KEMELUT EKONOMI: KANAN, KIRI DAN ISLAM

Quote of the Day

“Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Lupakan Arab!

Oleh: Bedo´oh Lalu

imgname-burjalarab_is_the_best_hotel_in_the_world-50226711-burj-al-arabTak mungkin Islam lahir dari Arab!

Memang, secara sejarahnya, Islam yang dibawa Muhammad saw bermula dari Arab. Tapi, melihat rupa Arab sekarang, apakah ada lagi Islam di sana?

Tak mungkin!

Dewasa ini, Arab dilimpahkan dengan kekayaan yang meruah. Bahrain, Kuwait, Iraq, dll telah memungut trillion dollar dari kekayaan ´emas hitam´ yang tertanam dalam bumi mereka.

Hasilnya, mereka, seperti UAE, telah menggunakan kekayaan tersebut untuk membangunkan Dubai, dari tanah tandus kepada tanah meriah.

Selain dari itu, Arab Saudi, yang setiap tahun menerima jamaah haji dan penziarah haramain, memperoleh sumber pendapatan yang sangat banyak.

Demikian juga Mesir, daripada terusan Suez turut mendapat pulangan sumber kewangan yang tak kurang besarnya.

Semua ini, diperoleh seperti kebetulan. Tapi, sayangnya, dari waktu ke waktu, dihabiskan habis-habisan! Continue reading

KHAIRY CALON PALING BIJAK

3d61889e5a15f3784Oleh hilmanidham

Berbagai-bagai reaksi kelihatan tatkala Parti Melayu bersidang di PWTC. Segenap pelusuk berbicara soal siapa bakal menang. Ternyata yang paling menarik adalah pertarungan jawatan pemuda. Berkenaan 3 jawatan tertinggi agak gedamat sebentar apabila Ali Rustam dibatalkan kelayakan dan ketika itu Khairy tetap diberi peluang bertanding dengan hanya amaran yang tidak seberapa. Ramai yang bertanya bagaimana kemenangan Khairy digapai dengan pencalonan yang diterima adalah yang paling sedikit dan beliau dahulunya orang yang terakhir dicalonkan dan kira-kira hampir tidak layak bertarung sebagai pemuda Melayu? Yang paling meriah diperkatakan ialah Khairy banyak duit. Persoalannya, adakah Khir dan Mukriz tiada duit? Atau hanya Khairy yang cekap menggunakan wang?

Parti Melayu adalah parti yang paling mudah dibaca pergerakannya mungkin kerana tiada islah dalam parti yang telah terlalu lama ditubuhkan. Hanya dengan mengambil kira beberapa bahagian, satu analisis lengkap buat parti ini diselesaikan. Hasilnya teryata! Lihat bagaimana permainan Khairy untuk menang bergaya dikala kemenangan buat Mukriz bertiup kencang. Pencalonan bagi Mukriz cukup banyak tetapi undian diterima adalah yang paling sedikit. Mengapa?

Continue reading

ATMA Tanpa Jiwa

Oleh: Tukang Tonyoh

prof-latifAtma, dalam Bahasa Sanskrit, adalah bermakna jiwa. Kata ini sering menghiasi falsafah yang terdapat dalam Hinduisme dan Vedanta. Tapi, ATMA, Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM kini tampaknya kehilangan jiwa, atau jiva, atau diri.

ATMA pertama kali ditubuhkan pada 1972 atas nama Institut Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu (IBKKM). Syed Muhammad Naquib al-Attas menjadi pengarah pertama. Ia telah meletakkan asas IBKKM, atau ATMA berdasarkan pada teks syarahan perdananya yang berjudul, ¨Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu.¨

Kini ATMA sudah berusia lebih 35 tahun. Hasil daripada model ATMA, lahirlah berencam lagi institut-institut penyelidikan di UKM. Mereka melihat ATMA sebagai institusi pascasiswazah yang amat baik dan layak untuk dijadikan teladan. Continue reading

Free Online Lectures!

Hello people. Sorry i have been missing in action for a while. Anyway i am back with a very cool update, at least for those of you who hunger for knowledge as if its sex… (pardon the humor). Ever dream of attending a Harvard lecturer? but you just couldn’t make the cut in? or just did not have the financing? Well now you can, virtually that is, and its FREE!!!.

YouTube has just released a new sub-site called YouTube EDU, lining up thousands of free lectures from over a hundred universities across the country, including MIT, Yale, Harvard, Stanford, and… i am not sure if there is any from UKM.

Apart from that there is also another site called Academic Earth, also lining up excellent lectures from various universities from all around the world … and again i am not sure if they have those from UKM. Never the less, It’s incredible to see such great options for folks looking for some free education.

The two services are very similar in some ways, and while YouTube’s landing page isn’t quite as useful as Academic Earth’s, they’re both packed full of great content. Head to the Directory page to browse through all the university options, and when you pick one, you can see all of the full courses or individual lectures available. According to weblog Open Culture, YouTube EDU currently has over 200 full courses.

It’s really exciting to see the web embrace and distribute all this free learning, and we’re eager to see both services grow. Like i have said before, embrace generation z people!!!

Seminar Pemikiran Fizik Semasa

Sains bukanlah kerja makmal semata. Setiap produk sains juga asalnya bermula dari pergolakan fikiran. Atau lebih tepatnya, permainan falsafah sains.

Fizik juga bersifat demikian. Membicarakan soal fizik, secara kebelakaannya tidak seharusnya terlepas dari gelojak kefalsafahan yang bermain di dalamnya. Hal ini dapat disoroti akrab menerusi fizik moden, yang mana merangkumi fizik kenisbian dan fizik kuantum. Kedua-dua displin ini ternyata memang sarat falsafahnya.

Sehubungan dengan itu, ASASI kali berikutnya membawakan Seminar Pemikiran Fizik Semasa bagi mengupas persoalan-persoalan mutakhir ini. Menerusi latar pembentang serta tema yang dikemukakan, seminar seumpama ini barangkali adalah yang pertama di Malaysia. Butiran seminar menarik ini adalah seperti berikut: Continue reading