Laporan PRK PMUKM – 8 Jun 2009

p1010065

1. Hari ini, Pilihanraya Kampus UKM menyaksikan GMUKM telah memenangi 4 kerusi tanpa bertanding. Dua di Fakulti Pengajian Islam, dan dua lagi di Fakulti Kejuruteraan. Pihak Aspirasi telah gagal menghantar calon, dan satu lagi calonnya telah dibatalkan penyertaan setelah dibantah. Keputusan semasa, GMUKM 4 – Aspirasi 0.

2. Calon tajaan Diskopi, Hariszuan Jaharudin telah pun tersenarai dalam pertandingan di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).Beliau akan dicabar dengan tiga lagi calon, termasuk satu calon dari GMUKM. Difahamkan kempen beliau akan melibatkan kerjasama dengan calon dari GMUKM.

p1010103

p1010099

3. Sewaktu peringkat bantahan, kertas percalonan Hariszuan telah mendapat bantahan dari puak-puak Aspirasi. Mereka membantah atas alasan saksi terhadap percalonan Hariszuan ditandatangani oleh Prof. Dr. Agus Mohammad. Meskipun syarat untuk menjadi saksi memerlukan sesiapa sahaja yang bertaraf kumpulan A, atau professional, tapi puak-puak Asipirasi sanggup membuang rm50 semata-mata untuk membuat bantahan. Difahamkan sekiranya bantahan ini diterima, Hariszuan bercadang untuk bawa kes ini ke hadapan, termasuklah meminta Prof. Dr. Agus Mohammad membuat penjelasan tentang status sama ada ia dari kumpulan professional atau tidak. HEP kali ini mungkin agak berhati-hati, jadi bantahan puak-puak Aspirasi itu ditolak!

p1010090

4. Pada hari penamaan calon ini, kelihatan ramai wartawan yang hadir. Ini termasuklah akhbar dari arus perdana. Malah,  sesorang yang dibercayai dari HEP telah meragui kehadiran seorang wartawan Diskopi. Ia bertanya, “Diskopi” ini cenderung ke mana. Wartawan Diskopi  itu menjawab, “cenderung kepada falsafah.” Nampak pegawai tersebut macam bengkek saja! Setelah penamaan calon, Hariszuan telah dikerumuni oleh wartawan. Ini termasuklah dari Kosmo, Berita Harian, dll. Bahkan, Malaysia kini turut menelefonnya untuk mendapatkan perkembangan semasa tentang PRK PMUKM.

5. Timbalan Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Wahid Samsuddin telahpun tamat perkhidmatan. Mungkin berita gembira bagi sebahagian mahasiswa! Kini jawatannya dipangku oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi.

p1010074

6. Seawal jam 7:30 pagi, rakan-rakan dalam Diskopi bersama dengan GMUKM telah berarak dari Stadium UKM ke Pusanika. Seramai lebih 200 mahasiswa terlibat dalam perarakan ini. Ini adalah simbolik kepada keberanian mahasiswa untuk membawa perubahan pada PMUKM.

7. Suasana PRK PMUKM kali ini nampaknya monyok bagi Aspirasi. Malah, difahamkan ada calon Aspirasi yang teriak dan menangis-nangis kerana telah dipaksa untuk menjadi calon. Calon tersebut perempuan pula. Kerana mengenang sikap tidak patut ini, serta sikap kurang ajar pada nilai seorang perempuan, maka seorang ahli Diskopi telah jatuh ‘sayang’ padanya!

p1010013

8. Sebarang perkembangan tentang PRK PMUKM boleh hubungi pengurus kempen Hariszuan, Hilman: 0132507583.

3 Responses

  1. harap-harap calon diskopi kita akan membawa perubahan yang bakal menang dalam pilihan raya campus ini.

    apakah perubahan yang ingin diajukan?

    sistem bas yang perfect? yuran pembelajaran yang rendah atau percuma keseluruhannya? Lecturer yang berkualiti? atau ………………?

  2. GMUKM has been longing for the chance to be given faith by us,students…n this time after sickened of what we went through with the last batch ASPIRASI candidates, it looks like we students has decided that its time the opposition are given the chance to prove their worthiness as our representatives….seems like dejavu people…this is the same panorama that surounded Malaysia when the March 8th election was held the last time out….what has changed???Nothing significant..besides the internal fighting of the opposition members….will the same situation arise here….Let us wait n c….i can say that the resulting events after the election wont surprised me…

  3. Tahniah buat calon-calon Pro-Mahasiswa yang berjaya didaftarkan pada sesi Penamaan Calon hari ini. Perjuangan baru sahaja bermula… Saya selaku pelajar tahun satu dengan penuh yakin dan beraninya mendukung hak dan harapan sebenar MAHASISWA kearah perubahan. Ketakutan anda setiap kali menjelmanya PRK dimana-mana Universiti sekali pun hanya menjadikan “lauk” bagi pihak *** tetapi Keberanian anda pada hakikatnya merupakan mangkin kepada ketakutan bagi pihak ****. Anda mempunyai hak dalam menentukan masa depan Universiri mahupun negara. MAHASISWA pasca 8 mac pada hari perlu lebih kritis dan kritikal dalam menentukan hala tuju masa depan MAHASISWA tanpa didukung oleh CALON SISTEM dan sipolan-sipolan “berhidung gagak berkaki itik” seperti mana yang telah dicaturkan oleh pihak berkenaan pada hari ini. Ini hanya menjadikan anda semua sebagai MB iaitu MAHASISWA BONEKA… Ingat! Jangan menjadi seorang MAHASISWA yang hanya “Indah Khabar Dari Rupa” tetapi tidak mempunyai kredibiliti yang cemerlang. Ayuh MAHASISWA sekalian terutamanya Tahun 1, saya menyeru supaya menampilkan wajah-wajah MAHASISWA anda kehadapan demi mencapai matlamat murni Universiti kita. BERSATU BERUBAH!!!!
    UNDI ANDA PERJUANGAN KAMI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: