Ampun Tuanku, Patik turut mohon merafak sembah derhaka.

n47635604650_7969

Mohon derhaka, tatkala Perak dalam kemelut politik, tercetus pula suatu “meme” (sila tanya google apa itu meme) daripada ujaran Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kekecewaan rakyat jelata yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama terhadap keputusan salah saorang raja Melayu yang pada suatu masa dijunjung tinggi, dan amat dihormati telah ditunjukkan melalui frasa “mohon sembah derhaka”.

Rakyat Malaysia, berbilang bangsa yang taat setia pada raja-raja Melayu kini memikirkan semula rasional taat setia yang diberikan kepada kaum kerabat, kesan daripada reaksi terhadap titah salah saorang duli yang amat disayangi rakyat Perak.

Rakyat Perak, memang amat berbangga dan amat sayang terhadap kerabat diraja mereka dan raja mereka yang dahulunya Yang Dipertuan Agong Malaysia. Bayangkan kekecewaan yang dirasai mereka sehinggakan mereka sampai hati untuk memohon sembah derhaka.

Sebagai tanda sokongan kepada rakyat Perak, saya Dato Harimau, dengan ini menggugurkan gelaran Dato yang selama ini saya gunakan sebagai tanda sokongan terhadap institusi beraja Malaysia. Hari ini, Harimau tua kesal, sedih, dan memohon sembah derhaka. Kepada sesiapa lagi yang mahu bersama memohon sembah derhaka, sila klik di sini untuk menyertai kumpulan Facebook. Sekian…

3 Responses

  1. derhaka lah kau..

  2. Ya, aku akur, kali ini dengan penuh hiba, aku durhaka kepada raja Perak, antara raja yang paling aku sanjung tinggi.

    Bak kata orang, Raja yang adil disembah, Raja yang zalim disanggah, dan pada pendapat hamba pencabulan demokrasi adalah suatu kezaliman.

  3. aduyai…..
    orang dah bagi kose kat raja…patutnye raja bagi ler kose kat rakyat.

    kerajaan memacu rakyat bukan raja.

    raja berdaulat, tapi tuhan maha kuasa. keadilan di tangan tuhan…..so fikir2 kan

    patik sembah mendeharka dengan rasa hormat .
    tapi tak dapat pangkat dato lagi….so tak payh ler gugurkan gelaran …dadidadidu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: