Libertarian, Kebebasan atau Perhambaan?

Sejak tamat pengajian dari Akedemi Merdeka Malaysia Think Tank, saya telah mengambil inisiatif untuk mengenali liberalisme dengan lebih baik. Jika dahulunya saya berpendapat liberalisme adalah sama seperti hedonisme, tetapi sekarang saya lebih memahami bahawa cabang terpenting fahaman ini adalah berkait rapat dengan ekonomi. Tidak hairanlah memandangkan ekonomi adalah penentu atau pengaruh utama kepada hampir semua persoalan dalam hidup, termasuk kematian dan kelahiran, fikirkanlah sendiri.

Jadi apa fahaman liberalisme ini, dan mengapa liberalisme topik hangat yang kerap kali dibincangkan di warung Diskopi?. Di Akedemi Merdeka, saya diberitahu oleh kawan-kawan yang menyokong fahaman ini bahawa fahaman libertarian adalah pendekatan logik dan konsisten terhadap politik berdasarkan prinsip moral pemilikan peribadi. Setiap individu mempunyai hak untuk mengawal tubuhnya, percakapannya, tindaktanduknya, dan hartanya. Peranan kerajaan hanyalah sekadar membantu individu melindungi diri daripada keganasan dan frod.

Walaubagaimanapun saya melihat liberalisme sebagai suatu fahaman teratur yang dicipta oleh para kapitalis untuk memastikan agar mereka dapat menjalankan perniagaan dan mengaut keuntung sebanyak mungkin tanpa kawalan oleh kerajaan. Para kapitalis ini tidak suka akan hakikat bahawa kerajaan adalah lebih berkuasa daripada mereka. Hubungan mereka dengan kerajaan tetap baik, kerana mereka mahu kerajaan mengikut telunjuk mereka, mereka juga sering bersekongkol dengan kerajaan dalam pelbagai konspirasi yang merugikan rakyat. Namun mereka tetap tidak suka akan kerajaan kerana kerajaan lebih berkuasa daripada mereka.

Saya juga perasan bahawa mereka seringkali mengelak daripada menjawab permasalahan sosial masyarakat yang timbul akibat daripada kemiskinan, dan dengan mudahnya menyalahkan ketidakpatuhan kepada konsep liberalisme sebagai sebab kepada semua permasalahan yang wujud. Saya juga perasan bahawa mereka kerap kali menyatakan mereka percaya bahawa menghormati hak individu adalah prasyarat utama untuk mewujudkan dunia yang makmur dan bebas, dan hanya melalui kebebasan kemakmuran dan keamanan boleh dicapai.

Pada saya apa yang mereka tonjolkan itu menimbulkan rasa was-was, umpama kata-kata jurujual insurans yang hendak meyakinkan saya untuk membeli insurans nyawa. Persoalanya pernahkah anda mendengar mana-mana ideologis berkata yang mereka percaya bahawa pencabulan hak individu adalah keperluan utama untuk mencapai masyarakat yang makmur dan bebas, tanpa mencabul hak individu kemakmuran dan keamanan tidak akan dicapai.Tindakan mereka mengulang-ulang idea kebebasan hak individu telah mula menimbulkan rasa curiga dalam diri saya. Seolah-olah selama ini saya tidak ada apa-apa hak sebagai seorang individu, dan idea mereka adalah penyelesaian kepada segala-galanya.

Liberatarian percaya hak individu dan anti paksaan. Mereka melihat cukai yang dikenakan oleh kerajaan sebagai satu paksaan. Saya percaya orang kebanyakan tidak akan melihat tanggungjawab membayar cukai ini sebagai suatu paksaan, walaupun ramai yang tidak suka membayar cukai, tetapi cukai adalah sebahagian daripada sistem yang kita percaya untuk mewujudkan dana bagi kepentingan bersama. Saya menyedari bahawa libertarian gemar mengelirukan orang ramai dengan merombak definisi perkataan daripada apa yang difahami umum kepada konotasi yang lebih menyandang kepada konsep liberalisme. Mereka akan mulakan perdebatan mereka dengan persoalan seperti adakah anda suka pada paksaan? Jika tidak maka anda setuju dengan idea liberalisme. Jika anda bersetuju dengan paksaan tidakkah itu sesuatu yang tidak bermoral? Kemudian mereka gemar membuat kesimpulan jika anda menyokong untuk menghapuskan paksaan (yang mereka definisikan) maka anda bersetuju dengan idea liberalisme.

Saya dapat melihat bahawa liberatarian penuh dengan pelbagai propaganda yang agak cetek. Saya tidak percaya bahawa mereka percaya kepada konsep kebebasan sepertimana yang mereka perkatakan. Mereka definisikan konsep paksaan kepada sesuatu yang luar daripada kefahaman umum dan kemudian mencipta obligasi moral untuk menolak paksaan yang telah mereka definisikan itu. Libertarian gemar menonjolkan bahawa liberalisme memperjuangkan kebebasan dan hak individu (bukankah itu sememangnya keperluan universal manusia?).Hakikat sebenarnya mereka memperjuangkan hak untuk mengeksploitasi segala-galanya. Mereka menggunakan hak individu sebagai tabir kerana dalam usaha menumbangkan kerajaan (satu-satunya institusi yang lebih berkuasa daripada pemodal-pemodal besar) ini adalah satu-satunya saluran untuk menghalalkan pengeksploitasian. Ini adalah kerana masyarakat tidaka akan membenarkan kerajaan untuk menindas hak-hak individu atau Civil rights, dan sejajar dengan itu mereka mendefinisikan segala urusan berkontrak sebagai hak individu dan kerajaan tidak boleh masuk campur sama sekali. Kerajaan tidak boleh membuat undang-undang buruh, tidak boleh sekat penjualan dadah, rokok, arak, perempuan, buruh, pendidikan, air, udara, sinaran matahari, awan, jalan raya, longkang, parit, buruh kanak-kanak, eh..eh.. terbawak-bawak pula.

Mereka sebenarnya mentafsirkan penghambaan sebagai kebebasan. Tak percaya? dalam dunia liberal anda akan terpaksa kerja dan kerja dan kerja untuk membeli, membayar, dan melanggan hutang. Segalanya akan dipaksa, nak penjagaan kesihatan? beli insurans, nak pendidikan? beli insurans, nak air? beli air, penapis air dan bayar caj rawatan air, nak liang lahad? tak boleh beli, tapi boleh sewa. Ape tak dak duit? tak ape boleh beli duit dari bank, ambil loan, nak anak, boleh beli. Adui… bayar loan ini, loan itu, loan loan loan loan. Sampai mati pun tak habis bayar. Tapi kalau tak bayar boleh mati. Memanglah kebebasan individu yang mereka maksudkan adalah kebebasan untuk menjadi hamba kepada institusi-institusi kewangan yang terus mencekik darah anda. Kerajaan tolong jangan sibuk, kalau ada yang tak bayar baru kerajaan sibuk supaya boleh kenakan hukuman dan rampas harta dia supaya boleh lelong. Silap-silap kapitalis kerja menghukum orang pun dia nak jadikan perniagaan. Eh eh.. terlupa pula di Malaysia memang pun kerja-kerja penghakiman boleh dijual beli.

Benda-benda seperti ini tidak akan digambarkan oleh orang liberal. Kata mereka harga semua barang akan menjadi lebih murah bila idea-idea liberal bertapak. Tapi mana jaminannya? Yang pasti, kita akan ada lebih banyak lagi bill-bill yang harus dibayar apabila idea-idea liberalisme bertapak. Segala-galanya akan dijual, beli dan disewa jual atau beli. Selain itu, para kapitalis langsung tidak akan berminat untuk menyediakan apa-apa perkhidmatan kepada orang yang tidak berkemampuan. Tak percaya? Sokonglah idea-idea liberal, nak baca Diskopi pun kena caj. kah kah kah.

9 Responses

  1. Penulis tidak menghuraikan hak pengguna untuk memilih barang apa dia nak beli dan barang apa dia tak mau beli. Sistem monopoli dan juga menolak persaingan di pasaran menyebabkan pembeli terpaksa membeli – ini satu paksaan yang muncul dari sistem tertutup yang menolak persaingan. Di sana kebebasan ada pada individu dan individu mengambil tanggungjawabnya sendiri untuk membuat pilihan.

    Jika ada karipap seringgit dengan 30 sen, saya percaya sdr akan beli yang 30 sen. Peniaga tidak mahu barangnya tidak dpt dijual, maka modifikasi akan berlaku untuk perubahan harga. Ini adalah common sense. Membicarakan hak peniaga juga harus membicarakan hak pembeli dan di sana pasaran bebas memainkan peranan. Sistem riba di Amerika dihukum oleh pasaran tetapi negara mahu menyelamatkannya. Kekuasaan negara adalah kemahuan sosialisme atas pertimbangan negara berhak menentukan betul atau salah sesuatu tindakan. Jika begini, saya harap sdr boleh nyatakan sokongan terbuka kepada BN.

    Untuk berlaku adil, sdr harus menunjukkan bagaimana sistem cukai itu bergerak. Tanya saja rakyat terbanyak, dalam sistem cukai yang tinggi siapa yang suka? Juga tanya kepada negara yang mengamalkan hak milik bersama, duit siapa kerajaan ini rembat untuk tampung semua keperluan? Saya harap sdr boleh berlaku adil dalam pertimbangan. Libertarian mengiktiraf peranan negara namun dalam konteks minima. Libertarian mendukung Kedaulatan Undang-Undang kerana persoalan hak pemilikan ini melibatkan perjanjian persetujuan (baca:akad) sama ada melalui lafaz atau kesukarelaan mendapatkan sesuatu. Di sana tidak ada unsur paksan sekiranya kebebasan dalam pasaran wujud.

    Memborong semua kapitalis (baca:peniaga) sebagai pendokong kapitalisme adalah sangat salah. Dengan pasaran bebas, peniaga perlu bersaing. Di sana ada peniaga yang untung dan ada yang rugi. Akan berlaku modifikasi jika mereka mahu terus berniaga dan ada juga yang langsung bungkus. Di mana aspek ini sdr letakkan? Sebab itu libertarian menolak dasar monopoli, favouritism dan juga protectionism.

    Hak individu memang keperluan universal tetapi sosialisme menghilangkannya atas nama hak bersama. Dalam erti kata lain saya tak bekerja dan melepak pun ok sebab nanti kerajaan akan bagi duit welfare kepada saya. Di mana logiknya pertimbangan ini?

    Kebebasan individu harus dibaca sebagai interdependent dan bukan independent semata-mata. Saya percaya dalam kursus pembangunan masyarakat hal ini sepatutnya disentuh.

    Kenapa? Kerana manusia bukan saja mahukan kebebasan tetapi keadilan dan dua nilai ini yang harus dibicarakan bila kita mengusung hujah. Begini tamsilan saya:

    Manchester United lawan Malaysia. Sebelum bermain orang tahu Manchester United akan menang – kenapa? Pemain Manchester United bukan orangkah? Ya, ada beberapa kelebihan di kalangan pemain Manchester United dalam banyak aspek. Tapi mustahilkah pasukan yang dikenali kuat boleh dikalahkan? Tidak.

    Yang penting pada saya ialah ground rulesnya mesti sama: Manchester dan Malaysia punya hak dan tanggungjawab – 11 pemain lengkap dalam tempoh masa yang sama diawasi oleh pengadil dan penjaga garisan yang boleh berlaku adil berdasarkan peruntukan undang2 yang dipersetujui bersama. Tapi bab nak score berapa gol tak pernah ditetapkan.

    Peniaga punya hak dan pembeli punya hak. Pekerja tidak perlu bekerja dengan kilang jika mereka rasa hak mereka tidak dipenuhi. Ini akan menyebabkan kilang tak mampu beroperasi dan tutup atau perlu mendapatkan pekerja yang sedia mengikut kadar kesediaan kilang membayar. Tidak ada paksaan tetapi ada undang2 berkaitan jam masa bekerja. Over time pun ada tawaran dan had yang disediakan.

    Jika kilang tutup pekerja tidak ada kerja? Sebab itu kita perlukan pasaran bebas. Supaya peluang pekerjaan dibuka luas. Kilang akan rugi jika mereka tidak mampu menjual barangan mereka atau orang tidak mahu berbelanja. Kesannya kilang tutup, manusia hilang pekerjaan.

    Saya fikir untuk pemahaman lebih baik berkaitan perniagaan, saya sarankan sdr mengikuti kelas perniagaan dan cuba tempatkan diri pada perspektif peniaga, insyaAllah sdr akan mendapat gambaran yang lebih jelas berkaitan operasi perniagaan.

    Untuk membantu pekerja bukan dengan menghukum peniaga yang ditindas lebih awal melalui sistem cukai yang tinggi. Sebaliknya kita boleh membantu pekerja dengan meruntuhkan halangan2 kepada setiap individu atau kumpulan menyertai pasaran.

    Seeloknya sdr boleh menjawab kenapa kadar inflasi di Venezuela sangat tinggi meskipun minyak hanya berharga sekitar 20 sen.

  2. Saudara, saya tidak mencadangkan idea sosialisme adalah lebih baik daripada libertarian, saya cume melahirkan rasa gusar saya akan cara-cara libertarian cuba menanam idea-idea mereka dikalangan orang ramai. Manipulasi definasi cukai, yang pada umumnya tidak dianggap sebagai paksaan tetapi sebagai suatu tanggungjawab kepada masyarakat secara kolektif. Tetapi entah dari mana, libertarian mendefinisikan cukai sebagai suatu paksaan. Ini merupakan sebaran propaganda untuk membuatkan orang ramai menyokong idea mereka. Kerana hukum tabii manusia: tidak suka akan paksaan.

    Saya rasa terkilan, apabila saudara mengambakan seolah-olah saya tidak faham akan sistem perniagaan. Saya tidak menyatakan bahawa semua peniaga adalah kapitalis. Saya semata-mata merujuk kepada perniagaan kapitalis sahaja. Kerana apabila melibatkan wang berjuta-juta ringgit, perniagaan kapitalis jika dibangdingkan dengan acik kat Perai yang jual surat khabar… perniagaan acik kat Perai tu secara perbandingan tidak ada sebarang signifikasi.

    Selain itu jika pemodal besar dibenarkan melakukan apa sahaja, maka gergasi-gergasi ini akan telan semua perniagaan kecil sehingga menjadi idak bermakna. Adakah idea libertarian boleh menjamin tidak akan berlaku monopoli oleh kapitalis-kapitalis beasar? Adakah libertarian boleh menjamin rakyat tidak akan dieksploitasi? Adakah libertarian boleh menjamin semua rakyat akan mempunyai kekayaan yang cukup untuk mendapatkan pendidikan asas, penjagaan kesihatan asas, air bersih, dan keselamatan? Bolehkah libertarian menjamin semua ini? Tidak libertarian hanya lebih menitik beratkan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih mesra perniagaan, pada masa yang sama tidak dapat menjamin gergasi-gergai kapitalis tidak akan memaksa rakyat dengan memonopoli pasaran.

    Pasaran bebas? satu lagi perkara yang dimanipulasi oleh libertarian. Pada definasi mereka pasaran bebas adalah pasaran yang tiada campur tangan kerajaan. tetapi bayangkan jika para pemodal besar yang mengawal pasaran, itu tidak menjadi masalah. Bolehkah libertarian menjamin bahawa jika idea-idea libertarian bertapak, tidak akan ada satu kuasa kapitalis besar di dunia yang akan menguasai pasaran dan berkemampuan untuk mengawal semua pasaran di seluruh dunia? ( tonton filem Walee Disney untuk gambaran yang lebih cantik).

    Akhir sekali, saya tidak faham perkaitan sosialisme dan Barisan Nasional yang ditimbulkan oleh saudara. Dalam Penulisan saya, tiada sebrang rujukan kepada Sosialisme mahupun Barisan Nasional. Saya jelaskan disini bahawa saya tidak ada masalah ,menyokong Barisan Nasional jika mereka boleh menjalankan pemerintahan yang telus, (transparent), dan mengelakan politik perkauman. Saya berasa lebih selamat dan terjamin apabila ada kuasa yang telah dilantik melalui pilihan raya membuat dasar, dan mengenakan cukai yang mereka lihat adalah patut. Jika rakyat tidak suka akan cukai yang dikenakan secara kolektif maka dalam pilihanraya yang akan datang mereka dapat mengubah undi kepada parti yang berjanji untuk menghapuskan cukai itu. Atau alternatifnya mereka boleh menyuarakan ketidak puasan tersebut kepada parlimen dan meminta untuk cukai-cukai tersebut dihapuskan.

    Saya juga berasa amat tidak adil apabila saudara menyatakan bahawa cukai adalah suatu paksaan. Jikalau begitu samala seperti menyatakan bahawa zakat itu adalah suatu paksaan. Pendefinisian harus dibuat dengan mengambilkira maksud yang diterima pakai umum. Sesuatu yang cuba didefinisi semula, adalah propaganda.

  3. kenapa kadar inflasi di Venezuela sangat tinggi meskipun minyak hanya berharga sekitar 20 sen?. – Kerana kerajaaan telah memilik negarakan seluruh industri minyak, oleh itu minyak dijual dengan harga dibawah harga pasaran.

    Mengapa saudara suka merujuk kepada Venezuela? Kenapa tidak merujuk kepada pasaran Norway atau Singapura? Adakah anda akan suruh saya untuk mengkaji pasaran negara-negara ini, kerana anda akan mendakwa bahawa negara-negara ini adalah negara yang pro liberal? Saudara kedua-dua negara ini mengamalkan dasar kawalan terhadap pasaran. Singapura pada 1960’an merupakan sebuah negara sosialis, yang mana parti yang sama masih memerintah. Cuma sekarang kata mereka “‘we are pragmatic’, a euphemism for capitalism with authoritarian social controls.”. Economi Singapura adalah ekonomi kapital bercampur, tetapi seperti saya telah lahirkan dalam komen saya sebelum ini, Singapura menggunakan syarikat Temasik untuk menjalankan “paksaan” dalam mengawal pasaran bebasnya selain daripada kawalan kerajaan yang meminimumkan campur tangan secara terus. Dan model ekonomi Norway pula adalah model ekonomi negara kebajikan, ya saya akui terdapat beberapa industri yang telah dipulangkan kepada masyarakat sendiri untuk diuruskan, tetapi ini boleh didebatkan sama ada ianya adalah konsep amalan liberal atau sosialis. Saudara harus ingat bahawa matlamat sosialis adalah untuk mewujudkan negara yang tidak berkerajaan dan tidak berkelas. Oleh yang sedemikian usaha-usaha kearah masyarakat sendiri untuk mengambil alih semua industri adalah konsep sosialis.

  4. Ya sememangnya kedua negara yang saya katakan tadi mengamalkan kawalan terhadap pasaran yang minima. Tetapi jangan samakan kawalan terhadap pasaran yang minima sebagai konsep libertarian, pasaran bebas juga boleh wujud dalam sebuah negara sosialis. Apa yang membimbangkan adalah gabungan pasaran bebas, kapital pemodal dan intervensi kerajaan yang minima.

  5. 1) mmg saya notis bhw sdr tidak menamakan sistem gantian. ini strategi berbahasa namanya. dan saya tidak nampak di mana sdr menghujah balas beberapa isi utama penghujahan saya iaitu:
    i) soal purchasing power – ini disebut byk kali dlm pertukaran pandangan dgn sdr Tuju sebelum ini.
    ii) hak pembeli dan pengguna.

    2) definisi pemodal yang sangat longgar. saya berharap sdr membuat comparative advantage dan bukan absolute advantage. juga sdr tak jawab.

    3) cukai mmg paksaan bila ia diletak pd kadar yg tinggi. sebab yg akan jd mangsa dr cukai yg tinggi ini ialah rakyat kemudian yg perlu membayar pusingan modal. sebab itu sy membawa cth perniagaan yg perlu difahami dan pd masa yg sama menekankan hak pembeli dan hak peniaga. jika sdr melihat semua aspek ini sbg terpisah, sampai kiamat sdr tidak akan menemukan dinamisme pasaran.

    Adakah idea libertarian boleh menjamin tidak akan berlaku monopoli oleh kapitalis-kapitalis beasar? Adakah libertarian boleh menjamin rakyat tidak akan dieksploitasi? Adakah libertarian boleh menjamin semua rakyat akan mempunyai kekayaan yang cukup untuk mendapatkan pendidikan asas, penjagaan kesihatan asas, air bersih, dan keselamatan?

    sudah tentu libertarian menggalakkan persaingan dan hanya dgn persaingan di pasaran terbuka monopoli tidak boleh berlaku. monopoli berlaku dlm negara yg mengamalkan protectionism dan favouritism. kesannya rakyat ditekan. cth paling dekat di Malaysia.

    eksploitasi rakyat adalah hal subjektif. peniaga juga adalah rakyat. yg mengkelaskan golongan pemodal dan pekerja ini ialah sistem sosialis. mereka mahu hak sama rata tetapi mereka tidak sedia membuat pilihan utk tidak bekerja dan memulakan perniagaan sendiri. mereka berharap duit kerajaan dpt menampung segalanya bg mereka hatta utk mereka yg mampu tp tidak mahu bekerja.

    jika sdr tanya keperluan asas, saya mahu katakan bahawa saya manusia dan sudah tentu saya tidak sedia menggadaikan mana2 nyawa atas faktor ekonomi. tapi sosialis sedia menggadaikan nyawa peniaga sebaliknya libertarian mahu menjaga semuanya.

    saya fikir sdr telah melencongkan pengertian pasaran bebas. konsep asal ialah mengurangkan barrier untuk semua orang masuk pasaran.barrier ini adalah punca kenapa rakyat menghadapi kesukaran untuk masuk dalam persaingan justeru menyebabkan ia dimonopoli.

    kapitalis besar tidak akan berpeluang memonopoli melainkan pasaran ditutup dan mereka tidak perlu bersaing. waktu itu rakyat akan terjerat dgn paksaan harga oleh peniaga penakut ini.

    usaha masyarakat mengambil alih semua industri ialah konsep sosialis? sangat lawak pula dengar. menggunakan tangan kerajaan dan bukan menguruskan sendiri?

    pasaran bebas pada tiap masa untuk saya harus dilaksanakan dengan kuatnya rule of law dan campur tangan kerajaan yg minima (bukan tidak ada). gambaran minima yg sdr cuba gambarkan sbg sangat negatif ini terlucut dari makna yg sepatutnya.

    norway dan singapore – kenapa pasaran bebas dan bagaimana bentuk intervensi kerajaannya? kenapa mereka tandatangan free trade dan kita yg memuji mereka tak benarkan malaysia tandatangan?

    sdr tidak menjawab sepenuhnya persoalan inflasi dlm realiti minyak 20 sen di venezuela. dlm kawalan kerajaan, kenapa inflasi berlaku di sana.

  6. Saudara Dato Harimau yang budiman

    Mengatakan bahawa idea libertarian merupakan fahaman teratur oleh para kapitalis untuk mengukuhkan cengkaman agak ekstrem bunyinya dan mungkin pernyataan sebegitu terperangkap dengan teori konspirasi.. kalau begitu saya tidak pasti mengapa Lehman Brothers dan AIG hampir lingkup, sepatutnya cengkaman mereka semakin kuat.

    Isu inflasi merupakan suatu isu yang penting dan boleh saya katakan antara isu teras atau hardcore subject dalam ekonomi (makro), kerana Inflasi merupakan salah satu faktor yang ada dinyatakan dalam 10 prinsip utama ekonomi (sila rujuk penulisan Gregory Mankiw, Professor ekonomi di Harvard, Principles of Economy, antara bahan bacaan wajib bagi ahli ekonomi atau sesiapa yang ingin menguasai bidang ekonomi).. Kebanyakan negara sosialis ‘struggle’ dengan kenaikan kadar inflasi. Walaupun jika kerajaan memberi pelbagai subsidi dan bantuan (terutamanya dalam bentuk wang ringgit seperti elaun pengangguran), namun kadar inflasi akan menurun nilai wang tersebut.. Dan tidak keterlaluan jika saya katakan ‘”Inflasi adalah ‘pencuri professional’ “” Memang banyak cabang ekonomi yang boleh dan perlu diperbahaskan dalam memilih model yang paling sesuai, tetapi kadar inflasi adalah antara yang sangat significant kesannya. (antara faktor yang core dalam ekonomi adalah inflasi, kadar pengangguran, intervensi kerajaan, peranan pasaran, penawaran duit, kemampuan menghasilkan barangan, tindak balas rasional manusia terhadap insentif (upah, gaji), kos (termasuk masa juga adalah kos melepas@opportunity cost), peranan perdagangan dan keseimbangan (supply and demand). (-Mankiw)

    Saya merasakan faktor2 yg dinayatakan itu yang paling mustahak untuk diteliti dalam pengkajian ekonomi, tinggalkan dahulu contoh2 yg berbentuk ‘cabang’.

    Dan saya perhatikan, cukai tidak termasuk antara ‘teras’ utama dalam ekonomi, tetapi sistem sosialis sangat ‘menggenggam’ unsur cukai tersebut.

    Mungkin sebab ekonomi kita sudah lama dicenggam dengan kadar cukai yang tinggi (korporat 25% dan individu 28%), sedangkan beberapa negara yang maju cukai korporatnya sekitar belas2 peratus..

    Itulah sebabnya mengapa saya sangsi dengan model ekonomi yg sangat menekankan unsur cukai. (Kalau cukai rendah camne nak buat negara kebajikan, ye dokk? wink* wink*)

  7. Sistem Kapitalis sebenarnya masih ditafsirkan dgn sempit. Ianya perlukan ‘pencerahan’! (quote Prof Yunus nobel laureate 2006)

  8. Munirah,

    Then, y not u xplain from ur Own view bOut it..not juz leave a quotation..

  9. Namaknya aku tertinggal banyak ni, sapa si hamidi ni?

    Pendapat saya la ni:

    Definisi “eksploitasi” ni kena dirubah, memang ketidaksamarataan ni ada, tetapi tidak adil jika kita salahkan orang sematamata kerana dia punyai kekayaan. Ketidaksamaan ini memang datang dari sistem sebelumnya spt feudalism contohnya. Dan sistem ini secara aktifnya mengekalkan ketidaksamaan ini.

    Bila era ‘enlightenment’ datang, figura2 pemikir seperti thomas hobbes, adam smith, voltaire dan lain2 mempersoalkan sistem “active inequality” ni, dan mereka menyunjung sistem undang2 alami (natural law) yg kini dilabel “classical liberalism” yg termasuk pandangan pasaran bebas.

    Perspektif libertarianism adalah tertakluk kepada kebebasan individu untuk menentukan halatuju masing2 tanpa disekat orang lain. Sistem ini dipersoalkan Marx kerana pada pandangan beliau yg kaya akan mengeksploitasi yg miskin, kerana yg miskin tak terdaya nak menentukan hidup diorang. Ini pandangan yg sempit IMHO, lebih2 lagi pada zaman sekarang.

    Dengan adanya sistem pendidikan awam yang berdasarkan meritokrasi contohnya, seseorang boleh naik dan jatuh atas daya usahanya sendiri. Saya menyokong sistem pendidikan yg dibiayai kerajaan asalkan sekolah2 tu tak dimanage kerajaan (ini dari usul kualiti pendidikan, bukan dari prinsip sosioekonomi, jadi ni cerita lain). Pada zaman sekarang, kalau seseorang mengambil keputusan untuk berhenti sekolah, adakah amasa depannya yg gelap itu disebabkan “eksploitasi” atau kesalahan dirinya sendiri? Masyarakat sekarang bukannya “adil” kerana kita menyanjung minda seseorang dan bukan kudratnya (tak seperti dahulu di mana “might is right”). Adalah suatu falasi jika kita salahkan majikan kilang yg “tamak” kerana mereka ni pun ada banyak faktor yg perlu dikonsider – saingan perniagaan, bayaran pinjaman, cukai…etc. Kalau hujah “mereka dapat untung berjuta” digunakan, kita kena tanya, adakah mereka tidak layak dapat hasil usaha ini? Hasil dari risiko berniaga, mengambil pinjaman besar, kerugian…etc?

    Pada pendapat saya, di zaman sekarang, dengan adanya equal opportunity dan sistem meritokrasi, seseorang cuma akan dapat hasil dari daya usahanya yang dihakimi masyarakat. Seseorang yg tidak terdidik tentunya takkan dinilai tinggi oleh masyarakat selagi dia tidak memberi masyarakat ada yg dikehendaki mereka. Contoh2 individu “rags to riches” boleh dibuat…dan pada pendapat saya ini adalah sistem teradil yg pernah – berbanding dari dulu – didiami manusia.

    Masalah sekarang bila ada sesetengan orang “mengeksploitasi” rasa cemburu mereka2 ni atas nama “keadilan” dan mereka2 yg nak mendirikan sistem feudal seperti dulu (spt golongan neoconservatif). Inilah apa yg diperangi ideologi libertarianisme.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: