Melayu, Cina, Islam & Ketuanan Melayu

Dipetik Dari Tukar Tiub

Hegemoni Ketuanan Melayu yang disebarkan oleh United Malays National Organisation kelihatan telah dapat memerangkap dan menjaring fikrah sebahagian ahli Parti Keadilan.

Ketuanan Melayu ini juga telah ‘mencelarukan pandangan agama’ sebahagian dari anggota-anggota Parti Islam. Ketuanan Melayu ini juga telah memperlihatkan pandangan cetek dan cauvanis sebahagian ahli Parti Tindakan Demokratik.

Ini jelas dapat dilihat di dalam kes perlantikan baru dalam lembaga PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Perlantikan ini telah mencarikkan kulit ahli PKR, kulit ahli Pas dan kulit ahli DAP sehingga menampakkan kemelayuan, kecinaan dan keislaman mereka yang jumud lagi pencong.

Semua ini membuktikan bahawa falsafah Ketuanan Rakyat yang diajukan oleh Pakatan Rakyat ini masih belum difahami untuk dihayati secara mendalam.

Ketuanan Rakyat ialah falsafah dimana yang dinobatkan bukan Melayu, bukan Islam dan bukan Cina atau bukan India atau bukan Kadazan, Dayak atau Melanau. Ketuanan Rakyat tidak berpaksikan kepada bangsa atau agama. Ketuanan Rakyat melihat kepada keupayaan individu. Ketuanan Rakyat melihat kepada keperluan individu. Ketuanan Rakyat mengunggul dan menobatkan seseorang bukan kerana orang ini Melayu, Islam, Cina, India , Kadazan atau apa sahaja.

Ketuanan Rakyat mengajukan dasar membela kepentingan dan keperluan satu-satu kumpulan baik Melayu, baik Islam, baik Cina atau India. Semua bangsa dan semua agama akan dibantu jika mereka memerlukan bantuan. Wajib dan perlu di bantu bukan berasakan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan – tetapi berasakan yang paling layak mendapat bantuan.

Ketuanan Rakyat menobatkan keupayaan, kejaguhan dan fikrah individu. Ketuanan Rakyat mengajukan dasar meritokrasi.

Kita telah melihat selama 50 tahun bagaimana dasar Ketuanan Melayu telah memporak perandakan lembaga-lembaga asas yang menjadi tiang pasak kewujudan negara kita ini. Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah memerosotkan lembaga-lembaga keilmuan – dari sekolah rendah hingga ke universiti – semuanya merosot.

Atas dasar hendak memperbanyak pelajar Melayu akhirnya sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti kita lingkup. Tahun demi tahun tahap pembelajaran kita merosot. Semua ini kerana dasar mahu meramaikan orang Melayu ke pengajian tinggi. Hasilnya ramai Melayu tapi nilai ilmunya dibawah sifar.

Melantik Melayu untuk menjadi naib canselor tidak mencukupi. Cap Melayu tidak akan menjanjikan unggul keilmuan. Keilmuan seseorang itu bukan kerana dia memiliki cap Melayu atau kerana dia ada cap Islam atau kerana dia ada cap Cina. Keilmuan individu wujud kerana individu itu berilmu. Ketrampilan individu bukan kerana bangsa atau agamanya tetapi kerana keilmuan dan keupayaan fikrah individu itu.

Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah meruntuhkan lembaga kehakiman negara ini. Atas dasar hendak menaikkan dan meramaikan Melayu di lembaga perundangan hasilnya kita lihat bagaimana peguam dan hakim dalam mahkamah boleh dibeli dan di rasuah.

Ini kerana yang dinaikan bukan ilmu dan keadilan. Yang dijadikan pedoman bukan prinsip undang-undang tetapi Melayu. Ini bukan lagi satu rashia. Semua warga sedar bahawa lembaga kehakiman kita boleh dibeli. Ertinya keadilan dalam negara kita ini bukan lagi berasaskan siapa yang betul dan siapa yang benar. Apa yang sedang berlaku – lembaga kehakiman akan dilihat betul, benar dan menjadi adil jika ianya Melayu atau Islam.

Ini pandangan salah. Keadilan dilahirkan bukan kerana Melayu, Islam, Cina atau Kadazan. Keadilan wujud kerana yang adil itu adalah yang berhak. Yang hak itu berasaskan undang-undang yang adil yang telah diwujudkan secara adil. Undang- undang dan perlembagaan diwujudkan untuk menobatkan keadilan bukan untuk menobatkan Melayu, Islam, Cina, Kadazan atau India.

Dalam Ketuanan Rakyat keadilan adalah milik semua.

Melantik hakim kerana hakim itu seorang Melayu tidak akan menjamin keutuhan undang-undang dan keadilan. Melantik ketua PKNS kerana dia Islam, kerana dia Cina atau kerana dia Melayu tidak juga akan menjamin apa-apa. Ini telah terbukti selama 50 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation telah mengagungkan slogan Hidup Melayu dan Ketuanan Melayu. Hasilnya elek (tiada).

Selama 50 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah juga melaung-laungankan keIslaman gerombolan mereka. Hasilnya elek.

Lantikan pegawai PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kerana susuk itu yang paling layak. Yang paling bepengalaman. Bangsa, agama dan gender individu ini tidak diambil kira. Fikrah dan pengalaman susuk ini yang dipentingkan.

Ada pandangan dari satu jalur kabilah parti DAP yang pencong. Tidak dapat tidak masih terdapat sebahagian dari anggota DAP ini masih memiliki faham keCinaan yang tebal. Pandangan keCinaan ini sebenarnya tidak ada bezanya dari keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Carik kulit DAPnya maka yang muncul ialah keCinaan.

Pandangan keCinaan ini juga wajib dilawan dan di tentang. Sama seperti kita menentang dan melawan sikap keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. KeMelayuan dan keCinaan ini adalah buah kelapa dari tandan yang sama. KeCinaa dan KeMelayuan jenis ini adalah salah dan bertentangan dengan falsafah Ketuanan Rakyat.

Agama Islam adalah agama yang tidak memandang kepada warna kulit dan bangsa. Agama ini mengajukan falsafah kesamaan darjat sesama manusia. Justeru apabila ada satu jalur kabilah ahli-ahli Pas yang menentang perlantikan pegawai PKNS kerana pegawai ini bukan Islam atau kerana gender maka amat jelas menunjukkan bahawa kefahamam ahli-ahli Pas jenis Islam ini terhadap agama Islam masih cetek dan amat-amat disangsikan.

Kumpulan Islam jenis ini selalu bertempik dan berkhutubah mengatakan bahawa Islam itu lengkap dan Islam itu sejagat dan Islam itu tidak pandang agama atau bangsa. Cakar punya cakar maka kelihatan kulit keMelayuan jenis gerombolan United Malays National Organisation wujud dalam Islam bentuk ini.

Justeru terbukti bahawa kumpulan Islam jenis ini bukan sahaja tidak menghayati kesejagatan Islam tetapi mereka juga tidak memahami falsafah dan konsep Ketuanan Rakyat yang berpedomankan meritokarsi. Meritokrasi bukan sahaja selari dengan pandangan agama Islam malah meritokrasi diagung-agungkan oleh semua agama yang mengajukan kesempurnaan penganutnya.

Tidak ada agama yang meminta penganutnya memilih-milih kaum atau gender. Tidak ada agama yang mendiskriminasi individu kerana anutan agama atau kepercayaan atau kerana bangsa individu itu. Jika ada agama yang mendiskriminasi kerana alasan agama, kerpercayaan, bangsa atau gender maka pandangan agama ini adalah salah dan wajib dilawan.

Agama muncul bukan untuk menekan manusia. Agama muncul bukan untuk menyusahkan manusia. Agama muncul untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia.

Kejulingan dan kepencongan pandangan dari satu jalur kabilah PKR, DAP dan Pas ini dapat kita fahami. Kita tahu kenapa kabilah PKR ini muncul kulit Melayunya. Kenapa kabilah Pas ini muncul kulit tidak Islamnya. Dan kenapa kabilah DAP muncul kulit keCinaannya.

Semua ini lahir kerana hegemoni budaya berfikir gerombolan United Malays National Organisation. Budaya hegemoni ini luas dan telah menakluki kesemua jalur dan lembaga-lembaga budaya tanah air kita. Kepencongan pandangan yang kita dengar dari PKR , PAS dan DAP lahir kerana kumpulan ini sedang berfikir dan menghuraikan masaalah dengan menggunakan kepala gerombolan United Malays National Organisation.

Dalam kepala mereka adalah fikrah gerombolan United Malays National Organisation. Yang berbeza hanya mereka cuba memakai jubah, baju, seluar, songkok, ketayap, topi dan beret Pakatan Rakyat. Kulit mereka mungkin lain tetapi isinya masih didominasi oleh hegemoni gerombolan United Malays National Organisation.

Kumpulan dan kabilah yang memiliki jalur pemikiran saperti ini harus ditarbiah. Jika tidak ditarbiah mereka akan memberatkan saku perjuagan Pakatan Rakyat. Mereka akan menjadi tunggul dan ranjau yang terus menggangu kaki Pakatan Rakyat yang sedang bergerak untuk mendirikan Malaysia Baru.

Dalam Malaysia Baru Ketuanan Rakyat akan dinobatkan. Dalam Malaysia Baru anak semua bangsa adalah sedarjat dan setaraf. Anak semua bangsa memilki hak yang sama.

Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan Ketuanan Rakyat dan masih bermimpi-mimpi dengan Ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru – mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah Ketuanan Rakyat.

22 Responses

  1. Dalam meninjau tahap kesihatan tubuh setiap kaum di Malaysia ini, kita akan dipamerkan dengan ribuan jenis penyakit. Daripada tahap selesema biasa hinggalah penyakit kronik yang boleh membawa maut. Vaksin atau ubat untuk merawat setiap penyakit ini jelas digenggam erat oleh mereka yang sedar akan keadaan sekeliling. Mereka yang masih tinggal di pinggir pembangunan hanya mengharap belas menadah tangan minta disuapkan. Melayu terus dengan joget berhibur, Cina terus menebalkan kanta mata untuk melihat dengan lebih selesa dan jelas, India akan terus menjual maruku kepada kaum lain, dan peribumi lain setia bertemankan tanah berlumpur. Wangian kedamaian ini berhak dihidu oleh semua walaupun kelopaknya cantik tapi pohonnya berduri.

  2. yah, begitulah sikap angkuh yang dilahirkan oleh pemimpin kita, walhal kita sebagai rakyat berkata” anak orang bukan anak aku” bila terkena anak sendiri baru tergadah. apalagi, pakat gulingkan kerajaan!!!!

  3. I have to argue whether Pas is really an ‘Islamic Party”, hence the lack of a real essence of Islamic Fikrah in their political ideology makes one wonder on what cause they’re fighting for.

  4. Di Malaysia hanya orang Islam boleh menjadi Perdana Menteri. Ini kerena hanya orang Islam yang bertakwa kepada Allah. Orang lain adalah kafir yang akan masuk neraka. Allah hanya cipta orang melayu di Malaysia. Kaum lain tak layak menikmati sebarang hak di tanah ini yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya.

    Selain kaum Melayu adalah orang yang korup. Meraka tidak patut hidup di sini. Tamatkanlah nyawa mereka dapat pahala.

    Mahupun ketuanan Melayu atau ketuanan Rakyat, semuanya adalah ketuanan Islam. Semua jawatan penting mestinya diisi oleh melayu. Orang melayu adalah insan yang mulia lagi bebas daripada segala godaan nafsu. Melayu tidak sekorup dengan kaum lain.

    hidup melayu, hidup malaysia……. Malaysia boleh.

  5. melayu, tak semua Islam. Cina dan india tak semua kafir…. warna kulit dan bangsa adalah qada’ mubram yang tidak boleh diubah dan manusia tiada pilihan dan kebebasan ke atasnya. Allah maha Adil dan Allah tidak mencela dan mmuji atas ciptaannya.

    Maksud di sini Allah tidak mencela dan memuji seseorang hanya kerana dia melayu atau cina atau india. Tetapi Allah memberi pilihan ke atas manusia untuk melakukan kebaikan atau melakukan kejahatan. memilih Allah atau kekufuran.

    Maka ketuanan atas dasar banga, bahasa, ras, an seangkatan dengannya bukanlah atas landasan sebenar. Manusia itu khalifah dibumi tp manusia yang mana?
    Sudah tentu yang beraqidah dgn Allah.

    Tdak kira bangsa apa pun asalkan mereka mengimani ketauhidan Allah maka mereka berhak mendapat tempat sewajarnya.

    pendapat saya saja. salah harap ditegur

  6. Salam sekelian saudaraku,

    Firman Allah SWT,

    “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk Umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).” [34:28]

    “Kamu (wahai Umat Muhammad) adalah sebaik-baik Umat yang dilahirkan bagi (faedah) Umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.” [3:110]

  7. Firman Allah SWT,

    “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih Keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). ” [49:13]

  8. Saya berterima kasih kepada Faden dan Jaybon017 kereana otoriti yang bagi dapat menjustifikasi kenyataan saya bahawa hanyalah orang muslim boleh jadi PM serta memegangi segala jawatan yang penting tetapi bukan orang kafir(non muslim).

    Keadilan hanya beri kepada orang yang bertakwa kepada Allah sekali lagi saya ulangi.

    Marilah muslim mari kita membina negara(Islam) kita. mengukuh lagi kedudukan Islam. halau mereka pembawa najis, haram dan segala kegiatan yang meracuni pemikiran Melayu.

    Negara kita hanya terdapat Hitam(kafir) dan Putih(muslim) shj. satukan tenaga kita hapuskan yang hitam.

    Surga dan neraka, kemana kita tujui? Mulim, surga adalah jawapan muktamad. Kepada pembaca kafir pula, neraka adalah tempat yang anda akan pergi sekiranya tidak bertakwa kepada Allah.

  9. Yo admin diskopi, apa ni? Komen macam ni pun you boleh kasi lepas? Ini sudah melampau, boikot diskopi la. Orang Melayu boleh lepak kat sini dalam khayalan teologi lu orang sendiri.

  10. Holy gracious, how could the admin allow such a comment? It is people like this jack*** that paints an ugly picture of Islam. Shame on him, and shame on the others that are silent on this. I am disgusted!

  11. Apa mau heran, ini memang hasil daripada ketuanan Melayu. Inilah english pun tak lulus, tapi nak cakap banyak. Saya cadang admin kasi keluar itu comment sebelum banyak masalah.

  12. Salaam,

    tak semestinya kita orang Islam akan mati dalam Islam dan tak semestinya orang yang kuat Islamnya ketika hidup akan mati dalam Islam. so careful dude…

    ‘Selain kaum Melayu adalah orang yang korup. Meraka tidak patut …’

    waauu, heheh, yg selalu duk report kes rasuah hari2 tu banyaknye melayu, yg selalu kes rogol anak sendiri tu melayu, yg yg yg.. dan banyak lagi yg, lu pikir la sendiri… hahahaha
    Dari sudut matematiknya (atau logik), ini lah yang dikatakan sebagai masalah generalisation (selain Melayu, saya repeat, Melayu (bukan Islam nye) adalah korup)

    This is so debateable…😉

    Kepada semua pembaca,
    Jangan over react, cool man, kadang2 memang sesetengah komen tu sengaja untuk ‘cucuk’ orang.. hehe..

  13. Salam saudara let kill the non-muslim,

    Walaupun saya seorang penganut agama Islam dan Allah adalah satu-satunya yang saya sembah, tapi kenyataan kamu itu tidak dapat saya terima.Kamu baca tak firman Allah swt yang saya nyatakan di atas?Islam bukan agama yang datang utk menghapuskan mereka yang tidak berpegang kepada ajarannya (ie org kafir), tapi untuk memimpin mereka dan membawa mereka keluar daripada kezaliman di dunia…
    kita sebagai org Islam harus menunjukkan akhlak yang mulia bukannya dengan membawa provokasi sebegini.Ini bukan apa yang diajar oleh Islam.
    Saudara, walaupun mereka ini orang2 kafir, tetapi kita tidak punya hak untuk ber;laku zalim keatas mereka.Bahkan kita harus menjadi contoh kepada mereka.Berfikirlah dengan adil.Jangan burukkan nama Islam lagi..

    Salam

  14. Salam kepada mereka yang bukan Islam,

    Saya di atas nama Islam ingin memohon maaf di atas ketelanjuran kata oleh si fulan di atas.
    Percayalah Islam adalah agama kedamaian dan apa yang ditulis oleh si fulan ini bukanlah menggambarkan ajaran Islam yang sebenar
    Harap Maaf

  15. Saudara admin,

    Walaupun di atas nama ‘free-speech’, namun kenyataan yang berbaur hasutan haruslah ditapis.

    Sekian

  16. sometimes, bende2 camni sengaja di provokasi…

    Kita selalu dengar di Iraq puak Sunni dan Syiah sentiasa bertelagah, yang selalu diberitakan mereka ini saling serang antara satu sama lain, but we can never know yang kadang2 yg initiate kan bende tu adalah pihak luar…
    All these are physchological war…

    so, again, jangan over react…

    wink wink*🙂

  17. Salam,

    Saudara Hamidi,

    Betul apa yang kamu katakan…

    Saya harap Admin tidak bertoleransi pada perkara2 sebegini di atas nama ‘free speech’…

    Ini bukan konsep liberal yang harus dipraktikkan…

    Salam

  18. Seingat saya, pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, baginda mempunyai seorang penasihat peperangan bernama Salman al-Farisi, saya difahamkan bahawa beliau ini bukan beragama Islam dan berbangsa Parsi namun beliau merupakan pakar ketenteraan terutamanya membabitkan peperangan di padang pasir. Beliau juga yang memberi nasihat kepada Nabi Muhammad untuk membina parit yang besar dalam perang Khanda’ dan membantu tentera Islam dalam peperangan itu.

    Hairan ya, kenapa Nabi Muhammad tidak ‘kill all non Muslim’?

  19. Ya saudara Jaybon,

    Dalam pemikiran classical liberal pun ada elemen ‘rule of law’, bukannya bebas sebebas bebas nya.. heheh

    Saudara admin,
    no komen…. huhuh

  20. ini tulisan Isham Rais kan?

  21. Setuju dengan pandangan abang Hisham, mengwujudkan konsep Ketuanan Rakyat yang menjurus kepada meritokrasi adalah yang terlebih adil kepada rakyat semua, cuma apakah bentuk perundangan yang hendak digunapakai? Sebagai contoh, dapatkah dipastikan bahawa semua rakyat dapat menerima Islam, sebagai “rule of law” untuk segala-galanya?
    Salam.

  22. Toksah layan si Let Kill the non muslims ni, bangang punya orang. Ingat semua orang keturunan Melayu bodoh macam dia ke

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: