DARI 1ST YEAR UNTUK 1ST YEAR

Oleh Ismail

Pilihan Raya Kampus (PRK) kini berbunga kembali… Mahasiswa Universiti yang dipilih menjadi Calon sama ada Pro-Mahasiswa mahupun Pro-Aspirasi kini masing-masing mempertaruhkan manifesto-manifesto mereka…kononnya demi kebajikan dan kepentingan Mahasiswa. Tetapi ada segelintir calon sahaja yang melunaskan janji-janji manis mereka dan  selebihnya hanya menjadi “Pak Turut” kepada pihak yang mencaturkan sistem ini. Inilah yang sering berlaku acapkali sehingga ianya menjadi klise menjelangnya musim PRK.

Dalam hal ini, Mahasiswa perlu sedar bahawa apa yang pentingnya disini ialah, anda mempunyai hak dan kebebasan dalam memilih calon yang mempunyai kredibiliti dan memperjuangkan kebajikan Mahasiswa pada hari ini. Bukannya calon yang bijak mempersetan dan beromong kosong dalam meraih undi simpati terutamanya dari pelajar tahun satu…cukup sadis dengan tindakan mereka ini. Apa yang perlu ialah calon yang dipilih itu bukan calon yang dicaturkan oleh sistem atau golongan elit yang bermatlamat tertentu tetapi seorang calon yang dipilih oleh mahasiswa demi mahasiswa itu sendiri. Akhirnya, wujudlah simtom yang dinamakan “mengkhinzir buta” oleh golongan mahasiswa tanpa mindanya dijana oleh mahasiswa itu sendiri… Adakah Mahasiswa kita pada hari ini hanyalah seperti layang-layang? Iaitu kebebasan layang-layang itu dikawal oleh penariknya. Maka ini hanyalah menjadikan Mahasiswa itu seperti ”serumpun lalang” yang tidak mempunyai platform dan pendirian yang tetap mahupun kritis.

Universiti adalah tempat dimana Mahasiswa berkeupayaan untuk berfikir secara kritikal bukannya yang direncanakan untuk menjadi robot atau Mahasiswa Boneka. Tindak-tanduk Mahasiswa sebenarnya ditentukan oleh Mahasiswa sendiri dan bukannya oleh pihak berkepentingan individualistik. Keadilan sosial dan hak Mahasiswa adalah pencetus kepada keseimbangan Negara dalam era marcapada kini. Jangan menjadi seperti burung merpati, mata terlepas badan terkurung… gahnya bergelar sebagai MAHASISWA UNIVERSITI tetapi tidak seGah peranannya sebagai Mahasiswa yang berintelektual. Pada hakikatnya masa kini, kita dapat melihat bahawa Mahasiswa tahun satu lebih cenderung menjadi apati iaitu tidak mengambil tahu tentang kesan yang bakal mereka peroleh apabila tersilap merencanakan calon mereka. Apati dalam konteks ini ialah Mahasiswa mengambil tindakan kalut dengan mengikut apa yang telah dipaksa dan dicaturkan oleh “gagak” itu…kenapa? Mahasiswa ini telah diugut dengan pelbagai ancaman tsunami kotor dan kolot mereka dalam mengekalkan pengaruh mereka yang begitu menjijikkan itu…inilah karenah birokrasi kita pada hari ini yang menggunakan prinsip matlamat menghalalkan cara…aku untung, poket kembung…

Wahai Mahasiswa Tahun Satu…ingatlah bahawa, mangkin kepada perubahan dan kebaikan Mahasiswa itu bukannya datang daripada gagak-gagak ini tetapi ianya lahir daripada Mahasiswa itu sendiri… akibatnya, apa yang kita takuti dan turuti itu menyebabkan kita bagaikan “melepaskan anjing yang tersepit” akhirnya ianya akan mengigit kita semula…

Pilihlah calon anda dengan telus dan tepat tanpa sebarang provokasi yang songsang supaya anda tidak dihegemonikan dengan ancaman mahupun ugutan merewang daripada pihak yang tidak berintelktualistik ini. Hak anda perlu diketengahkan dan jadikan ugutan mereka sebagai daun-daun kering yang berguguran tanpa sedikit pun mendatangkan faedah kepada kita…

KEGAGALAN LEPAS ADALAH MANGKIN KEPADA KEJAYAAN KITA PADA HARI INI.

BERSATU UNTUK BERUBAH….UNDIAN ANDA PERJUANGAN KAMI.

2 Responses

  1. ko pun samer ler…….wa respect same lu..

  2. angin perubahan sudah bertiup kencang. budak-budak first year UKM sudah mula berani bersuara dan tidak takut lagi pada sebarang ugutan dan paksaan.

    budak-budak 2nd year, 3rd year dan 4th year macam mana pulak?

    mahasiswa berani, tak akan dibuli!
    mahasiswa bersatu tak akan dikalahkan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: