Industri Pekerja Seks di Malaysia.

prostitutionnd

Di Malaysia, dianggarkan terdapat lebih kurang 142,000 perkerja seks (mengikut analisis International Labour Oragnisation). Sementara kebanyakkan kajian terkini mengutarakan kisah-kisah tragik para pekerja seks, terutamanya wanita dan kanak-kanak yang telah ditipu atau dipaksa kedalam kancah pelacuran, akan tetapi survey yang dijalankan oleh International Labour Organisation menunjukkan bahawa kebanyakkan pekerja yang berkerja dalam industri seks adalah bagi tujuan-tujuan yang agak paragmatik dan sedar akan bahaya pilihan yang mereka buat.

Hampir separuh daripada responden yang diwawancara bagi kajian tersebut telah menyatakan bahawa rakan-rakan adalah punca mereka terlibat kedalam kancah pelacuran yang mulanya untuk mencari wang mudah. Pekerjaan seks menjamin bayaran yang lumayan khasnya bagi gadis muda yang tidak berpedidikan, biarpun stigma dan bahaya yang terdapat dalam pekerjaan tersebut. Dalam kebanyakkan kes, pekerjaan seks mereupakan satu-satunya alternatif bagi perempuan di dalam komuniti yang berdepan dengan masalah kemiskinan, penganguran, perkhawinan yang gagal dan tanggunjawab keluarga dalam ketidakhadiran program-program kebajikan sosial.

Bagi ibu-ibu tunggal yang mempunyai anak, ia merupakan jalan yang paling mudah dan fleksibel, menjimatkan masa, dan berbayaran tinggi berbanding dengan pekerjaan kilang atau sektor perkhidmatan lain. Survey telah mendedahkan bahawa terdapat ramai pekerja seks yang ingin meninggalkan pekerjaan tersebut jika boleh, tetapi khuatir akan kehilangan sumber pendapatan yang lumayan jika bertukar kerja.

Walaupun sebegitu, survey juga menunjukkan bahawa dari pengalaman kebanyakan pekerja dalam industri tersebut, pelacuran merupakan antara pekerjaan yang paling mengasingkan. Di Malaysia, pendapatan dalam sektor seks adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan mana-mana buruh tidak mahir. Dalam sektor pembuatan misalnya, purata pendapatan setahun pada tahun 1990 adalah sekitar USD2,852.00 bagi buruh mahir dan USD1,711.00 bagi buruh tidak mahir. Secara perbandingan, seorang pekerja seks yang bekerja di rumah tumpangan termurah dengan pendapatan USD4 perpelanggan, dengan melayan 10 pelanggan sehari, dan hanya bekerja sehari dalam seminggu bagi tempoh lebih kurang 12 jam, mendapat purata pendapatan sebanyak USD2080 setahun.

Salah seorang pekerja seks yang diwawancara, menerangkan ¨i dapat cari duit untuk tampung perbelanjaan kedua orang anak-anak aku. Susah nak cari orang jaga anak-anak bila kerja kat tempat lain. Kat sini i datang bila perlukan duit jer, dan senang sikit cari orang jaga anak tuk sehari¨. Kajian oleh International Labour Organisation ini hanya dikalangan pekerja seks yang mencari pelanggan sendiri dan bukannya dari kalangan peerja yang terlibat dalam operasi rumah pelacuran. Kajian juga menunjukkan bahawa pekerjaan seks lebih banyak dikawasan bandar dimana kos sara hidup adalah lebih tinggi.

7 Responses

  1. tuk,

    pada pendapat tuk, apakah punca yg fundamental wanita terlibat dalam pelacuran?

  2. haha.. takkan tak jelas lagi, kesempitan kewangan di dalam dunia kapitalis… amat perit, amat mendesak, amat tidak berperikemanusiaan.

  3. Kesempitan wang? rasanya tak kot. banyak lagi kerja yg lebih mulia. sesetengah orang nak cari the easy way out (setau aku jadik pelacur ni lumayan), sesetengah kerana ditindas masyarakat spt maknyah (bukan salah kapitalist), sesetengah memang dah jadik bohsia atau minah rempit (yg nie salah sendiri)….tak adil kalau salahkan semua yg tak betul kat dalam dunia ni kerana kapitalism, tak aci tu kekeke….

  4. “Kajian juga menunjukkan bahawa pekerjaan seks lebih banyak dikawasan bandar dimana kos sara hidup adalah lebih tinggi.”

    kenapa kos sara hidup tinggi? sebab kapitalism juga? hehe…

  5. Kos saraan kenapa ya? Apa beza kawasan bandar dengan kawasan luar bandar?

    higher economic activity -> higher wages -> higher demand for goods -> higher prices.

    higher econimic activity -> higher demand for land -> higher prices of land -> higher rent.

    higher economic activity -> higher demand for goods -> import of good from rural areas -> transportation costs -> higher prices relative to rural areas.

    kenapa kos saraan hidup di Malaysia lebih tinggi dari Laos, mungkin kerana kapitalism? Komrad vanguard lebih rela tinggal di Laos? kekeke

  6. Banyak faktornya..kesempitan hidup, sara hidup tinggi, warisan pekerjaan fmly(ini ada kes), mangsa keadaan, dilacurkan(mangsa), Keinginan untuk mencari duit dgn mudah dan bnyk dlm sekelip mata (V I P punya ), tertekan emosi(Pelajar IPT) pun ada jadi pelacur dan bnyk lg faktor..

    Faktor dah diketahui, tapi penyelesaian bagaimana? kerajaan seolah mcm ‘kurang
    berminat untuk tangani..undang2 pun tidak mampu memberi
    ‘penangan’ kpd kegiatan ini.

    Adakah pelacuran sudah menjadi salah satu ‘sektor’ ekonomi negara? =) ada benarnya juga.mgkn blh tarik ramai pelancng asing dtng, lbh2 area Bukit bintang n sekitar.

    Apa2 pun bagi penulis, kegitan ini haruslah dibenteras dan pelacur ini sekiranya boleh, haruslah dibawa blk ke jalan yg lbh sesuai..jangan diabaikan mereka..Yg parah jgn dibiarkan, ubatilah..Mungkin inilah Islam Hadhari Ciptaan ‘manusia’.. sngt berbeza dgn Islam ciptaan Tuhan y g esa.

  7. Bukan Islam Hadhari…Islam Ada Had Ada Hari, kekeke…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: