Venezuela Venezuela Venezuela.

Hugo Chavez

Hugo Chavez

Baru-baru ini sahabat-sahabat yang telah lama termakan propaganda pihak-pihak libertarian telah menyerang balas tulisan tuk bertajuk Libertarian Kebebasan atau Perhambaan. Amin Ahmad telah menimbulkan persoalan berhubung dengan Venezuela dan bertanya tentang mengapa inflasi di sana terlampau tinggi sedangkan harga minyak begitu rendah. Pertama sekali tuk tidak faham, mengapa orang liberal suka mengalih pandangan kepada negara-negara sosialis yang sedang gawat dengan masalah dalaman sebagai contoh untuk dibandingkan dengan idea libertarian. Mengapa tidak negara-negara seperti Singapura (yang nak kata liberal tidak, nak kata sosialis pun tidak) atau Norway yang telah menjayakan model negara kebajikanya dengan baik. Walaubagaimanapun memandangkan persoalan telah dibangkitkan, tuk akan menyahutnya.

orang-orang kanan ang senantiasa menggambarkan orang kiri dengan konotasi negatif begitu aktif dalam menyerang Hugo Chavez, mungkin kerana mereka bimbang yang polisi ala sosialis Chavez akan berjaya, dan mereka akan menjadi pesaing utama Amerika Syarikat? Kali ini mereka sibuk membangkitkan inflasi yang melambung tinngi di Venezuela dan secara tidak langsung cuba menyalahkan Hugo Chavez dan sosialisme. Mereka cepat emembuat tanggapan buruk apabila negara-negara sosialis menghadapi masalah ekonomi, tetapi bila negara liberal seperti Amerika Syarikat berdepan dengan bukan sahaja masalah ekonomi dalaman tetapi mengheret seluruh dunia bersamanya, mereka katakan ini adalah perkara yang sebetulnya, kononya pasaran menghukum salah tadbir kewangan.

Venezuela sememangnya mempunyai masalah dengan kadar inflasi yang tinggi, tetapi masalah ini tidak bermula dengan Chavez dan revolusi sosialisme. Masalah inflasi Venezuela bermula sejak 80an, jauh sebelum zaman sosialis Chavez.

Inflation in Venezuela
REUTERS
Published: June 20, 1989

LEAD: Inflation in Venezuela will rise by 65 percent to 70 percent this year, almost double last year’s increase in the cost of living, the Planning Minister, Miguel Rodriguez, said today. The rate for 1989 so far, 52.7 percent, may slow down in the second half of the year as the Government’s austerity program takes effect.

Inflation in Venezuela will rise by 65 percent to 70 percent this year, almost double last year’s increase in the cost of living, the Planning Minister, Miguel Rodriguez, said today. The rate for 1989 so far, 52.7 percent, may slow down in the second half of the year as the Government’s austerity program takes effect, Mr. Rodriguez added. Venezuela, which had one of Latin America’s lowest inflation rates for many years, saw its cost of living rise by 35.5 percent last year after increasing 40.3 percent in 1987

Malangnya kadar pertumbuhan inflasi Venezuela tidak berkurang pada suku kedua tahun tersebut. Inflasinya hanya menjadi lebih buruk sehingga mencecah 120% pada 1996 (masih lagi sebelum kedatangan Chavez dan revolusi sosialisnya).

Statistik Dari Latinfokus
Statistik Dari Latinfokus

Walaupun selepas tsunami kadar inflasi yang melambung tinggi dikawal, inflasi hanya turun ke tahap yang sedikit lebih rendah daripada kadar inflasi semasa di Venezuela. Tetapi ini tidak dihebohkan oleh pihak kanan, kerana hakikat ini adalah disebabkan kegagalan gabungan pasaran bebas dan kapitalisme di Venezuela sebelum kedatangan Chavez dan sosialisme. Selain itu mereka juga akan terpaksa berdepan dengan hakikat bahawa Venezuela dibawah pimpinan Chavez dan sosialisme sedang mengalami pertumbuhan GDP sebanyak 10 %.

Statistik Dari Latinfokus
Statistik Dari Latinfokus

Mesti anda tertanya-tanya, kalau begitu kenapa baru sekarang kenaikan inflasi di Venezuela dihebohkan oleh pihak-pihak libertarianl?. Sebenarnya seperti saya katakan dahulu, orang libertarian penuh dengan konspirasi. Amerika Syarikat merupakan jaguh libertarinisme, (tolong jangan nafikan) mereka mendukung falsafah life, liberty, and the pursuit of happiness. Konsep ini telah disematkan dalam deklarasi kemerdekaan mereka.

Pada 1974 (sebelum bermulanya masalah inflasi dan ketika pemerintahan  Perez yang ala sosialis), President Carlos Andres Perez telah melakukan apa yang dibuat Chavez sekarang, beliau telah mengambil pemerintahan melalui dekri (yang dibenarkan oleh perlembagaan Venezuela) untuk meluluskan beberapa rang berkait had gaji minimum, membekukan harga pasaran barangan keperluan, potongan cukai bagi sektor agrikultur, menaikan pencen, dan mewujudkan Institut Perumahan Nasional dan Dana Pembangunan Industri. Tetapi Perez merupakan sekutu rapat Amerika Syarikat, oleh yang sedemikian tidak ada banyak kontroversi daripada Washington.

Sepuluh tahun berikutnya (May 1984), kongress Venezuela sekali lagi memberikan kebenaran kepada president untuk menjalankan pemerintahan melalui dekri untuk menangani krisis kewangan. Kali ini presidentnya Jaime Lusinchi, beliau telah menetapkan kadar tukaran matawang VEB (bolivar) kepada 4.3 setiap USD (dollar) untuk pembayaran hutang luar dan bagi pelajar Venezuela yang belajar di luar negara. Beliau telah menetapkan 6 bolivar kepada setiap dollar dalam perdagangan minyak dan industri besi, dan 7.1 bolivar kepada setiap dollar bagi sektor komersial dan kewangan. Tambatan dolar terapung (yang senantiasa berubah mengikut harga pasaran) pula digunakan untuk semua perkara lain.

Pada ketika itu tiada libertarian yang mahu menari-narikan semua hal itu. Sebaliknya Lusinchi dikenang untuk mentuanrumahkan lawatan pertama Pope ke Venezuela, dan beliau berundur dari jawatanya setelah beberapa tahun pada ketika sokongan keatasnya paling tinggi (pandainyer). Pada 1993 pula, President Ramon Jose Velasquez (gempakkan nama-nama orang Venezuela?) sekali lagi menggunakan pemerintahan melalui dekri untuk menangani hutang dan merombak sistem kewangan. Sekali lagi tidak ada mana-mana libertarian yang mahu menari dengan intervensi yang berlaku di Venezuela. Velasquez hanya bertahan selama 8 bulan dalam kuasa.

Jadi mengapa libertarian begitu rancak dan heboh dan tidak habis melabel-label Hugo Chavez? Mudah, kerana Chavez tidak duduk semeja dengan Bush. Kerajaan Republikan (marah dengan Chavez kerana tak mahu makan ikan di pub mereka) telah lama berkempen untuk menjenamakan Chavez sebagai seorang despot atau autotarian (jenis tarian yang tidak disukai oleh lebertarian) sepertimana yang mereka lakukan terhadap Allahyarham Saddam Hussein (hebatkan propaganda Amerika? nasib baik Tun tak jadi mangsa diapa). Pengaruh Chavez terhadap Amerika Latin dilihat sebagai ancaman kepada kepentingan Amerika di benua tersebut, dan setelah gagal dalam cubaan untuk menjatuhkannya melalui paksaan, mensabotaj ekonomi negaranya, dan menaja kewangan parti pembangkang (tuk syak Pakatan Rakyat pun ada dapat sedikit), mereka menggunakan taktik meyebar propaganda negatif terhadapnya. Media internasional pula sekadar mengheboh-hebohkan apa-apa sahaja laporan oleh White House tanpa menyelidik.

Tentang mengapa berlaku inflasi di Venezuela, tuk rasa Chavez hanya mengawal dan cuba perbaiki apa yang ntelah dipunahkan oleh kapitalisme pasaran bebas. Jika dibandingkan dengan dahulu, kadar inflasinya adalah jauh lebih baik. Tambah tolak disekitar margin sekarang itu pada pendapat tuk adalah suatu kejayaan sosialisme menyelamatkan ekonomi Venezuela. Harga minyaknya rendah adalah kerana industri minyak telah dimiliknegarakan, maka minyak dalam pasaran negara dijual pada harga yang rendah. Nilai mata wangnya jatuh, kerana terlampau banyak wang dalam pasaran. Chavez telah mengatur langkah untuk menyelamatkan ekonomi negaranya. Amerika Latin merupakan mangsa kepada kapitalisme pasaran bebas Amerika, dan pada hari ini bukan sahaja Venezuela tetapi rata-rata semua negara Amerika Latin sudah sedar akan keburukan kapatalisme pasaran bebas.

Katakanlah apa sahaja yang anda mahu tentang Chavez. Tuk sendiri tidak berapa suka akan tindakannya untuk mengenepikan demokrasi dalam pada menjalankan polisinya. Hakikatnya, Venezuela adalah negara yang telah dibaham dan dimusnahkan oleh kapitalisma pasaran bebas. Chavez hanya sekadar cuba membaiki kerosakkan yang disebabkan oleh kapitalisme pasaran bebas dengan sosialisme ( semacam yang dijanjikan Obamma). Hal ini tidak disenangi oleh ekstremis kanan yang gusar kalua-kalau Chavez berjaya membuktikan sosialisme lebih baik daripada kapitalisme pasaran bebas.

8 Responses

  1. Mak ai, panjangnye post….kekeke. Dah abis xm, boleh sambung balik berdebat.

    1. Ekonomi venezuela amat bergantung dengan petroleum, semenjak2 ni harga minyak naik, so its not surprising kalau GDP diorang pun naik gak. Sekarang Chaves mintak OPEC kurang production minyak sbb nak naikkan harga pasaran yg dah menjunam samapa $60, kalau menjunam lagi, barailah growth rate diorang.

    2. Inflasi nie dah masalah lama, aku pun rasa tak adil kalau kira yg sekarang je. Ayat “kegagalan gabungan pasaran bebas dan kapitalisme di Venezuela sebelum kedatangan Chavez” perlu dibetulkan, venezuela tak pernah menjadi negara pasaran bebas (dah naik penat dah aku ulang nie…kekeke), cuma sekarang si chaves ni jadik bahan berita menarik kot (macam kes komen raja Spain tu…kekeke).

    3. Tuk kena ingat, pandangan ekonomi libertarianism adalah ANTI campurtangan kerajaan dalam pasaran. Sejarah ekonomi venezuela PENUH dgn campurtangan ini, kalau bukan disebabkan perbelanjaan melebih, depa print duit sampai nilai duit merudum (jadi inflasi). Tuk kena recognize, selagi kerajaan campurtangan dalam ekonomi sesuatu negara, selagi itu ia bukan sebuah ekonomi kapitalis.

    4. Rasanya baik jangan disalah kan parti mana yg berkuasa, tapi kita kena dissect apa polisi yg dibuat kerajaan time tu. Contohnya, Norway dan Sweden bukan negara sosialis, ekonomi mereka amat sgt terdiri dari firma swasta sampai sektor air, elektrik (cuba google: “nordic energy market”) dan pendidikan (program “school voucher”) pun diswastakan. Apa yg mereka ada adalah suatu welfare state yg dibiayai oleh cukai tinggi, bukan dari state owned companies. Pihak libertarian tak setuju dengan nie sbb prinsip “progressive tax” yg tak adil.

  2. Selamat kembali,

    Ini kali tuk akur dan terima hujahan saudara. Tuk mungkin tersilap berhubung no 2, dan 3. No 1, tuk tak pasti… Yang no 4 pulak… Hem… betul Norway dan Sweden? Hem… still debatable.

  3. Salaam,

    10% GDP growth? impressive tapi penggunaan GDP sebagai penunjuk kepada ekonomi boleh saya katekan sebagai ketinggalan zaman.

    perkaitan antara GDP banyak berkait rapat dengan penghasilan minyak, kajian tentang perkaitan antara GDP dan permintaan minyak ada dikaji dan dicatatkan oleh Fereidun Fesharaki, bekas penasihat petroleum presiden Iran sekitar tahun 1980-an, beliau mendapati perkaitan antara permintaan minyak dan GDP adalah:

    permintaan tenaga (minyak) = -164.58 + 6.55(KNK)

    pada R^2 = 0.99 (0.99 menunjukkan betapa kuatnya perkaitannya)

    Saya sempat untuk melalukan ujian regresi yang sama terhadap malaysia dan hasilnya adalah

    permintaan minyak = -51684.6 + 0.781(KNK)]

    minyak dalam unit barrel dan KNK@GDP dalam unit juta.

    Ini berkait rapat dengan falsafah ekonomi sekitar 30 tahun lalu yang menyatakan jika hendak menaikkan GDP, maka penggunaan tenaga perlu ditingkatkan.

    Jadi penggunaan GDP tidak lah begitu boleh dipercayai.

    Terdapat beberape alternatif kepada GDP untuk membayangkan kekayaan sesebuah negara, contohnye Indeks Sen, teknik Kekayaan per kapita Hamilton, Indeks Kesejahteraan Ekonomi (oleh Osberg and Sharpe 1999, 2002, 2003) dan lain2 lagi…
    So, 10% GDP? boleh diragui tentang taraf kehidupan rakyat yang sebenar..

    hmm, untuk inflasi pulak
    biasenye, biasenye la kan, setahu aku, inflasi berade di bawah 10%, kalau dah puluh2 tu melampau la… sebab nilai inflasi banyak digunakan secara teknikal dalam pengiraan perekonomian… biase nye peratusan jangkaan keuntungan akan ditolak dengn jangkaan peratusan kenaikan inflasi.. so kalau inflasi, puluh2 percent, bagus la kot untuk negara sosialis, sebab kapitalis memang takkan masuk.. hehehe… dan seperti yang saya komen di post ‘libertarian, kebebasan atau perhambaan’ tu, if u look at an economic model as a whole, inflasi sangat memainkan peranan..

    ngantuk2, lain kali sambung, kol 2;30 pagi dah ni…

    chowsss

  4. Hamidi econs major jugak ke? Bersaudara ye kita? Study kat mana?

  5. Wan Fadzrul, tuk ujarkan bahawa president-president ketika itu membenarkan gabungan kapitalisme pasaran bebas…. tetapi apa yang Fadzrul canangkan adalah intervensi kerajaan. Jadi apa yang berlaku di Venezuela adalah kapitalisme + pasaran bebas + campur tangan kerajaan. Jadi tuk tidak menyalahkan libertarianisme, tatapi tuk beranggapan bahawa gabungan kapitalisme + pasaran bebas + campur tangan kerjaan telah membawa padah yang buruk kepad Venezuela.

  6. rasa saya mungkin ada salahfaham nie. Kepada saya, kapitalisme dan pasaran bebas itu ada the one and the same. Boleh tuk menerangkan apa definisi kapitalisme dan pasaran bebas bagi tuk?

    Saya tak menafikan compurtangan kerjaan musti ada, tapi soalannya jenis apa campurtangan itu? Pada pendapat saya, kerajaan sebaik-baiknya menjadi sebagai seorang “referee” sistem ekonomi yg menjaga hak2 ekonomi “pemain2” sistem itu. Ini termasuk tapi tak terhad kepada:

    1. harta persendirian
    2. undang2 kontrak (termasuk kontrak antara majikan & pekerja, penjual & pengguna dan antara firma).
    3. Kestabilan sistem kewangan.

    Apa yg jadi di venezuela pre-Chavez adalah intervensi di atas sistem kewangan melalui polisi bank pusat mereka (Banco Central de Venezuela) yang menyebabkan inflasi (untuk sejarah polisi kewangan masa tu sila singgah http://www.photius.com/countries/venezuela/economy/venezuela_economy_monetary_and_exchang~2614.html). Kerajaan kena sedar bahawa terdapat had2 campurtangan, mungkin inilah satu subset dalam prinsip “limited government”. Krisis subprima sekarang pun disebabkan campurtangan melebih bank pusat USA (Federal Reserve), ini menyebabkan pemain pasaran keliru dengan tahap harga, kadar faedah dan tukaran mata wang (rasanya aku dah tulis ni…tak ingat kat post mana).

    Si Chavez ni pulak rasanya tersilap cara nak menstabilkan ekonomi, dan salah tuduh kesalahan siapa. Kebaraian pre-Chavez bukan dari kelakuan firma2, spekulator2 atau dari luar negara. Tapi dari polisi2 bodoh kerjaan time tu. Aku pun tepuk dahi bila aku tengok apa diorang dah buat…

  7. hi wan fadzrul, i think we met at akademi merdeka…🙂

  8. Sebagai seorang muslim. Saya mahu memetik pandangan TG Nik Aziz yang mempertikaikan erti kemajuan apabila Kelantan dilabel tidak maju.

    Maka, usul Libertarian atau Sosialisme atau apa saja, untuk seorang Muslim, ia tidak terpisah dengan persoalan nilai yang dianjurkan Islam berkaitan hukum dan keutamaan (awlawiyat).

    Bagaimana kita menentukan ini? Nak jadi apa pun jadilah kerana muslim harus berani mengambil sikap inward dan outward looking serentak. Jika tak beriman dengan adanya akhirat (which means hari pembalasan etc), kita akan menemukan kejahatan yang banyak tak kira nak pakai label apa termasuk label Islamis sekalipun.

    Sebab itu dalam mendukung idea libertarian, saya lebih suka menggelar diri saya centrist – kerana ada bhgn yg mungkin bertentang dengan agama yg perlu saya santuni dan juga agama sy tidak menyuruh sy bermusuh dgn mereka yg berbeza pandangan dgn sy melainkan berdebat dgn cara terbaik.

    Saya pun bukanlah sempurna dan terus mengharapkan kasih sayang Allah s.w.t, Tuhan yang saya percaya untuk memberikan kebaikan pada usaha saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: