“MAHASISWA CEMERLANG, INDAH KHABAR DARI RUPA”

Oleh: Ismail

Berdegar-degar dentuman jeritan sumbang “ musuh kucing” yang menggelarkan diri mereka sebagai MAHASISWA…tetapi cukupkah hanya bergelar MAHASISWA hanya daripada gelaran sahaja? Gahnya gelaran itu sehinggalah terlupa tentang keperluan dan hak sebagai seorang Mahasiswa. Coretan mesra bergelar Mahasiswa, akulah Mahasiswa yang terbaik…akulah Mahasiswa yang terkemuka…akulah Mahasiswa yang paling terhebat di Universiti? Dan pelbagai TER- lagilah sehingga ada yang TERlanjur? Ada juga yang pandai membodek dan ada juga yang hebat dari segi penampilan dan cara pemakaiannya sehingga gahnya mengalahkan YB melawat kampung? Aah…macam-macam lagi karenah bodoh dipersetankan dan hipokrit sungguh manusia jenis ini yang hanya memperhambakan diri mereka untuk menjadi badut jalanan yang mencari publisiti murahan…anak kambing pun tahu belajar berjalan sendiri.Apakah maknanya semua ini? Siulan angin mengkhabarkan bahawa Mahasiswa kini lebih suka menjadi “Haiwan Ternakan” atau menjadi “Tukang Karut” di Universiti?… tidak menggunakan keintelektualan yang ada dalam diri mereka dengan bijak sehingga dipijak oleh bayangan sendiri? Inilah yang sebenarnya membezakan antara Mahasiswa dahulu dengan Mahasiswa sekarang…bukan menjadikan “mee segera” sebagai kayu ukur perbezaannya… tak sekolah ke? Atau perlu ke sekolah lagi? Memanglah isu makanan boleh dijadikan contoh tapi berpada-padalah labi-labi…banyak lagi contoh yang boleh digunakan. Bagi saya, isu makanan hanyalah isu minor dan isu majornya ialah seperti yang kita perjuangkan sekarang ini iaitu kebebasan Mahasiswa untuk berdiri bebas dengan idea intelek yang menjana minda-minda muda dan bukannya yang dicaturkan oleh sistem yang dianggap bacul ini. Luar biasa sungguh pendapat yang dilemparkan oleh labi-labi yang cuba memprovokasikan nilai estetika manusia yang berakal fikiran…sudah menjadi lumrah kehidupan bagi mereka yang bergelar manusia yang tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan…tetapi sekarang, inilah masanya untuk memperbetulkan keadaan. Ayuh rakan-rakan seperjuangan Mahasiswa semua…kita bersatu dalam menjana keilmuan dan daya keintelektualan kita sebagai Mahasiswa, yang bertindak merencanakan suatu indikator yang mampu membawa suara keadilan sosial demi menegakkan maruah kita sebagai Mahasiswa yang berfikir… Kegagalan itu bukan suatu virus yang akan berkekalan selamanya tetapi jadikan virus itu sebagai pencetus kepada wujudnya anti-virus yang melawan untuk peneutralannya semula… kesedaran politik adalah perlu bagi menampung kesedaran palsu yang cuba dicetuskan oleh pihak yang berfikiran kolot dan sempit ini…buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Rakan Mahasiswa semua…mangkin kepada bergeraknya sesuatu kenderaan itu adalah berpunca daripada rodanya kerana tanpa roda, kenderaan itu tidak dapat bergerak walaupun mempunyai bahan api untuk bergerak. Manakala mangkin bagi kemerdekaan Negara pula ialah ianya dialir dan dicetuskan melalui pejuang-pejuangnya, tetapi pencetus kepada lahirnya bibit-bibit perubahan dan sesuatu kejayaan di Universiti itu adalah berpunca daripada MAHASISWANYA… sejauh 10 batu nama kita sebagai Mahasiswa Universiti dicanangkan oleh orang tua kita di kampung, di tempat kerja mahupun di rumah saudara-mara… Tetapi akhirnya inikah Mahasiswa yang selama ini dicanangkan oleh orang tua kita? Penerima Anugerah Dekan? Anugerah DiRaja? Pelajar Terbaik Fakulti? Dan ada juga yang dah naik ke angkasa lepas? Aah!!! Semua ini bodoh sombong belaka… bersikap apati dan kurang praktikal dalam menjana minda mereka! Kononnya diam-diam ubi berisi tetapi diam-diam ubi menjadi basi!!! Ada juga Mahasiswa yang menjadi kader-kader atau balachi kepada tuan empunya “Haiwan Ternakan” ini? Sedarlah wahai teman-teman Mahasiswa semua. Harap sahaja namanya Mahasiswa yang berpendidikan tetapi konstuksi mindanya dijajah oleh hegemoni songsang labi-labi ini. Sampai bila anda semua mahu disistemkan menjadi robot seperti ini? Sampai bilakah anda juga mahu dibonekakan menjadi bangang seperti ini? Bersatulah untuk perubahan.. Buat malu sajalah balik ke kampung kalau perkara remeh seperti ini tidak dapat distrukturkan dan diorganisasikan dengan bijak sebagaimana bangganya anda sebagai MAHASISWA! Inikah pemimpin negara yang hendak dipasarkan nanti? Begitulah layaknya anda digelar sebagai “indah khabar dari rupa”…

Sedarlah hakikat wahai rakan Mahasiswa semua…anda mempunyai hak dan suara bagi menyuarakan hasrat anda sebagai MAHASISWA. Jadi, jika inilah yang telah dibentuk oleh pihak Universiti untuk anda, maka…produk Mahasiswa yang bakal dipasarkan nanti hanya akan dilayan seperti mayat hidup dan jauh sama sekali daripada layaknya untuk bercampur dengan massa yang berintelektual dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi. Bila lagi anda mahu dilayan seperti Mahasiswa yang berjaya? Mahasiswa yang bebas membuat keputusan tanpa dikongkong oleh labi-labi yang lembab ini?

Mahasiswa sekarang sudah berubah…Mahasiswa sekarang adalah Mahasiswa pasca Millennium… Kesedaran berfikir dan menjana intelektual sudah semakin matang dan sudah tahu membedakan antara yang baik untuk kita dan yang tidak baik untuk kita… Keadaan sekeliling memaksa pelbagai gerakan-gerakan mahupun gabungan-gabungan pelajar dilahirkan bagi menyuarakan hasrat mereka yang disekat ini. Persis laungan keramat demokrasi oleh para pemimpin diktator despotik dan kepala-kepala negara yang sewaktu dengannya.. Nama sahaja negara yang demokrasi, namun realiti praktiknya amat memualkan sudahnya. Demokrasi hanya tinggal nama sahaja… Tuntasnya, Mahasiswa ibarat jantung kepada Universiti, rosak Mahasiswa maka rosaknya juga Universiti itu. Rosak Universiti itu pula maka menyebabkan rosaknya Negara…jatuh sekali, selamanya rugi. Renungkanlah…

9 Responses

  1. mahasiswa skg mahasiswa hiburan..tu je yg dia org tau…sb jadi nya mcm tu…kurang membaca buku ilmiah…tapi byk baca playboy dan majalah mingguan wanita yg tidak membawa kebaikan dalam perkembangan ilmu intelek..tapi hanya byk mbawa kebaikan kpd ilmu seks….menydihkan

  2. kenapa pulak membaca tentang ilmu seks menyedihkan? ilmu seks tu sangat penting. seks adalah satu-satunya mekanisme yang menentukan survival spesies manusia. tanpa pengetahuan tentang ilmu seks manusia tidak mungkin dapat terus melakukan tugas prokreasi.

    hidup ilmu seks! seks bukan menyedihkan. seks menyeronokkan. jangan nak memburuk-burukan sesuatu yang menyedapkan. jangan nak menjahat-jahatkan sesuatu yang memberi nikmat.

    aku cadangkan ilmu seks diwajibkan diajar untuk semua budak-budak kat malaysia ni. tapi tahap umor yang sesuai, itu kena bincang la.

    siapa kata ilmu seks tak intelek? cuba taip kat google “theory on sexuality” kita tengak berapa juta tulisan ilmiah dan wacana yang hebat dan kompleks tentang seks dan seksualiti.

  3. btul 2….kalo xder seks xdernyer manusia kt atas bumi ni…
    jgn salahkan seks…
    seks itu sebahagian daripada fitrah manusia…
    kebahagian manusia juga bagi aku terletak pada seks…
    seks merupakan satu drp cara utk kurangkan tekanan bagi pasangan yg berkahwin.. seks ni boleh mengeratkanhubungan manusia…
    jgn salahkan seks..
    xkn la penulis ni xbernafsu…huhu

  4. tp aku xkter aku setuju ngan seks pon ilmu….
    skarang seks da disalahgunakan dgn berleluasanya seks rambang..
    ingat seks juga memberi kesan buruk kalo salah disalurkan….
    aku lihat kebanyakan anak muda skang banyak terlibat dgn seks rambang…
    habislah anak muda skang..
    mereka pewaris negara…
    yg 2 keburukan seks…

  5. seks tidak buruk. seks tidak jahat. yang buruk dan jahat adalah manusia yang tidak terdidik dengan seks yang selamat dan bertanggungjawab.

    tidak ada keburukan seks. yang ada ialah keburukan manusia yang tidak terdidik. oleh itu pendidikan seks adalah suatu keperluan khususnya buat budak-budak sekolah dan universiti di zaman sekarang ini.

  6. laaaa…..woit! ini dah lari tajuk ni!

    tolong fokus kepada tajuk yang ditulis. kalau nak diskas pasal seks, seksualiti, pendidikan seks atau cara-cara nak buat seks yang memberi kepuasan maksimum kepada diri masing-masing, tolong tulis dan lepas tu kita boleh diskas di bawah tajuk itu. tulisan ni bukan pasal seks atau seksualiti atau pendidikan seks atau cara-cara nak buat seks!

    so, tolong fokus kepada tajuk yang ditulis. tolong jangan melencong ke lain.

  7. seksualiti itu adalah pelayaran yang paling indah dalam kehidupan.

  8. AKU RASER KT CN DAK2 NI DA LARI DRP TAJUK YG DIBINCANGKAN…KE MANA FOKUS PERBINCANGAN KALIAN..

  9. salam, sape gune name ismail tanpa permission ha????
    ni bleh cetuskan kontroversi nie…huhuhu.
    kesian kt dia taw???
    nnti sy report kt dia…lebey2 lg org yg bernama pisang salai n keta proton biru tu…huhuhu.
    i’m watching u….hahahaha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: