Kebodohan Melampau Pentadbir HEP dan Pimpinan Aspirasi UKM

Sebelum kita berbincang dengan lebih terperinci lagi kebodahan pentadbir HEP dan pimpinan Aspirasi UKM kita mungkin perlu kaitkan fenomena kebodohan ini dengan salah satu aktiviti tahunan universiti, iaitu pilihanraya kampus. Secara asasnya pilihanraya kampus di adakan setiap tahun di UKM bagi memilih wakil-wakil mahasiswa yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin dan mengatur agenda visi dan wawasan mahasiswa dan universiti. Biasanya pilihanraya kampus di UKM ini melihat pertandingan antara dua pihak, iaitu antara calon Aspirasi (calon sistem) dan calon Mahasiswa.

Di UKM, Aspirasi terdiri daripada 3 kumpulan besar yang masing-masing mewakili kaum melayu, cina dan india, iaitu TSB (tindakan siswa bersatu) atau UPSM (unit pembangunan sumber manusia), CCC (chinese community students committee) dan PAH (perwakilan agama hindu). Kalau dibandingkan dengan politik negara, tiga tiga kumpulan ini seperti UMNO, MCA dan MIC.

Calon-calon aspirasi ini dilantik dan disokong oleh HEP universiti di mana apparatus-apparatus universiti di gunakan dengan semaksimanya bagi memastikan kemenangan dalam piliharaya. Agak kelakar juga dan rasanya ramai yang tidak sedar bahawa calon-calon aspirasi dipilih HEP, dilatih oleh HEP dan HEP universiti sendirinya yang menjalankan proses pilihanraya. Sesiapa yang hendak dipilih mestilah dari kumpulan-kumpulan ini. Calon Melayu mesti daripada TSB atau UPSM, atau kadang kala dari kolej juga, calon cina mesti dari CCC dan calon India mesti dari PAH. Calon cina yang bukan dari CCC tidak dibenarkan untuk bertanding dan keadaan yang sedemikian juga untuk PAH.

Setibanya pilihanraya, apparatus-apparatus seperti kelab aspirasi dan JAKSA di kolej akan digunakan oleh HEP untuk memastikan calon aspirasi menang. HEP akan memberi peruntukkan kepada kolej-kolej ini untuk membiayai gerakan jentera-jentera ini. Kolej yang besar seperti Keris Mas dan Zaba akan diberi jumlah yang lebih tinggi (RM 800 atau 1000) manakala kolej-kolej lain yang lebih kecil akan diberi jumlah seperti RM 600 atau 800. Duit ini akan digunakan untuk beli barang bagi cat banner-banner, fotostat artikel-artikel aspirasi dan lain-lain lagi. Duit ini juga akan digunakan untuk membeli makanan bagi ahli-ahli jentera tiap-tiap malam seperti nasi lemak ayam, roti sardine, sirap limau, dan juga yang lain-lain seperti biskut dan keropok-keropok. Makanan ini diberikan kepada ahli-ahli jentera yang bertugas dari tengah malam sampai awal pagi bagi memastikan calon-calon mahasiswa tidak masuk ke dalam kolej untuk berkempen. Dalam jentera aspirasi pelbagai jawatankuasa ditubuhkan seperti keselamatan, pengintip, wakil dan agen calon, makanan dan kebajikan dan lain-lain lagi.

Calon-calon mahasiswa tidak dibenarkan untuk berkempen dalam kolej dan artikel-artikel yang diberi oleh pihak mahasiswa dianggap haram dan tidak boleh dimiliki mahasiswa. Pada masa sama, pihak HEP kolej akan memanggil perjumpaan dengan mahasiswa tahun 1 di mana mereka akan disuruh untuk mengundi aspirasi dan sesiapa yang tidak mengikut arahan ini akan diugut dibuang kolej. Boleh dikatakan semua kolej mengamalkan ini terutamanya di kolej-kolej Keris Mas, Rahim Kajai, Burhanuddin Helmi dan Hussein Onn. Selalunya bukan sahaja HEP kolej yang terlibat tetapi CCC dan PAH juga masuk ke dalam kolej untuk memastikan undi mahasiswa cina dan india pergi kepada aspirasi.

HEP akan mengugut mahasiswa sekiranya mereka tidak undi aspirasi mereka akan dibuang kolej. Peranan ini banyak dimainkan oleh ahli-ahli aspirasi, felo-felo, pegawai-pegawai HEP dan juga pengetua sendiri. Di kolej-kolej tertentu mahasiswa-mahasiswa yang balik kolej lambat akan disoal siasat dan ditanya mengapa mereka balik lambat dan dari mana mereka datang. Terdapat juga mahasiswa yang dipaksa oleh HEP supaya menjadi calon atau ahli jentera aspirasi.

Di pihak PAH, ahli PAH akan memberitahu mahasiswa india bahawa hanya mereka yang boleh jaga kebajikan kaum india. Jika wakil PAH tidak menang, kebajikan kaum india tidak akan terbela.

Dan bagi saya, yang paling hebatnya CCC. Seperti PAH, mereka juga akan menyatakan bahawa hanya mereka yang boleh menjaga kebajikan kaum cina. Juga turut dikatakan, oleh kerana kaum cina di UKM hanya sebilangan kecil, maka semua mahasiswa cina mesti undi calon CCC supaya mereka dan hanya mereka yang boleh menjaga kebajikan mahasiswa cina dengan berbincang dengan kaum melayu dan kaum india. Mahasiswa cina juga diberitahu mereka perlu undi aspirasi sebab kalau tidak, kerajaan akan menghentikan peruntukkan kepada UKM. Turut diberitahu, mahasiswa UKM juga tidak akan dapat mencari pekerjaan bila konvo nanti kerana majikan tidak akan mengambil mahasiswa daripada universiti yang pemimpin mahasiswanya pembangkang. Mereka berkata, aktiviti-aktiviti seperti pesta tanglung dan pesta ang pow juga akan dihapuskan dan dilarang jika mereka gagal dipilih kembali oleh mahasiswa. Mereka menjelaskan bahawa pembangkang merupakan kumpulan Islamic yang fanatic dan akan mengaturkan semua agenda Islam di universiti.

Sebab-sebab inilah kenapa saya mengatakan kebodohan melampau dan kebaculan pentadbir HEP dan pimpinan aspirasi UKM. Bagi seseorang yang belajar di universiti, amat pelik sekali keadaan-keadaan sebegini diamalkan dan berlaku di UKM. Pihak HEP tiada idea dan bodoh sangat sehingga terpaksa menggunakan apparatus-apparatus universiti dan unsur-unsur paksaan dan ugutan bagi memastikan mahasiswa mengundi pihak aspirasi. Bila pujukan tidak berjaya kerana kebodohan mereka sendiri maka cara-cara lain diguna untuk menindas mahasiswa supaya ikut permintaan mereka. Keadaan yang sama juga berlaku di pihak pimpinan aspirasi UKM yang terdiri daripada TSB atau UPSM, CCC dan PAH. Mereka menanam perasaan insecurity dalam etnik masing-masing dengan mengatakan jika mereka tidak dipilih kaum mereka tidak akan terjaga dan terabai. Bagi seseorang mahasiswa yang dibenarkan membuat satu informed decision, keadaan-keadaan seperti yang dinyatakan ini tidak mungkin berlaku. Cuma apabila pihak-pihak ini menghalang amalan demokrasi dan kebebasan memilih, mahasiswa tidak dapat membuat sesuatu informed decision dan sebaliknya hidup dalam kerangka kaum mereka masing-masing. Ini yang cuba dilakukan pihak-pihak tertentu UKM, iaitu pecah dan perintah supaya dapat mengelirukan. Pentadbir dan pimpinan yang bodoh sememangnya memerlukan pengikut yang bodoh cuma disini sebenarnya mahasiswa tidak bodoh tetapi diperbodohkan oleh mereka ini, supaya mereka boleh kekal berkuasa dan mengawal. Bagi saya, tidak mengapa kalau pentadbir HEP atau pimpinan aspirasi UKM memang bodoh atau ingin menjadi bodoh tetapi jangan memperbodohkan mahasiswa atau anggap mahasiswa adalah bodoh.

Sudah 51 tahun kita merdeka, polemik kaum dan isu-isu kaum merupakan wacana yang cetek dan tidak lagi boleh dipakai. Sepatutnya wacana sekarang adalah wacana tentang idea di mana isu-isu kemiskinan, ketidakadilan, competitiveness dan competency, peluang pekerjaan, keupayan berfikir secara critical dan hal ekonomi serta social diperdebatkan dengan lebih agresif lagi. Bukan berbincang tentang isu-isu seperti sama ada seseorang itu daripada golongan Islamic atau tidak, atau jika pembangkang dipilih pesta tanglung akan dihapuskan. Sekiranya ini diteruskan, kita akan menjadi bahan lawak sedunia.

“Tidak kisah sama ada kucing hitam atau kucing putih, selagi ia boleh tangkap tikus, ia kucing yang bagus.”

*the thoughts stated above are those of the author alone and do not relate to or represent the stand of whoever or whatsoever.

24 Responses

  1. saya pelajar tahun satu ukm. saya duk di Kolej Kajai. malam tadi felo2 paksa saya supaya join kempen aspirasi kat kolej. apa, mereka ingat saya hamba ker? biarlah saya buat keputusan sendiri. saya dah besar, mak saya pun tak paksa2 begini!

  2. if u really think HEP is behind all this, with what hope do you think the opposition will win and get a chance to represent the students??then wats the use of the opposition competing in the election?just to make the numbers i suppose??

  3. sama ada menang atau tidak, itu hal lain…yang penting kita mesti cuba..

    janji yang jahat, kita mesti lawan….

    “what good is a man who does not make the world a better place”

  4. undi calon no.2..fakulti pendidikan..

  5. salam..

    hebat btol tuan berkata – kata..
    menyatakan yang HEP dan pimpinan HEP bodoh yang melampau…

    HEBAT.. saya kagum..

    1. Mungkin tuan mengambil jurusan sains politik sehingga tuan dapat memberikan hujah dengan hebat…

    2. Dapat kan nama yang terlibat degan betul… UPSM = Urusetia Pembangunan Sumber Manusia.
    HEP : sekarang JPPel = Jabatan Perkhidmatan Pelajar.

    3. bagaimana tuan dapat berhujah sedangkan perkembangan Univ pun tuan tidak ikuti,,?

    4. Btol ke Dapat duit 8oo – 1000? tuan yakin ke?

    5. agak2 tuan la.. GMUKM dapat duit dari mane? hebat mereka tahun nie..

    6. Cuba tuan nyatakan keburukan dan kehebatan GMUKM dan Keburukan dan Kehebatan ASPIRASI

    7. Tuan tahu rukun negara yang ke 5? klu tahu.. amalkan..
    walaupun dalam penulisan blog.. setahu saya tuan mmg pandai berhujah.. tapi x der tindakan..

    TERBUKTI tuan..
    TERBUKTI….

    aspirasi……..

  6. Oiks, aspirasi hang jangan duk wayang kat sini. Mamat vanguard yang tulis ni pun sial jugak dolu. Dia ni dulu orang kuat hangpa jugak, la ni dia dah tinggaikan hangpa, dia bukak cerita hangpa semua. Hang jangan nak lagak baik la. Rahsia hangpa dah terbarai…

  7. setahu saya, aspirasi pandai bergaya saja, tak reti langsung berhujah pasai otak dah sengal makan duit plajar. Nak perli orang pulak… hahaha… aspirasi aspirasi.

  8. 6. Cuba tuan nyatakan keburukan dan kehebatan GMUKM dan Keburukan dan Kehebatan ASPIRASI

    Hebat GMUKM: Smuanya pelajar dia yang buat.
    Buruk: Ingst negara nie semuanya orang Islam ja.

    Hebat Aspirasi: Salahguna wang pelajar, berbohong, kurang ajar, samseng, korup.
    Buruk: Semuanya HEP yang tolong buatkan. Naseb baik banting dia pa buat sendiri. Fikiran dunia ke-tiga. Suka main tipu.

  9. aspirasi2…..kalau diorang xikut perkembangan universiti xkan la mereka menentang….ko ni orang akan menentang kalo mereka xberpuas hati…aper guna rukun negara ke 5 kalo minda masih dikongkong oleh rukun negara…apala ko ni….
    xphm lg ker…..ha ni bru perangai aspirasi terlalu bangga dengan aper yang dicapai bukannya nk menjadi medium kepada mahasiswa….yang selalu diperbahaskan ah benda2 mcm ni la….

  10. aspirasi gagap! cakap takda isi, sebijik macam tin kosong!

  11. kalo suma nak murah..apply la uitm…nape pilih ukm haha

  12. wahai misai kontot..
    ketahuilah sesungguhnya UiTM tu hanya untuk orang Melayu je, yang bukan melayu amacam? tak kan nak nafi hak orang lain beb? ko ni tak Malaysia sungguh r..

  13. try….u r not the first opposition batch has been trying…its been there ever since a student representative role is created….but till now has there been any changes????has the HEP suffered any blow from all those years that students like you, opposing them in an election???in my opinion all you do is making up the numbers…referring to your phrase, “what good is a man who does not make the world a better place”…i agree we must try our best no matter what comes in the way..but how long are we going to make fire using sticks and stones??when are we going to progress and move one step ahead than all the old students who have opposed them before??for all we know…we are able to win an elction..but the HEP doesnt feel unsettled..we must find a way to deliver a much bigger blow to the HEP besides just participating in an election…we should just BOYCOTT the election and the representatives chosen by the HEP…then im sure HEP will feel the wrath of us,students who have oppresed by the HEP and its proxies all this years..

  14. alamak mamat kratos ni dah jadi “goltung” pulak. “Goltung” ni adalah singkatan drp perkataan “golongan tunggul”. golongan tunggul ni memang banyak. kejer dia adalah jadi tunggul kat jalan supaya bila orang berjalan, kalau tak nampak tersepak dia. kalo dah tersepak dia, tentula sakit kaki. kalo orang yang tak tahan sakit, sure terus patah balik, tak teruskan perjalanan.

    inilah kejer goltung ni. orang nak berjuang, orang nak lawan, dia akan tabur tunggul-tunggul supaya kita lemah semangat. macam omputih cakap “wet blanket”. api dah marak, dia gi tutup dengan selimut basah pulak.

    goltung-goltung ni dia tak belajar sejarah. ader ker suruh boikot election. tolong gi bukak sejarah dan tengok aper yg jadi pader grup student yg boikot election?

    gi balik bacer sejarah ar. jangan nak tabur idea-idea goltung ko tu. kalo goltung ni penakut nak lawan, senyap jer la. tak yah pulak jadi “selimut basah” !

  15. assalamualaikum haris…igt aku lg tak,bkas adik beradik ko dulu…hahhahaha

  16. saper yg takut nak lawan….aku x suruh korang lari atau cabut….aku hanya suruh cuba cara lain untuk melawan….sebelum ko tuduh orang secara melulu..fahamlah dulu apa yg aku cuba sampaikan…pilihanraya umum lepas…pihak pembangkang banyak jugak yg menang…ada perbezaan ke??time BN dulu banyak jugak kes seleweng,,,sekarang pun kat Selangor apa bezanya bawak pimpinan Keadilan…jadi dengan jaminan apa..ko boleh cakap yang pihak pembakang takkan jadi macam calon Aspirasi sebelum tuh….kalo kata nak beri peluang, dah brapa calon pembangkan kitorang undi sejak first year, x da beza pun…aku cuba nyatakan bahawa mencalonkan seorang pembakang dalam pilihanraya kampus dan walaupun calon itu meneng…tekanan yang kita dapat berikan kepada pihak HEP tak seberat jika kita memboikot pilihanraya ini…cuba bayangkan, jika sekurang-kurangnya 50% pelajar tidak mengundi..HEP pasti sedar akan masalah yg wujud..dan jika kita sebagai pelajar tak mengiktiraf calon HEP sebagai wakil kita, masakan mereka mempunyai kuasa….jangan hentam kromo saja Saudara Lawan..

  17. ok mamat kratos. aku mintak maaf kalo ko rasa aku hentam kromo. sorry ek. idea boikot ni utk aku tak releven dalam kondisi ukm. kat u lain aku tak tahu ar. tapi kat ukm ni memang tak sesuai ar. kenaper tak sesuai?

    satu, mood kat ground tak cenderung kpd boikot. orang maseh lagi percaya yg pilihanraya boleh mengubah. contoh pilihanraya umum 8 march 2008. memandangkan banyak negeri pembangkang menang, maka ia mempengaruhi jugak sentimen kat kampus. so, sama ada nak boikot atau tak, perkiraan tu wajib dibuat dengan menganalisa mood kat ground. so, kat ukm ni, mood dia bukan mood boikot.

    jadi, apa-apa strategi yang tak mengira mood dan sentimen kat ground akan backfire.

    dua, ini kali pertama gmukm ada calon-calon bukan melayu. kalo peluang kerjasama ini dilepaskan dengan memboikot, kemungkinan besar di tahun hadapan kerjasama seperti ini sukar untuk dilaksanakan. so, sebab itu peluang kerjasama antara melayu-bukan melayu dalam gmukm ini perlu digunakan sepenuhnya untuk menguatkan lagi kerjasama antara kaum dan agama di dalam gmukm.

    tiga, kalo ko boikot…rugi la. ko terlepas peluang dan akses untuk berkempen secara terus kepada student. pilihanraya ni adalah suatu platform komunikasi terus ke ground secara direct. melalui kempen-kempenlah idea yang ko nak bawak dapat disalurkan kepada lebeh ramai orang. kalo boikot…hilang peluang tu.

    empat, sejarah gerakan mahasiswa menunjukkan, tindakan memboikot sebenarnya merugikan mahasiswa. uia tahun 2003 dan um 2004 – boikot yang dilakukan akhirnya menyebabkan seluruh struktur kepimpinan kampus dipegang oleh grup student pro HEP. bila dia orang pegang, sumer pintu-pintu akses terhadap mahasiswa, sumer tertutup. bila tertutup jer…proses pembodohan dan pembaculan mahasiswa berlaku secara total. dan waktu tu nak bangkit balik…punyer la payah.

    so, boikot untuk aku bukan cara yang terbaik. terus melawan dan menggunakan segala peluang dan ruang yang ada walau pon sedikit untuk turun ke ground adalah lebih baik daripada memboikot.

    sekali lagi aku mintak maaf kepada mamat kratos kalo ko raser aku hentam kromo ko pader posting yang lepas.

    thank you.

  18. bestnya jadik stdnts ukm..da pilihanraya..xmacam unimap (perlis)…mpp 2 sumer dekan yg pilih..huhuhu…xbest langsung sbb x mencabar…masa ku kat matrik perak dulu pn da buat pilihanraya…kecik2 pn jadik la.ingt bila mai u,bley la rasa election yg gempak sket.tp hampeh…😦

    …:::::::skadar meluah rasa.xda kena mengena ngn sape2..😉 :::::::…….

  19. Assalamu’alaikum w.b.t kpd smua sahabat/mahasiswa/i UKM yang dikasihi. sekadar berkongsi pendapat berpandukan akal yang dibimbing oleh kejernihan wahyu agama, saya ingin meneutralkan situasi bicara maya kita semua.Tidak salah untuk kita mengkritik sesuatu mahupun seseorang, asal saja kritikan tersebut terbina atas prinsip2 serta adab yang luhur berpaksikan kepada keimanan & ketaqwaan kepada hukum hakam agama. Sesungguhnya kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pesuruh-Nya adalah untuk menyempurnakan akhlak Umat Manusia. Matlamat yang akhirnya akan membentuk identiti manusiawi yang sentiasa berakhlak dalam setiap tingkahlaku/perbuatan/pendengaran/percakapan dan segala yang melibatkan hubungan sesama manusia di alam ini. Terlalu panjang untuk diperjelaskan tentang hal tersebut. Tegasnya, sebagai manusia yang bukan setakat bergelar mahasiswa, tetapi juga seorang Muslim tidak kira peringkat umur, bangsa dan budaya, kita dituntut untuk menghiaskan peribadi dengan akhlak Islam yang agung dan cantik. Tidak salah mengkritik, tetapi kritiklah dengan akhlak yang mulia agar kita tetap dipandang mulia. Jangan dikritik peribadi seseorang, kerana takut aib menimpa. Sebaliknya, kritiklah dengan penuh kebijaksanaan dan keintelektualan agar pihak yang disanggah merasa kepingin untuk merubah situasi dan amalan. Kepada sahabat mahasiswa yang lain, jagalah setiap tutur kata yang ditaip, jangan sampai ianya mengeruhkan hubungan ukhuwah. Teguran ini juga buat diri saya yang lemah. Mari kita sama-sama memeperbaiki kendiri, berjuang memertabatkan ilmu di landasan yang lurus tanpa simpang yang haus tiada seri cahaya Ilahi. Sekian, wassalam…

  20. encik abdillah ne..mmg suci….camne yea nk ukur skala ‘akhlak yg mulia’ ne..adakah bl islam berperang,bl shbt2 mengeji tndakan org2 yg zalim, mrk dikira mngenepikan akhlak islam?.. ada masa kne gne sndiran2 sinis gak kn..xkn nk kate org2 HEP ne sungguh comel dan baik hati..cam tipu jer…dlm quran pn ada gak gne pekataan2 cam celaka,hancur..kan?maaf klu aku salah..siyez..mnta maaf bnyk2..

  21. Saudara xiaoyu, adakah anda seorang yg bukan muslim? jika begitu..saya hormati pandangan hidup anda dalam beragama. itu sudah memadai utk saya katakan bahawa saya sebagai seorang Islam yang berakhlak dengan akhlak yang sepatutnya terhadap mereka yang tidak seagama. oleh yang demikian, anda seharusnya menghormati ajaran dan isi kandungan Islam yang bersifat suci, mulia, indah dan sejahtera. jangan sesekali melontarkan pandangan anda tentang apa yang terkandung dalam islam yakni Al-Quran kerana anda bukanlah seorang yang arif lagi alim dalam mentafisir ayat Al-Quran. bagaimana untuk menilai akhlak yang mulia? mudah saja. saya berikan perumpamaan begini; JIKA sahabat yang saya tegur kerana komen di atas ditegur oleh Nabi Muhammad s.a.w… adakah nabi yang sangat agung akhlaknya itu akan mengungkapkan perkataan “bodoh” yang berbaur emosi dan perasaan yang melampau?ataukah ada pendekatan lain yg lebih sesuai dan akrab ngan dakwah sesama manusia? ketahuilah sesungguhnya akhlak yang dituntut oleh baginda Nabi kepada umatnya ialah “berakhlak dengan Al-Quran”. ketahuilah secara akal yang waras dan bernas wahai sahabat, anda sesekali tidak akan dinilai orang yang berakhlak jika terus menerus meggunakan pendekatan menghentam org dengan ungkapan yang tidak berakhlak…jangan hanya luahan ketidakpuashatian anda terhadap pihak tertentu menjadikan anda sewenang-wenangnya berperibadi penentang yang tidak beradab….sekian. harap anda sihat selalu.

  22. Abdillah… takat nak matikan hujah orang dengan nak ketengahkan bahawa saya muslim awak bukan, so u jangan banyak cakap…. BAIK TAK PAYAH!!!

    Ingat brader, Al-Quran untuk sekian umat manusia,.. baik Muslim ataupun tidak. You jangan plak nak bawak hujah picisan macam ini. Bukan takat menghina agama Islam, malah memalukan itelek2 besar Islam.

    Ape yang salah daripada padangan xiaoyou tu? Nak timbulkan pasal agama pulak… Blah ar… orang macam hang bukan nak kembangkan ajaran Rasul, sebaliknya mendapatkan nama buruk tuk agama Islam adalah.

  23. kpd org yg ckp”ingt ukm ni sume islam ke?” cuba kaji balik sirah rasulullah,bwh pemerintahan baginda sendiri trdapat org kristian n yahudi,x ada masalh walaupun ditadbir dgn syariat islam 100%,bahkan mereka rasa lebih selamat ada di bwh pimpinan baginda..sekadar brkongsi pndapat.

  24. Saya tidak menyatakan Al-quran itu utk Umat Islam je.
    Yg saya maksudkan Al-quran sama sekali tidak boleh ditafsirkan oleh orang bukan Islam atas dasar dia adalah beragama lain. Kalu pun dia orang Islam, masih tidak mampu mentafsirkannnya atas dasar dia tdk berilmu. Samalah juga halnya kita tidak bersetuju bilamana orang2 Kristian mempersoalkan Kitab suci kita. Hujah saya sebenarnya mudah difahami, cuma anda telah merumitkannya dengan pandangan yg berbaur emosi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: