Rentetan Daripada Peristiwa 8 Mac 2008, telah merombak ramalan esok hari di bumi Malaysia. Tatkala anak remaja sibuk melayan awek, si belia sedar bahawa apa yang dilukiskan oleh Tun Mahathir Mohammad sepanjang dua dekad yang lalu sudah tidak lagi relevan. Trajektori esok hari yang disediakan oleh Tun sebelum bersara untuk tanah Malaysia terkubur sama sekali dengan melandanya tsunami politik 8 Mac.
Fenomena ini bukan sahaja berlaku pada skala nasional, malah merupakan suatu tren global. Kemenangan Obama selaku Presiden Amerika Syarikat kulit hitam yang pertama telah menambah kepada bukti-bukti empirikal bahawasanya dunia sedang rancak dalam merombak skrip amalan norma masyarakat kurun ke-20. Masa depan sudah menjadi begitu kompleks sekali, sehinggakan tidak ada apa yang boleh ditentukan dengan yakin.
Di dalam benak pemikiran si belia, timbul persoalan, kemana selepas ini? Kebebasan untuk mencorak masa depan umpama suatu kejutan sehingga kebinggungan melanda. Tun Mahathr sememangnya seorang pemimpin yang hebat, begitu hebat sekali sehingga berjaya merancang trajektori masa depan, sejauh 30 tahun kehadapan. Produk-produk zaman Mahathir, pada hari ini buntu umpama layang-layang terputus tali, kerana apa yang digambarkan selama ini sudah tidak relevan.
Rakyat sudah tidak berminat dengan wawasan 2020, rakyat sudah tidak parwah dengan matlamat-matlamat yang ditetapkan oleh Barisan Nasional, pelan mega Tun Mahathir sudah lapok. Rakyat kini seperti juga dunia sudah mula melayari arus globalisasi yang begitu bebas sekali, tiada sebarang ketetapan, segalanya ditangan anda, segalanya menanti hari esok yang mencoret kisahnya sendiri, setiap hari umpama suatu misteri yang dinanti-nanti.
Masa depan sudah dikembalikan pada mereka yang berhak keatasnya, rakyat, rakyat yang muda, rakyat yang berani, rakyat yang bebas. Abad ke-21 merayu orang muda tampil mengambilalih tanggunjawab mencorak hari esok, mencorak dengan segala ilmu, mencorak tanpa ikatan, mencorak dengan segala kebebasan, mencorak kehidupan manusiawi, menjadi insan yang bukan sekadar hipokrit, tetapi tulen dari segala perhitungan.
Siapa kata Malaysia tidak mungkin negara Islam? Siapa kata Islam tidak mungkin liberal? Siapa kata Muda itu tubuh? Siapa kata hidup itu nafas? Siapa kata dulu, kini, selamanya? Siapa kata Najib peganti? Siapa kata Terengganu menang lagi? Kerana mereka yang berkata-kata lupa, esok bukan milik mereka…
Filed under: Uncategorized |
kerana apa yang berlaku esok masih dalam ketentuan tuhan…
ya…
kita merancang
Allah merancang
tapi perancanganNya jauh lebih hebat
kerana perancanganNya di atas perancangan kita
kerana tidak ada perkara yang absolut..