DEBAT TERBUKA DI FSSK: HIDUP DEMOKRASI!!!

Seharusnya kita perlu tahu bahawa sistem demokrasi ditunjangi oleh beberapa ciri penting dalam melahirkan sistem demokrasi yang benar-benar unggul. Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam sistem demokrasi untuk memperlihatkan ketulenan demokrasi ialah kebebasan mengeluarkan pendapat, masyarakat mempunyai akses maklumat yang telus, menghormati pandangan orang lain, kebebasan berhimpun dan sebagainya.

Oleh yang demikian, majlis pemilihan pelajar yang dijalankan bagi menunjukkan sistem yang diamalkan adalah sistem demokrasi haruslah disokong oleh elemen-elemen penting yang mendukung demokrasi itu sendiri. Jika elemen –elemen ini gagal untuk diaplikasikan maka demokrasi itu sendiri gagal!!

Dengan semangat untuk memperkukuhkan sistem demokrasi yang diamalkan agar sistem ini bukan hanya sekadar kulit-kulitan maka wakil calon bagi Hariszuan Jaharudin, calon tahun 2 FSSK telah menjemput calon-calon majlis pemilihan pelajar peringkat fakulti untuk mengadakan debat secara terbuka.

Debat terbuka ini bertujuan memberi ruang kepada calon untuk menyatakan pendapat, pandangan, menjawab soalan-soalan daripada mahasiswa FSSK serta memberi maklumat terus kepada mahasiswa FSSK. Semoga debat ini dapat membentuk pentadbiran fakulti yang lebih mantap berasaskan demokrasi yang berakar daripada mahasiswa sendiri!!

Tajuk: MAJLIS PEMILIHAN PELAJAR FSSK: APA YANG DIPERJUANGKAN?

Tempat: Ruang legar tingkat 4 hadapan PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI

Tarikh: 13 JAN 09 (Hari Selasa)

Masa: 2.15ptg

12 Responses

  1. Nampaknya debat di FSSK tidak terjadi-jadi kerana tiada calon-calon lain yang datang untuk berdebat.

    Haih…:-/

  2. punca mereka tak datang kerana takut,
    punca mereka takut kerana tidak dapat berhujah,
    punca mereka tidak dapat berhujah kerana tidak ada pendirian,
    punca mereka tidak ada pendirian kerana mereka dipaksa bertanding, dan punca mereka terpaksa bertanding adalah kerana mereka calon yang dicaturkan sistem!

    hentikanpembonekaan mahasiswa dengan mengundi perubahan!

  3. mahasiswa clas pertama? nak naikkan rank uni? ada calon nak setlekan pengangguran?
    tapi tiada ruang intelektual dalam uni.. tiada pendemokrasian idea..mahasiswa tak independen..kahkahkah.. berdarah otak..
    macam masuk kedai biskut nak beli komputer..

  4. memandangkan mahasiswa di fssk ini lesu, apakah saranan saudara dan saudari sakalian? apakah yang saudara dan saudari boleh lakukan untuk membangunkan kembali keberanian dan keghairahan berdebat dan berwacana tentang idea di kalangan mahsiswa di fssk ini?

    ini adalah soalan penting yang saudara dan saudari perlu fikirkan dengan mendalam.

    terima kasih.

  5. x dtg debat?
    hahahaha, harap manifesto jer yg lebat!!!
    bajet hebat
    padahal sebenarnya kencing kuat!!!!
    org cm aspirasi ni cm itik terkukur…blom berjuang da jatuh tersungkur!!!!
    kegagalan aspirasi adalah kegagalan buat selama-lamanya…
    jatuh sekali jangan harap dapat cuba lagi…
    kepada yang terasa…harap terasa la sangat2.
    kalo xpuas hati jmpe lagi….hahahahaha.
    mahasiswa boneka tol la anak-anak ASPIRASI nie…

  6. owh xdtg debat rupernyer….
    aku br tau
    ha kalo korang sumer nk tau dak2 aspirasi ni sebenarnyer xder kualiti……
    buat keje tp orang len yang bg arahan…….
    pemimpin mcm 2 ke kte nk jdkan ketua…
    xder idea, penakut dan xmampu nk berhujah….
    sedarlah wahai calon aspirasi korang ni xder dayer nk memimpin….
    kucing pon mampu cari makan sniri,tp korang sumernyer nk orang sediakan…
    xder langsung raser kesukaran untuk bertanding….
    haha mcm maner nk memimpin kalo diri sniri pon masih terkapai-kapai dengan bantuan sistem…
    sistem mcm ner????xtau la…..
    diorang phm2 sniri la 2……
    ok……
    kalo ader yg rase panas minumlah teh o ais…
    confirm best….

  7. murugadas dtg r…..kah3

  8. debat salah satu cara kempen juga…uni2 di USA byk guna kaedah ini dlm pilihan raya kmpus mereka….

    bgus juga ada debat ni, bole kita tahu tahap mna kebijaksanaan dan kebodohan bakal MPP kita nti…..

    oh ya…usm, kmpus sy pun mengalami byk msalah PRK ni…. kerana pelajar final year pun bertanding yg menyebabkan rmai x puas hati…

    bole rujuk di blog ni. http://jacknaim.blogspot.com/

  9. kopisejuk:

    Di kampus kita, pelajar Tahun 3 yang berada di dalam tahun akhir mereka juga diberi peluang untuk bertanding kerana merupakan ‘kes khas’ akibat penangguhan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sehingga ke semester ini.

  10. diharapkan tiada kemarahan yang melampau terutamanya isz88 yang lancang mulutnya. dikhuatiri beliau akan dipukul metafora..

  11. i think one of the commenter, azhar baharuddin, raised a very important and pertinent question. blaming the other party for not coming to the debate is easy. i also think that we shud stop blaming others. instead of blaming others, we shud try to analyse why this kind of lackadaisical attitude happens in our faculty.

    it is easier playing a blame game but it is more difficult for us to find a creative, innovative, courageous and youthful ideas to rejuvenate the intellectually non-stimulating atmosphere that permeates in our university.

    the question is still “what is to be done?” and “how it is going to be done?”

  12. Wah2…ada hati nk pukul org hensem kt sini ek?
    jom, aku cabar wat debat tertutup kategori etnik kreatif nk x???
    aku hantar murugan+beberapa das tembakan…hahahahaha.
    xpon…aku antar calon aspepepsi yang bernama liana muke kesian lwn korang!
    anak itek luke-luke…sambung sendiri. hikhikhik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: