Jika Korang Diugut Oleh Aspirasi: Apa Korang Perlu Buat?

Cerita budak-budak UKM (dan IPTA-IPTA yang lain juga), khususnya budak-budak first year yang kena gertak, kena ugut atau kena paksa oleh Jaksa, Felo, Pengurus Kolej mahupun Pengetua Kolej bukan cerita baru. Setiap kali ada pilihanraya kampus diadakan, tentu cerita-cerita sebegini akan timbul. Sudah tiba masanya untuk kita semua menghentikan semua gertakkan, ugutan atau paksaan ini. Takkan umur dah nak masuk 21 tahun, masih nak kena ugut dan paksa.

Ugutan dan paksaan ini biasanya dibuat secara halus. Ugutan ini biasanya dibuat dengan cerita-cerita tentang “kertas undi ada nombor siri dan kami boleh trace korong undi saper”; “kalau kami tahu korang undi group pembangkang, next sem korang akan dibuang kolej”;  “kalau korang undi pembangkang universiti akan buang korang”; “kalau korang undi pembangkang hidup korang akan susah”; kalau korang undi pembangkang banyak benda korang tak boleh buat”; – ini adalah antara ugutan-ugutan yang biasa student khususnya budak first year terima.

Biasanya Jaksa, Felo atau Pengurus Kolej akan panggil budak-budak first year yang dilihat cenderung kepada group yang dilabelkan sebagai pembangkang ini, untuk berjumpa dengan mereka. Waktu berjumpa inilah mereka akan bertanya macam-macam soalan. Soalan-soalan ini adalah untuk menakut-nakutkan student tersebut. Kemudian cerita-cerita “kena buang kolej” “kertas undi bernombor siri”  “kena buang universiti” semuanya akan ditabur ke dalam otak student-student yang dipanggil itu.

Jadi, soalnya sekarang kalau korang digertak, diugut atau dipaksa oleh Jaksa, Felo, Pengurus Kolej atau Pengetua, apa yang perlu korang buat?

Kalau korang berasa yang korang digertak, diugut atau dipaksa membuat sesuatu yang korang tak nak buat (seperti kena paksa undi calon Aspirasi, kena ugut jangan undi calon GMUKM, kena paksa jadi calon, kena paksa jadi jentera Aspirasi, kena paksa jadi pak guard untuk berkawal di kolej, kena ugut buang kolej dan seumpamanya), berikut adalah beberapa perkara yang korang boleh lakukan:

Lepas selesai “kejadian gertakkan, ugutan atau paksaan” itu berlaku, cepat-cepat buat perkara berikut:

1. Catatkan nama orang yang memaksa atau mengugut korang.

2. Catatkan jawatan orang yang ugut dan paksa korang tu.

3. Catatkan tarikh, hari apa, pukul berapa dan tempat kejadian ugut atau paksaan tu berlaku.

4. Kalau yang paksa dan ugut korang tu ramai, senaraikan semua nama dia orang dan jawatan dia orang.

5. Tulis balik detail kejadian tu secara terperinci misalnya apa yang diugut, bagaimana ugutan itu dibuat, perkataan dan ayat yang digunakan untuk mengugut, nada suara yang digunakan atau body language yang ditunjukkan ketika mengugut. Jika ada kata-kata kesat yang dikeluarkan atau kekerasan fizikal dilakukan ke atas korang, make sure korang tuliskan dengan terperinci semua ini.

6. Kalau korang ada saksi kejadian tu, tulis nama saksi yang berada di tempat kejadian.

7. Lagi chantek, kalau korang ada handfone berkamera yang boleh rakam, make sure korang rakamkan kejadian ugutan tu. Halakan kamera handfone korang ke arah orang (atau orang-orang) yang mengugut korang tu secara sembunyi-sembunyi. Kalau susah nak rakam gambar, rakamkan je suara dia orang.

8. Selepas korang kena ugut atau paksa tu, tuliskan apa perasaan korang. Rasa takut ke, rasa tak selesa ke, rasa trauma ke, rasa tak adil ke, rasa berdebar ke, rasa gelabah ke, rasa gentar ke,  rasa terkujat ke, rasa geram ke, dan sebagainya.

Setelah korang selesai tulis semua detail-detail di atas, kontek budak-budak GMUKM atau budak-budak yang bertanding bukan di atas tiket Aspirasi yang korang kenal dan berikan laporan aduan bertulis korang tu pada dia orang.

Yang penting, kalau korang rasa korang digertak, diugut atau dipaksa, tolong buat aduan secara bertulis mengikut garis panduan yang disediakan di atas.

Jangan jadi mahasiswa yang takut kerana takut itu hanya akan memanjangkan lagi penindasan. Jadilah mahasiswa yang berani kerana keberanian itu akan meruntuhkan penindasan yang sedang dijalankan.

Selamat Mengundi. Undilah kerana kerelaan dan bukan kerana ugutan.

6 Responses

  1. mmg sokong sgt2 lah. byk cantik muka diorg nk grtak bdk2 1st year. cntik ke? ntah la.

  2. terima kasih atas saranan….saya ambil bahan ini untuk kegunaan mahasiswa di tpt saya.

  3. nak membetulkan? undi adalah hak setiap org. mahasiswa, tak kira dr thn mana pun, hak dorg nak undi sapa pun. tak ksh aspirasi mahupun gmukm. ade je pengundi2 gmukm yg duk aktif kat jaksa kwn dgn felo, tak kene ugut pun? 1st yr kene ugut? sedeh nye. nak tau tak pe sbb kene buang kolej? sbb wat bende2 yg diHARAMkan oleh kolej. spt mengganggu ketenteraman penghuni di kolej, mengedar flyers haram, bergado… etc. so tak timbul pun reason, UNDI GMUKM kene buang. tujuan diorg kumpulkan 1st yr juz nak igtkan je. bkn nak meracun sapa pun.

    mmg btl ape klu undi gm, byk tak leh wat. ape yg tak leh wat, tu bergantung kpd korg. susah nak dpt kan peruntukan utk aktiviti. tak caya? spt yg berlaku seblum aspirasi takeover.. aktiviti kurang dpt sambutan. balik2 forum, forum, forum… mmglah bagus utk otak tp TEPU otak lah asik2 dgr je!

    tu je nak gtau. lawak la korg ni.

    bgmn lak 1st yr diugut, dibrainwash oleh gm? ape 1st yr nak wat? nak wat bende sama mcm korg sarankan ke?

  4. untouchable yang baik,

    terima kasih kerana memberi pandangan anda. di dalam diskopi, kami sangat-sangat merayakan perbezaan pandangan. mereka yang berbeza pandangan dengan kami, tidak akan ditindas, disekat, dikekang atau dilarang. itu adalah prinsip laman web diskopi sebagai suatu medan wacana idea.

    setiap pandangan yang berbeza akan diraikan dengan respon yang rasional dan berhemah. tidak ada penindasan, pengekangan, kawalan, sekatan atau larangan di dalam memberi pandangan anda di laman web diskopi ini.

    setiap pandangan yang diberikan akan dibincangkan secara ilmiah, rasional dan berhemah. saya tidak setuju sepenuhnya apa yang diajukan oleh anda. tetapi saya boleh bersetuju dengan anda tentang satu perkara iaitu mana-mana pihak yang melakukan ugutan baik secara kasar mahupun secara halus, haruslah dilawan.

    tidak kira sama ada ianya pihak aspirasi mahupun gm, mana-mana pihak yang mengugut, kita sebagai manusia yang sudah dewasa dan sedar harus melawan setiap ugutan yang dibuat ke atas kita.

    tulisan di atas, adalah suatu tulisan yang berbentuk garis panduan tentang cara-cara untuk kita menghentikan kegiatan ugut-mengugut ini supaya kita dapat melahirkan suatu sistem pilihanraya kampus yang lebih adil, telus, demokratik dan tidak berat sebelah.

    dan garis panduan tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang berasa diri mereka diugut. jika anda berasa diugut oleh pihak gm, anda juga boleh gunakan garis panduan di atas untuk membuat aduan terhadap gm.

    siapa yang menindas kita, wajib kita lawan. jihad yang paling besar adalah jihad melawan penindasan.

    wallahua’lam.

  5. budak diskopi, thx krn memberi pandangan yg tidak berbelah bahagi. saya amat menghargai n menghormati pandangan anda.🙂

  6. tq budak diskopi…inilah semngat jiwa remaja yg kita inginkan..tidak sesekali menindas mana2 pihak walaupun berbeza pendapat…malangnya….ada seorang budak tu asyik menghentam saya di laman blog hanya kerana saya tak bersetuju dgn beberapa perkara…akhirnya saya dituduh seperti orang tak mengenang budilah, mcam2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: