WOW! 88% Rakyat Malaysia Derhaka Sultan?

“Patik mohon derhaka”. Frasa paling kool di abad ini. Dilafazkan oleh Jebat Malaysia baru, Nizar Jamaluddin. Ternyata bukan Nizar seorang yang nampaknya mohon derhaka. Puluhan ribu rakyat Malaysia yang lain sudah terhembus semangat, “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah”. Puluhan ribu rakyat Malaysia yang lain turut terinspirasi dengan semangat Jebat mohon derhaka.

Menurut suatu kajiselidik yang dilakukan oleh portal berita Malaysiakini.com, daripada 39,411 responden yang menyertai kajiselidik ini, 34,617 (87.8%) tidak bersetuju dengan keputusan Sultan Azlan Shah di dalam isu pertukaran kuasa di Perak baru-baru ini. Manakala hanya 3,862 (9.8%) responden sahaja yang bersetuju dengan keputusan Sultan Azlan Shah dan seramai 932 (2.4%) responden tidak tahu apa pandangan yang perlu mereka berikan dalam isu ini.

Wow! “Patik mohon derhaka” sememangnya bukan Nizar seorang sahaja yang melafazkannya!

Kajiselidik isu pertukaran kuasa di Perak

Kajiselidik Isu Pertukaran Kuasa Di Negeri Perak

7 Responses

  1. Sultan bukan Tuhan lah. Kali ini baginda telah membuat satu keputusan yang telah menjejaskan imejnya yang sebelum ini kita respect. Bah kata perpatah Cina: setitis dakwat di selembar kain putih.

  2. antara yang mengundi xsetuju dgn DYMM Sultan….termasuklah aku!…Adakah aku seorang penderhaka?….hahahahahha..all in all,it’s just a another brick in the wall!…

  3. sembah menderhaka …. sekarang dah jadi frasa paling glamer kat kampus aku …
    asal tak setuju jer, mesti terkeluar ‘sembah menderhaka’ walaupun dalam kes bual kosong kat kedai mamak @ kafe fakulti ….haha

  4. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak’
    Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa Melayu tetapi Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun.
    Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun’
    Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah’

    Ada pun daripada kisah yang telah tersulam ratusan tahun dalam tulang sum – sum sejarah dan sosio-politik orang Melayu ini telah acap kali dijadi bukti tanda pasti akan waadat dan daulat Sultan. Ada pula buah fikir yang mengatakan Demang Lebar Daun adalah pertamanya yang berpatek dan memanggil Sultannya dengan gelaran Duli Yang Di Pertuan. Tapi tidak itulah yang kita ingin sembahkan dalam tulisan yang penuh cela ini. Maka entah bagaimana terdetik dalam hati kita berkat kurnia rahmat dari Tuhan RabbiulAlamin untuk membaca semula Sulalatus Salatin yang mahsyur itu karangan Tun Seri Lanang.
    Tertarik kita pada ayat yang ada dalamnya kata hukum syarak. Apakah dia gerangan makluh Allah yang memakai nama hukum syarak ini? Jika ditilik kepada Lebai Google kurang lebih jawapannya adalah hokum yang bersandar undang – undang Islam. Adalah terpakai maknanya kini bahawa Sultan yang bersemayam di negeri Darul Ridzuan itu juga harus bersandarkan undang – undang.
    Maka tidaklah timbul soal derhaka akan Sultan jika persoalan yang rumit itu berkehendak kepada faham undang – undang yang lebih tuntas dan sudah tentunya dengan jalan ke mahkamah.
    Namun begitu adalah menjadi derhaka jika didapati kelak oleh mahkamah bahawa titah perintah Duli Yang maha Mulia itu benar tapi tidak dihormati oleh rakyat terbanyak.
    Tidaklah menjadi kerugian barang sedikit pun jika rakyat Melayu ini berpecah pandangan asal saja tidak berpecah saudara. Sesungguhnya kan telah dijelas dalam kitab agama bahawa sesungguhnya perbezaan itu satu rahmat.

  5. aku xmenderhaka..
    walaupn sultan johor agr ganas gak dulu, hahaha

  6. jgn jd jebat dlm cerita dongeng penjajah..

  7. Mahmud dan Rajuna Tapa muncul dalam setiap zaman, begitu juga Jebat dan Nadim!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: