Jangan Undi Aspirasi!

Oleh Sarawak Jones

Tidak lama lagi musim pilihanraya kampus akan tiba, sekitar bulan Januari agaknya. Saya sarankan kepada semua mahasiswa UKM supaya jangan undi Aspirasi. Aspirasi sebenarnya adalah proxy HEP untuk memastikan pelajar-pelajar tidak membantah segala tindakan HEP. Ini termasuk menaikan yuran dan mengenakan pelbagai yuran tambahan, selain daripada menyimpan wang-wang persatuan pelajar tanpa membayar faedah. Jumlah wang yang disimpan oleh persatuan-persatuan ini ada yang mencecah RM50, 000.00. Pemimpin-pemimpin Aspirasi sebenarnya merupakan tiang-tiang yang dipacakkan oleh HEP. Segala persediaan untuk pilihanraya kampus bagi calon-calon Aspirasi dilakukan oleh HEP dan bukanya oleh calon sendiri. Ini berbeza dengan calon-calon Gabungan Mahasiswa UKM.

Gabungan Mahasiswa UKM adalah suatu gabungan diantara beberapa kumpulan organisasi pelajar yang tidak tunduk kepada penindasan HEP dan membangkang pimpinan Aspirasi. Tanggapan buruk yang digambarkan oleh pemimpin-peminpin Aspirasi sewaktu minggu MMM adalah fitnah untuk mencipta ketakutan dikalangan pelajar-pelajar Cina dan India. Mereka menyebarkan cerita kononya jika anda mengundi pembangkang di Universiti, mereka akan mengharamkan Pesta Tanglong, Pesta Cahaya dan Pesta Angpow. Mereka akan mengharamkan pergaulan diantara lelaki dan perempuan dan mengamalkan system pengasingan mengikut jantina serta pelbagai perkara yang remeh dan tidak masuk akal telah dikaitkan dengan pimpinan pembangkang di UKM.

Gambaran-gambaran itu adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya perkara-perkara remeh yang ditimbulkan oleh Aspirasi itu adalah perkara-perkara yang mereka sendiri gunakan untuk mengelakkan dpelajar-pelajar menjadi peka dengan perkara-perkara yang lebih penting yang diperjuangkan oleh Gabungan Mahasiswa. Seringkali Aspirasi memberi gambaran bahawa Gabungan Mahasiswa memperjuangkan parti pembangkang khususnya PAS. Ini adalah tidak benar, dasar-dasar perjuangan Gabungan Mahasiswa UKM, digubah oleh mahasiswa UKM sendiri. Malah dasar-dasar ini adalah berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh parti-parti pembangkang di luar.

Dasar-dasar Gabungan Mahasiswa telah diperhalusi oleh pemimpin-pemimpin pelajar dari pelbagai kaum. Memang diakui sebilangan besar penyokong Gabungan Mahasiswa adalah daripada kumpulan pelajar-pelajar Institut Pengajian Islam. Namun harus disedari bahawa kepala-kepala yang menerajui pimpinan Gabungan Mahasiswa adalh terdiri daripada pelbagai kaum. Sebagai contoh Teo Lee Ken daripada kumpulan Diskopi merupakan antara pemimpin utama Gabungan Mahasiswa, selain itu Danaletchumi daripada kumpulan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/I juga merupakan pemimpin dalam Gabungan Mahasiswa. Terdapat ramai lagi pemimpin Gabungan Mahasiswa yang berbangsa cina dan India yang menganggotai Gabungan Mahasiswa. Apa yang lebih menarik adalah corak perjuangan Gabungan Mahasiswa yang dinamik.

Gabungan Mahasiswa memperjuangkan idea-idea yang tidak berunsur perkauman. Mereka amat menitik beratkan agar tidak berlaku pengasingan perkauman diantara mahasiswa/I. Suntikan pemimpin daripada pelbagai kumpulan yang turut memperjuangan idea-idea yang serupa merupakan bukti dan komitmen Gabungan Mahasiswa untuk mengunbah presepsi kampus terhadapnya. Selain itu pemimpin-pemimpin Gabungan Mahasiswa juga adalah lebih berkepimpinan dan mampu untuk membawa perubahan kerana mempunyai sifat-sifat yang berani untuk mempersoalkan penindasan serta kuat berpegang kepada sikap transparensi dan anti-korupsi.

Untuk lebih memahami kumpulan-kumpulan yang menganggotai Gabungan Mahasiswa, adalah baik jika kita meneliti aktiviti-aktiviti mereka di internet. Halaman http://gm-ukm.blogspot.com adalah satu contoh yang baik untuk menunjukkan keteraturan Gabungan Mahasiswa sebagai suatu unit politik kebajikan di UKM. Kumpulan Diskopi yang menjalankan Warung Idea Diskopi di https://diskopi.wordpress.com pula menggambarkan corak perjuangan mereka yang lebih mendalam berbanding dengan perkara-perkara yang menjadi tumpuan calon-calon Aspirasi. Perdebatan dan perkembangan idea-idea ekonomi dan pelbagai isu penting menjadi agenda utama kumpulan anak-anak muda ini. Mereka tidak membawa idea-dea perkauman yang memecah belahkan pelajar-pelajar. Mereka juga berani dalam mengutarakan pandangan dan kritik tanpa rasa takut. Tidak seperti pemimpin Aspirasi yang seringkali mengelak undangan untuk berbahas di khalayak umum.

UKM Student Union di http://ukmstudentunion.blogspot.com/ pula merupakan kumpulan mahasiswa Cina yang berusaha untuk mengubah tanggapan mahasiswa UKM tentang imej buruk yang dicipta oleh Aspirasi terhadap pembangkang. Mereka ini adalah mahasiswa yang berkemampuan untuk beorganisasi secara sendiri tanpa mengharapkan bantuan HEP. Mereka terus menjalankan usaha-usaha untuk membentuk pemikiran mahasiswa supaya tidak dituakan dengan tipu helah dan ugutan pihak Aspirasi. Sudah lama pihak-pihak ini menjalankan operasi untuk mendidik mahasiswa tentang perjuangan hak-hak dan kepentingan mereka secara berasingan. Ternyata bahawa apabila bergerak secara berasingan pihak pembangkang tidak dapat mengalahkan Aspirasi kerana hegemony HEP. Kini mereka telah bergabung dan berkerjasama untuk membawa perubahan di UKM, namun tanpa sokongan padu mahasiswa mereka tidak akan Berjaya untuk menumbangkang Aspirasi kerana mereka mempunyai sokongan HEP.

Kini keadaan sudah mula mendesak dengan adanya salahguna wang pelajar-pelajar didalam kepimpinan PMUKM yang diterajui Aspirasi. Selain semangat perkauman juga kian menebal melalui kroni-kroni Aspirasi iaitu CCC ( Chinese Community Council ) dan PAH (Persatuan Agama Hindu). Kedua-dua kumpulan gerakan ini bersifat perkauman dan seringkali membangkitkan rasa syak wasangka buruk diantara satu sama lain supaya dapat mengekalkan kebimbangan kononya mahasiswa daripada kaum masing-masing akan tertindas jika tidak member sokongan kepada Aspirasi. Cara kerja mere yang mengemulasi cara kerja Barisan Nasional telah menjadi punca utama mahasiswa bersikap prejudis dan saling tidak percaya diantara satu sama lain. Ini adalah sesuatu yang tidak sihat, kerana esok nanti mahasiswa inilah yang akan memegang tampok pimpinan Negara.

Proxy-proxy HEP diletakkan supaya tidak akan wujud sebarang bantahan terhadap apa-apa yang dilakukan oleh HEP. Ini adalah sesuatu yang tidak harus, sebagai pelanggan university yang membayar yuran, kita sebagai mahasiswa berhak untuk mendapat kualiti perkhidmatan yang terbaik dan HEP perlu tunduk kepada kehendak pelanggan dan bukan sebaliknya. Untuk mempersoalkan HEP adalah hak pelanggan, dan PMUKM adalah saluran yang sewajarnya untuk mahasiswa melahirkan apa-apa aduan dan ketidakpuasan, akan tetapi bagaimana hak dan kepentingan mahasiswa akan terjaga apabila pemimpin-pemimpin yang diundi masuk adalah proxy-proxy HEP? Wahai pembaca sekalian sedarlah, Aspirasi adalah konspirasi untuk memastikan mahasiswa tidak bersuara dan hanya tunduk apabila diarahkan oleh HEP. Ini adalah satu budaya yang salah dan tidak masuk akal. Sebagai pelanggan yang tidak mempunyai pilihan, kerana kebanyakkan kita tidak boleh menukar university dengan kehendak kita sendiri, oleh yang sedemikian adalah penting untuk mahasiswa memastikan PMUKM terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa yang berani mencabar keputusan HEP yang menindas pelajar. Hak kita sebagai pengguna atau pelanggan harus dijaga.

Kepelbagaian dalam Gabungan Mahasiswa masih belum ditonjolkan lagi, pilihanraya kampus yang akan datang akan menjadi wadah untuk mereka mengekspresikan diri mereka. Anda akan lihat akan kepelbagaian didalam Gabungan Mahasiswa yang jauh lebih memerangsangkan berbanding dengan Aspirasi. Walaubagaimana pun campur tangan HEP dalam pilihanraya akan menyebabkan mereka kalah seperti biasa. Namun jika semua pelajar bersatu hati dan semua undi diberi kepada Gabungan Mahasiswa, maka suatu pembaruan akan dilihat, kemenangan calon Gabungan Mahasiswa akan membawa perubahan yang dinamik bagi UKM. Mereka adalah suara mahasiswa, mereka adalah orang muda yang tidak gentar dengan HEP, mereka berani kerana benar dan mereka tidak diam ketika penindasan berleluasa. Mereka berjuang dan terus berjuang dengan berbekalkan ilmu, bersuluhkan kebenaran dan bersemangatkan perpaduan. Mereka adalah harapan masa depan yang lebih cerah, lebih unggul. Jangan leka lagi, jangan ditundukan lagi, bangkit untuk mempertahankan hak anda. Mahasiswa generasi kita perlu lantang bersuara, matlamat kita bukan semata-mata menuntut ilmu, tetapi juga mempraktikan ilmu dan memperkembangkan ilmu. Sejajar dengan apa yang telah kita pelajari di Universiti, keadilan, ketelusan, dan tanggungjawab membina masyarakat adalah terletak di tangan kita.

Gabungan Mahasiswa UKM telah member alternative kepada anda supaya hak anda terjaga, supaya anda tidak terus diperbodohkan. Pemimpin-pemimpin Gabungan Mahasiswa ingin mencorak masa depan dengan membentuk masyarakat kampus yang dinamik, perihatin, dan bersatu-padu, namun untuk melaksanakan semua ini, mandat yang menyeluruh daripada semua mahasiswa adalah amat penting. Perubahan dalam kampus memerlukan sokongan padu anda, pembangkang di dalam universiti adalah suatu keperluan sebagai “check and balance” untuk memastikan pihak yang memegang kuasa tidak menindas dengan kuasa yang dipegangnya. Bangkitlah mahasiswa, bangkit dan berilah sokongan kepada yang pro mahasiswa yang menjaga kepentingan anda dan bukannya kepentingan university. Sedarlah, dan beri sokongan anda kepada Gabungan Mahasiswa supaya pembaharuan boleh dimulakan. Ingat, sudah tiba masa kita berubah, jangan biarkan diri anda ditipu aspirasi luput. Ciptalah masa depan dengan harapan baru.

18 Responses

  1. mase aku 1st year dulu, kitorg kena ugut kalo tak undi aspirasi, nanti kena buang kolej.. sure 1st year tak mau kena buang kolej

  2. sokong. Memang benar apa yang diutarakan penulis. Pelajar UKM harus lebih berani dalam berdepan dengan kerenah Aspirasi. Kali ini kita tidak boleh biarkan diri kita terus dibuli.

  3. dulu masa saya di keris mas, saya ikut kempen untuk calon bukan aspirasi. felo-felo kat keris mas marah saya, dan felo lelaki itu tarik tudung saya. apa, mereka (felo-felo yang ia-ia nak sokong aspirasi) ini tidak ada rasa hormat pada perempuan ker?

  4. Hohoho… Penindasan tu. Inilah dia… proxy-poxy Gereombolan United Malayau Nationalist Organisasio. Dolu waktu tuk jadi assistant kepada seorang calun bebas, tuk dah lihat bertapa Aspirasi mein tipu…

    Mula ada sorang kakak kat ofis keris mas tu panggil calun bebas kami dan suruh dia tarik diri. Habis tu, dia pi abak yang tuk nak bertanding menentang dia. Dia nie senggal sikit kut, dia ingat tuk nak bertangding pasal tuk gi beli borang pencalonan.

    Bebudak Aspirasi tak payah beli borang, tak payah isi borang, yang tu semua HEP buatkan. Malam keputusan diapa pi makan-makan dengan Timbalan NC. Woi… mana boleh camni? TNC cam pengerusi Pilihanraya, tapi dia sendiri duk sokong Aspirasi… bias tahap maksima sampai boleh terkesima tu.

    Wahai warga UKM, dengarlah cakap tuk, kali ini undilah dengan semangat rakyat! Kita bawa perubahan, kita tendang keluar Aspirasi! Kita undi masuk Gabungan Mahasiswa. Kekawan cina ngan india ikut skali, sudah cukup ditipu Aspirasi. Jangan bimbang Gabungan Mahasiswa tidak seperti yang Aspirasi fitnahkan.

    Tuk sendiri kenai bebudak gabungan, semua baek-baek blaka. Dan kepala gabungan ada cina sama india jugak. Jangan duk bimbang yang bukan-bukan. Semangat juang diapa semangat juang Malaysia. Diapa tak poyo dengan isu-isu perkauman.

    Diapa lebih kedepan, lebih dinamik dan lebih berani. Kali ini undi Gabungan!!! Ya!!! Ayuh!!! 表决学生联盟!!! வோட் ஃபார் கபுண்பிகஅண் மாசீசுவா !!!!

  5. sudah berapa tahun dah aku tinggalkan zaman u nih, tp mmg aku still percaya aspirasi ni mmg mcm ko ckp, kenapa la mesti ada dasar kroni, yg saiful bukhari tu dulu aspirasi jgk..apa yang nak aku nytakan kat sini pergila mana2 pun, selagi ada sistem selagi tula ada yang baik dan ada yang buruk, pilih yang terbaik bak kata mufti perlis

  6. pembangkang.. ko ni dah ibarat mcm pembangkang sebenar yg kt luar sana… cakap je lebih tapi habuk pun tarak..

  7. Kajangsilk, apa barang punya komen? Cam ni ker bebudak sains politik UKM? tarak tarak porak porak… Kalau nak komen biarlah ade substance.

    Tak apalah, korang pun bebudak UKM. Ulu siot, kepala akal pun ulu jugak. Hahaha, memang dah kena kasi, tak dak pendirian, tua bangka, buat malu orang muda semalaya.

    Bacul, ibarat lalang, pandai rethorik saja. Balik kampung tanam jagung lagi baik, kalau nak datang uni buat macho.

  8. ” Seringkali Aspirasi memberi gambaran bahawa Gabungan Mahasiswa memperjuangkan parti pembangkang khususnya PAS. Ini adalah tidak benar, dasar-dasar perjuangan Gabungan Mahasiswa UKM, digubah oleh mahasiswa UKM sendiri. Malah dasar-dasar ini adalah berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh parti-parti pembangkang di luar.”

    tuan..

    bagaimana pula jika saya katakan yang sememangnya pas yang berada di belakang GMUKM?

    cuba tuan lihat berapa ramai pejuang GM-IPU-MAMPU yang menjadi orang penting dalam PAS setelah keluar UKM?

    Berapa ramai pula Pejuang ASpirasi yang menjadi orang Penting Dalam kerajaan?

    jangan terlampau taksub dengan sebelah pihak sahaja..

    biar seimbang.. tgk fakta..

    klu saya katakan yang rombongan motosikal pada tahun lepas di dalangi oleh PAS? buktinya terdapat sebijik kereta pancuan dgn no plate bermula dengan D dan di dlm nya terdapat lelaki yg berserban dan agak tua untuk dikatakan sebagai student UKM…

    tuan percaya?
    tentunya tidak..

    bukak mata tuan.. klu datang huru hara kan kolej orang…
    nak jadi pemimpin?

    hurm..

    klu itu lah pemimpin yang tuan mahukan…

    mmg tuan telah memebuktikan sekali lagi…

    tuan mmg hanya tahu berkata2 dan berhujah…

    wasalam..

  9. fulamak… aspirasi lawat diskopi.. fuyoh!!! hebat!!! Sengal-sengal diapa dah mula hilang apa?

  10. Eleh… porak aspirasi! Kalau PAS belakang GMUKM, habis UMNO belakang dan dihadapan Aspirasi? Patutlah Aspirasi pun ikut jejak bapak diapa duk korup, duk sunglap wang plajar! Duk pecahkan perpaduan mahasiswa. Kalau betul hang aspirasi, hang cerita sikit awat calon-calon hangpa dapat duit tuk bertanding?

  11. oi kajang sutera….hanya tahu cakap berdegar-degar, retorik itu 1 seni berhujah…ko ni pun same ler……xtahu aper tapi berlagak dengan jiwa besar ko 2..jgn libatkan sains politik itu juga cabang ilmu…..xder politik xterbentuknyer negara yang ko dok selamer ni….

  12. mase ak 1st year MMM xdek pon dorang ckp buruk2 psl GM.time kempen xdek pon pakse kitorang jadi jentera…peliknye haha

  13. memanglah takda. sebab ko pun aspirasi. nak kelentong pun biarlah bijak sket. eh, memang budak2 aspirasi spesies homo sapient yang takda otak ker?

  14. Aku memang sedih menyaksikan perlawanan antara aspirasi dengan GM. Kedua-dua kumpulan macam BN dan PR. kena selalu ingat Pilihan raya kampus ini bukan mahasiswa lawan mahasiswa tetapi mengajukan kuasa mahasiswa sebagai permerhati pada dasar yang dijalankan oleh pihak HEP. Cara kedua-dua kumpulan dalam melobi mahasiswa memang semacam dunia politik di malaysia.

    Kenapa macam tu? senang jawapannya, kerana mereka ini berniat mengikuti parti politik di luar kampus sama ada BN atau PR. PRK ini merupakan satu platform untuk mencop satu tempat di politik luar kampus. meluat betul.

    Pilihan raya kampus ini bertujuan meningkatkan kuasa untuk tawar-menawar dengan pihak universiti. harap-harap pihak universiti tidak salah guna kuasa, tidak korup, dan sebagainya sehinga memeri tempias negatif pembangunan mahasiswa. Mahasiswa sepatutnya bersatu untuk membentang, bersuara akan perkara yang bakal mempengaruhi pembangunan kita. ini lah maksud check and balance.

    Jangan undi Aspirasi, Pro mahasiwa, Allahuarbah…………….. slogan ini memang diesplotasikan bagi kebaikan tersendiri. Orang yang intelect tidak akan membuat pernyataan yang dalam format arahan tetapi memberi maklumat atau berkongsi pendapat selepas penilaian telah dibuat.

    bila cakap tidak undi aspirasi kerana……..dia telah membuat suatu pernyataan yang umum. semua pernyataan umum adalah tidak bernar termasuk pernyataan ini. Cth: aspirasi memalukan la, GM bagus la, Mampu hebat la, ini semua adalah tidak benar kerana semua pernyataan umum mesti ada kekecualian. apabila pernyataan ini dikeluarkan, ini bermaksud bahasa-bahasa telah dieksplotasikan dan unsur penipuan memang wujud.

    Adakah Diskopi telah dieksplotasikan… tepuk dada tanya selera………

    Dalam sistem pilihanraya, majoriti mempunyai kuasa untuk menubuh kerajaan. sama PRK ini, majoriti bakal menubuh PMUKM. dalam sistem ini, mahasiswa mengundi dengan berharap bahawa suara merekan akan terdengar dan polisi akan dijalankan selaras kehendak mereka. tetapi selepas PMUKM telah ditubuhkan biasanya kehendak akan diutamakan dan mahasiswa yang undi mereka terpaksa mengikuti walaupun beza dengan kehendak mereka. Ini lah maksud demokrasi.

    kehendak mahasiswa adalah
    1, wujud rangkaian wireless yang bagus
    2.sistem bas yang perfect
    3. yuran kolej murah
    4, yuran pembelajaran murah…………….

    adakah ini akan dibawa oleh bakal MPP kita. Kalau mengikuti program yang dianjurkan oleh GM,MAMPU atau ASPIRASI, seperti DISRAMA, Forum-forum dan sebagainya adalah hasil kehendakan segelintir mahasis dan tidak selaras kehendakan Mahasiswa umum yang saya sebut tadi. ini lah demokrasi.

    Diskopi! harap website ini tidak diekspltasikan dalam memancing undi. sekian wasalam.

  15. Terima kasih atas keprihatinan kawan – kawan mengenail politik kampus dan Diskopi. Diskopi dalam hal ini masih mengerakkan matlamat asalnya sebagai medan pertempuran idea. Besar harapan kami agar perbahasan mengenai politik kampus ini akan lebih matang. Namun begitu adalah tidak adil untuk kami menidakkan suara mereka. Diskopi merasakan adalah perlu untuk kami membuka ruang untuk para mahasiswa menyatakan idea mereka.

    Di samping itu, dengan membuka ruang kepada mahasiswa, ini dapat membantu Diskopi melakukan analisa terhadap politik kampus. Buat makluman semua Diskopi serius dalam hal ini. Diskopi cuba memahami mengapa gerakan – gerakan student di universiti ini gagal keluar daripada lingkaran politik luar dan menerobos ke politik idea yang lebih mencerminkan idealisme dan intelektual anak muda bagi memastikan otonomi pemikiran mahasiswa universiti.

    Diskopi menyanjung tinggi akan kebebasan bersuara dan berekpresi, namun dalam pada itu kami juga menekankan kebertanggungjawaban terhadap idea yang mereka lontarkan.

    Diskopi berterima kasih kepada keprihatinan kawan – kawan sekalian. Semoga Diskopi makin kukuh di masa akan datang.

  16. yeahh….hidup HARISZ

  17. haha GM dan Aspirasi, hidup Diskopi…. oiks Mak kite nie!!! Haha Mak sejak biler masuk Islam nie?

  18. Sebagai pelajar, seharusnya mempunyai hala tuju dan pegangan tersendiri dan bukan ditetapkan oleh pihak HEP UKM. Pemikiran pelajar tidak akan terbuka, umpama sebuah negara polis yang semuanya telah ditetapkan. Tiada yang baik kecuali telah ditetapkan oleh pihak HEP UKM. Pelajar perlu membuka minda dan seterusnya mengorak langkah ke hadapan demi pembangunan negara. Tanpa pelajar… maka tiadalah pemimpin masa depan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: