Aduhai Hawa!

Aduhai Hawa!

Aduhai Hawa!

Hmm, apa agaknya yang cuba hendak disampaikan. Mari kita renungkan seketika, tapi jangan pula termenung! Masyarakat umumnya pasti akan melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa pertubuhan ataupun lebih sinonim dipanggil kelab. Dan..seperti biasa terdapatlah peraturan-peraturan yang ditetapkan. Seringkali juga perempuan dilihat sentiasa pasif dalam perbincangan dan menjadi follower kepada lelaki kerana lelaki conservatively adalah ketua.

Manusia dinilai melalui tingkat dan taraf ilmunya bukan kerana superior gender! Saya dan anda adalah masyarakat yang berbakti kepada masyarakat TANPA sebarang bentuk diskriminasi kulit, agama atau bangsa maupun jantina. Pelbagai persoalan yang ditimbulkan semata-mata untuk memberi gambaran awal kepada permasalahan yang terkadang berlaku dan sering kali kita terlepas pandang tanpa berfikir secara kritis!Perempuan dan lelaki diberi kesetaraan. Dari ayat di bawah ini jelaslah bahawa tiada kelebihan yang membolehkan satu jantina mengatasi jantina yang lain. Hanya amalan yang membezakan mereka kerana manusia yang baik adalah yang mampu memberi manfaat kepada yang lain. Allah berfirman,

“Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): ‘Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (kerana) sebahagian kamu adalah turunan dari sebahagian yang lain’.” (Ali Imran: 195).

Namun, kebanyakan daripada masyarakat suka mengambil sesuatu perkara itu secara harfiah tanpa melihat makna konotasi iaitu apa yang ingin disampaikan.. Terdapat segelintir manusia yang telah mampu berfikir masih berfikiran ortodoks. Masyarakat sebeginilah kadang-kadang menutup ruang bagi orang lain untuk mengenal keindahan sesuatu agama itu.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah saw. bersabda, “Solat itu terputus oleh wanita, keledai, dan anjing. Dan tinggallah hal itu seperti seukuran ekor kenderaan.” (Shahih Muslim, juz 1, hlmn. 366, no. hadis 266).

Hadis di atas sekilas memperlihatkan penghinaan terhadap wanita dan akan menyebabkan public meletakkan wanita di tempat yang hina. Walhal, adalah tidak rasional, lelaki yang dipandang sebagai KETUA dan dilengkapkan segala macam kehebatan tetapi mampu terganggu konsentrasinya oleh wanita. Agak menghairankan kenapa wanita masih menjadi ‘subject’ yang lemah padahal yang lemah di sini adalah lelaki kerana mudah terganggu. Nah.. nampak bukan bahawa wanita itulah yang sebenarnya lebih kuat! Aisyah r.a. tidak memakai hadis ini; menurutnya bertentangan dengan hadis yang lebih kuat dari hadis Abu Hurairah yang terdahulu, khususnya ia sendiri yang mengalami peristiwa itu.

Imam Nawawi berkata, “Aisyah dan para ulama sesudahnya berargumentasi bahawa wanita tidak termasuk faktor yang memutuskan solat seorang lelaki. Hadis ini menunjukkan bolehnya seseorang solat dan ketika ada wanita lewat di depannya.” (An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, juz 4, hlm. 475).

Perbezaan antara kedua – dua hadis ini menyebabkan para ulama berbeza pendapat terhadap masalah ini. Sebahagian mereka mengambil hadis Abu Hurairah; sebahagian lagi mengambil pendapat Aisyah.

Hadis – hadis ini bukan untuk menerangkan perkara yang membatalkan solat tetapi mahu memperlihatkan kedudukan wanita, dan eloklah jika dimulakan dengan perkara yang lebih umum. Kerana hal – hal sebeginilah yang mula akan menimbulkan salah faham terhadap status wanita itu. Islam maupun agama lain meletakkan perempuan setara dengan lelaki. Yakin sekali! Jadi, wajarkah sekiranya lelaki menjadi ‘Tuhan’ kepada wanita jika yang layak dipatuhi hanya satu; TUHAN.

Agama akan sentiasa merupakan sesuatu yang tabu dan “candu bagi manusia”. Oleh itu, adalah sepatutnya jika agama ditafsirkan demi kemanfaatan umum tanpa bias. Dan tidak mustahillah mengapa wujudnya Martin Luther dan protestanisme Islam dalam menunjukkan hermeneutika Islam yang sebenarnya.

“Manusia mungkin berada dalam keadaan gembira, dan manusia lainnya berusaha untuk menyedarkan. Itu memang usaha yang baik. Namun keadaan ini mungkin buruk baginya, dan kesedaran mungkin baik baginya. Membangunkan orang yang tidur, baik atau buruk bergantung kepada siapa yang melakukannya. Jika si pembangun adalah orang yang memiliki pencapaian tinggi, maka akan meningkatkan keadaan orang lain. Jika tidak, maka akan memburukkan kesedaran orang lain.” Rumi

31 Responses

  1. sebenarnya elok kita nilai balek semua hadis2 kita. byk hadith ni sesatlaa…

    takkanla semua hadis kita betul. takkanla bukhari muslim tu maksum… mesti kita meraguinya. itu yang imam ghazali ajar tuh… ragu2kan

  2. lagi satu, header diskopi huduh sepam ar

  3. kupasan penulis adalah sngt ‘lemah’ dalam soal ini,kerana hanya mengguna pakai 2,3 hadith dan seterusnya menggunakan ‘tafsiran’ yang jelas tiada kekuatan ‘authoriti’..maaf jika saya katakan begitu..

    islam tidak pernah meletakkan wanita di temapat ke 2..malahan islam datanag untuk menyelamatkan wanita dari dirindas..hadith yang digunapakai sering dimanipulasi dlm soal ini..

    mohon dirujuk kembali sumber2 dam bacaan yang lebih dalam soal islam dan wanita. Tq

  4. betul. sokong saudara daniel ahmad.
    sjak kedtgn Islam, zmn jahiliah yg merendhkn martabat prmpn sudah ditinggalkn. xkn skrg nk brbalik ke zmn 2 plak?

    wanita itu dijdkn drpd rusuk lelaki, bkn untuk drendahkn atau dijunjung tp untuk disygi dan dhrgai krn di setiap kjyaan lelaki itu pasti ada seorg wanita dsmpingnya…

    “…..seindah hiasan dunia adalah wanita solehah…”

  5. “wanita itu dijadikan daripada rusuk lelaki” – boleh berikan surah apa dan ayat apa yang menyatakan bahawa wanita itu dijadikan dari rusuk lelaki?

    setahu saya kejadian wanita daripada rusuk lelaki ini tidak pernah dinyatakan oleh al-quran.

  6. tetapi islam yang dipraktikkan oleh muslim khususnya muslim arab (juga muslim melayu di malaysia), memang meletakkan posisi perempuan ditempat kedua.

    saya percaya islam memang menjunjung tinggi nilai-nilai kesaksamaan dan keadilan gender. tetapi islam yang ideal dan islam yang dipraktikkan adalah dua perkara yang berbeza.

    islam yang dipraktikkan oleh muslim khususnya muslim arab dan muslim melayu, memang jelas meletakkan posisi perempuan di tempat kedua.

    ini adalah kerana pengaruh budaya patriaki setempat, yang mempengaruhi tafsiran terhadap kedudukan perempuan. banyak hadis-hadis yang muncul untuk memperkukuhkan patriarki arab taktala wujud gerakan untuk membebaskan perempuan dari patriarki arab yang mengongkong. namun ternyata budaya pariarki arab lebih kuat daripada nilai kesaksamaan dan keadilan gender yang cuba diangkat oleh junjungan besar nabi muhammad s.a.w.

    jika betul islam yang dipraktikkan oleh muslim tidak “double standard” terhadap kaum perempuan, sekadar mengambil beberapa soalan:

    1. kenapa di arab saudi perempuan tidak boleh membawa kereta?

    2. kenapa di zaman taliban di afghanistan, perempuan tidak dibenarkan bekerja?

    3. kenapa di dalam PAS, perempuan tidak dibenarkan menjadi presiden? (tidak perlu ke posisi presiden, lihat sahaja barisan kepimpinan majlis syura PAS – ada perempuan diletakkan di situ?)

    4. lihat sahaja kelompok-kelompok persatuan mahasiswa Islam di kampus-kampus – GAMIS, PKPIM, KARISMA, PMI UM, ISI UKM – tidak ada satu pun persatuan-persatuan Islam ini pernah meletakkan perempuan sebagai naib presiden, apatah lagi timbalan presiden dan pastinya jauh panggang dari api untuk meletakkan perempuan sebagai presiden.

    di atas hanya sekadar beberapa soalan untuk kita melihat bahawa islam yang ideal yang ada di dalam imaginasi fikiran kita adalah berbeza dengan islam yang dipraktikkan secara realiti oleh muslim di negara-negara muslim.

    realitinya, islam yang sedang dipraktik oleh kebanyakan muslim adalah islam yang disadur oleh budaya patriarki setempat, khususnya budaya patriarki arab.

  7. “autoriti” – apa definisi autoriti?

    siapa yang mempunyai autoriti?

    dan untuk kepentingan siapa?

    adakah “autoriti” itu mutlak dan tidak boleh dipersoalkan?

    adakah hubungan antara pemberi “autoriti” dan penerima “autoriti” itu wujud di dalam ruang yang vakum?

    atau adakah wujud hubungan kekuasaan antara pemberi “autoriti” dengan penerima “autoriti”?

    hubungan kuasa yang bagaimana?

    hubungan kuasa yang memihak kepada siapa?

  8. to lawan penindasan..

    nnt saya jawab persoalan anda🙂
    menarik tu..OK

  9. memang betul apa yang dikatakan oleh komen daripada ingin tahu tu. di dalam Al-Quran tidak pernah dinyatakan bahawa “wanita itu dijadikan daripada rusuk lelaki”.

    sebenarnya pandangan yang mengatakan bahawa wanita itu dijadikan daripada rusuk lelaki diambil dari kitab injil. kejadian hawa yang dijadikan daripada rusuk nabi adam itu boleh dibaca di dalam holy bible, bab genesis, ayat ke 21, 22 dan 23.

    berikut saya perturunkan tiga ayat dari bab genesis yang terkandung di dalam holy bible yang menceritakan tentang kejadian hawa:

    genesis:21 And the LORD God caused a deep sleep to fall upon Adam, and he slept: and he took one of his ribs, and closed up the flesh instead thereof;

    genesis:22 And the rib, which the LORD God had taken from man, made he a woman, and brought her unto the man.

    genesis:23 And Adam said, This is now bone of my bones, and flesh of my flesh: she shall be called Woman, because she was taken out of Man.

    manakala di dalam Al-Quran sendiri kejadian hawa dari tulang rusuk adam tidak pernah diceritakan.

    walaubagaimana pun memandangkan kebanyakan daripada umat islam khususnya orang melayu di malaysia ini, malas membaca, malas berfikir dan malas mengkaji dengan lebih mendalam, maka mereka menerima bulat-bulat apa yang disurahkan oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah mereka.

    dan hujah “wanita itu dijadikan daripada rusuk lelaki” sering digunakan seolah-olah ianya datang dari Al-Quran untuk melegitimasikan kekuasaan kaum lelaki ke atas kaum perempuan, walaupun sebenarnya banyak ayat-ayat Quran yang memperteguhkan prinsip kesaksamaan gender contohnya di dalam surah 33 ayat 73; surah 9 ayat 71; surah 2 ayat 187 dan beberapa ayat-ayat yang lain yang menunjukkan prinsip kesaksamaan dan keadilan gender adalah merupakan salah satu daripada inti falsafah Islam.

  10. to zigaki:

    wah2, cantik komen tu?
    hehehehe, bagus2, sume berfikiran matang n nampaknya zigaki tu adalah seorang wanita@muslimah…
    knpa? komen2 nya membuktikan bahawa dia adalah seorang muslimah.
    bagus, berikan komen yg bernas utk kepentingan kita semua,buang yg keroh n amik yg jernih.
    jgn menindas kaum hawa n kaum hawa jgn menindas kaum adam di rumah…

  11. maaflah…saya tidak pasti apa yang cuba disampaikan penulis… adakah penulis tidak bersetuju dgn taraf yang diberikan masyarakat kpd wanita ataupun taraf wanita dari kacamata Islam… saya bersetuju dengan kupasan akhair dari lawan penindasan… kita harus membezakan apakah “ajaran” dan “budaya”…adalah hakikat yang sangat sedih bahawa bangsa2 yang menganuti Islam kebanyakan berbentuk “patriarchal”… hingga terbawa2 dalam ajaran agama… Islam adalah agama yang terulung dalam memperjuangkan hak2 wanita…lihat sahaja contoh undang2 faraid…selain dai itu ada agama lain yang meletakkan syurga dibawah tapak kaki wanita (ibu)??? agama islam itu bukan candu… agama adalah petunjuk sepanjang jalan… agama islam juga bukan menghukum saja…agama islam adalah cahaya penenang jika diamalkan dan difahami segala intipatinya…

  12. selengkap lengkap melengkapi satu sama lain.

  13. sebenarnya, lelaki dan wanita bukannya setaraf dari sudut hak dan tanggungjawab. mereka hanya setaraf dari sudut kemanusiaan. malah, dari sudut kemanusiaan, wanita patut lebih dimuliakan.

    hak masing2 adalah berbeza. samalah juga dengan tanggungjawab mereka, juga turut berbeza.

    sebab itu antara lelaki dan wanita, mereka ini lengkap-melengkapi. ada semacam tao. lelaki lazimnya memburu wanita, dan wanita cuba mengoda lelaki. itulah tao.

  14. kaum adam dan hawa memang wujud untuk saling melengkapi antara satu sama lain. itulah sebabnya mengapa tuhan menciptakan lelaki dan wanita.
    wanita perlukan lelaki untuk membimbing dan melindungi dan lelaki perlukan wanita untuk kebahagiaan. ini pandangan aku.

  15. to KIY:
    ????

  16. “lelaki dan wanita bukannya setaraf dari sudut hak dan tanggungjawab” – boleh aqil fithri huraikan maksud pernyataan ini. apakah hak dan tanggungjawab wanita yang tidak setaraf dengan lelaki?

    saya kurang bersetuju dengan pernyataan saudara aqil ini.

    begitu juga dengan pernyataan metafora – “wanita perlukan lelaki untuk membimbing dan melindungi”.

    saya juga kurang bersetuju dengan kenyataan metafora ini.

    apa yang dimaksudkan dengan membimbing dan melindungi? adakah pernyataan itu ditulis berdasarkan persepsi bahawa wanita itu lemah dan lelaki itu kuat?

    sekarang ini kat UKM wanita lebih ramai daripada lelaki. maknanya wanita berpendidikan tinggi adalah lebih ramai daripada lelaki. jika wanita berpendidikan tinggi ini berkahwin dengan lelaki yang berpendidikan rendah (sekarang ini pun sudah banyak perkahwinan yang sebegini), siapa yang lebih berkeupayaan untuk membimbing? suami yang berpendidikan rendah atau wanita yang berpendidikan tinggi?

    begitu juga dengan gaji yang diterima oleh orang yang berpendidikan tinggi tentunya lebih tinggi daripada orang yang berpendidikan rendah. jika isteri bergaji lebih tinggi daripada suami, siapa yang melindungi siapa? adakah melindungi itu hanya berasaskan kepada kekuatan kudrat atau dalam konteks sekarang berasaskan kekuatan ekonomi?

  17. tak setuju pula kak nora kita nih.

    saya hanya akan menarik balek kata-kata saya kak nora boleh membuktikan yang saya mampu memikul tanggungjawab utk mengandung, dan terbukti bakal isteri saya nanti akan memberi hak mahar semasa meminang/mengahwini saya, hahaha!

  18. terlupa kata jika di antara, ….kata-kata saya JIKA kak nora boleh…

  19. tanggungjawab mengandung adalah tanggungjawab bersama. wanita tidak akan mengandung tanpa sperma lelaki. begitu juga, tanpa telur yang dikeluarkan oleh ovari perempuan, sperma lelaki tidak mungkin akan dapat disenyawakan. jadi disini tanggungjawab semasa mengandung adalah tanggungjawab bersama buat lelaki dan juga perempuan.

    tanggungjawab lelaki disini bukanlah tanggungjawab biologi kerana lelaki memang tidak boleh mengandung. tetapi ia tidak bermakna lelaki boleh lari dari tanggungjawab terhadap perempuan yang dimengandungkannya. lelaki harus turut sama-sama memikul tanggungjawab dengan memastikan bayi didalam kandungan itu sentiasa sihat dan selamat dengan mengamalkan cara hidup yang tidak menjejaskan bayi dalam kandungan. tugas ini tidak hanya terletak ditangan wanita tetapi juga turut menjadi tanggungjawab lelaki.

    soal tentang hak mahar itu adalah soal prosedur yang berbentuk tradisi, bukan soal inti. dalam perkahwinan moden sekarang ini, realitinya biaya perkahwinan termasuklah wang hantaran dan juga wang mahar, biasanya diperkongsikan bersama oleh pasangan yang ingin berkahwin.

    kalau dilihat dari kacamata islam memang lelaki yang membayar mahar, tetapi kalau dilihat dari kacamata kaum india, hak mahar jatuh dibawah tanggungjawab perempuan. lain kaum, lain agama, lain pula prosedur tentang isu mahar ini.

    tetapi ini bukanlah persoalan inti dalam konteks zaman moden sekarang ini yang mana perempuan sudah punya pendidikan lebih tinggi dan punya tangga gaji yang kadang-kadang melebihi kaum lelaki. kalau di zaman dulu, memang betul mahar menjadi tanggungjawab lelaki. tetapi realitinya sekarang ini biaya perkahwinan termasuk mahar diperkongsikan bersama oleh pasangan.

    ritual perkahwinan mungkin diperlihatkan seolah-olah lelaki yang membiayai dengan wang hantaran, belanja kenduri dan mahar tetapi dari segi praktik realitinya, semua itu dikongsi bersama-sama.

    saya dan suami saya adalah contohnya.

  20. saya setuju dengan lebih dari dua pertiga dari pandangan kak nora.

    kak nora pun setuju bahawa akhirnya, lelaki dan perempuan ada perbezaan konteks tanggungjawab juga (=biologi), meskipun falsafah tanggungjawab adalah sama. terima kaseh kerana bersetuju dengan saya, hehehe!

    tapi, selama kak nora berkahwin kan, kak nora fikir-fikir, adakah semua perkara antara kak nora dan suami adalah sama? adakah suami kak nora biarkan kak nora angkat semua barang2 berat semasa kak nora mengandung? apakah kadar emosi lelaki dan perempuan ni sama?

    sebab itu saya tidak melihat perempuan dan lelaki ini sama rata saja. macam mahar, saya fikir pemberian mahar pada wanita adalah tanda kemuliaan islam pada wanita. lelaki berusaha sikitlah kalau nak kahwin, hohoho!

  21. memang benar wanita sekarang lebih maju daripada lelaki.
    tp wanita tetap perlukan lelaki..
    dari segi kudarat saya bersetuju wanita perlukan lelaki untuk melindungi jika ada sebarang kekacauan terhadap diri wanita itu sendiri..
    dari segi membimbing pula perempuan yang bijak sekarang banyak juga yang akhlaknya tidak elok…
    oleh itu kita perlukan lelaki yang berakhlak baik untuk membimbing wanita itu sendiri…
    tp saya bersetuju dengan pandangan kak nora kalu dilihat dalam konteks kehidupan sosial hari ini perempuan lebih ramai melindungi lelaki dari aspek ekonomi….tq

  22. xsemesitinya dengan pendidikan rendah seorang lelaki tidak boleh membimbing seorang wanita….
    itu da mewujudkan diskriminasi dari aspek tahap pendidikan…this is my opinion…

  23. lelaki dan wanita memang tidak sama. dari sudut biologi dan fisiologi memang mereka tidak sama. tetapi perbezaan biologi dan fisiologi ini hanya berbeza pada dua perkara sahaja iaitu satu, beza dari sudut body mass atau komposisi otot badan dan keduanya alat produksi. itu sahaja yang beza. yang lainnya, semuanya adalah sama.

    tapi ini bukan perkara yang nak dibahaskan. tiada siapa yang menafikan wujudnya perbezaan antara lelaki dan wanita, tetapi yang menjadi masalahnya ialah apabila perbezaan dari sudut biologi dan fisiologi ini digunakan untuk memperlemahkan dan memperendahkan kedudukan wanita dalam masyarakat, khususnya masyarakat muslim.

    contohnya mitos yang sering disebut bahawa “wanita dijadikan dari rusuk lelaki” digunakan untuk memperlihatkan bahawa wanita adalah lemah. sedangkan kuat atau lemah itu adalah sangat relatif sifatnya.

    contohnya, wanita yang terpaksa meneran keluar bayi yang biasanya berat lebih daripada 3 kilogram dari alat kelaminnya yang kecil, dan lelaki yang tidak pernah mengalami pengalaman melahirkan anak, yang ramai mengatakan adakah pertarungan antara hidup dan mati – di sini siapa yang lemah, siapa yang kuat? adakah lelaki lemah kerana tidak pernah merasa kesakitan melahirkan anak atau wanita yang kuat kerana bertarung dgn hidup ketika melahirkan anak? kerana itu kuat dan lemah adalah relatif.

    bukan siapa kuat dan siapa lemah yang ingin dibuktikan,bukan juga soal lelaki dan wanita sama atau tidak sama, tetapi kedudukan dan layanan terhadap wanita dan juga lelaki haruslah saksama (bukan sama) dan adil.

    manusia tanpa mengira gender harus dilayan secara saksama (bukan sama).

  24. To Deniel Ahmad,

    trm ksih ats komen. Sejauh ttg hanya beberapa hadis yg saya letakkan. ingin saya letakkn beberapa hadis shahih lain yang merujuk kepada perkara yg sama.. tp sblm itu, tntu deniel fhm bhw Al-Quran diturunkan dalam bahasa yang sesuai dengan kaedah – kaedah wacana retorik bahasa Arab abad ke-7. Namun adalah penting bagi kita untuk membezakan pemahaman literal (fahm harfi) dengan pemahaman sastera (fahm adabi). Dalam memahami al-Quran, hadis adalah perlu namun sejauh mana berautoriti sesebuah hadis itu, perlulah dipersoalkan memandangkan hadis yang diwarisi sehingga sekarang banyak dipengaruhi oleh israiliyat serta sebarang sumber yang berhubungan dengan Bible sama ada kita sedar ataupun tak sedar. Dan berunsurkan patriarki.

    Pada waktu at-Thabari menulis kitab tafsir al-Qurannya yang berdasarkan hadis pada akhir abad ke-9 dan awal abad ke-10, berkisarkan tentang kisah Adam dan isterinya; dan sekali lagi para ulama muslim seperti beliau mengakui berulang kali mempelajarinya daripada kitab Taurat.

  25. bukan bertujuan untuk memanipulasi hadis tp hanya ingin menjelaskan pemahaman kita pada hadis yang membuta-tuli.Perlu juga diketahui banyak ayat dalam al-Quran yang mutasyabihat (implisit) dan tidak seharusnya ditafsirkan atau ditakwilkan secara literal. Berkenaan dengan Hawa ini bolehlah dirujuk dalam Fi Zhilal al-Quran oleh Syed Quthb dimana beliau menyingkirkan semua hadis klasik. Tuntasnya, kisah – kisah tentang perempuan yang diceritakan dalam al-Quran lebih kaya jika dibandingkan dengan apa – apa yang boleh ditafsirkan para teologi. Dan boleh jadi tafsiran itu berbagai ‘ragamnya’…

  26. To Zigaki,Perhatikan beberapa hadis dan ayat al-Quran ini:

    Menurut al-Quran, Allah menciptakan manusia ini dari nafs (jiwa, Essence, hakikat) yang tunggal, dari mana, atau sesuatu yang seperti alam, dan Allah menciptakan pasangan – pasangannya. (QS 39:6; QS 7:189; QS 30:21.)

    ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud:

    “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (Ar-Rum: 21)

    Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

    “Berilah wasiat yang baik kepada perempuan, sesungguhnya mereka dijadikan daripada tulang-tulang rusuk, dan sesungguhnya yang bengkok daripada tulang rusuk itu ialah bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya pasti engkau memecahkannya (mematahkannya), jika engkau biarkan, ia akan terus bengkok. Oleh itu berilah wasiat yang baik kepada perempuan.” (Riwayat Bukhari)

    Mengikut sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

    ‘Wanita seperti tulang rusuk, jika engkau luruskan dengan kekerasan ia akan patah, dan jika engkau berseronok dengannya tanpa memperbaikinya, maka engkau berseronok dalam keadaan ia sentiasa bengkok.”

    Terdapat juga hadis shahih lain yang mengaitkan kejadian perempuan dengan kaca. Adakah ini menunjukkan perempuan dijadikan daripada kaca?? Agak lucu bunyinya.. ‘Hawa’ itu sendiri telah menunjukkan usul hidupnya iaitu ‘hayy’ yang bermakna diciptakan daripada yang hidup.

    Ar-Razi juga ada menyatakan beberapa hadis tentang kejadian perempuan adalah daripada tulang rusuk hanya untuk menjelaskan watak perempuan.

    Sekali lagi ingin diperkatakan di sini, ialah sifat masyarakat Arab waktu itu contohnya dengan memberi perbandingan yang melampau – lampau..lalu kita mengambilnya bulat – bulat..?

  27. Cuba perhatikan perkataan ‘seperti’ (hadis lain drp Rasulullah) dan ‘dijadikan’ (hadis Abu Hurairah)… Pemahaman kitakah yang kontradik atau hadis itu sendiri?
    Cuba pula kita lihat ayat al-Quran..
    manakah yang sepatutnya kita ikut?
    Sekadar bertanya…

  28. perang dunia pertama dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin yang gendernya lelaki. begitu juga dengan perang dunia kedua turut dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin lelaki.

    perang yang berlaku sekarang di afghanistan, iraq, palestin, mozambique, sudan, sri lanka – juga dimulakan oleh pemimpin bergender lelaki.

    begitu juga negara-negara yang paling korup dan paling miskin dan paling tidak demokratik juga diterajui oleh pemimpin dari gender lelaki.

    sebaliknya, negara yang paling rendah korupsi, paling tinggi kadar celik huruf, paling demokratik, paling baik indeks pembangunan manusianya dan paling rendah kadar kemiskinan penduduknya adalah negara finland. nak tahu siapa perdana menteri finland? perempuan!

    ini bukti yang paling kuat untuk menolak hujah yang mengatakan bahawa perempuan tidak sesuai untuk menjadi pemimpin!

    kepimpinan seharusnya tidak dinilai berdasarkan gender tetapi kebolehan dan merit!

  29. ermmm….sayer pon tak gitu sure psal isu ni. tapi mase sayer sekolah dulu memang ustaz ngan ustazah ade ckp yg dalam Al-Quran ade beritahu yg org pompuan ni dijadikan dari tulang rusuk lelaki. tapi luper plak nak tanyer surah aper, ayat aper.

    tapi biler sayer bace ada pengkomen yg kater sebenarnya ceriter tu diambil dari bible, konfius pulak jadinya sayer. sayer maseh lum pasti la tentang maklumat yg baru sayer bace ni.

    so, bole tak saper-saper, tolong berikan surah aper dan ayat aper yang ceriter pasal kejadian pompuan dari tulang rusuk lelaki.

    tq

  30. Dlm al-Quran, hanya disebutkan ttg penciptaan Adam dr tanah (Sila rujuk surah al-Hijr ayat 26-29, Surah Shad ayat 71-75, ). Kisah ttg wanita iaitu Hawa muncul berikutan babak pengusiran Adam dr Syurga krn melanggar lrgnNYA (Sila rujuk surah al-A’raf ayat 19-22, surah Thaha ayat 117, 121). Namun, kisah ttg kononnya Hawa dijadikan drp tulang rusuk lelaki tidak ada dlm al-Quran, ianya HANYA terdapat dlm Hadith Bukhari.
    Setiap Hadith itu tidak dibaca maupun difahami secara literal.
    “wanita dijadikan drp tulang rusuk” ataupun Hadith lain seumpama dengannya bukan bermaksud itu tetapi ia merupakan sifat balaghah (perlambangan@simbol) yg diberi kpd wanita.

  31. Wallahualam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: