Pakatan Rakyat Harus Ingat

Tidak sampai setahun, tetapi Pakatan Rakyat sudah mula menunjukkan sifat-sifat yang korup , macam kata orang 2×5. Tuk pasti ramai di negeri Darul Ehsan sudah mendengar pelbagai khabar angin tentang salahlaku ahli PKR. Mungkin ini adalah lumrah dunia politik, maka terlintaslah dalam benak fikiran kata-kata Lord John Emerich Edward Dalberg Acton bahawa ¨power corrupts ; and absolute power corrupts absolutely¨. Pada pendapat saya korupsi rasuah adalah kesalahan terhadap rakyat, yang tidak boleh dimaafkan. Khianat, itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan kesalahan rasuah oleh mereka yang memegang mandat rakyat.

Pakatan Rakyat, sewajarnya sedar bahawa mereka adalah manefestasi perasaan rakyat. Mereka tidak boleh korup walaupun satu sen. Pakatan Rakyat adalah milik rakyat, gabungan politik ini harus sedar bahawa peluang yang diberikan kepada mereka ini tidak boleh mereka perlekehkan. Pakatan Rakyat harus sedar akan hubungan rakyat dengan Barisan Nasional. Selama 50 lebih tahun, rakyat Malaysia telah setia bersama dengan mereka. Hubungan itu bukanlah calang-calang, hubungan itu menunjukkan bertapa rakyat bersedia untuk bertolak-ansur dengan Barisan Nasional. Faktor sejarah memberikan mereka kelebihan untuk melakukan kesilapan kerana mereka telah memimpin rakyat sejak zaman kemerdekaan lagi.

Tidak dinafikan kerajaan Barisan Nasional semakin korup, dan sudah berani menindas rakyat. Tetapi ini seumpama permasalahan diantara saudara-mara, yang boleh baik sebaik sahaja mereka sedar akan kesalahan mereka dan memohon maaf, atau pada bila-bila masa dimana mereka berjaya mencipta suasana yang mengembirakan hati rakyat. Hakikat ini harus disedari oleh Pakatan Rakyat, mereka juga harus sedar bahawa mereka tidak mendapat mandat rakyat kerana rakyat yakin dengan mereka, akan tetapi mereka mendapat mandat kerana rakyat mahu memberi pengajaran kepada Barisan Nasional.

Pakatan tidak mampu untuk melakukan kesilapan, atau tidak  mereka akan punah. Ini adalah kerana rakyat masih tidak mempunyai apa-apa pengalaman bersama mereka. Ya, tuk akui bahawa kerajaan Barisan Nasional korup, namun kita tidak boleh menafikan kebaikan  yang telah dibawa oleh mereka, dan kita tidak boleh melupaka pengalaman bersama mereka. Ketika kita menjadi mangsa George Soros, Barisan Nasional lah yang telah menyelamatkan ekonomi negara. Tun Mahathir, walaupun ramai yang berpendapat bahawa beliau adalah punca segala permasalahan biar dalam UMNO mahupun Barisan Nasional, akan tetapi beliau juga telah melalui 21 tahun bersama rakyat.

Generasi muda hari ini, bukannya pemuda-pemudi dari 1998, mereka sudah tua. Orang muda hari ini adalah orang muda yang sejak lahir hanya kenal Dato Seri Dr. Mahathir Muhammad sebagai Perdana Menteri. Mereka adalah produk zaman Mahathirisme, mereka bukan pemuda-pemudi yang telah berprotes reformasi, mereka adalah anak-anak yang melihat Mahathir sebagai jaguh antarabangsa. Mereka adalah generasi yang mengkagumi kelantangan Mahathir yang tidak gentar akan barat. Walaupun tidak puas hati dengan pelbagai korupsi Barisan Nasional, mereka tetap mempunyai ingatan akan kegemilangan Mahathir yang pada ketika itu mereka idolakan.

Pengalaman-pengalaman itu bukan memori remeh yang boleh dilupakan dengan mudah, cuba ingat kembali kelantangan Mahathir terhadap dasar Aperteid, terhadap kezaliman Amerika dan Israel, saya percaya rakyat Bosnia tidak akan lupa dengan mudah bantuan yang telah Mahathir hulurkan kepada mereka. Saya percaya semua produk Mahathir ini amat bangga menjadi rakyat Malaysia pada ketika Komanwel 1998 dimana Malaysia telah berdiri megah di pesada antarabangsa. Pada zaman Mahathir, rakyat telah berjaya disatukan dengan semangat nasionalisme yang kuat dengan pelbagai projek yang mungkin pada zahirnya remeh tetapi memberi kesan yang kuat terhadap semangat produk-produk zamanya.

Itu belum lagi dikira akan rentetan sejarah kemerdekaan dan penubuhan Malaysia. Apa yang tuk cuba sampaikan adalah hakikat bahawa hubungan rakyat terutamanya produk-produk zaman Mahathir dan Tengku Abdul Rahman dengan Barisan Nasional adalah amat kuat, dan boleh dihidupkan kembali dengan mudah. Justeru itu Pakatan Rakyat tidak boleh sesekali melakukan apa-apa kesilapan terutamanya kesilapan rasuah dan korupsi. Hubungan rakyat dengan Pakatan hanya sekadar reaksi emosi yang kuat, Pakatan tidak mempunyai apa-apa sejarah yang kuat dengan rakyat melainkan apa yang berlaku pada 1998 dan 2008.

Kesalahan Barisan Nasional lebih mudah untuk dimaafkan kerana rakyat telah lama bersama mereka. Namun, Pakatan tidak begitu, mereka adalah manifestasi emosi rakyat yang kuat, emosi marah, emosi revolusi, dan emosi-emosi ini adalah berbahaya kerana satu langkah tersilap dan rakyat tidak akan memaafkan mereka kerana telah memainkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan mereka. Mereka tidak patut mengambil mudah kesabaran dan kemaafan yang diberikan rakyat berhubung isu korupsi di Perak, kegagalan 16 September, dan juga ura-ura amalan rasuah kerajaan Darul Ehsan. Rakyat Malaysia rakyat yang penyabar, tetapi awas jangan ambil mudah Pakatan mungkin kalah semua kerusinya dalam pilihanraya akan datang jika timbul lagi isu-isu korupsi dikalangan mereka. Ini kerana harapan yang terlampau tinggi diletakkan pada mereka, ekspektasi rakyat yang marah mencari suatu belaan.

Rasuah harus dihapuskan, ini merupakan satu kesalahan yang mengkhianati rakyat. Pakatan perlu ingat bahawa Pakatan milik rakyat tidak seperti Barisan Nasional yang dimiliki UMNO. Pakatan perlu senantiasa berwaspada kerana rakyat senantiasa memerhatikan mereka dan kesilapan mereka tidak akan diambil mudah berbanding dengan kesilapan yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Mereka harus perjuangankan nilai-nilai murni tanpa kompromi, mereka perlu mengekalkan semangat perubahan kearah Malaysia yang lebih bersih. Ingat lagi perhimpunan Bersih? Itu hanya segelintir daripada rakyat yang akan turun untuk menghukum Pakatan andai kata mereka tersilap langkah. Harapan tuk, Pakatan Rakyat janganlah 2×5… . Untuk Barisan Nasional pula, layan lah lagu ni… dan ingat rakyat tak akan angguk-angguk selama-lamanya.

9 Responses

  1. Dato’ Harimau,

    I hope that you’re not making this corruption things up.If not so, then show me the evidence/fact/proof that there’s indeed a practice of corruption among the PKR members in darul ehsan.I mean an allegation based on rumor or ‘hearsay’ isn’t valid according to my own ‘digesting’ system.

  2. If you had noticed that i was referring to ¨khabar angin¨ and ¨ura-ura¨. Yes it is hearsay, however evidence of hearsay is not totally inadmissible. If you could construe my writing in the positive light, then you will realise that i am not making any allegation, i am merely reminding Pakatan of their relation with the people. I am writing in respect to the disappointment of people like me when they hear about rumours as such. The other part actually says clearly that i am just referring to rumours,¨ Mereka tidak patut mengambil mudah kesabaran dan kemaafan yang diberikan rakyat berhubung isu korupsi di Perak, kegagalan 16 September, dan juga ura-ura amalan rasuah kerajaan Darul Ehsan.¨ So where did i actually make an allegation that there is corruption? i was merely referring to the rumours that is amongst the Selangorians.

  3. Thx,

    Allegation is a bad word…perhaps sir, it is an assumption was made by you based on those rumors…
    🙂

  4. baik membisu takut takut
    mana tahu silap hari silap bulan
    lambat laun silap tahun
    kau menjadi

    dua kali lima sepuluh
    lima kali dua sepuluh
    lapan campur dua sepuluh
    dua campur lapan sepuluh

    sama pandai sama bodoh
    sama lawa sama hodoh
    sama cerdik sama belok
    sama tenpok sama bokok

    Pakatan hahaha…. Ini rap Rakyat untuk mu!!

  5. Nice one tuk!!! Well put… I must agree with you, the younger generation still has a lot of respect for big M. Anyway nice touch putting Rap Rakyat in!!!

    hinamu hanya bias
    cecarmu cuma tempias
    hari ini kami berkias
    esok lusa kami mengganas …. haha my favourite line!!!

    Hidup Rakyat!!! We wont let them go unchecked!!! Awas Pakatan, anda milik rakyat!

  6. Pemerhatian yang baik. Pakatan harus sentiasa ingat kemenangan mereka bukan kerana PKR, DAP, PAS mahupun DSAI. Kemenangan mereka adalah kerana rakyat.

  7. setuju…

    kalau rakyat dah jatuh sayang, bunga-bungakanlah cinta di hati. Biar terikat seerat setia. Kalau berkasih jangan nak curang. Nanti kalau dah gila talak sape yang susah? korang jugak. Nak rujuk bukannya senang. kan? kan? kan?

  8. :]
    Komen yg menarik dan ada asasnya dr Dato.
    Mula kelihatan ‘kegoyahan’ Pakatan Rakyat (PR)..
    seharusnya perlu ada usaha2 yg lbh praktikal dan kritikal dlm penyelesaian persolan dan isu2 yg dilontarkan..

    Mmg PR milik rakyat, dan rakyat berhak menolak kiranya mereka kurang mampu..Namun PR tidak boleh disamakan sama sekali dgn BN. PR adalah dari rakyat untuk rakyat, MAKA SEHARUSNYA rakyat tidak boleh membiarkan PR melakukan kesilapan dlm urus tadbir pemerintahan. Maka rakyat perlu menasihat wakil2 mereka dlm PR dgn saluran yang betul dan berhemah.

    Kita sama2 membantu PR. Bukan hanya kita ‘mengadu’ salah itu ini..tp sama2 menyeleasaikan mslh yg timbul.contohnya dlm konteks isu2 perkauman dan sbgainya.

    Kita tidak rela juga melihat PR yang kita bina ini musnah dlm sekelip mata..Ianya satu kerugian..Bukan mudah untuk membina, maka seharusnya jgn begitu mudah untuk ‘menjatuhkannya’. Ingatlah bukan sedikit penat jerih,tenaga,wang rakyat digunkan untuk ‘membina’ PR.

    Maka dari membiarkan ia musnah baik kita menghalangnya dari musnah.Sama2 lah bertinfak dgn cara masing. Demi Tuahan yg esa,Negara,Keamanan dan kehidupan akan datang.

    -Slmt Tahun Baru –

  9. “Kebatilan yang terancang, akan menjatuhkan dan mengalahkan kebenaran yang tidak terancang”.

    Betul, ahli dalaman PR kadang-kadang mudah leka dengan kemenangan yang mereka dapati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: