Globalisasi

Clobalisation
Clobalisation

Scholte, Jan Aart. Globalization: A critical introduction. Houndmills: Macmillan. London. 2000. Buku ini memerihalkan tentang paradoks yang berlaku dalam globalisasi serta adakah globalisasi hanya merupakan satu terminologi baru bagi neokolonialisasi. Analisis terhadap globalisasi agak menyeluruh kerana setiap aspek dilihat secara kritikal.

Antara aspek yang disentuh adalah Nasionalisme; globalisasi boleh mengekang atau mempromosi nasionalisme kerana ia bertindak sebagai double axe sword. Apabila setiap negara mengamalkan perkongsian harta (shared property), ia lebih menekankan kepada keuntungan kerana berlakunya integrasi ekonomi atas sebab common interest (AFTA, EU) dan akan menghapuskan semangat nasionalisme.

Bilamana berlakunya perpindahan pekerja antara negara – negara, mereka akan lebih menumpukan taat setia kepada “majikan” mereka juga demi keuntungan. Terkadang ada yang terlupa asal usul negara dan kurang prihatin terhadapnya. Scenario ini nyata boleh mengurangkan nasionalisme. Apa yang dipanggil sebagai travel inquirization turut akan mengubah pemikiran mereka kerana kini mereka lebih terdedah kepada sebarang bentuk ideology.Hal ini akan membawa kepada tamatnya kepercayaan terhadap kedaulatan sesebuah negara.

Pelaburan; kegagalan dalam mengawal pelabur asing, masyarakat akan kembali kepada semangat nasionalisme mereka. Mereka akan kembali bergantung kepada negara yang menjanjikan hak mereka dahulu. Globalisasi kononnya mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak tidak berlaku kerana “persaingan adil” itu adalah adil mengikut siapa?

Persaingan yang adil iaitu the survival of the fittest membawa maksud persaingan yang dimulai pada level yang sama. A business is always about how to gain a profit! Keuntungan pula dapat diperolehi dengan memininumkan kos. Tidak menjadi persoalan apa atau bagaimana ia terjadi tetapi siapa? Who will it benefit the most? Ketidakupayaan untuk bersaing dan ketakutan menganggur membawa mereka kembali kepada semangat nasionalisme.

Bukan itu sahaja, ketakutan terhadap terrorism dan penaklukan dari negara lain menguatkan nasionalisme mereka walaupun di satu sudut yang lain ia akan mengubah pemikiran mereka ke arah yang lebih liberal, mungkin.

Penghakisan kuasa negara bangsa (The end of sovereignty); Neo-liberalisme sebenarnya boleh dikatakan telah menghakis kuasa negara bangsa kerana ia tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pergerakan modal yang amat diperlukan bagi kemajuan.

Agensi-agensi dunia seperti IMF dan Bank Dunia memainkan peranan dalam percubaan menguasai negara-negara terbabit.  Bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila negara-negara yang ingin mendapatkan bantuan pemulihan IMF perlu mematuhi syarat-syarat tertentu yang tidak membantu pemulihan ekonomi, malah memburukkan lagi situasi ekonomi Structural Adjustment Programme (SAP).

Situasi sebegini seterusnya menyumbang kepada penghapusan dan penghakisan sistem negara kebajikan.  Berikutan penghapusan cukai dan penurunan tarif untuk menarik pelabur, kebanyakan negara kebajikan telah mula mengurangkan bantuan keselamatan sosial kepada penduduk kerana sumber pendapatan kerajaan telah berkurangan. Penduduk tidak lagi memilih sebuah kerajaan yang mampu menyediakan pelbagai kemudahan dan jaringan keselamatan sosial tetapi pemilihan dalam pilihan raya bergantung kepada kemampuan sesebuah kerajaan memenuhi keperluan pasaran.

Selain nasionalisme, pergerakan modal dan pelaburan, isu ekonomi (pasaran bebas) turut dikupas di dalam buku ini dengan lebih mendalam bagi menampakkan pelbagai kontradiksi yang berlaku di dalam globalisasi.

One Response

  1. header tu masculine sgt ar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: