GMUKM Perlukan Kritik Perbandingan dan Kritik Diri

gmukm

Kumpulan yang digelar Pro-Mahasiswa (Pro-M) menang di UM. Daripada berita-berita yang dilaporkan, jumlah undi popular yang dimenangi oleh Pro-M adalah besar. Besar atau tidak undi popular di dalam pilihanraya kampus UM boleh dilihat melalui pertandingan di tingkat umum. Lapan daripada sembilan kerusi yang ditandingkan ditingkat umum dimenangi oleh Pro-M.

Ini menunjukkan mahasiswa dari setiap tahun pengajian dan setiap fakulti di UM, majoritinya menyokong kumpulan Pro-M. Mandat yang diterima oleh kumpulan Pro-M di UM bukanlah mandat yang kecil atau cukup-cukup makan. Mandat yang diterima dengan lapan kerusi umum dimenangi adalah mandat yang cukup besar. Hal ini berbeza dengan UKM. Hakikatnya kumpulan yang digelar Gabungan Mahasiswa UKM (GM) tewas di pilihanraya kampus UKM.

Kekalahan GM tidak boleh dikatakan kekalahan tipis atau sipi. GM kalah agak teruk. Kayu ukur untuk melihat sokongan kepada sesuatu kumpulan itu ialah pada pertandingan tingkat umum. Daripada 11 kerusi yang dipertandingkan GM hanya memenangi 3 kerusi, manakala 8 lagi dimenangi oleh kumpulan Aspirasi. Semua kerusi umum (6 kerusi) untuk tahun 1 dan 2, kesemuanya disapu bersih oleh Aspirasi.

Begitu juga dengan undi popular. Beza undi popular antara GM dan Aspirasi adalah besar. Beza undi antara calon Aspirasi (Sarfarizmal) yang mendapat undi tertinggi dan calon GM (Mohd. Hafiz) yang mendapat undi tertinggi, beza undinya ialah 1770 undi. Manakala beza undi antara calon Aspirasi (Lim Yang Chao) yang mendapat undi terendah dan calon GM (Mohd. Hafiz) yang mendapat undi tertinggi masih juga besar iaitu beza 529 undi.

Manakala bagi kerusi umum untuk tahun 3 dan 4 (5 kerusi), GM menang 3 kerusi dan tewas 2 kerusi. Di sini juga walaupun GM menang 3 daripada 5 kerusi tetapi jumlah undi popular yang dimenangi tidaklah besar. Beza undi antara calon GM yang mendapat undi tertinggi dengan calon Aspirasi yang mendapat undi tertinggi hanyalah 76 undi sahaja. Jika kerusi umum tidak dipecahkan kepada tahun 1&2 dan 3&4, GM pasti akan kalah kesemua kerusi umum. Mujur kerusi umum dipecahkan kepada dua kumpulan tahun pengajian.

Memang benar jumlah kerusi yang dimenangi dan jumlah undi yang diterima oleh GM pada piliharaya kampus kali ini meningkat. Ini memang benar dan tidak dapat dinafikan. Tetapi jika secara jujurnya kita meneliti dengan lebih dalam dan lebih kritis, akan kelihatan bahawa peningkatan jumlah undi dan jumlah kerusi tidaklah sebesar mana berbanding dengan jumlah pengundi yang turun mengundi dan jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Jumlah undi popular untuk GM, masih agak jauh ketinggalan berbanding dengan Aspirasi. Ini dapat dilihat dengan meneliti keputusan ditingkat umum dan beza undi antara calon. Begitu juga dengan jumlah kerusi, GM masih turut ketinggalan jauh dengan hanya memenangi 8 daripada 23 kerusi fakulti dan hanya 3 daripada 11 kerusi umum.

Kekalahan yang agak teruk ini memerlukan muhasabah, refleksi dan penelitian yang mendalam. GM tidak boleh berpuas hati dengan hanya peningkatan undi (yang peningkatannyan pula tidaklah sebesar mana) dan penambahan kerusi semata-mata. Suatu penelitian dan bedah siasat perlu dilakukan dengan kritis. Membandingkan antara kemenangan Pro-M di UM dan kekalahan GM di UKM adalah salah satu cara yang boleh dilakukan untuk melakukan kritik perbandingan dan kritik diri supaya kita dapat memperbaiki diri di masa hadapan.

Kenapa Pro-M di UM boleh menang dan kenapa GM di UKM boleh tewas? Apa yang membezakan kepimpinan dan mahasiswa Pro-M dengan kepimpinan dan mahasiswa GM?

Tentunya peraturan, kekangan, batasan, kawalan, sekatan dan larangan yang dikenakan oleh HEP ke atas mahasiswa-mahasiswa di IPTA-IPTA di Malaysia ini adalah hampir sama kesemuanya baik di UM mahupun di UKM. GM di UKM menghadapi kekangan, sekatan dan larangan, begitu juga Pro-M di UM turut menghadapi kekangan, sekatan dan larangan yang hampir sama.

Walaupun Pro-M di UM menghadapi kekangan, sekatan dan larangan yang sama, kenapa mereka masih berjaya untuk menang dan menewaskan Aspirasi dan seterusnya merebut kembali kepimpinan kampus di UM? Kenapa GM di UKM gagal untuk melakukannya? Apa yang membezakan Pro-M di UM dan GM di UKM?

Apakah model yang digunakan oleh Pro-M di UM yang membolehkan mereka menang pada pilihanraya kali ini? Bagaimana mereka melakukannya? Apakah yang dilakukan oleh Pro-M di UM tetapi tidak dilakukan oleh GM di UKM? Apakah kekuatan Pro-M di UM dan apakah kelemahan GM di UKM?

Soalan-soalan ini perlu digali, dicari dan diteliti dengan mendalam. Tanpa muhasabah, refleksi, kritik perbandingan dan kritik diri sendiri, kemungkinan besar pada pilihanraya kampus pada sesi yang akan datang GM akan terus tumpas dan melepas untuk merebut kembali kepimpinan kampus di UKM ini.

11 Responses

  1. saya harap ramai yang dari pro mahasiswa jadi lecturer dan ubah lecturer kita yang sedia ada ni supaya berpikir sket!

  2. Tak mengapa walaupun GMUKM tidak menerajui kepimpinan PMUKM kali ini. Kita puji GMUKM kerana mula membuka pintu kepada mahasiswa/i Cina dan India yang selama ini hanya mempunyai perwakilan dari CCC dan PAH. Kemunculan calon umum tahun 2 Ou Yong Koh Beng dan Calon Fakulti Undang-undang Phoon Kar Liang menunjukkan keterbukaan GMUKM. Tahniah kepada Phoon Kar Liang yang berjaya memenangi kerusi FUU di bawah tiket GMUKM. Rasanya dah 7 tahun FUU di bawah kepimpinan MPP Aspirasi. Agak-agak Sdr Phoon sudah menjadi sejarah dengan menjadi MPP berbangsa Cina bukan dari CCC. Kepada Ou Yong Koh Beng, diharap jangan berputus asa di atas kekalahan pemilihan kali ini. Tahun depan tanding lagi. Diharap tahun depan dapat ditonjolkan lebih calon Cina dan India di bawah GMUKM. Demokrasi menuntut bahawa dalam setiap isu, mesti ada pendapat dan suara dari pelbagai pendirian. Sekiranya hanya CCC dan PAH yang menjadi suara mahasiswa/i Cina dan India, ini bukan lagi demokrasi tetapi autokrasi! Sudah sampai masanya untuk CCC dan PAH sedar bahawa UKM memerlukan suara alternatif yang mewakili mahasiswa/i Cina dan India. CCC dan PAH tidak boleh angkuh sangat dan menganggap sendiri mewakili dan mendominasi suara mahasiswa/i Cina dan India.

  3. ya betul. phoon adalah sejarah. tahniah diucapkan. semoga melaksanakan tanggungjawab dgn sebaik mungkin.

    mengikut pemerhatian sy, 2 2 calon FUU adalah berkaliber. masing2 ada pandangan dan keupayaan. dari zaman Rasulullah S.A.W dah ada 4 mazhab. berlainan ideologi n pegangan. tak semestinya kita betul shj, ada juga kadang2 kita silap. kita sbg manusia tak sempurna.

  4. Kenape GM kalah teruk? Pasal pelajar UKM umpama anjing kurap. Pandai menyalak, tapi tak berani nak gigit. Tikus mondok baik lagi.

    Pelajar UKM tak ada pendirian. Kebodohan unggul, dan hedonisma adalah tungjang hidup mereka. Mereka masih lagi dalam wacana intelek kampung.

    Hipokrasi dan korupsi adalah apa yang mereka belajar di UKM. Pelajar UKM ini sebenarnya banggang tahap tulah. Kenape tak percaye? Lihat laman ni http://aspirasi-ukm.blogspot.com/2009/01/warkah-dari-pembaca-blog.html . Kebodohan pelajar undang-undang yang meninggalkan komen disana sungguh melucukan. Ini pula menggambarkan intelek mereka http://perundang.blogspot.com – lihat ruang chatbox mereka.

  5. baiklah, bukan semua dari UKM tu haprak. Penulis blog PERUNDANG dan geng diskopi, boleh dikatakan mampu mencabar pelajar Universiti Malaya.

  6. budak2 universiti tak malu ker join aspirasi eh? tak paham aku

  7. TAHNIAH….malangnya USM msih lagi dikuasai proA…sigh….

  8. cepatnya kita membuat penilaian..

    kan indah kalau semua yang kita nak tu trus dapat..

    tapi..DIA tu MAHA TAHU…sedgkan kita ni just MAHASISWA..

    adikku,

    kalau betul percaturan yang adik fikir itu betul….
    sy sudah lama PERCAYA..

    tidak akan berlaku ISLAM di pijak2 di bumi UKM ni yang tercinta..

    Adikku,
    Ilmu kita cuma sedangkal…
    usah terlalu merasakan kita lebih tahu daripada orang lain..

    Ya memang benar kita tak sehebat UM,
    apatah lagi kampus2 di bumi BORNEO yang jauh lebih POWER dari di sini..

    Disana mereka tidak mempunyai pengalaman sehebat disini..tapi,
    Pro-M mampu menjadi pencatur kepada seluruh aktiviti kampus, sedangkan ASPIRASI memegang tkhta..

    Adikku,
    fikir dengan mata HATI,
    InsyaAllah ada jawapan yang terbaik di situ..

    Bukan mudah membuka HATI pengundi untuk MEYAKINKAN mereka KEKUTAN calon MAHASISWA..

    Adikku,
    pernahkah adikku melihat AIR MATA penggerak PRK pro mahasiswa merembes… kerana TERPAKSA akur pada sistem PRK UKM yang jauh ketinggalan dibelakang kampus2 di bumi BORNEO..

    ingat,
    DIA lagi MAHAKUASA..sedangkan kita just MAHASISWA

  9. tp aku rase walaupun GM kalah, peratus undian yg diterima oleh mereka aku lihat meningkat dengan mendadak..
    aku tau bukan mudah nk mengubah mood pengundi tapi jika kita lihat pada jumlah undian 2 aku rase mahasiswa UKM skarang sudah mula menunjukkan perubahan…
    perubahan tidak semestinya kita peroleh secara mendadak…
    mungkin pro m di UM menang kali ni tapi kita perlu ingat kalau senang kita naik mudah kita untuk jatuh semula. kalau mereka terlalu selesa berada diatas..
    aku rasa angin perubahan pengundi dikalangan mahasiswa sudah bermula dan kita sebagai mahasiswa yang celik harus memikirkan bagaimana caranya utk kita mengubah perspektif mahasiswa yang takut dengan ugutan aspirasi…
    aku rase kita sudan memulakan perjuangan itu…
    mungkin kita kalah kali ini tapi aku lihat dengan mood undian yang diterima oleh GM tidak mustahil GM akan menang dalam PRK akan datang…
    jd perancangan strategi harus dimulakan sekarang…dan lagi satu jika GM mahu menang dalam PRK akan datang belajarlah atau brkongsi pengalaman daripada pro m di um bagaimana mereka berjaya memenangi kerusi dalam PRK um…tidak salah kalau kita bekerjasama dengan mereka….tq

  10. Ada beberapa sisi pandangan yang perlu kita lihat dan ini yang membezakan antara Pro M UM dan GMUKM.

    Kemenangan Pro M di UM dan di seluruh negara walaupun hanya dengan penambahan bilangan kerusi adalah impak tsunami 8 Mac. Kawasan KL dan Bangi merupakan dua kawasan yang berbeza dari sudut bagaimana tsunami itu melanda. UM terletak di kawasan dimana tsunami itu melanda dengan begitu hebat. Suasana sekitar juga seringkali menjadi medan diskusi dan percambahan agenda perubahan di sekitar bangsar dan sebagainya. Di Bangi, suasana persekitarannya tidak sehebat tsunami yang melanda KL.

    Selain itu, nama GMUKM itu sendiri saya lihat sebagai faktor kekalahan di UKM. DI UKM, nama GMUKM dilihat terlalu sinonim hanya dengan kumpulan islam. Pandangan pengundi terhadap GMUKM masih tetap tidak berubah walaupun saudara Phoon dan Koh Beng menjadi calon sekalipun. Ke mana pula dengan calon India dari GMUKM? Berbeza dengan Pro M, walaupun Pro M di UM dipelopori oleh kumpulan islam tetapi pandangan pengundi terhadap Pro M itu tidak hanya kepada kumpulan islam tetapi juga kepada kumpulan2 lain. Mengapa? Kerana nama Pro M itu selaras di Universiti lain maka sukar untuk di propagandakan oleh kader-kader Pro Aspirasi seperti UM GempaQ.

    Faktor-faktor lain adalah sulit dan akan dibincangkan lagi di perjumpaan diskopi…tq

  11. ProA memang menindas mahasiswa…
    kekuatan proA terletak pada huruf A itu…
    hanya tahu menakut-nakutkn mahasiswa sehingga mahasiswa gagal utk mbuat pertimbangan yg wajar…
    kelaknya, lahirlah mahasiswa yg bacul n ikut jer telunjuk org…
    xtaw independen langsung n wat keputusan yg cerdik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: