Najib Sesat Dalam Dunia Sendiri.

Di dalam majlis Malam Muhibbah Malaysia-China di ibu negara malam tadi, Najib telah membuat kenyataan berikut ;

“Seperti yang pernah dinyatakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bahawa kita boleh mempercayai rakyat Cina di China pada 1974 (apabila Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan China), saya akan menyatakan perkara yang sama bahawa kita boleh mempercayai dan mempunyai keyakinan dengan masyarakat Cina di Malaysia.”

Pada pandangan saya kenyataan seperti ini oleh seorang pemimpin tinggi adalh amat menghina kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Masyarakat Cina Malaysia diumpamakan dengan masyarakat Cina China. Ini adalah suatu corak pemikiran pra-1940an. Rakyat Malaysia hari ini adalah milik Malaysia, dan tiada sebarang hubungan lagi dengan negara asal nenek moyang mereka. Taat setia, kasih sayang mereka adalah pada bumi bertuah ini, ini adalah tanah air mereka, ini adalah identiti mereka. Ujaran Najib tersebut amat menghina kepada mereka, kerana diletakkan bersama rakyat China.

Kemajuan 50 tahun yang dicapai oleh Malaysia adalah hasil usaha pelbagai kaum di Malaysia, yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Pada awalnya orang Cina menjaga lombong-lombong, orang India menjaga profesyen professional seperti guaman dan perubatan dan sebilangan besar menjaga estet-estet getah, yang Melayu pula terus memajukan sektor pertanian.

50 puluh tahun interaksi, rakyat kita yang berbilang kaum hari ini sudah berani untuk berpakat “merotan” Gerombolan yang sudah naik kepala. Tetapi yang sedihnya, kepala gerombolan masih tidak sedar, dan mengeluarkan ujaran yang tidak relevan seperti itu. Mungkin rakyat harus merotan mereka lagi.

Bagi saya, soal kepercayaan terhadap orang Cina di Malaysia tidak pernah timbul, kerana mereka bukan agen kepada mana-mana negara, mereka adalah rakyat jelata seperti orang Melayu, India dan lain-lain yang bergelar warganegara Malaysia.

Persoalan yang lebih penting pada hari ini adalah sama ada rakyat Malaysia percaya kepada Gerombolan?. Tetapi ini gagal di fahami oleh kepala dalang Gerombolan. Bagaikan syiok sendiri, mengeluarkan kenyataan-kenyataan pra-1940an kononya nak yakinkan orang ramai. Saya berpendapat Najib, sesat dalam khayalan dunianya sendiri. Pemimpin seperti ini sewajarnya bersara, kerana realiti esok hari realiti yang amat mencabar dan tiada ruang untuk pemikiran kolot seperti budak-budak Gerombolan.

2 Responses

  1. saya setuju sepenuhnya. saya ni warga malaysia, takde kaitan dengan China langsung. saya tidak mahu ada kaitan langsung dengan China kerana tanah tumpahnya darah aku ialah malaysia.

  2. dia bercakap seolah2 masyarakat cina ni tak boleh dipercayai sebelum ini…….

    pemikiran jahiliah walupun belajar di oversea dulu si najib ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: