Pencerahan

Atas nama manusia yang mahukan pencerahan,

mereka yang buta untuk melihat kebenaran yang mujarad hanya akan menyampaikan apa yang dilihat

Apakah akal ini mempunyai limitasi untuk berpikir? Kalau ada, siapa yamg meletakkan bahwa manusia hanya boleh berpikir akan perkara A tetapi bukan B contohnya? Atau adakah kita sendiri yang meletakkan limitasi tersebut kerana adanya ketakutan-ketakutan? Dimanakah kematangan manusia untuk berfikir jika takutkan pemikirannya itu akan menggugat kestabilan diri (rohani atau jasmani).

Menurut Immmanuel Kant dalam What is Aufklarung (apa itu pencerahan),kematangan berfikir itulah yang memberi pencerahan kepada tamadun Eropah. Maka, apakah yang dimaksudkan dengan berfikiran matang, menurut Kant lagi, berfikiran matang ialah keberanian untuk berfikir dan mempersoalkan perkara-perkara yang selama ini dianggap sebagai satu kebenaran yang final dan diterima sepenuhnya tanpa dipersoalkan. Kewajaran apa yang diperkatakan oleh Kant itu boleh dilihat mengikut konteks masyarakat Eropah pada masa itu. Pemikiran mereka yang terkongkong oleh dogma-dogma tidak rasional gereja telah menghentikan evolusi pemikiran masyarakat oada masa itu. Masyarakat pada masa itu boleh diumpamakan air yang bertakung dan tidak mengalir maka segala kebusukan dan kejumudan terkumpul di dalamnya. Maka, perlunya manusia-manusia yang dapat memecahkan takungan itu agar kebusukan dan kejumudan dapat dibebaskan, inilah tugas manusia-manusia yang berfikir. Berfikir untuk kebenaran.

Setiap apa yang berlegar di dalam akal manusia merupakan hasil daripada sosial yang mengkonstrak apa yang mereka fikirkan, maka apakah wajar jika kita melihat setiap perkara itu benar secara mutlak jika keadaan sosial bagi mereka yang mentafsir akan kebenaran itu berlainan sekali keadaan sosialnya. Apakah kebenaran itu merupakan suatu yang berdiri tanpa mengikut pada konteks masa dan tempat. Maka, proses dekonstruks pemikiran untuk menilai di mana kedeudukan suatu perkara itu perlu bagi mencerahkan perkara-perkara yang kabur. Adalah suatu yang amat menjengkelkan dalam memahami pemikiran- pemikiran sarjana Islam terutamanya dengan memberi perhatian yang memusat kepada peribadi si pemikir. Sebagai contoh yang jelas, kita melihat seperti suatu fenomena bagi pencoleteh yang hidup atas nama agama untuk memberi tafsiran secara literal kepada Muhammad. Dalam suatu majlis memperingati Rasullulah contohnya,adalah menjadi suatu kemestian kepada pencoleteh-penceloteh agama ini untuk memperbincangkan secara panjang lebar dan terperinci persoalan bagaimana susuk tubuh Muhammad dari segi pemakaiannya, berapa helai janggutnya, bagaimana Muhammad meyisir rambut, bagaimana bentuk seliparnya, dan memperbincangkan kisah sejarah Muhamamad daripada baru lahir sehingga wafat secara luaran tanpa mendiskusikan pemikirannya. perbincangan panjang lebar mengenai bagaimana figura Muhammad dan penceritaan Muhammad secara luaranf ini menenggelamkan apakah pemikiran-pemikiran yang di bawa oleh Muhammad. lebih malang lagi apabila pemikiran Muhamad yang jika dibicarakan hanya sedikit ini diangkat secara mutlak sebagai suatu kebenaran yang nyata. muktamad!!

Tanpa perlu diperbahaskan lagi kerana penafsiran yang berbeza akan membawa kepada penyimpangan ajaran yang dibawa Muhammad. Metodologi seperti ini terus diperturunkan kepada generasi terkemudian dalam memahami sejarah Muhammad. Maka, dalam usaha mencari kebenaran, akal diberikan limitasi kerana terdapatnya sempadan yang tidak boleh diterobos akal kerana akan membawa kepada penyimpangan itu tadi.

Maka, kesannya kepada masyarakat dalam memahami Islam ialah pemahaman mereka hanya tertumpu kepada kulit iaitu apa yang dapat dilihat secara nyata untuk memperlihatkan adanya Islam. Pakai serban itu Islam, pakai tudung labuh itu islam, bela janggut itu islam dan sebagainya. Tidak salah berpakaian sebegitu, dan kalau itu merupakan sunnah, lakukanlah. Tetapi pemahaman segelintir mereka hanya itu. Islam mereka hanya pada kulit. Tanpa melihat apakah yang lebih besar daripada itu dalam mewujudkan masyarakat yang lebih sejahtera selaras dengan maksudnaya. Apakah kita beriman dengan penceloteh yang memakai serban,berjanggut dan menanam dogmatis yang disulam dengan hujahan cenderung romantisme lalu membentuk sentimen dalam majlis-majlis ‘ilmu’? jika tidak, ayuh pecahkan tradisi beriman akan tahyul ini dan terokai kotak-kotak taboo untuk mencari iman..

 

8 Responses

  1. Bgus sungguh karya saudara/ i. Tp bukankah dr pemikiran yg membentuk luaran kita bgmana, makanya salahkah jika khalayak umum perbincang pakaian, janggut maupun sepatunya..

  2. tidak salah berbincang tentang pakaian, tapi secara mudahnya,adakah dengan berpakaian ‘baik’ dapat menyelesaikan permasalahan dunia. apa yang lebih perlu bagi saya adalah nilai atau idea bukan sekadar kulit-kulitan.

  3. Jika begitu apa yang Mahatma Gandhi lakukan dulu salah? yalah, beliau bukankah hanya memakai kain kapas semata dan tidak lagi memakai kot..
    Baiklah, jika berpakaian ‘baik’ tidak mampu selesai segala permasalahan dunia, adakah ‘ide’ semata mampu?

  4. Jika begitu apa yang Mahatma Gandhi lakukan dulu salah? yalah, beliau bukankah hanya memakai kain kapas semata dan tidak lagi memakai kot..(Jika pakaian bukan 1 isu, mengapa jadi yg sedemikian ya) bukankah nilai atau ide nonviolence yg ingin disampaikan…mengapa tukar ‘suit’?
    Baiklah, jika berpakaian ‘baik’ tidak mampu selesai segala permasalahan dunia, adakah ‘ide’ semata mampu?

  5. pebenda korang debate ni?

    hormatlah luar dan dalam…🙂

  6. apa yang dilakukan gandi kan untuk memperlihatkan ideanya. nah, nak ambil baju dia atau ideanya..

  7. mesin cetak,

    apakah ada beza antara zahir dengan bathin? antara dalam dengan luar? antara minda dengan jirim?

  8. teringat..nampak orang pakai kopiah je terus memberi tittle ustaz..lihat org memakai serban terus nya di beri ulamak,zaman sekarang…
    suasana sekeliling merubah hukuman,
    air hujan dalam cawan,
    air kencing dalam lautan,rakyat biasa,kaca intan,
    permaisuri dan sultan,
    huruf melayu hantu-tuhan,
    ubah belakang ke depan…
    sama2 pikir
    (kata2 kiasan pak su)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: