Profesor Atas Pokok

Oleh Ainon Mohd

prof-madya-dr-agus-yusof-penganalisis-politik-ukmPenganalisis politik yang juga Pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata beliau secara peribadi tidak melihat pelaksanaan PPSMI itu boleh mengundang padah, termasuk mengancam kedudukan bahasa Melayu.

“Ini berdasarkan pengalaman saya sebagai bekas pelajar dan pakar yang perlu membentangkan kertas kerja di luar negara. Bagi saya, sebarang usaha menolak kepentingan bahasa Inggeris bererti kita menolak keupayaan negara untuk bertanding pada pentas antarabangsa,” katanya.

Inilah respon UNIKAPTS:

GMP tidak pernah menafikan peri pentingnya pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Malah GMP mendesak Kementarian Pelajaran supaya memperbaiki mutu P & P subjek itu dengan meningkatkan kualiti guru-guru bahasa Inggeris, metodologi pengajarannya, pedagoginya, bahan-bahan bacaannya, malah menambahkan jumlah jamnya.

Yang dibantah oleh GMP adalah penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium bagi mengajarkan subjek sains dan matematik.

‘Profesor Atas Pokok’ itu bercakap dalam bidang-bidang yang dia bukan pakarnya. Dia bukan profesor pendidikan, bukan profesor bahasa, bukan profesor pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan profesor matematik, apatah lagi profesor bidang sains.

Daripada hujahnya, jelas lagi nyata bahawa Profesor Atas Pokok itu berfikir tidak empiris: Dia tidak membezakan ‘pendapat’ dengan ‘fakta’ dan ‘data’.

Profesor Atas Pokok itu sepatutnya mengemukakan ‘fakta-fakta’ dan ‘data-data’ sebagai rasionalisasi perkara yang dipercakapkannya, sebagaimana yang dilakukan oleh dato’ Prof. Emeritus Dr. Isahak Haron (UPSI), Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin (UKM), Datin Prof. Dr. Juriah Long (UKM) Prof. Dr. Ratnawati Asraf (UIA), dan Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (UPSI), mantan Profesor Dr. Shaharil Mohd. Zain (UKM). Mereka semua telah menjalankan kajian saintifik masing-masing sebelum bercakap tentang kegagalan PPSMI.

Dengan bercakap tanpa menggunakan fakta dan data, Profesor Atas Pokok itu telah melakukan fatal error dalam bidang akademik: Dia menggunakan pengalaman peribadi untuk membuat generalisasi, dan kemudian menggunakan kes dirinya sendiri bagi mengabsahkan suatu dasar pendidikan peringkat nasional.

Wahai Profesor Atas Pokok!

German, Peranchis, Itali, Rusia, Sweden, Belanda, Denmark, Norway, Sweden, Finland, Switzerland, Austria, Sepanyol, Jepun, Korea, Taiwan, China tidak mengamalkan PPSMI. Apakah negara-negara itu ‘menolak keupayaan negara untuk bertanding pada pentas antarabangsa’?

Bandingkan dengan negara-negara seperti India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Burma, Filipina, Zimbabwe, Ghana, Kenya, Jamaica, Nigeria, Tanzania, Uganda dan banyak lagi, yang semuanya mengamalkan dasar PPSMI, sudahkah negara-negara itu berupaya bertanding pada pentas antarabangsa?

Bandingkan pula dengan semua negara-negara di benua Amerika Latin yang meminjam bahasa Sepanyol dan Portugis bagi mengajarkan sains dan matematik, sudahkah negara-negara itu berupaya bertanding pada pentas antarabangsa?

Alahai, Profesor Atas Pokok…. Mengapakah tuan bercakap menggunakan retorika orang politik? Kalau mahu bercakap macam orang politik, masukilah bidang politik.

55 Responses

  1. sebagai nota: profesor atas pokok di atas merupakan profesor kepada sebahagian pendukung tegar diskopi.

    profesor mencemarkan nama baik anak murid saja, hahaha!

  2. owh, terlupa satu perkataan, professor ngookkkkk!

  3. bahasa melayu tidak dapat mengekspresikan intipati sains dan matematik dengan sebaik2nya atau sepenuh2nya…ini disebabkan golongan tertentu yg tidak membenarkan wacana ilmiah dan ruang demokratik, kesannya masyarakat yg mundur dan lembap….bila bahasa ini tidak boleh ekspresikan sesuatu idea, falsafahnya juga tidak atau susah dihayati…sekiranya ingin nak hayati falsafah sains dan matematik, BI menjadi cara terbaik…sememangnya bahasa lain boleh digunakan ttp sebagai bekas jajahan British, jika BI pun kita tak dapat kuasai bahasa apa lagi yg boleh dikuasai…

    fakta2 dan data2 juga harus dilihat secara kritikal…cam mana metodologinya? kejituannya? ketepatan? satu lagi, fakta2 atau data2 menjadi kesan bukan sahaja atau berpunca drpd kegagalan dasar semata2…harus dilihat pelaksanaannya…jika dasar itu bagus, tp pelaksaan hancur, sememangnya akan gagal…oleh itu dapat la fakta2, data2 cam ni…tapi apa yg gagal sebenarnya, dasar atau pelaksanaan? pelaksanaan yg gagal bukan sebab yg baik utk tukar dasar terus…

    sekiranya nak fakta atau data2, terdapat juga fakta2, data2 ini….graduan malaysia ternyata lembap, gagal, mundur…tidak dilihat langsung di peringkat antarabangsa…jangan cakap graduan, pensyarah pun nyanyuk…pemimpin negara pun cacat….UKM, mana kedudukannya? Hong Kong University, national university singapore bekas jajahan British, guna inggeris, kedudukan pun lagi tinggi…kalau cam tokyo university takpe…

    tapi ni isunya…
    selalu org nak banding dgn jepun, German, perancis etc etc semua…tapi sedarlah juga….german ada siapa; kant, hegel, marx, nietzshe, heidiegger, hurssel, fichte, leibniz….perancis; descartes, sartre, camus, derrida, tocqueville, montesquie, voltaire, rousseau, derrida….itali; croce, gramsci…krn itu kena ambik juga tradisi intellektual, tradisi ketamadunan..masa descartes & montesquie tulis ttg philosophy of the mind dgn falsafah politik semua, melaka tgh tanam padi lagi…tgh jual tukar kambing lagi…org datang guna meriam, sini guna lembing lagi…

    ttg negara lain, kita harus berjaga2…tak lama lagi mrk akan lebih maju drpd malaysia juga…cuma agak lambat sekarang kerana ada dinamikanya sendiri…perang saudara, colonisasi, korupsi, penyelewengan ekonomi adalah faktor2 berpengaruh…

    untuk mengejar, pembelajaran dlm BI tdk dapat dielakkan…

  4. nusantara ada paramatha dan atisa. kalau ramai yg tak kenal, salah siapa? salah bahasakah?

    tengok, mana ada orang mongolia belajar sains dan teknologi dalam bahasa inggeris?

    lagi satu, inggeris kalau nak belajar tentang plato, leibniz, adakah mereka guna ppsmi? logik apa ini?

    karut betullah!

  5. lagi satu, isu antara pembelajaran dan pengajaran dalam sains dan matematik dalam bahasa inggeris itu isu yang berbeza dengan anti-bahasa inggeris.

    jangan tukar topik.

  6. kalau nak hayati sains dan matematik, kena belajar BI? ini satu lagi, logik apa ini?

    sbb BI banyak rujukan? kalau begitu, kuasailah bahasa inggeris betul2! sampai kita boleh tulis balek buku dalam bahasa strategik kita. bukannya melaksanakan dasar negara yang mengambarkan ketidakyakinan kita untuk mengungkapkan aspek2 sains dan teknologi dalam bahasa sendiri.

    bahasa inggeris pun boleh mengungkapkan ilmu greek dan latin dalam bhasa sendiri. jadi, belajarlah dari bahasa inggeris bagaimana mereka berjaya menjadi bahasanya sebagai bahasa ilmu. sebab mereka berjaya, mereka guna bahasa ibunda! dan kebetulan bahasa ibunda mereka adalah bahasa inggeris!

  7. owh lagi satu, vietnam selalu jadi johan olimpiad sains dan matematik peringkat dunia mengalahkan US dan UK. tapi, adakah vietnam buat dasar PPSMI?

    kalau ujikaji vietnam pun tak mahu ambil sebab komunis, peliklah. sebab US dan UK pun curi pelajar2 vietnam untuk mewakili negara mereka.

    jadi, mana logik guna bahasa inggeris dalam sains dan matematik dapat meningkatkan mutu sains dan matematik?

    yang kita lawan kerajaan sekarang ialah: dasar2nya yang tak logik!

  8. noted..noted..🙂

  9. dlm isu ni sy x bersetuju dgn penulis…PPSMI baru dilaksanakan 3 tahun..tak sampai 10 thun pun…mcm mna kita nak melihat hasil drpd implementasi selama 3 tahun ni? banyak lagi penambahbaikan yg perlu dilakukan utk memperbaiki sistem ini. hanya jika sistem ini telah dilaksanakan selama lebih 20 thun dan tidak menampakkan hasil yg bagus, barulah penulis bole mengomen apa yg hendak dikomen.

    bgi saya penulis hnya menulis kerana bersikap terlalu anti-kerajaan. sepatutnya sebgai seorang intelektual dan berakal, penulis sepatutnya berfikir secara rasional dlm memberikan hujah. bukan hnya kerana sikap benci terhdap kerajaan.

    klu kita nak membanding kan tokoh2 ilmuan seperti yg dinyatakan vanguard…kebanyakan tokoh2 ini mempelajari pelbagai bahsa dan ilmu….

    satu lg kena PPSMI ni byk kebaikan….kita dh lama belajar BI dari tadika smpi uni, tapi standard BI kita haprak. mungkin ini dpt membantu serba sedikit…kalau BM x dpt membantu, maka BI lah lebih baik…

    sy merupakan salah seorang pengkritik terhebat terhdap kerajaan….nmun sy hanya mengkritik berdasarkan apa yg rasional….

    sy harap penulis dpt memberikan hujah yg lebih berintelektual…dan bukan membuta tuli yg beragendakan dan bersentimen politik semata2….

    BM takkan hilang di dunia wahai saudara sekalian…di rumah saya bercakap dlm byk bahsa…inggeris, mandarin dan Iban…tetapi sy msih lg dapat berbhsa ibunda sy iaitu Iban…..takda problem kan? di sekolah sy guna BM…Bm sy msih lagi mntap…ini ttg disiplin dan penerapan bdaya itu sendiri….klu kita tahu asal-usul sendri, takkan BM pun x fsih?

  10. deepo?

    baiklah, sila kemukakan aturcara penyelidikan yang sesuai utk PPSMI ini? apa kaedahnya? dari mana teori mana kaedah yang anda hendak pakai? siapa yang kemukakan teori pendidikan itu? apa pedagoginya? sila jawab dalam aspek teori2 pendidikan (sains dan teknologi)? saya tunggu!

    saya juga sudah bersedia utk bawa hujah2 pedagogi d´ambrosio… jangan lari!

  11. Deepo oh deepo….
    apalah nasib menjadi deepo,
    Hendak berhujah guna pakai hujah vanguard,
    hebat mengkritik tiada yang konkrit,
    anti-kerajaan?
    deepo oh deepo,
    siapa pula anti kerajaan?
    mengata dulang paku serpih,
    mengata orang deepo yang lebih,

    deepo oh deepo,
    me spik no english..hahaha

  12. Cool down… itik merah…dapat bayangkan betapa panas dan merah mukanya. Kita perlu lihat isu ini dari segi pragmatik. Memang tidak dapat dipersoalkan bahawa BM mempunyai kedudukan yang tinggi sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi… bagaimana BM sebagai bahasa ilmiah? Memang dalam bidang kesusasteraan, keindahan BM tiada bandingan, BM juga mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan, bagaimana dengan bidang sains dan matematik?
    Aliran Anglo-Amerika telah pun mendominasi dalam bidang sains dengan jelas buktinya anugerah Nobel dan Fields Medals yang dipegang oleh ahli-ahli akademik dari UK & US. Ya… di samping itu juga ramai yang berasal daripada Jepun, Jerman, Perancis etc etc…yang bukan menggunakan BI, tetapi dapat Malaysia nak diperbandingkan dengan mereka dari segi “sustainability”? Negara-negara tersebut telah pun membangunkan satu persekitaran akademik yang konsisten dan matang untuk menjana wacana-wacana baru dalam bidang sains tulen yang dah diusahakan dari sejak seratus tahun yang lalu! Dalam dunia hari ini, mampu Malaysia untuk menunggu seratus tahun lagi?
    Masalah BM sabagai bahasa sains & maths ialah hasil Malaysia tidak dapat nak “connect” dengan dunia luar… Graduan UKM contohnya, graduate dari kejuruteraan nuklear, nak sambung PhD, mohon dekat California Institute of Technology, dekan sana mana faham BM, macam mana nak terima dia berdasarkan tesis UKMnya? Jadi, dia pun sambung PhD dekat Malaysia, atau Indonesia, lepas habis PhD, mengajar pula di UKM, murid-muridnya lepas graduate, tiada pilihan, sambung PhD juga di Malaysia, atau Indonesia, lepas itu… macam mana kita nak “pecahkan” “CYCLE” ini? Satu-satu caranya ialah melengkapkan pelajar-pelajar Malaysia sejak peringkat awal lagi. Apa bezanya belajar “nuklear” bukannya “nuclear’, “molekul” bukannya “molecule”, “biologi” bukannya “biology”, kan baik kita pilih yang pragmatik.
    Segala yang terbaik dalam Sains ada kat US & UK: Massachusetts Institute of Technology (MIT), Caltech, Imperial College London, ataupun ETH Zurich kat Switzerland, Ecole Polytechnique kat Perancis, tapi Malaysia? Menerima hakikat lah, nak tunjuk hero perlu memperkuatkan badan sendiri dulu. Semasa Perjanjian Kanagawa, Jepun dimalu oleh mat salleh, tapi mereka tidak menolak benda-benda Barat atas ego, malah mereka mempelajari benda Barat, maju diri dulu, sekarang Jepun kan jadi hero? Kalau Jepun masa itu tolak teknologi Barat semata-mata atas ego maruah bangsa, hari ini jalan di Tokyo masih penuh dengan samurai…
    Belajar sains dalam medium BI bukannya bermakna mengadaikan maruah bangsa etc etc… tetapi untuk meningkatkan tahap dan untuk kemudahan pencapaian memandangkan UK & US mempelopori ilmu sains… sama seperti kita perlu mempelajari Arab sebelum mendalami al-Quran, mempelajari Perancis sebelum melancongi Paris. Kita perlu berani untuk berubah, bersaing, mengajar. Jika tidak, kita akan menjadi orang Amish di US, hidup di dunia sendiri dan menolak sebarang perubahan.
    Yes we can?

  13. yelah…yelah…pandailah ko Barrack Wong!

    wei, UK dan US yang menang hadiah nobel tu belajar dalam bahasa asing ker? cuba bagi satu contoh, seorang tokoh nobel dari US dan UK yang belajar sains dan matematik–peringkat sekolah–dalam bahasa bukan bahasa ibundanya, di negaranya? bagilah satu contoh? satu contoh je, tak byk! satu jer….

    ko kata, bm tak dapat connect dengan dunia luar? wei, janganlah ngooook sangat! aku nak tanya sket, bagaimana orang jepun pi belajar di caltech, sedangkan tesis master dia dalam bahasa jepun? cuba jawab sket? apalah caltech begitu bodoh sgt terima student master univ tokyo utk buat phd di Caltech? Wei, kalau komang sangat univ2 dari jepun tuh, takkan Caltech buat ¨The Caltech-Japan Internship Program.¨ fikirlah sket!

    lagi satu, masa kat sekolah rendah dan menengah (yang dilaksanakan dasar ppsmi ini), mereka yang belajar bahasa melayu dalam sains dan matematik ini takda tesis lagi ngookkkkk! mereka ada kajian tempatan sejarah dan geografi saja, ngooook!!!!

    hey, kalau pandai sangat sebut ETH Zurich tuh, tolong bagi satu subjek physik mereka yang diajar dalam bahasa inggeris? bagilah! hoi, kalau nak masuk ETH, kita kene belajar perancis atau jermanlah ngoook! jangan main sebut2 saja. ko tanya Asim Barut dari Turki yang belajar di sana, adakah dia belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris–di sekolahnya di Turki–untuk layak masuk ETH Zurich? jawablah! jangan jadi ngookkkk sangat!

    baiklah, ko tentu bagi contoh, tengok Cambridge tu. kan mereka pakai BI kan tuh? woit, adakah orang dari Mongolia amik ppsmi dulu utk layak masuk Cambridge? ada? ada orang dari Sweden yang amik ppsmi dulu sebelum masuk Cambridge? ada orang dari Lubos Motl, pakar fizik tetali dari Czech yang amik ppsmi dulu sebelum masuk Cambridge? ada Dr. Sithi V. Muniady, dari UM yang masuk Cambridge tu amik ppsmi utk layak masuk Cambridge? ada Prof Wan Ramli dari UKM tu yang masuk Cambridge kena amik ppsmi dulu sebelum dibenarkan masuk Cambridge? sebelum jawab, baik ko telefon mereka, tanya mereka dulu! jangan main tibai saja! no telefon mereka ada kat sini: 603 7967 4292 / msithi@um.edu.my (sithi), dan 603 8921 6405 / wramli@ukm.my (wan ramli).

    lagi satu, memanglah jepun tak tolak teknologi barat. tapi ada jepun guna dasar ppsmi utk ceduk ilmu2 barat? tunjuk sket! lebih baik ko jangan guna contoh jepun. kalau aku tunjuk bagaimana jepun begitu yakin dengan bahasanya untuk mengungkapkan sains dan matematik, memang takkan mampu ko nak jawab! contoh jepun sepatutnya kamu elakkan, sbb itu akan lebih membongkar banyak benda lagi kekarutan ppsmi. ingat, jangan guna contoh jepun, kamu takkan mampu! contoh terbaik kamu adalah Singapura. baik keluarkan hujah2 Singapura kamu tuh. aku tunggu untuk mematahkannya!

  14. yelah…yelah…pandailah ko Barrack Wong!

    wei, UK dan US yang menang hadiah nobel tu belajar dalam bahasa asing ker? cuba bagi satu contoh, seorang tokoh nobel dari US dan UK yang belajar sains dan matematik–peringkat sekolah–dalam bahasa bukan bahasa ibundanya, di negaranya? bagilah satu contoh? satu contoh je, tak byk! satu jer….

    ko kata, bm tak dapat connect dengan dunia luar? wei, janganlah ngooook sangat! aku nak tanya sket, bagaimana orang jepun pi belajar di caltech, sedangkan tesis master dia dalam bahasa jepun? cuba jawab sket? apalah caltech begitu bodoh sgt terima student master univ tokyo utk buat phd di Caltech? Wei, kalau komang sangat univ2 dari jepun tuh, takkan Caltech buat ¨The Caltech-Japan Internship Program.¨ fikirlah sket!

    lagi satu, masa kat sekolah rendah dan menengah (yang dilaksanakan dasar ppsmi ini), mereka yang belajar bahasa melayu dalam sains dan matematik ini takda tesis lagi ngookkkkk! mereka ada kajian tempatan sejarah dan geografi saja, ngooook!!!!

    hey, kalau pandai sangat sebut ETH Zurich tuh, tolong bagi satu subjek physik mereka yang diajar dalam bahasa inggeris? bagilah! hoi, kalau nak masuk ETH, kita kene belajar perancis atau jermanlah ngoook! jangan main sebut2 saja. ko tanya Asim Barut dari Turki yang belajar di sana, adakah dia belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris–di sekolahnya di Turki–untuk layak masuk ETH Zurich? jawablah! jangan jadi ngookkkk sangat!

  15. eh, aku nak hantar komen lagi kenapa takleh nih. teruk betullah diskopi!

  16. barack wong, saya ada sambungan lagi tuh. tapi takleh nak post komen tuh. apalah punya sistem web diskopi. tulun ah kenapa takleh nak hantar komen lg nih!

  17. saya takleh nak post sbb komen panjang nih. berilah ruang lebih sket utk saya komen panjang2. teruklah!

  18. tulisan barack wong,

    Aliran Anglo-Amerika telah pun mendominasi dalam bidang sains dengan jelas buktinya anugerah Nobel dan Fields Medals yang dipegang oleh ahli-ahli akademik dari UK & US. Ya… di samping itu juga ramai yang berasal daripada Jepun, Jerman, Perancis etc etc…yang bukan menggunakan BI, tetapi dapat Malaysia nak diperbandingkan dengan mereka dari segi “sustainability”? Negara-negara tersebut telah pun membangunkan satu persekitaran akademik yang konsisten dan matang untuk menjana wacana-wacana baru dalam bidang sains tulen yang dah diusahakan dari sejak seratus tahun yang lalu! Dalam dunia hari ini, mampu Malaysia untuk menunggu seratus tahun lagi?

    kah kah kah…apa barack munkee wong cakap ni?.. kah kah kah…
    macam mana nak bangun persekitaran baru kalo ada orang cm barack munkee wong ni…kah kah kah
    apa salah ke kalo nak mula langkah pertama..hahaha
    bik mama pun jogging dengan langkah pertama…
    kah kah kah
    tp ko lg baik dari deepo ngooooookkkkk
    die me spik no inglis..kah kah kah

  19. Itik merah yang budiman, setakat polemik tidak dapat menyelesaikan masalah, saya pun dah jemur dengan pakar polemik di Dewan Rakyat… konsep bahasa “ibunda” amat mengelirukan: orang Yahudi yang dilahirkan di Jerman(seperti Einstein) bahasa ibundanya Yahudi atau Jerman? Memandangkan gerakan anti-PPSMI kali ini juga disertai oleh Dong Zong yang ingin kekalkan Sains & Maths dalam BC, saya pun anggap bahasa ibunda ini ditentukan berdasarkan aspek etnik.

    Kenal Steven Chu? Menteri Tenaga yang baru dilantik oleh Presiden Obama, penerima anugerah Nobel Fizik pada tahun 1997. Orang Cina, bahasa ibunda= Cina. Setuju? Tapi dia ikut pelajaran sukatan US yang memakai BI di Garden City High School, St. Louis, Missouri.

    Saudara gagal untuk memahami penguasaan BI adalah pendekatan untuk menaikkan Malaysia ke “higher ground”. Saya dah kata bahawa institusi-institusi di Eropah, Jepun, Korea etc etc telah pun “established” dan mempunyai prestij yang diiktiraf umum, mantap dan matang. Satu integrasi telah wujud di kalangan dunia akademik negara-negara maju dan konsensus telah pun dicapai. Hasil penyelidikan Universiti Tokyo yang merupakan Top 20 di dunia dijamin kualiti, pakar-pakar di US sanggup MENTERJEMAHKANnya.

    Tetapi bagaimana dengan Malaysia? Top 200 pun tak sampai, siapa nak bazir masa layan kita? Hakikatnya Malaysia adalah negara membangun, tapi kita mampu bersaing! Caranya menguasai bahasa antarabangsa seperti BI, baru boleh hasil penyelidikan kita dapat diterbitkan di jurnal-jurnal antarabangsa, pelajar Harvard ditukar dengan pelajar UKM, dan profesor dari Columbia boleh mengajar di UM.

    Kita sentiasa memperketawakan dan mempersendakan Singapura akan polisi mereka. Tetapi sistem pendidikan mereka dalam BI telah berjaya menempatkan National University of Singapore di antara Top 20 dunia. Dan betapa banyak pelajar mereka yang baru habis O-Level (= SPM di Malaysia) diterima di Cambridge, Oxford, Yale, Princeton, MIT, Harvard etc etc.

    Malaysia? Tahun lepas seekor je yang dapat ke Harvard, namanya Lee Jia Hui. Anak-anak kerabat diraja belajar di ” international school” yang menggunakan BI, lepas tu hantar ke Harvard atau Oxford (cuba lihat raja-raja kita kan semua pegang ijazah UK atau US) Anak-anak biasa dan kurang mampu? Kekalkan di Malaysia je lah, setakat graduate , cara kerja dah lah. Golongan atasan fasih BI, pass TOEFL, rakyat jelata biar je MUET dapat Band 1.

    Memang di sekolah tak payah tulis tesis, tapi tak kan lah sampai form 6 baru lah nak belajar BI, itulah sebab majoriti penuntut IPTA gagal dalam MUET.

    Saya tidak mengetepikan kepentingan BM, tapi PPSMI tidak akan mengancam kedudukan BM sebagai bahasa ilmiah. Cuma dalam bidang sains kita dah sampai tahap “DESPERATE” untuk memangkinkan pencapaian kita. Dengan status quo sedia ada, kita tak mampu, tak mungkin ada perubahan.

    Tak boleh tunggu dah, zaman dah abad ke-21;
    Tak boleh lari dah, dunia dah semakin rata;
    Katak di bawah bumbung tiada ruang untuk udara segar.

    Adakah saya nak agung-agungkan BI, TIDAK! Bahasa hanya satu medium berkomunikasi, mempunyai asas BI yang kukuh, generasi muda mempunyai “options” yang lebih luas. Tak dapat masuk Harvard? Tak pa, minta Oxford. Tak dapat Oxford? tak pa, try McGill. McGill pun tak dapat? Tak pa, minta Monash. Monash pun tak dapat, tak pa, belajar lah di UKM, sebab hasil penyelidikan UKM dalam sains astrofizik telah dipaparkan dalam jurnal Nature, dan Profesor John Mathers dan George Smoot akan melawat UKM membincang akan hasil tersebut.

    HOPE…HOPE!

  20. sambungan…

    ada orang dari Sweden yang amik ppsmi dulu sebelum masuk Cambridge? ada orang dari Lubos Motl, pakar fizik tetali dari Czech yang amik ppsmi dulu sebelum masuk Cambridge? ada Dr. Sithi V. Muniady, dari UM yang masuk Cambridge tu amik ppsmi utk layak masuk Cambridge? ada Prof Wan Ramli dari UKM tu yang masuk Cambridge kena amik ppsmi dulu sebelum dibenarkan masuk Cambridge? sebelum jawab, baik ko telefon mereka, tanya mereka dulu! jangan main tibai saja! no telefon mereka ada kat sini: 603 7967 4292 / msithi@um.edu.my (sithi), dan 603 8921 6405 / wramli@ukm.my (wan ramli).

    lagi satu, memanglah jepun tak tolak teknologi barat. tapi ada jepun guna dasar ppsmi utk ceduk ilmu2 barat? tunjuk sket! lebih baik ko jangan guna contoh jepun. kalau aku tunjuk bagaimana jepun begitu yakin dengan bahasanya untuk mengungkapkan sains dan matematik, memang takkan mampu ko nak jawab! contoh jepun sepatutnya kamu elakkan, sbb itu akan lebih membongkar banyak benda lagi kekarutan ppsmi. ingat, jangan guna contoh jepun, kamu takkan mampu! contoh terbaik kamu adalah Singapura. baik keluarkan hujah2 Singapura kamu tuh. aku tunggu untuk mematahkannya!

    lagi satu lagi, jangan pandai2 lari isu. isu di sini ialah isu ppsmi, bukan isu tak mahu belajar bahasa inggeris. isu di sini ialah isu ketakyakinan menggunakan bahasa sendiri dalam ilmu, serta rasa kehambaan/ masalah untuk menggunakan bahasa sendiri dalam sebarang pengungkapan ilmu! baik ko hati2 bila berhujah. kalau tak pandai nak susun hujah, sila tanya harisz! dia akan ajar ko secara percuma!

  21. itik merah tertinggal perkataan ngoooooookkkkkkk…hehehe

  22. sambungan…
    jangan main tibai saja! no telefon mereka ada kat sini: 603 7967 4292 / msithi@um.edu.my (sithi), dan 603 8921 6405 / wramli@ukm.my (wan ramli).

  23. sambungan….

    baiklah, ko tentu bagi contoh, tengok Cambridge tu. kan mereka pakai BI kan tuh? woit, adakah orang dari Mongolia amik ppsmi dulu utk layak masuk Cambridge? ada? ada orang dari Sweden yang amik ppsmi dulu sebelum masuk Cambridge? ada Lubos Motl, pakar fizik tetali dari Czech yang amik ppsmi dulu sebelum masuk Cambridge? ada Dr. Sithi V. Muniady, dari UM yang masuk Cambridge tu amik ppsmi utk layak masuk Cambridge? ada Prof Wan Ramli dari UKM tu yang masuk Cambridge kena amik ppsmi dulu sebelum dibenarkan masuk Cambridge? sebelum jawab, baik ko telefon mereka, tanya mereka dulu! jangan main tibai saja! no telefon mereka ada kat sini: 603 7967 4292 / msithi@um.edu.my (sithi), dan 603 8921 6405 / wramli@ukm.my (wan ramli).

  24. sambungan…

    lagi satu, memanglah jepun tak tolak teknologi barat. tapi ada jepun guna dasar ppsmi utk ceduk ilmu2 barat? tunjuk sket! lebih baik ko jangan guna contoh jepun. kalau aku tunjuk bagaimana jepun begitu yakin dengan bahasanya untuk mengungkapkan sains dan matematik, memang takkan mampu ko nak jawab! contoh jepun sepatutnya kamu elakkan, sbb itu akan lebih membongkar banyak benda lagi kekarutan ppsmi. ingat, jangan guna contoh jepun, kamu takkan mampu! contoh terbaik kamu adalah Singapura. baik keluarkan hujah2 Singapura kamu tuh. aku tunggu untuk mematahkannya!

    lagi satu lagi, jangan pandai2 lari isu. isu di sini ialah isu ppsmi, bukan isu tak mahu belajar bahasa inggeris. isu di sini ialah isu ketakyakinan menggunakan bahasa sendiri dalam ilmu, serta rasa kehambaan/ masalah untuk menggunakan bahasa sendiri dalam sebarang pengungkapan ilmu! baik ko hati2 bila berhujah. kalau tak pandai nak susun hujah, sila tanya harisz! dia akan ajar ko secara percuma!

  25. wei, barack wong,

    masalah pendidikan mesia satu hal ngoook, masalah ppsmi satu hal ngookkk, masalah bahasa inggeris satu hal ngookkkk!

    kita nak bercakap masalah sistem pendidikan ker? atau nak bercakap masalah ppsmi nih? atau nak bercakap masalah penguasaan bahasa inggeris?

    fokuslah sket beb!

  26. wei, barack wong, siapa pemenang anugerah nobel dari singapura? wei, siapa tokoh pemikir terkenal dari singapura? wei, siapa saintis terkenal dari singapura? bagi contoh sket?

    lagi satu, benarkah orang singapura yang memajukan pendidikan universiti di singapura? dan lagi satu, masalah kita ialah masalah ppsmi. ppsmi tu di sekolah ngooook! bukan di universiti.

    kalau masuk universiti, kita dah tak cakap pasal bahasa inggeris lagi. bahasa inggeris dah jadi wajib. kita mahu mahasiswa kita kuasai berbilang2 bahasa. kalau nak maju pada 2020, itulah yang kena buat. saintis mesti menguasai lima bahasa, bukan bahasa inggeris semata!

    mana ada sarjana barat yang besar2 hanya kuasai dua bahasa saja? ngoook betul!

  27. barack, aku setuju dengan ko teori bahasa ibunda ada kelemahan. kelemahan teori ibunda adalah dalam konteks negara bangsa. sebab setiap negara bangsa seharusnya memperkasakan bahasa kebangsaaannya. teori bahasa ibunda juga ada kelemahan. sbb tak semua orang akan berbahasa ibundannya dari peringkat awal lagi.

    aku menggunakan teori bahasa ibunda utk lebih mudah ornag paham. tapi majoriti yang guna bahasa ibunda adalah bahasa pertama mereka. kalau tak selesa dengan istilah bahasa ibunda, aku tukar teori kepada bahasa pertama.

    apa bahasa pertama Steven Chu? dan apa persekitaran pendidikannya? di china atau di US? kalau di US, memang patutlah dia guna BI beb! kalau dia masa kecik duk di China, kemudian guna kaedah ppsmi, aku tabik ar kat ko!

  28. Untuk kali terakhir saya mengemukakan pendapat saya megenai artikel ini:

    Saya dah kata, institusi-institusi di negara maju dah capai satu kata sepakat, sesiapa yang layak dan berasal dari institusi yang prestij dijamin dapat tempat. Tentu mereka tiada program yang bernama PPSMI, tetapi mereka tentu ada program yang “equilavent” (seumpama) dengan PPSMI, contohnya ERASMUS.

    Kedua-dua profesor yang saudara sebut saya tidak perlu menghubung mereka untuk membuat kepastian: semua pelajar di Malaysia pra-1980/1990s mengambil O-level/A-level memang mutunya dijamin & DIIKTIRAF.

    Tetapi dengan keadaan akademik Malaysia hari ini yang merosot dengan mendadak , bukankah kita perlu perubahan dan pendekatan baru?

    Itulah apa yang Malaysia kekurangan: PENGIKTIRAFAN. Kita boleh pilih sama ada menjadi antara negara yang paling banyak menghasilkan graduan Oxbridge & Ivy League, atau menjadi negara yang melahirkan siswazah-siswazah yang syok sendiri, dan satu-satunya universiti partner kita ialah Universiti Gadja Mada.

    Tak jadi masalah jika anti-PPSMI berjaya. Tak jadi masalah jika kerajaan main-main dengan masa depan generasi muda kita. Tak jadi masalah jika saudara itik merah & saudara anak murid bawah pokok terus menjerit-jerit di arena siber. Tetapi jika kita terus macam ini, saya boleh bayangkan, setahun yang akan datang, lima tahun yang akan datang, sepuluh tahun yang akan datang, kita akan terus mendengar jeritan yang sama, memain polemik antara satu sama lain dan NOTHING WILL CHANGE!

    Dan mangsanya tetap golongan yang tak kemampuan, BI bagi mereka tetap satu yang jauh, asing, dan tak mungkin nak dikuasai. Manakala goglongan kerabat diraja tetap mendidik anak-anak mereka di International School, bergaul dengan anak-anak mat salleh, melanjut pelajaran ke hemisfera Barat.

    Mungkin pada masa yang akan datang, kita perlu program Program Pelajaran Bahasa Melayu dalam Bahasa Inggeris. Pelik? Tak hairan. Jika mutu BM graduan kita seperti saudara itik merah & anak murid di bawah pokok……

    CHANGE WILL NOT COME IF WE WAIT FOR SOME OTHER PERSON,
    OR
    IF WE WAIT FOR SOME OTHER TIME,
    WE ARE THE ONES WE’VE BEEN WAITING FOR.

  29. barack wong,

    aku setuju ko mengeluh tentang mutu universiti kita. atau mutu sekolah kita sekalipun. bagi aku, ppsmi bukan sekadar dasar yang songsang, tapi juga lambang kepada keruntuhan sistem pendidikan negara kita.

    dan aku setuju dengan ko. hapuskan ppsmi takda maknanya, kalau kita tak merombak sistem pendidikan kita!

    yang paling penting dari semua pembincangan kita, rombak sistem pendidikan kita yang memang tak bermutu ini!!!!

  30. kah kah kah…barack munkee wong da lunak suaranya..
    kah kah kah….ke mana munkee ni pegi agaknya???
    California Institute of Technology?
    Harvard?
    Oxford?
    Yale?
    Atau di Msia lg….kah kah kah kah
    Munkee ni ikut bik mama agaknya.. kah kah kah
    Maen Badminton Piala Bik Mama kt UKM….kah kah kah

  31. Mungkin pada masa yang akan datang, kita perlu program Program Pelajaran Bahasa Melayu dalam Bahasa Inggeris. Pelik? Tak hairan. Jika mutu BM graduan kita seperti saudara itik merah & anak murid di bawah pokok……

    CHANGE WILL NOT COME IF WE WAIT FOR SOME OTHER PERSON,
    OR
    IF WE WAIT FOR SOME OTHER TIME,
    WE ARE THE ONES WE’VE BEEN WAITING FOR.

    kah kah kah…mengata dulang paku serpih, mengata orang munkee terlebih seko..kah kah kah
    puitis betul mutu BM munkee ni..kah kah kah

    ntah apa munkee ni ngarut..kah kah kah
    memanglah tiada perubahan selagi tidak kita sendiri mengubahnya….macam munkee ni byk perubahan sampai fakta pun diubahnya…ngoooookkkk betul…
    kah kah kah…
    da mcm memprovokasikan nilai estetika….kah kah kah
    sory2…petikan ayat tiruan..kah kah kah

  32. anak murid bawah pokok,

    masalah orang yang nak bincang isu ppsmi ni mereka suka tukar isu. macamlah kita ni anti bahasa inggeris!

    ada tiga isu yang harus kita teliti. satu, isu ppsmi. kedua, isu bahasa inggeris. ketiga, isu sistem pendidikan.

    kalau kita buat ppsmi atau tak buat ppsmi ker, itu tak menjamin apa2 jika sistem pendidikan kita tak dirobah.

    tapi, puak2 ppsmi ini pulak fikir, kalau guna ppsmi, terus sistem pendidikan kita dan penguasaan bahasa inggeris kita akan jadi cemerlang!

    inilah yang amat karutnya! logik apa yang mereka pakai sebenarnya? sofis?

  33. saya ada kakak. kakak saya seorang saintis. kakak saya belajar di princeton. jadi kakak saya pandai bahasa inggeris.

    malangnya, saya adiknya yang tak pandai bahasa inggeris. kakak saya suruh saya belajar inggeris. jadi saya minta kakak saya belikan buku untuk belajar bahasa inggeris.

    tapi saya juga perlukan cikgu untuk belajar. dan kakak sayasudi hati untuk menjadi cikgu bahasa inggeris saya.

    persoalannya: dari cerita di atas, apakah jenis buku yang akan dibeli oleh kakak saya? dan apakah kaedah yang kakak saya lakukan untuk ajar bahasa inggeris pada saya?

    siapa jawab, buku itu ialah buku sains dan matematik, angkat tangan?

    siapa jawab, kakak saya guna sains dan matematik untuk ajar bahasa inggeris, sila angkat tangan juga?

    yang angkat tangan tu memang bangang!

  34. saya mohon kepada itik merah dan peserta-peserta perbincangan diskopi untuk menggunakan bahasa yang lebih sopan dan santun ketika berhujah. perkataan seperti ngok, munkee dan perkataan-perkataan yang berunsur mengutuk peribadi orang dan seumpamanya tidak digalakkan untuk digunakan di ruang wacana diskopi.

    sila berhujah dan berwacana dengan menggunakan perkataan-perkataan yang berhemah, sopan, santun serta tertib. diskopi bukan ruang untuk mengutuk peribadi orang lain atau ruang untuk menghambur kata-kata kesat.

    sila ambil perhatian.

    terima kaseh.

  35. benar kater budak diskopi itu…
    tapi xsalah kalau kita berbicara mengenai perkara2 yang berunsurkan peribadi…
    sebabnya aper yang diperkatakan oleh seorang pensyarah itu aku rasekan agak menimbulkan kemarahan banyak pihak..
    sedangkan beliau sendiri tahu bhase melayu 2 sendiri mmg da menjadi tunjang utama kepada tertubuhnya UKm dimana tempat yang beliau sedang bekerja dan mencurahkan ilmu yang telah dia pelajari selama menuntut di MANCHESTER……malulah kat student dyer…xsangka seorang yang bergelar profesor itu mampu mengeluarkan statement yang berbentuk sedemikian….sekurang-kurangnya berfikirlah untuk kemajuan bangsa sendiri..nah tengok ape da jadi,,..

  36. kah kah kah..bdk diskopi..kah kah kah
    bila mase lak budak diskopi jd baik?? kah kah kah
    ada hati nak suroh orang komen baik2…kah kah kah
    …kah kah kah kah…..
    bdk diskopi pun maen badmintun cm bik mama…
    kah kah kah

  37. salaam semua,

    kita baru saja menyambut maulidur rasul, uswatun hasanah kita sepanjang zaman. atas semangat tersebut, saya menyeru kepada semua pihak agar menulis dengan bahasa santun dan berhemah. kenanglah, yang cantik itu budi, dan yang indah itu bahasa.

    jadi, berbudi dan berbahasalah semua! hehehe

  38. now im reading law in a local university…after this i want to pursue a masters degree…i made a search on the internet, all the best and top law schools are in the UK and US…all use english as the medium of instruction…now of course i want to be in the best of the best…i want to learn from the best lecturers and the best references so that i can come back to teach our students this knowledge….

    but i cant enter until i take the IELTS…why? because we dont use english as the medium of instruction…so i have to pay RM 550 just to take the test…

    cakap fakulti undang2 UKM siapa pun tak kenal….fakulti undang2 UIA, tak kenal juga….fakulti undang2 UITM, tak kenal…fakulti undang2 UM, mungkin ade yg kenal la…

    nak belajar drpd monyet2 ni?? ha…akhirnya keluar la monyet juga…ni betul2 la lahirkan pelbagai munkee munkee yg tak berotak… you pay peanuts, you get monkeys…

    bila kita nak henti jadi ‘a user of technology’ dan menjadi ‘a creator of technology’ ….buat sekarang, kalau setakat nak jadi a user of technology, BM boleh la….nak jadi creator, BI tu perlu…oh, bukan BI shj sorry…sains dan matematik dlm BI….

    masalah sekarang ini bukan kita blh menguasai BI atau tak…tak perlu sampai sana lagi….

    yg asasnya, ape itu sains dan matematik itu pun kita tak tau…selama ini kita terlalu risau dgn bahasa yg perlu diguna utk menjelaskan sesuatu idea itu sehingga apa idea itu pada asasnya pun kita da tak tau…cam mana kita nak guna bahasa yg kita faham utk jelaskan sesuatu yg kita tdk faham…akan menjadi satu ‘penjelasan tak bermakna’…

    itu shj la, bahasa yg indah di luar tp kosong di dalam…sains dan matematik dlm BM dan BCina? dr luar boleh la…cakap boleh, tapi intipati kosong…

    kalau menang olympiad, kuiz matematik etc semua, itu setakat user of science boleh la…tp nak jadi creator of science? tu tak nampak lagi…

    kita jangan lupa, org lain yg maju dlm ibu bahasa masing2 da melalui proses evolusi pengilmuan beratus-ratus tahun…baru leh sampai tahap ni…kita nak buat sesuatu yg org lain da buat sejak beratus2 tahun dulu? susah lah kalau nak start sekarang…dunia tak akan menunggu kita…

    civilisational and cultural egoism and fetishism, the obsession with our own identity, is what wrecks progress…we cannot build civilisation, culture, identity, if first and foremost we dun have knowledge…

    “learning without thinking is useless, thinking without learning is dangerous…”

  39. aku hanya tertawa membaca tulisan ini..memang professor atas pokok ni xfaham perjuangan GMP sejak dari permasalahn prinsip lagi..hahahhaha…

  40. tapi seharusnya penulis jgn menyamakan pendapat dia sama dgn murid2 nya..hahhahah..ada banyak perbezaannya itu…..dia mengajar muridnya pentadbiran awam..bukan falsafah pol atau subjek core sains politik yg lain…

  41. silvertongue,

    malas aah layan korang. korang takda hujah pon. semua hujah korang tu ulang2 semule. buat penat jek!

    lagi satu, cara korang bagi hujah macamlah kita orang anti BI. apalah ngoook sangat.

    ppsmi satu isu beb, bahasa inggeris satu isu beb, sistem pendidikan yg hampeh ni satu isu beb.

    jadi, jangan fikir bila buat ppsmi kita terus jadi pandai dalam BI + sistem pendidikan jadi cemerlang gemilang terbilang.

    itu semua temberang saja! ngoooookkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

    belajarlah dari bahasa inggeris, macamana mereka jadi bahasa hebat sekarang. belajar dari awal2 bahasa itu bangkit. bukan belajar dari hujung kebangkitannya. ngok ngok ngoooooooookkkkk!!!

  42. haha..emo…🙂

  43. kah kah kah…silvertongue plak…kah kah kah
    lagi ngoooooook….kah kah kah
    ckp psl user dgn creator of technology pun berkecamuk….kah kah kah
    mmg setanding dgn barack munkee wong..kah kah
    idea pun ulang2…kah kah kah
    tp ni lg celaru….orang nak bagi org msia ni rajin sket..
    sblm jd creator jd la penterjemah dulu karya2 sains dan matematik….baru hebat…kah kah kah
    takde la idea ulang je..kah kah kah
    bak kate bik mama punye musuh a.k.a itik merah,
    nngoooooookkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! kah kah kah

  44. sekali lagi diperingatkan kepada semua peserta perbincangan ini. tolong gunakan bahasa yang santun, sopan dan tertib. bahasa yang kesat, kasar, biadap dan berunsur mengutuk, tolonglah jangan gunakan di ruang perbincangan diskopi ini. berhemahlah di dalam berhujah.

    harap semua peserta menghormati prinsip-prinsip berhujah secara sopan, santun dan berhemah.

    terima kaseh.

  45. budak diskopi, macam “anak murid bawah pokok,” cakaplah, mana ada budak diskopi baik?

    kalau ko betul2 budak diskopi, ko mesti jahat, atau ‘jahat’! hahahaha!

  46. kah kah kah..bdk diskopi ajar org jd beradap..kah kah kah.. bdk diskopi minta jd lebih bersopan santun dan tertib..kah kah kah..ni pun kira tertib mengutuk gak…kah kah kah…then kene berprinsip pulak…kah kah kah……prinsip la sgt…kah kah kah.. baik btol budak diskopi ni sume ye…baik-baik ngooooookkkkk! kah kah kah

  47. aku setuju! kite bantah ppsmi! merosakkan anak2 melayu lua bandar!

  48. kite akan temui angka dlm math dan hnya blajar teori dlm sains.. ape la pnting nye bi dlm kdua2 mata plajran tu… klu nk teror dlm bi..mesti la dad pendekatn yg lbih dlm bi..dan ini tugas pihak2 yg trtentu utk mncpai mtlamat ni. ppsmi hnya mnambah beban dlm pmblajaran murid.. sbg cntoh..aq yg patut dpt best result dlm kimia dan fizik trpaksa brpuas hti dgn kdua2 nya c5 krena kgagaln mntranslate teori aq dlm bi.. aq la mgsa ppsmi

  49. krajaan ptutnya pikir anak2 melayu lua bandar yg mlangkah msuk ke drjah stu.. mereka yg bru mngenali sbjek sains trpakse mmpelajarinya dlm bahasa inggeris.. dn setiap perkataan yg trkndung dlm bhse inggris tu pn lgsg x di fahami..inikan pula nak memahami sbjek trsebut.. jauh skali.. di tambah pulak pimikiran di tahap meraka ini kurang matang dan kurg daya inisiatif utk memahami sbjek yg sush tu..maka diorang wat dek je la.. jadi..hancur la anak melayu kita dalam bidng sains tknologi.. yg rugi…bangsa melayu!
    tu yg kat sek mngah x rmai yg lulus sbjek sains(kimia /fizik/bio)
    bkn nye susah.. tp x phm teori..sbb aja dlm lain bhse inggeris..
    kesian………………………

  50. haha.. cakap orang yang baru dapat result SPM dan kantoi..!

  51. ko pon kantoi gak…

  52. At the risk of pointing out the obvious, what i say here would probably not change your mind in regards to this issue. Nevertheless, i must say that i agree fully with the professor atas pokok. English for maths and science is the way to go. I’ve discussed my rationale for this in a previous comment so i will not repeat myself. Suffice to say that the views of certain quaters not to use englsh for maths and science stems purely from the fact that 1. it would be more difficult for them 2. they perceived that it is easier for them to learn science in Bm or their mother tongue. If like that ah, then the same people who advocate such a policy (against PPSMI) should then have no problem with chinese and indians insisting that they learn all their subjects in their mother tongue. Since it’ll be much easier for them what? right? but no, they’ll bring up the issue of how malay is the bahasa kebangsaan and as such must learn in BM. If that is the case, isn’t it true that BI is the ‘bahasa kebangsaan’ of sorts for science? Applying thesame logic then shouldn’t BI be used for science. People, get it to your heads. Just because Japan and other similar countries have done quite well without ppsmi does not mean we have to follow suit. It is a fact that these countries would have fared much better had they have the ability to converse and express freely in english. They would have won more world prizes and get more recognition. Learning maths and science in english simply cannot be a bad thing. How is the ability to read andlearn very quickly from world class science material in englsih a bad thing? How would being able to connecet and interact with the science comunity in the international arena a bad thing? If you say that it’s harder for people to learn science in englsig, and that it’s easier to learn it in their mother tongue is missing the point. So what if it’s harder? as long as we become better.
    I can only conclude that you people are practicing double standard and insist on seeing what you want to see without recourse to impartial and objective judgment. If it suits you, then can. if it doesn’t, then cannot. Aiseh man.

    I tell you what, the government should just implement a dual system. Those who want Bm go BM. Those who want English go english. Settle. The feasibility and implementation can talk later. Where there’s a will there’s a way.

  53. kangkung nie..abes lec dier kutuk
    mmg keje ttp ko ke ktuk mgtuk ni.
    bek bekal kngkung kt kafe, mkcik kafe nk wt kangkung goreng belacan..

  54. Hello, kajian-kajian yang dibuat oleh prof, prof madya, prof mak-nyah UPSI yang dianggap begitu empiris, sebenarnya penuh dengan masalah dan tak berjaya diterbitkan di mana-mana jurnal antarabangsa. Jurnal antarabangsa tidak mendiskriminasi skop penyelidikan (dalam kes ini, PPSMI), dapi mereka membezakan yang mana kajian hampas dan mana kajian berlian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: