SEKATAN DEMI KEMENANGAN PEMERINTAH

oleh hilmanidham,

Demokrasi negara ini sekali lagi dibaculkan dek karenah sang pemerintah. Sekatan akses maklumat kepada massa dilakukan kerana kian terdesak mencari kekuasaan. Terdesak kerana terbelit akan simpulan sendiri! Krisis politik di negeri Perak yang berlaku menyebabkan jentera pemerintah semakin berkecamuk apatah lagi apabila akan diadakan 2 pilihanraya kecil masing-masing untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau. Modus operandi pemerintah kini tertumpu kepada sekatan-sekatan terhadap akses maklumat kepada rakyat.

Beberapa hari ini dapat kita lihat bagaimana putar alam berlaku di setiap stesen televisyen yang dikuasai sang pemerintah. Hampir setiap jam diulang perkara yang sama bagi menyampaikan pertuduhan demi pertuduhan sekaligus menyemai perasaan benci rakyat kepada penderhaka feudalisme yang ingkar tatkala pemerintah bersembunyi disebalik tugu agung itu. Bersembunyi daripada rakyat dan pemandiran ke atas rakyat terus dijana agar kepercayaan diberi kepada pemerintah lantas menerima keabsahan yang lebih tinggi dari pembangkang.

Kini, segala ruang untuk pembangkang ditutup serapat yang mungkin. Mahathir dan Najib punya modus operandi yang sama. Akhbar atau lidah rasmi lawan terus dirampas diseluruh negara dengan akhbar-akhbar kepunyaan pemerintah terus-menerus meletakkan tema penderhakaan sebagai rencana utama. Mereka sememangnya bijak kerana dengan rampasan yang terus-menerus dilakukan akan menyebabkan pembangkang kehilangan platform untuk menjawab segala pertuduhan ke atas mereka. Maka rakyat akan hilang sumber bagi menilai siapa yang benar dan apa yang sebenarnya berlaku.

Mungkin Pakatan punya kelebihan kerana mempunyai pemidato-pemidato yang hebat untuk menerangkan situasi yang sebenar. Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan benar-benar membunuh arena pendemokrasian negara ini. Larangan mengadakan ceramah-ceramah umum dikuatkuasakan atas alasan meredakan ketegangan yang berlaku. Apakah negara ini benar-benar bergolak atau hanya bergolak dek ciptaan mereka sendiri? Maka, hilang satu lagi pentas bagi pembangkang menyampaikan penerangan kepada rakyat secara terus.

Kini yang tinggal hanya ruang multimedia yang masih merdeka dari jajahan pemerintah. Namun, ruang-ruang yang ditutup oleh pemerintah pasti memberi impak buruk kepada pembangkang. Dengan 2 Pilihanraya Kecil yang bakal berlangsung, pertempuran yang lebih dasyat akan berlangsung. Dengan momentum dan sekatan-sekatan yang ada tidak akan memberi keselesaan kepada Pakatan untuk bergembira. Tambah lagi dengan jentera diperingkat negeri yang telah dirampas sang pemerintah. Pastinya kelebihan berpihak kepada sang pemerintah. Yang pasti, pertarungan baru  bermula!

10 Responses

  1. Ermmmmmm… lu pikir lah sendiri..

  2. ko kene ingat..surat kabar kene rampas sebab nak jage media nasional..
    x pon mybe sebab tekanan daripada perkara yang berlaku kat perak.. sume orang emosi..sume orang marah2.. bia la media nasional ni kurangkan ketegangn kemarahan rakyat… kita jugak untung.. kat malaysia jek rakyat disedikan dengan bahan lawak tahap gaban..besok kita tgk tajok utusan dan sewaktu dgannya.. mesti lawak….kakakakakakhhhhhhhhhhhhhhhhh

  3. mari jual bontot pd bang nuar berahim

  4. Pihak kerajaan telah ketandusan idea dalam mengekang gerakan rakyat melumpuhkan kerajaan yang kolot lagi bacul ni. masakan tidak, semua saluran informasi pembangkang kepada rakyat da ditutup??? ape ke he??? itu je yg mampu dibuat kerajaan yang dah tua lagi kusut ni. malang sungguh…da jatuh ditimpa tangga…alang2 bacul smpai ketua!!!!!

  5. bon, ko jgan wat rosak ruang diskopi, ko ni mesti ada masalah seksualiti………..kakkakakakakhhhhhhhhhhhh

  6. aku tringin sgt bontot ini d gasak bang nuar

  7. soal seks ko jgn di public kan..pk pkai otak jgn pkai bontot….

  8. mungkin bon ini saiful bukhara adik saiful bukhari…maka ingatlah saudara tersilap memasuki ruang kerana ini ruang idea dan bukan ruang berseksualiti. Tq

  9. pandai hilman idham, mentang2 ensem….

  10. benar memang kerajaan pada masa kini tidak lagi mempunyai idea atau cara lain untuk mengawal kebangkitan golongan massa….dengan cara ini sahaja mereka mampu lakukan bagi mengawal keradikalan rakyat yang dari hari ke hari semakin kukuh dan tidak mustahil pilihanraya selepas akan melihat jatuhnya regim bn yang semakin bodoh….. apa yang nak dikawalnyer srat kabar itu sedangkan pengaruh blog semakin berleluasa dari hari ke hari….cuba direnungkan dan difikirkan berapa ramai yang melayari blog2 politik setiap satu hari…dah la xperlu la nk kawal media massa….xder gunernye pon….peace 4 our democracy……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: