Aku dan liberalisme

Sudah lama rasanya aku tidak duduk sembang bersama-sama rakan-rakan diskopi. Setelah menghabiskan pengajian di UKM, jarang-jarang berkesempatan untuk turun ke Bangi. Baru-baru ini, aku berkesempatan untuk turun ke Bangi untuk menghadiri Bengkel Pengislaman Ilmu anjuran Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), dan ini juga merupakan peluangku berjumpa dengan rakan-rakan diskopi di Bangi. Seperti biasa, perbincangan hangat, panas dan informatif. Setiap kali bersembang, rasa macam nak terbalik saja meja. Masing-masing keras kepala, tapi dalam konteks yang sihat-mempertahankan hujah masing-masing.

Seingat aku, diskopi ditubuhkan pada tahun 2006. Waktu itu, nama diskopi belum wujud lagi dan perbincangan yang sering diadakan berupa yang santai-santai sahaja. Antara topik awal dulu yang aku masih ingat, berkenaan ‘integrasi kaum’, ‘the relevant of blood donating’, dan beberapa isu yang mungkin agak sensitif untuk dibincangkan waktu itu. Tapi semua ahli cool dan tiada istilah ‘sensitif’ dalam kumpulan ini. Semua isu yang dibincangkan akan dikupas, diolah, dibahas, diteliti dan pandangan dikongsi bersama ahli.

Semakin lama kulihat, topik perbincangan menjadi lebih besar isunya, dari ekonomi kepada politik, dari isu kampus ke isu parlimen, dari masalah lokal kepada masalah global dan yang sering menghangatkan keadaan- isu ‘liberalisme vs. socialisme’.

Biasanya perdebatan berkaitan liberalisme dan sosialisme berlaku secara ‘spontaneous'(hehe). Tapi diskopi neutral, apa sahaja topik, ghasak kan sahaja.

Aku faham bahawa sesetengah dari kami tidak menerima idea liberalisme. Namun ketika perbincangan hangat berlaku beberapa minggu lepas, aku tersenyum apabila salah seorang ahli yang sangat kuat mempertahankan idea sosialisnya, secara tidak sengaja aku kira, telah mengatakan persetujuan bahawa elemen ‘limited government’ perlu diperhalusi dengan lebih mendalam (agak ku mungkin elemen ini agak kabur dan menyebabkan sesetengah individu menolak idea liberalisme). Beliau bersedia untuk memahami elemen ini, dan aku kira ini permulaan yang sihat(mungkin..hehe)..

Pada akhir diskusi kami pada malam itu juga, salah seorang daripada ahli diskopi yang aku kira fanatik kepada marxisme ter’lepas’ cakap dengan mengatakan (lebih kurang begini) ‘kita perlukan some sort of capitalisme’… Tergelak besar aku lepas terdengar ayat tersebut keluar dari mulutnya dan beliau juga kelihatan tersenyum sendiri.. Mungkin jauh dalam hati kedua orang sahabatku ini, ingin menerima idea liberalisme, cuma mungkin mereka telah lama berada dalam ideologi lama mereka, memerlukan masa untuk menerima liberalisme.

Tetapi yang benar-benar menggamit perhatian ku adalah tindakan spontan rakan-rakan ku ini seakan-akan menunjukkan bahawa idea liberalisme sememangnya mudah untuk diterima. Apabila sesuatu isu itu dibincangkan dengan panjang lebar, tanpa disangka penyelesaiannya mirip dengan apa yang telah pun dinyatakan dalam pemikiran liberalisme.

Pada aku, aku tiada masalah dengan idea liberalisme (classical libertarian), yang perlu dilakukan adalah memahami setiap elemen yang terdapat dalam idea tersebut (free market, rule of law, limited government dan individual liberty), persoalan yang perlu diselesaikan adalah ‘where to draw the line?’, ‘how limit is limit?’ dan bagaimana free market sebenar berfungsi serta bagaimana sektor ketiga boleh membantu menjayakan idea tersebut selain dari memahami bagaimana proses idea tersebut boleh direalisasikan (the transition state). Idea liberalisme bukannya boleh diwujudkan dalam masa yang singkat, tetapi memerlukan transition state antaranya untuk membolehkan kerajaan menubuhkan dan memperkasakan badan2 yang akan menjamin ‘rule of law'(contohnya badan pencegah rasuah)

Negara-negara sosialisme seperti Norway dan Singapura juga sudah mula menandatangani free-market. Negara Cina juga sudah membuka pintu ekonominya, mungkin inilah transisi yang perlu dilakukan untuk menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat mereka (yang mana elemen free market ini jugalah yang merupakan elemen dalam liberalisme).

Let us give some space to understand liberalisme better. *wink wink

p/s:dude, i’m searching for info why socialis country struggle with inflation rate, thought of writing something on that, anybody can help?🙂

25 Responses

  1. wink wink aje ko ni, hehehe!

  2. Capital is not a problem, infact capital is necessary. What is the problem is the combination of free market and limited gov intervention, which makes either the market or the capitalist, a super villain who could suck the shining daylight out of the poor /proletariats.

    Kombinasi merbahaya tu, kalau kapital, dan pasaran tidak dikawal oleh gov. Boleh nahas golongan bawah, satu lagi tuk tidak mahu pendidikan, kesihatan, dan air diswastakan. Nanti jadi pulak macam yang post yang dinaikan oleh Si Desperado tentang Bruce Lee, dimana Bruce Lee telah menyatakan yang apabila seni mempertahankan diri menjadi kristal melalui pemasaran, seni itu sudah tidak hidup lagi, matlamatnya gagal. Ini merupakan suatu ciri pasaran bebas berkapital yang akan menuntut pengkhususan.

    Air dan kesihatan, bayangkan lah orang dibiarkan mati kerana tidak mempunyai insurans nyawa… atau tidak berpeluang melanjutkan pendidikan kerana tidak mampu… ish…. nanti tuk tulis suatu bayangan yang sentiasa berada didalam minda tuk apabila memikirkan tentang pasaran bebas, kapitlisme, dan liberalisme.

  3. saya setuju perbincangan lanjut harus digerakkan.

    bulan 1 insyaAllah ada akademi merdeka kedua dengan isu globalisasi. tapi ada sedikit bayaran akan dikenakan. even program sosialisme abad ke-21 pun kena yuran beb, dahla tak menginap…

    liberalisme ada pada common sense sebenarnya🙂 so, bab bantu orang susah dan sbgnya itu ada dalam common sense sepatutnya.

    ok kawan-kawan, relaks. aku pun nak membedah juga🙂

  4. adakah penulis seorang liberal? tak jelas la dari tulisan ni.

  5. Apalah yang korang cuba bawak dalam pemikiran korang nie…
    liberalisme, sosialisme, kapitalisme dan mcm2 isme lagi tue cuma khyalan pada kesempurnaan sebuah masyarakat…
    kembali pada kesempurnaan sistem yang telah dianjurkan oleh agama wahyu ie Islam..
    jgn bazirkan pemikiran korang dengan berdebat tentang mana isme yang lebih relevan dengan masyarakat kontemporari…
    berdebatlah bagaimana nak bawak sistem khilafah Islam kembali supaya bersesuaian dengan zaman kita nie…

    intelektual yang Allah anugerah kat korang nie besar amanahnya…salah guna salah lah ‘outcome’ nya…

    ciow

  6. pehal jaybon… tibe jer masuk sistem khilafah Islam pehal? sejak biler pulak ade sistem macam tu? jaybon ni ade blajar ekonomi tidak? atau jaybon ni maksudkan finance management cara Islam? Islamic Modelled Economy? kalau yang itu, yang championnyer orang United Kingdom. Dahlah jaybon, kau jangan buat merapu kat sini, gi blajar ekonomi dulu yer.

  7. Biarlah Jaybon menulis satu artikel untuk itu🙂

  8. Saudara Jaybon yang budiman,

    Terima kasih atas pandangan. Ketika saya menghadiri Akademi Merdeka, saya berkesempatan bertemu dengan bekas presiden Hizbi (sayap pergerakan PAS di UK), beliau antara yang mengikuti aliran classical libertarian. Dalam perbualan dan perbincangan dengan beliau, beliau dilihat berjaya untuk menemukan titik pertemuan antara liberalisme dan pemerintahan Khalifah Islam. Contohnya, Semasa pemerintahan Rasullah dan juga 4 orang khalifah Ar-Rashidin, mereka tidak pernah mengawal pasaran dan menumpukan usaha untuk memperkuatkan organisasi pertahanan. (Ada seakan konsep limited government dan free market bukan?)

    Dan saya yakin ilmu Allah S.W.T amat luas sekali dan kita perlulah menggalinya. Setahu saya, ilmu sihir juga diharuskan kita untukmempelajarinya kerana jika ingin melawan sihir, kita perlulah terlebih dahulu mengetahui selok-belok sihir. (sama juga dengan kalau nak menangkap pencuri, kita perlu belajar cara mencuri supaya mudah menangkap pencuri)

    Seperti saudara Amin Ahmad, saya juga harap saudara Jaybon dapat menulis artikel berkaitan perkara yang saudara timbulkan, diskusi tentu akan jadi lebih menarik dan mungkin kami yang lain dapat mempelajari daripada saudara.
    🙂

  9. Saudara Jaybon yang budiman,

    http://www.waubebas.org/ms/node/62

    Silakan
    🙂

  10. Kepada Saudara2ku yang budiman,

    Pada laman blog di bawah ini ada artikel yang sedikit sebanyak menerangkan sistem ekonomi di dalam sesebuah Daulah Islam itu.

    Untuk langkasuka:

    kebenaran bukan diukur pada org yang mengucapkannya, akan tetapi pada kebenaran itu sendiri.menafikan kebenaran Islam samalh seperti menafikan kebesaran Allah swt.Nau’zubillahiminzalik.
    Dan Islam adalah sempurna pada keseluruhan hal yang berkenaan dengan keberadaan manusia.
    Jika ingin kembali kepada kesejahteraan ummah dan membina satu masyarakat ideal (baca:adil,saksama,berakhlak,berilmu) maka haruslah kita meruntuhkan bukan sahaja sistem ekonomi kapitalis ini tetapi pada keseluruhan sistemnya.
    Dan mencampuradukkan sosialisme atau apa2 isme di dalam islam adalah satu kekeliruan yang kerap berlaku di kalangan Muslim seperti anda(dan ini termasuk para intelektual islam itu sendiri)..

    Umat Islam menjadi mundur dan dipijak bukan kerana syariah Islam itu tidak lagi relevan praktikalitinya, tetapi disebabkan oleh kita yang menganut fahaman dan ideologi songsang seperti kapitalisme, sosialisme dan juga isme2 yang lain.

    Wallaha’alam.

    Sekian

    Maaf, jika tersilap.saya bukan insan ideal dan hanya lulusan sekolah satu tingkat.Yang salah itu dari diri saya sendiri yang bodoh lagi lemah.Kesempurnaan hanya milik Allah SWT semata.

  11. tak perlu bersikap inferior. kita di sini bukan bertujuan untuk menang atas satu sama lain melainkan idea yg baik utk diamalkan adalah kemenangan utk semua.

    tuduhan mencampuradukkan itu harus dikupas dalam kerangka usul fiqh – jika tak dapat semua jangan buang semua. saya melihat kecenderungan umat islam menolak istilah biar apa pun namanya adalah satu bentuk yg tidak sihat.

    ya, tentunya bukan siapa mengucapkannya tetapi kebenaran itu sendiri. maka apa itu kebenaran? siapa yg punya autoriti terhadap tafsiran al-quran dan hadis? bolehkan tafsiran ini dicabar?

    dalam artikel yang sdr linkkan itu tajuknya sendiri sudah sangat melucukan “welfare state” tajaan kapitalisme..

    aduh, ia bisa menggangu perjalanan intelektual pak!

    ia mungkin 1 lagi simbol keangkuhan. bila org bukan dari aliran agama berkongsi resah terhadap pandangan agamawan, dituduh sesat dan tidak layak. tapi bila agamawan berkongsi resah dengan cara yang salah terhadap isu ekonomi, bagaimana pula?

    keadilan itu meletakkan sesuatu pd tempatnya: tajuk yg sdr linkkan itu sangat tidak adil.

  12. Salam saudaraku yang budiman,

    haha…inferior…gud word…inferior saya adalah kerana hakikat keberadaan pada kebenaran itu yang lebih tinggi daripada kita semua…sila fahami apa yang saya cuba sampaikan

    kita tidak akan dapat menggapai sesuatu yang ideal selagi kita berada jauh daripada lingkungan kebenaran Allah swt walauapapun alasan dan hujah saudara…

    paragraf kedua kamu memang dengan terang telah memperjelaskan tentang prinsip liberal pegangan kamu.dan menjelaskan mengapa kamu masih terawang-awang di dalam kekangan pemikiran dikotomi seperti pemikir-pemikir muda di malaysia yang lain.

    mungkin proses pendidikan kamu semua di dalam sistem pendidikan negara sekular ini memainkan peranan penting membentuk mindset kamu.saya lebih suka menyalahkan sistem dan para pendukungnya daripada mengesali apa yang telah diprogramkan pada perjalanan intelektual kamu akhirnya telah memenjarakan minda dan intuisi anak-anak muda seperti kamu.

    saya fikir pada mulanya prinsip keterbukaan yang kamu pegang dapat membuka mata kamu pada kerelevanan Islam di dalam menyelesaikan masalah ummah, tetapi kamu semua semakin lebih skeptik pada kritikan dan usulan saya tentang mengislamisasikan segala-galanya.

    “‘welfare state’ tajaan kapitalisme” mmg sebuah tajuk yang melucukan…haha…ianya terlalu sinikal bukan…haha

    tapi itu tidak menjadi permasalahannya jika kamu faham apa yang cuba disampaikan oleh penyumbang artikel tersebut.

    untuk mengerah minda intelektual muda spt kamu membuat justifikasi pada keberadaan diri kamu yang sebenarnya…

    perjalanan intelektual kamu sekadar hidup dan indah pada permukaan tetapi gagal dan mati di dasar laut yang legam..

    apakah yang lebih zalim daripada bersikap prejudis lagi sempit pada keberadaan agama kamu yakni Islam…

    Pernahkah intelektual kamu menerawang di dalam kesempurnaan Islam yang syumul?

    Wallahua’lam

    Salam

  13. dan saya tak pasti siapakah yang lebih tertonjol di sini sebagai simbol kepada keangkuhan…

    gunalah intelek kamu semua dengan seadilnya…

  14. Salam,

    Papehal pun aku suka bertenggek kat blog korang nie, byk ilmu pengetahuan yang aku dapat.Thx…

    Walaupun ada banyak perkara yang aku tak setuju ngan korang, tapi sekurang-kurangnya bagi aku, korang adalah pelapis kepada generasi tua yang dah lapok dan berkarat tapi masih dok bertenggek kat dewan parlimen sambil menghirup kopi starbucks.haha

    ciow…

  15. pada aku, liberalisme pada asasnya takde hal.

    namun, harus diingat bahawa liberalisme ini boleh mengakibatkan satu lagi fenomena yg amat berbahaya. dalam kehangatan me’liberal’kan market, ada sesetengah pihak akan mengambil kesempatan mewujudkan monopoli apabila konsep limited government melaksanakan deregulation of the market.

    apabila deregulation dilakukan dengan meluas, banyak law yg menyekat penindasan oleh pihak kuat terhadap proletariat akan terkupas juga.

    saya sedang membaca buku Stiglitz ‘the roaring nineties’.

    dlm buku itu beliau menggunakan contoh seperti skandal Worldcom dan Enron dalam hujah beliau.

    banyak lagi fenomena bahaya yg disebut beliau akan terhasil akibat liberalisme meluas.

  16. tidak ada siapa menggesa membelakangkan tuhan jika mahu subscribe pada mana2 idea, x taulah kalau socialism.

    sy sering saja membawa pandangan agama dlm sy subscribe pandangan libertarian. ia jelas.

  17. kepada saudara jaybon,

    aku merasakan ada semacam ketakutan dalam diri kamu terhadap isme2 ini. adakah kerana namanya bukan dari bunyi Arab maka kamu was2?
    adakag jika namanya sistem kewangan Islam, perbankan Islam, insurans islam maka kamu yakin?
    jika masalahnya hanya pada nama, nah.. tukarkan saja tajuk perbincangan ini kepada ekonomi Islam!

    soal Khalifah itu pon masih boleh diperdebatkan, apakah kahlifah itu adalah sistem yang disyariatkan Tuhan?

    aku bukan seorang liberalis, bukan juga sosialis, tapi seorang anak muda yang ingin belajar dari sekitarnya. jika saudara berminat, sila hantarkan sebuah tulisan mengenai idea sauadar tentang daulah islam itu agar dapat kita beroleh manfaat daripadanya.

    dengan santunnya, saya mengalu – alukan tulisan saudara.

    (jika hanya atas dasar nama, nama jaybon itu amat buruk konotasinya di kampung aku, hehe, maaf ya pak)

    tq. salam..

  18. Sedikit pandangan saya tentang liberalism di Malaysia: –

    1. Demi menjamin penyebaran liberalism secara lebih berkesan lagi meluas di kalangan rakyat Malaysia, khususnya Masyarakat Melayu-muslim, hubungan liberalism dengan islam haruslah diperjelaskan serta diharmonikan sebauk-baik mungkin. Maklumlah, perkataan “liberal” , betul atau salah, telah lama dikaitkan dengan konotasi yang negatif, seperti tidak bermoral, anti-agama & sebagainya.

    2. Mungkin fokus kita harus ditumpukan kepada aspek bagaimana fahaman liberalism, terutamanya amalan hak individu, pasaran bebas, kedaulatan undang-undang dan kerajaann terhad boleh dan dapat membantu rakyat Malaysia memperbaiki sistem pentadbiran negara, pengurusan ekonomi, hubungan sosial serta kebahagian individu. Bagaimana (how) liberalism boleh membantu adalah lebih penting daripada apa (what) itu liberalism.

    3. Nyata terdapat pelbagai tanggapan silap tentang konsep pasaran bebas serta kerajaan terhad. Semua ini harus ditangani dengan baik. Peranan Kerajaan vis-a -vis pasaran bebas merupakan suatu perbuatan imbang-mengimbangi yang amat mencabar. Memang peranan kerajaan kenalah “fleksibel” tertakluk kepada situasi semasa. Umpamanya, dalam keadaan ekonomi yang berkembang pesat, maka kerajaan haruslah lebih “pasif” dan ketika ekonomi merosot, kerajaan haruslah menjadi lebig “aktif”. Saya berpendapat tiada hukum yang terpahat dalam batu yang betul pada kesemua masa!

    Ini sahaja sedikit pendapat saya tentang topik ini.

  19. Saudara/i veonszu yang budiman,

    Terima kasih atas pendapat.

    Ya, memang betol ‘how’ lebih penting berbanding ‘what’, saya setuju dengan saudara/i tapi saya rasekan kita boleh membincangkan ‘how’ selepas orang memahami ‘what’ kerana mengikut pandangan peribadi saya, isu ‘what’ masih lagi belum clear.

    Biasanya masalah yang timbul apabila berbahas berkaitan liberalisme (classical) dengan golongan agamawan adalah elemen ‘individual liberty’ manakala perdebatan dengan golongan political scientist biasanya berkisar pada elemen ‘limited government’..

  20. Salam Saudaraku,

    Tahu tak apa MASALAH dengan semua isme2 nie? Tujuan akhirnya adalah semata untuk memenuhi kehendak akal dan nafsu manusia.Maka dengan itu, walaubagaimana idealnya sesuatu sistem itu ianya pasti akan menimbulkan konflik luaran dan dalaman kepada segenap aspek kehidupan manusia jagat disebabkan oleh tujuan perlaksanaannya adalah menyimpang dari tujuan asal keberadaan manusia.Yakni menyembah Allah.Dan perkataan menyembah itu sangat luas pengertiannya di dalam Islam.

    Enuff said,ngantuk nie.Esok2 jelah sambung…yang lebih-lebih tue korang diskus lah..haha

    P/S: Untuk pengetahuan en. Harisz, aku tak fobia pada isme2 atau apa yang datang dari Barat(bahkan aku berguru ilmu falsafah logik daripada ateis2 tegar) tapi aku gerun pada kemurkaan Allah kepada mereka yang mendustakan agama-Nya.

    Salam

  21. Sebelum kamu memperkatakan tentang kemurkaan Tuhan (Allah) kepada mereka yang mendustakan agamaNYA. can u pls xplain wat is d true religion yg kamu imani dgn agama yang Tuhan turunkan? boleh jadi, Islam yg kamu ertikan (bsandarkan kpd hukumanmu pd Atheis) terpesong dgn apa yg sbnrnya ingin dibawa oleh Islam itu sendiri.

  22. Salam saudara Anon🙂 ,

    Kalau nak explain pasal true Islam dan agama Allah SWT nie, kamu kenalah datang bertandang ke rumah saya sesambil minum kopi kita boleh berdiskusi tentang Islam.

    Salam.

  23. emm….isme2 ni ideologi ahli pemikir yg mendahului zaman ahli pemikir tersebut.

    pada asasnya, stiap isme2 membawa kebaikan. cuma ia perlu berubah mengikut peredaran masa.

    saudara jaybon, tak smua isme2 hnya utk memenuhi kehendak akal n nafsu. jgn tuduh sebrangan. fikir dulu.

    jaybon, ideologi ini tidak salah, cuma yg selalu menjadi masalah, pengama ideologi tersebut. manusia bila dh mula menyembah duit, maka dia mula lupa akan perjuangan asal ideologinya.

    maka dgn itu, ideologi itu menjadi berubah utk kehendak akal n nafsu.

    sekiranya seseorang mnusia itu berpegang kepada ajaran agamanya yg betul, saya percaya setiap isme2 pasti membawa kebaikan.

    jgan lah tduh isme2 x bgus semuanya. itu adalah bersikap prejudis. tapi kita harus lihat sikap pengamal isme2 tersebut. bukan ideologi isme2 itu.

  24. salam semua,
    pendapat sy juga sama seperti tuk harimau.

    sy sbnarnya ada masalah dgn term “free market”. Kalau mengikut artikel ini perlu ada garis yang jelas di mana harus bermula dan di mana limitnya.Pada aku proses adalah sgt penting. dlm menerangkan maksud liberal para libertarian sekalian ini perlulah menerangkan bagaimana proses/praktikal ini berlaku, bagaimana mahu mengawal “free market” dan sbgnya. Disitu perlu ada ROL yg sgt2 jelas. Liberal klasik telah mengolah ideanya tetapi tugas skrg adalah bagaimana membentuk praktikalnya.

    sebenarnya, kaum sosialis xde masalah pun nak menerima liberal ini jika membawa keuntungan kpd rakyat, bukankah idea sosialis ini dtgnya dari rakyat biasa. bagaimana pula liberal?hehe…

    lagi satu yg selalu menjadi kemusykilan, di dlm liberal,dimanakah letaknya nilai2 moral atau keagamaan?minta penjelasan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: