inggeris kuno)
    subset = subset = sub (latin) + sette (perancis kuno)
    neurologi = neurology = neuron (greek) + logos
    sains = science = scientia (latin)
    kosmologi = cosmology = kosmos (greek) + logos
    nombor = number = numerus (latin)
    moden = modern = modernus (latin)
    matematik = mathematics = manthanein (greek)

  6. oit, mamat salleh, mananyer data imperikal yang ppsmi dibuat penyelidikan dulu sebelum dilaksanakan? takkan dah lupa kot…

    lama aku tunggu tuh….

    pasal yg ko senaraikan kan tu, tima kaceh byk2 aah. tapi ada gak eh sebijik dari bahasa inggeris yang maha agung ek? muahahaha!

  7. Tuju Malbaru,
    Mereka anti dengan BM untuk sains,tetapui mereka sendiri tak mahu terima cabaran dengan masuk bidang sains tulen.Memang melucukan!Agak-agak tercirit mereka kalau kita uji golongan-golongan ini dengan operasi kamiran dan pembezaan walau ditanya dalam BM sekalipun.Harap speaking BI je hebat,tapi fizik mereka tahap sifar.Hanya setakat dapat menaip perkataan “Integration” saja,tapi bila disuruhselesaikan masalah integration,haprak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: