Ejen Kapitalis Semakin Rosak

Sumbangan Darkness

Ejen kapitalis semakin rosak…perbincangan reaksi terhadap tulisan Ketua Pengarang majalah Challenges dalam lidah pengarangnya sebulan lalu bertarikh 12 September 2008 dengan tajuk Le pape ou le Coran (Pope atau al-Quran).

Majalah ekonomi terkemuka Eropah berbahasa Perancis itu membuat kejutan dengan tajuk rencana berkenaan di mana Ketua Pengarangnya, Vincent Beaufils menulis dan bertanyakan mengenai etika kapitalis dan peranan Kristian sebagai agama khasnya gereja Katolik yang memburukkan krisis dan mempermudahkan masalah faedah sehingga membawa dunia ke tepi jurang.

Beaufils menulis dengan bahasa yang penuh kemarahan dan menuduh pihak gereja serta memohon maaf kepada Pope Benedict XVI: “Saya fikir, dalam menghadapi krisis ini kita perlu lebih banyak membaca al-Quran daripada Bible demi untuk memahami apa yang benar-benar berlaku terhadap kita dan perbankan kita. Ini kerana jika pelaku perbankan kita mencuba untuk menghormati apa yang tertera dalam al-Quran mengenai ajaran dan hukumnya kemudian mereka menerapkannya sudah tentu bencana dan krisis ini tidak akan terjadi menimpa kita dan kita tidak akan sampai kepada suatu keadaan yang membimbangkan ini; kerana wang tidak melahirkan wang.”

Begitu pula Ketua Pengarang Majalah Le Journal de Finance, Roland La Sceen, dalam pembukaan majalahnya awal bulan ini menulis lebih berani dan jelas dengan tajuk “Apakah Wall Street sudah layak untuk menerapkan prinsip-prinsip syariah Islam?” Dalam tulisan berkenaan, beliau menyeru akan betapa pentingnya menerapkan syariah Islam dalam bidang kewangan dan ekonomi untuk mengehadkan kemaraan krisis yang menggoncang pasaran global akibat permainan kotor ke atas prinsip-prinsip kontrak dan sangat berlebihan dalam transaksi-transaksi semu (palsu) yang haram.

Beliau mendedahkan bahaya yang menimpa sistem kapitalis dan merayu untuk mencari penyelesaian alternatif ke atasnya dengan memberikan beberapa jalan penyelesaian dan berada di urutan atas adalah penerapan syariah Islam walaupun ia bercanggah dengan adat istiadat Barat dan kepercayaannya.

Seorang penulis dan pengkaji wanita berasal dari Itali, Loretta Napolioni, baru-baru ini menulis buku bertajuk Iqtisad Ibn Awa (Ekonomi Ibnu Awa). Dalam buku ini, dijelaskan bahawa perbankan Islam menjadi alternatif yang sesuai bagi perbankan Barat dengan ranapnya bursa dunia dan krisis hutang di Amerika Syarikat.

Sistem perbankan konvensional sudah mula nampak keakutan penyakitnya dan memerlukan penyelesaian dari akar umbi.

Dalam laporannya, detik.com pada 22 Oktober lalu menulis: “Ketika bank-bank konvensional terlilit masalah akibat krisis kewangan, jumlah pelanggan Islamic Bank of Britain (IBB) meningkat lima peratus, termasuk pelanggan sektor pembiayaan yang naik menjadi 13 peratus. Di antara pelanggan baru itu, ramai pelanggan bukan Islam.”

Pengarah Komersial IBB, Sultan Choudhury, berkata, orang kini beralih ke bank Islam kerana bank berasaskan Islam memiliki perlindungan yang lebih baik daripada pengaruh kredit tak berbayar yang saat ini menimpa bank konvensional. IBB, tambah Choudhury, tidak mengambil pinjaman berasaskan faedah daripada bank lain dan memiliki pelaburan berasaskan aset yang berkualiti tinggi.

Konsep syariah yang dilaksanakan dalam produk industri perbankan kini semakin bertambah dan meluas setelah wujudnya persaingan antara pengamal pasaran peringkat tempatan dengan pengamal pasaran antarabangsa.

Jika sebelum ini banyak produk perbankan Islam menggunakan konsep syariah yang terhad seperti wadi’ah termasuk yad al-damanah, murabahah, BBA, Inah dan bai al-dayn, kini banyak konsep syariah yang lain diguna pakai seperti ijarah, mudarabah, musyarakah dan tawarruq.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa pengamal perbankan Islam kini semakin bersedia dan memahami keperluan kepada mempertingkatkan kepelbagaian produk bagi memenuhi kehendak pelanggan yang memerlukan kepada produk kewangan Islam yang patuh syariah. Selain inisiatif pengamal pasaran, ulama Islam juga mula menunjukkan kefahaman mereka terhadap struktur produk yang lebih kompleks dan pelbagai.

Kontrak yang diamalkan dalam kewangan Islam umumnya terbahagi kepada dua jenis kontrak iaitu kontrak yang bersifat ‘uqud musamma’ dan ‘uquq mustajiddah’. Kontrak yang lahir daripada ‘uqud musamma’ lazimnya mudah dilaksanakan kerana segala syarat yang perlu ada pada kontrak itu telah dibahaskan oleh ulama fikah terdahulu seperti jual beli, ijarah, salam dan sebagainya. Sementara kontrak yang bersifat mustajiddah, maka ia perlu kepada takyif fiqhi yang jelas dan ijtihad secara kolektif agar pelaksanaannya lebih menepati asas syarak.

Lazimnya kontrak yang bersifat mustajiddah lebih banyak diamalkan dalam konteks kewangan semasa antaranya murabahah li al-amir bi al-syira’, ijarah muntahiyah bi tamlik, musyakah mutanaqisah, qard, mudharabah, wakalah bi istithmar dan sebagainya.

Dengan istilah produk kewangan Islam ini sudah cukup dibuktikan bahawa sistem kewangan Islam memang inovatif dan ia sesuai untuk keperluan manusia di setiap tempat dan masa. Di samping itu, sistem ini adalah sistem terapan dari pemahaman terhadap al-Quran dan hadis Nabi yang sudah pasti akan membawa keberkatan. Wallahu a’lam.

13 Responses

  1. Contoh-contoh di atas tersebut yang menjelaskan kebangkitan perbankan Islam adalah hasil ulasan pandangan dan hakikat yang telah berlaku di negara barat.

    Persoalan saya, adakah niat Penulis dengan memberi contoh-contoh di atas tersebut yang berlaku di negara barat baru dapat menjustifikasikan kekuatan sistem perbakan Islam? Sekira ya, kenapa? kenapa apa yang telah berlaku di negara barat perlunya diikuti oleh negara Timur(secara tidak langsung yang dipamirkan oleh penulis)? Adakah ini hasil daripada cengkaman pemikiran orentalis(Orentalisme)?

    Bolehkah Penulis menerangakan penggunaan perkataan “Islam” atau “Syariah” (dalam Perbankan Islam atau Perbankan Syariah) merujuk kepada agama islam ker? atau prinsip amalan dalam sesuatu sistem perbankan?

    Sekiranya merujuk kepada agama, bolehkah seseorang yang bukan muslim(tidak percaya wujudnya Allah) menikmati kemudahan yang sedia ada?
    Adakah kepercayaan menjadi prasyarat dalam menjalani transaksi perbankan Islam pada masa depan?

    Sekiranya merujuk kepada prinsip amalan sistem perbankan, adakah perkataan Islam bermaksud transaksi yang bebas daripada riba yang mengutamakan keadilan? Adakah segala transaksi yang bebas daripada riba itu Islam?

    Berdasarkan ulasan penulis, adakah sistem perbankan Islam merupakan suatu sistem yang sempurna lagi perfect?

    Faktor Kegagalan Sistem perbankan konvesional adakah disebabkan Sistem itu sendiri(kapatalisme) atau kesilapan manusia?

    Adakah Kebangkitan perbankan Islam akan menjanjikan masa depan kita dan tidak akan mengalami nasib yang sama dengan sistem perbakan konvensional yang pada mulanya menunjukan betapa cerah dalam perkembangan ekonomi masyarakat tetepi gagal pada akhirnya?

    Spakah penggantinya,Sekiranya sistem perbankan islam gagal?
    TQ.

  2. Persoalan saya, adakah niat Penulis dengan memberi contoh-contoh di atas tersebut yang berlaku di negara barat baru dapat menjustifikasikan kekuatan sistem perbakan Islam? Sekira ya, kenapa? -tidak,contoh-contoh di beri kerana barat mula terima sistem ekonomi islam sepertimana kegemilanagan islam dahulu.

  3. kenapa apa yang telah berlaku di negara barat perlunya diikuti oleh negara Timur(secara tidak langsung yang dipamirkan oleh penulis)? -tidak maksud secara langsung,maaf kerna menganggap begitu,yang hendak dipamirkan oleh penulis adalah negara barat sudah nampak dan mula membuat perubahan terhadap ekonomi,yakni orang islam itu sendiri tidak mengamalkanya,tidak dinafikan sistem kapatalis ada baiknya,tapi sekarang zaman nya semakin merosot.

    Adakah ini hasil daripada cengkaman pemikiran orentalis(Orentalisme)?sedikit banyak ya,yang baik kita ikut,kerna barat pun maju,dan kita sendiri pun ikut apa yang dikatakan kita kini zaman pasca modern.

  4. Bolehkah Penulis menerangakan penggunaan perkataan “Islam” atau “Syariah” (dalam Perbankan Islam atau Perbankan Syariah) merujuk kepada agama islam ker? atau prinsip amalan dalam sesuatu sistem perbankan?-tidak dinafikan byk pengunaan perkataan islam diguna pakai.di sini prinsip.tidak merujuk dalam agama islam,maka tidak perlu terang maksudnya.

  5. Sekiranya merujuk kepada agama, bolehkah seseorang yang bukan muslim(tidak percaya wujudnya Allah) menikmati kemudahan yang sedia ada?
    Adakah kepercayaan menjadi prasyarat dalam menjalani transaksi perbankan Islam pada masa depan? -boleh nikmati tidak ada salah,tidak menjadi prasyarat.

  6. adakah perkataan Islam bermaksud transaksi yang bebas daripada riba yang mengutamakan keadilan?-ya,tetapi belum lg diamalkan,ia nya baru di ajar bertatih pada zaman sekarang.
    Adakah segala transaksi yang bebas daripada riba itu Islam?ya,dalam konteks zaman sekarg belum,insyaallah,perlahan-lahan.

  7. Berdasarkan ulasan penulis, adakah sistem perbankan Islam merupakan suatu sistem yang sempurna lagi perfect? -ianya sempurna dalam menggantikan ketika zaman pasca modern ini kerana ia sesuai dalam dunia globalisasi sekarg.nak kata perfect,manusia pun tidaknya perfect

  8. sistem itu sendiri dan manusia(ruang dan masa)

  9. Adakah Kebangkitan perbankan Islam akan menjanjikan masa depan kita dan tidak akan mengalami nasib yang sama dengan sistem perbakan konvensional yang pada mulanya menunjukan betapa cerah dalam perkembangan ekonomi masyarakat tetepi gagal pada akhirnya? sepertimana penulis kata kan sebelum ini ya untuk masa hadapan dan zaman globallisasi sekrg. ya akhirnya jatuh.semua ini ibaratkan kehidupan,bilanya kita tua maka ada penggantinya

  10. Spakah penggantinya,Sekiranya sistem perbankan islam gagal?sistem hayek?liberal?kapitalis?sosialis?dari sudut sejarah liberal mungkin.Wallahu a’lam.

  11. sistem bank islam ambil bunga x atas nama kos perkhidmatan? jika ya, kenapa dibenarkan? jika tidak, bagaimana nak menampung kos ini?

    jika persoalan akad dibincangkan boleh tak sy tau apa maksud akad di sana? bukankah dengan membaca dan menandatangani perjanjian pinjaman boleh dikira sbg akad?

    sy ada seorang kwn lulusan syariah dr al-azhar tp dia rasa sgt x selesa dgn bank islam.

  12. dalam soal perbankan islam menerima bunga atau tidak, atau bayaran kos perkhidmatan, saya kira persolan ini sngt panjang jawapanya.

    namun apa yg dpt saya kongsikan di sini, berdasarkan pengetahuan saya, tiada bank yg wujud untuk menampung kerugian akaibat kos operasi dan sebagainya.

    sama juga dgn bank islam. bagi bank konvensional keuntungan mereka asasnya adalah sistem riba itu sendiri.

    namun dlm bab islam, pengambilan keuntungan tetap juga berlaku, namun ianya terpaksa memalui beberapa proses yang akan menjadikan sesuatu urusniaga itu bebas dari unsur riba,gharar, dan ketidak pastian. Ini merupakan unsur-unsur asas yg dilarang sama sekali dlm islam.

    maka di dalam perbankan islam, urusniaga ini, telah ‘diubahsuai’ agar ianya beretapatan dgn syarak. asas perbankan konvensionala adalah tarnsaksi pegambilan keuntungan atas konsep penghutang dan pemiutang, tanpa had, manakala dlm perbankan islam lbh kpd asas konsep jual beli yg mana segala risiko dan ketidaktentuan adalah jelas dan tidak diselindung. Berbeza dgn sistem konvensional yg mana usur2 ‘gharar’ bnyk terjadi.

    penjelasan ini mgkn tidak sebegitu mudah untuk difahami. Saya fikir mereka tnpa asas perbankan islam @ syariah agak sukar untuk memahaminya. cuma blh saya cdngkan anda melawati laman web ini, untk mendptkan pengetahuan yg lbh jelas mengenai islmc bnkng http://www.zaharuddin.net .

    Tq

  13. terima kasih kepada Constantine,kerna berkongsi bersama.terima kasih sy ucapkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: