Calon Mahasiswa v Calon Sistem

Oleh Hilman Idham

Sehari menjelang pilihanraya kampus, suasana masih lagi sunyi tanpa semangat merayakan demokrasi yang sepatutnya ada dalam diri setiap anak muda bergelar mahasiswa. Politik kampus masih lagi menjadi medan pertempuran anak muda yang seharusnya membawa inspirasi mahasiswa.

Pilihanraya kampus ini bakal menyaksikan pertembungan calon-calon yang menjadi caturan sistem dan caturan mahasiswa sendiri. Berhujah soal pertembungan ini, umpama berhujah tentang pertarungan Tuah dan Taming Sari. Liuk lentuk Taming Sari mengelak tikaman begitu hebat namun apakah kekebalan yang ada itu mampu menjamin segalanya? Usaha sekarang adalah memastikan Taming Sari menelusuri sejarah lepas, mati ditikam kebal sendiri.

Mengapa kita harus menolak calon sistem?

Kampus adalah persekitaran yang terbaik bagi mahasiswa mencatur dan merangka soal masa depan mereka. Soal masa depan mahasiswa di kampus tidak seharusnya dikompromi sama sekali. Masa depan kampus dan negara seharusnya terletak di tangan mahasiswa sendiri. Pencaturan sistem hanya bakal menyekat kebebasan mahasiswa dalam berfikir secara kritikal dan merencana soal masa depan mereka. Bukan hanya menyekat bahkan memandulkan pemikiran mahasiswa.

Calon mahasiswa adalah proksi kepada mahasiswa di kampus. Mereka dicaturkan sendiri oleh mahasiswa bagi membawa satu perubahan dalam suasana kemandulan intelektual di kampus yang amat dashyat. Mengapa ini terjadi? Kerana konstruksi pemikiran mahasiswa itu dibentuk agar mengikut kisah Arjuna sistem semata-mata. Calon sistem adalah proksi yang hanya akan bertanggungjawab kepada sistem semata-mata. Maka sistem yang yang berkepentingan akan bertuhankan matlamat yang menghalalkan cara untuk merealisasikan impian mereka dalam usaha memperhebatkan pengeluaran industri penciptaan patung-patung yang hanya mengangguk ketika membuat keputusan.

Masa depan negara 20 tahun akan datang terletak di bahu mahasiswa pada hari ini. Jika sehingga ke hari ini mahasiswa masih lagi dijadikan Arjuna yang digayakan Pak Dogol, maka proses pemandulan itu akan lebih baik. Mahasiswa harus diajar bagaimana cara merencana, mencatur dan memikirkan masa depan di kampus dahulu sebelum membuat keputusan negara di masa depan. Sekiranya drama Arjuna ini masih menguasai gelanggang, maka pakej penghasilan pemimpin masa depan yang berkualiti turut dimandulkan.

Maka, calon sistem harus ditolak habis-habisan oleh mahasiswa. Teguhkan pendirian dengan satu agenda perubahan memperkasakan mahasiswa. Pastikan setiap undi kita bersama calon mahasiswa kerana mahasiswa itu mampu berdiri atas caturan yang bebas dan tidak terikat dalam agenda memasung intelektual dengan matlamat memandirkan masyarakat kampus. Bersatu berubah dengan setiap undi untuk perubahan!

6 Responses

  1. bila ek tarikh mengundi?

  2. btul…tarikh mengundi tak tau lagi….dgr2…di kmpus saya…tarikh mengundi adalah bulan 2 nti…satu persoalan yg membingungkan, kenapa PRK sgt lmbat? konspirasi HEP again?

  3. Tarikh undi 15 hb. 8hb tarikh penamaan, ini yang kat UKM

  4. jangan takut untuk undi calon mahasiswa. jangan takut untuk tolak calon sistem. aku dah 3 tahun kat KIY. tiap-tiap tahun aku undi calon mahasiswa, calon aspirasi aku tolak. sampai sekarang aku tak kener buang universiti atau kena buang kolej.

    jangan percaya pada fitnah YDP, jaksa, pengurus kolej dan pegawai-pegawai HEP. kene buang universiti, kena buang kolej, tak leh buat pesta tanglung, tak le buat pesta ponggal kalau student sokong calon mahasiswa, adalah hanya taktik untuk menakut-nakutkan student terutamanya budak2 first year.

    nasihat aku pada budak first year khususnya, jangan takut, jangan takut, jangan takut!

    kalau ko takut dan ko undi calon sistem, ko hanya akan mengukuhkan sistem ugut-mengugut, paksa-memaksa yang dilakukan oleh pihak HEP.

    selamat mengundi. undi aku sudah pasti. aku akan undi calon mahsiswa yang pro kebajikan mahasiswa dan pro demokrasi kampus.

  5. bolehkah Kajangsutera terangkan apaitu pro kebajikan mahasiswa dan pro demokrasi kampus?

  6. wei, kalo kener buang kolej pon aper ader hal? duduk kolej pon sekarang lagi mahal dari duduk kat luar. bas pulak lembab giler. yuran asrama kener bayar, yuran bas kener bayar, yuran ntah aper-aper lagi.

    tapi yang dapat paedah dari yuran tu bukannyer mahasiswa banyak tapi segelintir mahasiswa yang kaki bodek HEP dan pengurus kolej. cuti jer geng-geng tu gi melacung. mahasiswa lain yang ramai… melopong ler!

    dah tu selalu kener pakser join program kolej yang ntah aper-aper.kalo budak first year kener pakser jadi guard tak kasi budak-budak calon mahasiswa datang berkempen.

    ekekeke….

    jadi, kener buang kolej pon aper ader hal? ye tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: