UKM Bukan Lagi Universiti Kebangsaan!

Oleh: Tukang Tonyoh

prof-saranDalam idealogi negara-bangsa, kata kebangsaan adalah kata yang sangat berkuasa. Semangat kebangsaan adalah sebuah gambaran semangat yang ditujukan untuk membangkitkan rasa kekuatan diri sesebuah bangsa bila berdepan dengan kekayaan-kekayaan luar.

UKM adalah sebuah universiti yang ditubuhkan atas semangat besar ini. Menerusi perjuangan nasionalisme sebelum ini, kalangan nasionalis telah menuntut agar adanya sebuah universiti yang punya rasa percaya pada bangsa, bahasa, dan jati sendiri.

Lantas, soal pendidikan adalah aspek terpenting dalam membangun sebuah kepercayaan. Kerana itu, dasar asas UKM adalah memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, tanpa ada tolak ansur dalam soal prinsip. Dasar ini tak bermaksud menafikan penguasaan bahasa-bahasa lain. Namun, dalam konsep kebangsaaan, seharusnya bahasa pengantar universiti, di semua peringkat pendidikan, di semua peringkat pentadbiran, dan di semua urusan rasmi domestik haruslah dalam bahasa kebangsaan.

Dasar ini bukanlah dasar aneh. Dasar ini juga bukanlah dasar baru. Dasar kebangsaan adalah dasar semua bangsa yang merdeka, yang tak rasa rendah diri dengan kekayaan sendiri. Inilah juga dasar negara-negara maju. Perancis dan Jerman misalnya, hampir seluruh pendidikan universitinya dalam bahasa kebangsaannya. Mereka yang mahu mengambil prasiswazah di sana misalnya, haruslah terlebih dahulu fasih dalam bahasa Perancis dan Jerman. Inggeris lebih-lebihlah lagi, malah termasuk China sekalipun!

Semua bangsa ini telah ada rasa percaya. Mereka percaya, pendidikan mesti dengan bahasa sendiri, apatah lagi di sebuah universiti kebangsaan.

Tapi, UKM, walaupun bermula dengan hasrat yang sama, tapi tahun-tahun akhir ini sudah mulai tampak kehilangan rasa percaya diri. Ekoran tekanan pasaran kerja, identiti kebangsaan UKM telah mulai luntur. Sudah banyak fakulti yang terhegeh-hegeh menggunakan bahasa bukan kebangsaan dalam pendidikan mereka. Malah, kadang-kala urusan rasmi universiti pun menggunakan bahasa bukan kebangsaan.

Lebih teruk lagi, teks-teks Naib Canselor UKM pun sudah pandai disediakan dalam bahasa bukan kebangsaan. Lihat saja semasa pelancaran buku, ¨Malays¨ baru-baru ini. Ketika itu, teks Naib Canselor UKM disediakan bukan dalam bahasa kebangsaan. Sedangkan, Raja Muda Perak, Raja Nazrin semasa berucap meluncurkan buku tersebut terang-terang telah menggunakan bahasa kebangsaan seluruhnya!

Jadi, kalaulah Naib Canselor universiti kebangsaan sendiri tak yakin dengan bahasa kebangsaan, maka apalah lagi suku-sakat yang berada di bawah-bawahnya? Tengok saja usaha pemprofilan UKM, itu pun digemburkan dalam bahasa bukan kebangsaan—Research, Intenasionalisation, Quality (RIQ), iaitu projek yang UKM telah amanahkan pada Yang Farina!

Tak cukup dengan itu, perhati juga sewaktu Prof. Dr. Saran Kaur Gill menyampaikan Syarahan Perdana UKM sebelum ini. Ucapan sebesar itu pun berani disampaikan dalam bahasa bukan kebangsaan. Apakah sanggup seorang profesor UKM, seorang Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), dan tanpa rasa malu, telah menyampaikan satu Syarahan Perdana UKM dalam bahasa bukan kebangsaan?

Soalnya, apakah profesor ini sebagai warganegara Malaysia memang tak mampu nak bertutur dalam bahasa kebangsaan di sebuah universiti kebangsaan? Jika ini benar, ternyata ini adalah satu peristiwa yang sangat memalukan dalam sejarah penubuhan sebuah universiti kebangsaaan! Kita belum lagi disebut tentang mutu syarahannya. Siapakah yang menilai mutu teks syarahannya itu? Apakah UKM punya badan penilai teks syarahan perdana? Apakah kredibiliti badan penilai itu? Semua pertanyaan ini sebenarnya gagap untuk dijawab oleh UKM.

Kita harus faham, seorang warganegara Malaysia, seharusnya berkebolehan untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan. Bahkan, seorang professor universiti kebangsaan, pasti seharusnya juga tak bermasalah untuk mengungkapkan ilmunya dalam bahasa kebangsaan. Tapi, hari demi hari, UKM telah hilang semua keunikan ini. Sekarang, barangkali masanya untuk UKM ucap selamat tinggal atas pesan-pesan dari Syarahan Perdana pertama Syed Muhammad Naquib al-Attas pada 1970-an dulu!

Hari ini juga, kita boleh kata UKM bukan lagi sebuah universiti kebangsaan. Nama saja tak cukup. Menampal nama memanglah mudah! Begitu juga kalau setakat mahu berpantun dalam majlis-majlis di UKM. Itu pun makcik di kampung boleh buat! Malah makcik dekat Felda Semencu pun lebih petah berpantun dari seorang naib canselor universiti kebangsaan. Tapi, semangat yang ¨lebih atas¨ dari pantun ini telah hilang satu demi satu.

Jadi, jangan hairan bila UKM dituduh pembohong! Sebab, yang membohong ini sudah dipupuk dari amalan para pembesar UKM sendiri! Ini samalah juga macam syarat untuk mendapat jawatan Professor. Dalam peraturan penjawatan UKM, syarat untuk mendapat professor mestilah menulis sekurang-kurangnya satu buah buku. Tapi, percaya atau tidak, hakikatnya berapa ramaikah profesor UKM yang telah menulis sekurang-kurangnya sebuah buku? Cuba selidik semak!?

Jadi, tak payah ¨gaharu cendana pula¨ bila tiba-tiba profesor yang tak pernah menulis buku ini mendapat gelaran profesor? Sebab, peraturan yang UKM sendiri buat pun akhirnya sendiri yang langgar. Justeru, apa guna peraturan-peraturan itu? Peraturan-peraturan yang ada hanyalah untuk dilekehkan dan dimainkan saja. Perlahan-lahan pupus satu demi satu jiwa kebangsaan UKM.

Jelas, UKM bukan lagi universitinya yang berjiwa kebangsaan! Kebangsaan apa? Kebangsaan sekular? Di manakah kebangsaannya, kalau UKM sampai kini pun masih gagal menawarkan kursus elektif bahasa Sanskrit pada para pelajarnya. Bayangkan, kalau universiti kebangsaan pun tak boleh nak tawarkan bahasa-bahasa awal dalam pilihan pengukuhan bahasa kebangsaan, maka apa lagi yang lebih istimewa dari itu? Apa istimewanya kebangsaan?

Ini bukan soal bahasa Sanskrit saja. Tapi juga soal bahasa Pali, Kawi, Pahlava, dan bahasa-bahasa kuno yang lain yang menjadi teras kepada bahasa kebangsaan.  Semua bahasa ini sepatutnya dipertimbangkan, selain bahasa moden, dan haruslah dibuat usaha pengenalan yang serius dalam pengajaran kursus-kursus tertentu!

Tapi, alih-alih idea ini semuanya dipengap saja. Pertanyaan kita, sudah banyak manakah UKM main pengap saja idea-idea bagus selama ini?  Kemudian di sudut yang lain, UKM tak habis-habis berbangga sakan kerana sudah berusia lebih 35 tahun! Ini universiti apa sebenarnya? Siapa yang punya universiti ini? Rakyat atau pembesar-pembesar universiti ini?

Jadi, melihat perkembangan ini, lebih wajar UKM berterus-terang saja. Tak usahlah lagi memakai lagi nama universiti kebangsaan. Buat malu saja. Carilah nama lain yang lebih cocok. Mungkin UKM sudah boleh dipanggil universiti caca merba, atau universiti rojak, atau silap-silap universiti sampah pun boleh. Sebab, apapun kini sudah boleh!!!

12 Responses

  1. berbaur kebangsaan sungguh nampaknya tukang tonyoh kita ini. di dalam hal ini, aku rasa kita perlu berlapang dada dan terbuka fikiran di dalam membincangkan isu universiti kita ini secara jernih tanpa emosi. aku terasa seperti wujud emosi yang terpendam dari tulisan tukang tonyoh kita ini. hahaha

    sebelum kita menghukum universiti kita ini yang menurut tukang tonyoh sudah tidak “kebangsaan” lagi, aku rasa sangat perlu untuk kita menyediakan kerangka definisi yang jelas yang boleh kita sepakati bersama-sama tentang apa itu yang kita maksudkan dengan “kebangsaan” dan “kebangsaan malaysia”.

    kerana itu, izinkan aku untuk menanyakan dua soalan kepada kawan-kawan yang sedia menjawabnya. ini adalah soalan-soalan aku:

    1. apa itu kebangsaan? hanya dengan mendefinisikan apa itu kebangsaan, baru kita boleh menilai sama ada universiti kebangsaan ini sudah tidak kebangsaan lagi atau masih kebangsaan atau caca-merba atau apa sahaja yang lainnya.

    2. apa pula yang dimaksudkan dengan kebangsaan malaysia? adakah kebangsaan malaysia itu kebangsaan melayu atau kebangsaan melayu-islam atau kebangsaan yang bersifat mosaic atau kebangsaan yang mengakomodasi elemen lain dalam masyarakat malaysia yang serba plural ini atau apa?

    setelah kita menjernihi makna kebangsaan dan kebangsaan malaysia itu, aku fikir barulah lebih mudah untuk kita berhujah.

    dan ingat peraturan diskopi: berhujahlah dengan santun, sopan, tertib dan berhemah.

  2. saya setuju itu.

    persoalan kebangsaan adalah persoalan yang tak mudah untuk kita, tapi sebenarnya mudah untuk mereka.

    mereka, ukm dan kerajaan, hakikatnya sudah ada konsep negara-bangsa. tapi mereka tampaknya tak percaya pada konsep mereka sendiri. izinkan saya membaca lebih lanjut antara pelopor gagasan negara-bangsa di malaysia ini. dari abdul rahman embong, kita mungkin boleh lihat lebih lanjut dan terperinci lagi. nanti saya masuk semula.

    sebelum terlupa, saya sepatutnya menambah satu lagi data di atas. salah satu hal yang juga menyebabkan UKM bukan lagi universiti kebangsaan ialah faktor kaum dalam komposisi pensyarah. tanpa membawa data terlebih dahulu, saya menduga memang ada kecenderungan UKM hanya untuk mengambil kaum melayu saja sebagai pensyarah/pentadbir. malah, sekiranya ada pensyarah bukan melayu pun di UKM, saya tak fikir mereka dilayan baik. mungkin di sini saya patut menulis hal ini dengan lebih rinci lagi. jadi, saya biarkan dulu tergantung.

    dan, saya juga ucap terima kaseh pada admin diskopi kerana meluluskan penerbitan artikel saya ini. saya sangat menghargainya.

  3. Betul. Mestilah UKM wajib guna bahasa kebangsaan. Tengok, Raja Nazrin dapat PhD kat Harvard pun bertutur dalam Melayu (maaf…Kebangsaan). Tak guna bahasa kebangsaan, apa gunanya dinamaken Universiti Kebangsaan Malaysia?

    Tapi, UKM itu Universiti Kebangsaan Malaysia, bukan UBKM — Universiti Bahasa Kebangsaan Malaysia. Betul, UKM ditubuh untuk menegakkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi itu bukan perintah Allah, mengapa kita rigid sangat?

    Apa itu kebangsaan? Perancis wajibkan Perancis, Jepun wariskan Jepun, sebab mereka Perancis, mereka Jepun. Apa maksudnya?

    I. Penduduk mereka homogenous
    II. Mereka ada identiti budaya tersendiri. Di Perancis tiada McDonald, di Itali tiada Starbucks. Malaysia ada apa? Akademi Fantasia? Atau One in a Million?

    Mengapa kita tidak lihat kepada definisi kebangsaan yang alternatif? India mempunyai berbagai-bagai etnik: Tamil, Hindu, Punjabi dll. Untuk memastikan tidak laku konflik, jadi mereka guna Inggeris untuk tujuan rasmi. Apa salahnya?

    Syabas kepada Tukang Tonyoh semangat nak belajar Sanskrit, Pali yang jadi sumber linguistik Melayu. Jadi itu kita lagi perlu belajar Inggeris. ‘Universiti’ dahlah BI, ‘idea’ pun BI, ‘serius’ pun BI, ‘kursus’ pun BI (course), ‘sekolah’ pun BI (school), sampai ‘buku’ pun BI (book).

    Mengapa kita nak pegang kepada dogma nasionalisme lagi? Falsafah nasionalisme juga hasil tamadun Barat yang berlahir semasa abad ke-19, mencapai kemuncak apabila tercetus Revolusi 1848. Empayar Islam bukan diasaskan atas nasionalisme. Empayar Turki dipecah belahkan oleh nasionalisme yang merupakan konsep ‘self-determination’ oleh Woodrow Wilson.

    Mengapa kita kena jadi patriotik sedangkan kerabat diraja kita sendiri tak patriotik dengan hantar anak-anak diraja belajar di Amerika, di Britain? Mengapa kita kena jadi patriotik sedangkan calon ketua Pemuda UMNO belajar di Singapura dan Oxford? Mengapa pemimpin kita boleh belajar overseas kita rakyat biasa kena taksub nasionalisme?

    Marilah jadi nasionalis:
    ” Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Bahasa!”

    (PS: Slogan Nazi 1933-1945:
    ” Ein Volk, Ein Reich, Ein Fuhrer!”)

  4. woit, woit, woit, jap, jap, jap,

    apalah tukang tonyoh nih. kita nak bahasa greeklah. kan dah cakap dah kan. takpun kita nak bahasa latin. bahasa inggeris nih komanglah, siap main curik-curik dari bahasa greek dan latin pulak.

    pastu bahasa melayu plak, opsss silap, bahasa kebangsaaan plak,curik sekali lagi dari bahasa inggeris. alahai, kan lebih elok belajarlah bahasa greek dan latin saja. terus ke perkataan asal. kan kan kan?

    tengok, bahasa inggeris yang suka curi perkataan universitas (dari latin), idea/idein (greek), bok (dari jerman kuno la plak), schole (greek), ini semuanya nak curik dari bahasa-bahasa lain. eeee tak tahu malu bahasa inggeris, hahahaha!

    hidup bahasa greek! esperanto la la la la la….

  5. kalau bagi saya kebangsaan tu salah satu daripada elemen penting dia ialah bahasa. tak kira la bahasa apa yang digunakan tapi mesti ada satu bahasa teras yang menjadi identiti sesebuah negara bangsa tu.

    contohnya china ada bahasa cina, jerman ada bahasa jerman, italy ada bahasa italy, perancis ada bahasa perancis, inggeris ada bahasa inggeris, thailand ada bahasa thailand, indonesia ada bahasa indonesia. pendek kata kebanyakan negara-bangsa yang wujud kat dunia ni majoritinya ada bahasa terasnya sendiri yang menjadi simbol atau identiti kebangsaan sesuatu negara bangsa tu.

    macam china walaupun sebenarnya dia ada beratus bahasa-bahasa daerah dia sendiri, tapi identiti china sebagai sebuah negara bangsa diikat dengan satu bahasa iaitu bahasa mandarin, sama jugak macam indonesia diikat oleh bahasa indonesia.

    so, memang kalo untuk saya kebangsaan tu salah satu elemen penting dia ialah bahasa teras yang menjadi bahasa identiti negara-bangsa tu. so, kalau UKM dah tak guna bahasa teras negara ini iaitu bahasa malaysia, memang UKM dah tak layak dinamakan universiti kebangsaan lagi sebab kebangsaan itu perlu diwakili oleh satu-satu identiti yang menjadikannya kebangsaan.

    memandangkan bahasa adalah salah satu elemen utama di dalam identiti kebangsaan tu, jadi menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan membawa maksud bahawa UKM memang tak layak dinamakan universiti kebangsaan lagi.

  6. nampaknya tukang tonyoh dan orang lain blom memberi definisi lagi pada “kebangsaan” dan “kebangsaan malaysia”.

  7. Ha! Tukang tonyoh jangan lari! Dah tonyoh, jangan menyorok. tunjukkan diri anda. apa itu “kebangsaan” dan apa itu “kebangsaan malaysia” ?

  8. bahasa greek please….muahahaha!

  9. Visi UKM

    UKM bertekad menjadi Universiti terulung yang menjadi pelopor inovasi mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

    Misi UKM

    Menjadi pusat ilmu terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta menyejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

    Sejarah UKM

    Gagasan untuk menubuhkan sebuah universiti kebangsaan pertama kalinya dibangkitkan seawal tahun-tahun 1920an. Gagasan awal ini dibuat oleh Abd. Kadir Adabi, yang mencadangkan penubuhan sebuah universiti yang dapat memenuhi keperluan pendidikan orang Melayu dan pembangunan Bahasa Melayu (kini bahasa Malaysia).

    Lewat tahun-tahun 30an, idea ini terus berkembang dan tersemat dalam sanubari orang Melayu, khususnya semasa zaman penjajahan. Namun begitu, ia diperjuangkan secara terbuka dan aktif pada tahun-tahun 40an dan 50an apabila Persekutuan Kesatuan Guru Melayu Semenanjung mendesak agar Bahasa Melayu mendapat tempat sewajarnya di negara ini dan mendesak agar tahap sekolah-sekolah Melayu ditingkatkan supaya para pelajarnya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

    Pada tahun-tahun 60an, permintaan ini diulangi dan perbincangan terbuka diadakan. Sekumpulan intelek Melayu telah berkumpul untuk membincangkan gagasan bagi sebuah universiti kebangsaan, bukan sahaja bagi keperluan orang Melayu tetapi keperluan rakyat Malaysia. Idea ini diterima dengan baik oleh semua pihak. Sejak itu, permintaan rakyat mula mendapat perhatian sewajarnya.

    Pada tahun 1969, sebuah jawatankuasa penaja telah ditubuhkan dan menerbitkan sebuah laporan yang mengesyorkan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Laporan itu membentuk asas universiti ini. Kebanyakan daripada syor diterima sebagai garis panduan dalam penubuhan rasmi universiti ini pada 18 Mei 1970.

    Maka, kelahiran universiti ini merupakan peristiwa yang sungguh bersejarah. Ia dibina atas keringat dan pemikiran rakyat yang mempunyai visi tentang keperluan universiti ini. Kejayaan yang universiti ini telah capai sejak dari awal penubuhannya membuktikan kejayaan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di peringkat universiti dan ini tidak dapat disanggah oleh sesiapapun.

    http://www.ukm.my/portal/menu_selamatdatang.html#visi

  10. “Misi UKM – Menjadi pusat ilmu terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta menyejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan”.

    kalau dah ini misi UKM, apaer ke jadahnyer NC dan TNC UKM guna bahaser inggeris ?????

    ini dah kira pengkhianat kepada misi UKM dan mengkhianati amanat dan harapan pendiri-pendiri UKM.

  11. korg ni ada satu masalah la, masalah pemikiran yang beranggapan semua orang yang menggunakan bahasa inggeris tu tak menghargai bahasa malaysia. bagi anda, tak boleh langsung guna bahasa lain. lantak korg.. buang masa je bercakap dgn golongan2 pejuang bahasa (kononya).

  12. encik epool,

    para perjuang bahasa sekalian bukan anti-BI tapi sayangkan BM. bukan kerana sifat nasionalis membuta tapi kerana sayangkan khazanah ilmu yang bakal kita siakan jika bahasa Melayu dipinggirkan daripada bahasa ilmu. sekali lagi, perjuangan kami bukan anti-BI, malah kami pon mengakui keperluan untuk menguasainya. menguasainya.

    terima kaseh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: