REVOLUSI TAHUN 1

Oleh: MEtaFoRA@ Ariff

REVOLUSI! REVOLUSI! REVOLUSI! Kali ini aku ingin berbicara mengenai revolusi, bukan revolusi menjatuhkan regim pentadbiran kerajaan tetapi REVOLUSI mengenai pembebasan mahasiswa tahun 1 daripada belenggu HEP (Hal Ehwal Pelajar) dan pihak ASPIRASI. Mengapa aku ingin berbicara soal Revolusi tahun 1 ini???? Dapat aku rasakan yang pelajar tahun 1 sering kali ditindas oleh pihak ASPIRASI supaya mengundi calon mereka sendiri. Ini jelas dapat dilihat semasa bermulanya musim pilihanraya kampus dan fenomena ini aku rasakan terlalu ‘klise’ kerana acap kali aku dengari pelajar-pelajar tahun 1 diugut untuk dibuang kolej sekiranya tidak mengundi calon ASPIRASI. Sepatutnya kita meraikan suasana pilihanraya itu dengan meriah tanpa provokasi dari mana-mana pihak kerana kita meraikan demokrasi bukan kita meraikan rusuhan. Sedarlah wahai pelajar tahun 1 kamu semua tidak akan dibuang kolej selagi kamu aktif itu semua ugutan bagi meraih undi. Cuba direnungkan mengapa graduan pada masa kini terutamaya graduan UKM susah memperoleh pekerjaan? Ini kerana minda mereka dikongkong oleh pihak HEP dengan perkara-perkara begini. Mahukah kita sebagai pelajar tahun 1 menerima nasib yang sama dengan abang-abang dan kakak-kakak kita yang sebelum ini dikawal minda mereka supaya menurut saja arahan HEP sehinggakan tidak mampu untuk menyatakan idea-idea dan membentangkan hujah mereka sendiri.

Ayuhlah semua kita bersatu menentang pihak yang mengawal kita ibarat boneka yang talinya sungguh kuat sehingga tiada sebarang pisau mampu memutuskannya sedangkan kita dilahirkan didunia sebagai manusia yang fitrahnya tidak boleh dikongkong lebih-lebih lagi dalam menyuarakan pandangan masing-masing. Aku sendiri kalau dikongkong aku akan memberontak. Cuba kita fikirkan, negara kita pada masa hadapan memerlukan pemimpin yang berkaliber, berkarisma dan mempunyai idea-idea yang bernas untuk mentadbir negara. Beginikah caranya pihak HEP mahu menghasilkan pemimpin yang memenuhi kriteria, alamatnya kita hanya memperoleh pemimpin yang hanya menurut saja arahan. Tiada gunalah kalau begitu.

Seharusnya kita sebagai mahasiswa dikurniakan tahap intelektual yang baik mampu berfikir dengan kritis dalam menerima apa jua keputusan. Lebih-lebih lagi kita sebagai pelajar tahun 1 jangan kita mudah tunduk pada penindasan walaupun kita masih setahun jagung di kampus ini, kita mempunyai hak untuk menyatakan hujah kita tersendiri. Bangkitlah wahai MAHASISWA bukan saja pelajar tahun 1 tetapi semua pelajar universiti marilah kita bersama-sama gegarkan HEP dan ASPIRASI yang selama ini mengongkong kita semua dan beranilah untuk melakukan perubahan. Komuniti yang maju adalah komuniti yang beranai melakukan perubahan samalh jua dengan kita jika kita bersedia berubah maka kemajuan semakin menghampiri kita. Marilah pelajar-pelajar terytamanya pelajar tahun 1 kita berubah dan menrevolusikan diri kita supaya tidak lagi dijajah dengan idea-idea kuno daripada pihak HEP dan ASPIRASI…BERSATU BERUBAH!!!!!!! –salam MEtaFoRA

8 Responses

  1. ko memang berani tahap gaban

  2. ugutan dan paksaan secara halus untuk mengundi calon aspirasi memang suatu realiti kat UKM ni khususnya terhadap budak-budak first year.

    tapi malangnya aku lihat kelompok GMUKM tak ada usaha untuk mendokumenkan sebarang ugutan dan paksaan yang telah dilakukan.

    aku cadangkan pada pimpinan GMUKM untuk set up satu tim di setiap kolej untuk membuat kerja-kerja merekod dan mendokumenkan semua ugutan dan paksaan yang telah dilakukan. tim tu tak perlu ramai. 3 orang satu tim di setiap kolej sudah cukup untuk membuat kerja-kerja ni.

    catatkan:

    1. nama budak yang kena ugut dan nombor matrik
    2. nama orang yang mengugut
    3. jawatan orang yang mengugut
    4. tarikh, hari, masa dan tempat di mana ugutan itu dilakukan
    5. detail terperinci apa yang diugut atau dipaksa dan bagaimana ugutan dan paksaan itu dibuat

    butir-butir ini disimpan dan didokumenkan. butir-butir ini boleh dikutip melalui cerita-cerita yang didengar dan dari cerita-cerita ini, kenal pasti siapa budak yang kena ugut tu dan kemudiannya follow-up dibuat dengan menemuramah budak yang kena ugut tu.

    untuk memastikan supaya budak yang kena ugut itu tidak takut dan berani untuk tampil memberi maklumat, beritahu pemberi maklumat yang dokumen ini adalah rahsia atau confidential iaitu nama pemberi maklumat akan dirahsiakan apabila laporan dibuat.

    setelah maklumat tentang ugutan dan paksaan ini dikumpulkan suatu memorandum boleh dihantar kepada NC kita mendetailkan jumlah kes ugutan dan paksaan yang telah berlaku serta detail terperinci apa yang berlaku.

    di dalam memorandum ini juga, sertakan sekali cadangan untuk mengelakkan perkara yang sama berulang kembali dan mereka yang mengugut dihukum oleh universiti.

    jika NC tidak memberi apa-apa maklum-balas dalam tempoh dua minggu tentang aduan kita ini, kita kemudiannya boleh mendedahkannya kepada media. buat press konferen dan panggil semua media datang untuk mendedahkan perkara ini untuk memberi tekanan kepada NC supaya menyelesaikan perkara ini dengan segera.

    dan pastikan ketika penghantaran memorandum dan konferen dibuat, kita dosokong oleh ribuan mahasiswa yang lain yang turut sama mengiringi kita. jika yang hantar memorandum dan buat press konferen tu hanya 30-40 orang itu menunjukkan kita tak ada sokongan. tapi kalau dua tiga ribu yang turun, itu menunjukkan yang kes yang kita bawa ini mendapat sokongan dari mahasiswa lain.

    kalau dah dua tiga ribu yang turun, takkan dia nak buang student seramai tu. kita takut kalau kita sedikit. tapi kalau kita ramai dan ramai yang berani, pihak HEP tak akan boleh buat apa-apa terhadap kita.

    kerana itulah kita semua perlu beramai-ramai bersatu. lagi ramai bersatu, lagi kita tidak takut. lagi kita tidak takut, lagi mudah untuk tembok ugutan dan paksaan HEP kita sama-sama runtuhkan.

    p/s: dan untuk budak-budak yang kena ugut atau paksa, masa kejadian tu berlaku kalau ada handfone yang boleh rakam, make sure rakamkan kejadian tu sebagai bukti.

    bersama bersatu berani berubah!

  3. aku setuju dengan ta basta 2…..
    satu idea yang bernas….
    mungkin akan diaplikasikan..

  4. aku ni manusia….
    tgk dyer asyik kena jer…..
    tp orang yg selalu kena ni dyer mudah dikasihani…

  5. skong sgt.

  6. a’ah,,tp kecik kan bek…tp kan koya..

  7. a’ah,,tp kecik kan bek…tp kan koya..

  8. salam bloggers mat arip n isz88……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: