Revolusi 48: Membakar Semangat Anak Muda !

Revolusi 48

Revolusi 48

Ini adalah dokumentari yang mengambil posisi. Punya pendirian yang jelas tapi cukup berseni. Menyikapi sejarah tanpa kompromi. Tidak ada garis tengah di dalam menyikapi sejarah. Kerana sejarah yang disumbatkan ke dalam kepala otak kita selama ini adalah sejarah yang berpihak. Keberpihakan kepada mereka yang menang. Keberpihakan kepada mereka yang berkuasa. Keberpihakan kepada elit pemerintah. Keberpihakan kepada UMNO. Itu yang nyata. Fahmi Reza di dalam dokumentarinya Revolusi 48 membongkar hipokrasi sejarah ciptaan pemerintah.Dokumentari kedua dari Fahmi Reza ini dipertontonkan sebagai salah satu dari acara di Festival Darurat yang berlangsung di Annex Central Market dari 16 hingga 26 Oktober ini. Dokumentari pertama Fahmi Reza 10 Tahun Sebelum Merdeka telah mengelilingi beberapa festival filem antarabangsa dan turut memenangi anugerah Filem Dokumentari Terbaik di Freedom Film Festival pada tahun lalu. Menjejaki kembali garis sejarah yang ditinggalkan di 10 Tahun Sebelum Merdeka, Fahmi kembali mengasak minda kita dengan satu lagi buah tangan yang dihasilkan dengan penyelidikan yang rapi dan teliti.

Menjejaki pemain-pemain sejarah yang dipinggirkan. Menjejaki semula pemain sejarah dari rakyat bawah bukanlah suatu kerja mudah. Tapi inilah yang telah dilakukan oleh Fahmi dengan gigih. Mereka dari rakyat bawah inilah yang diwawancara oleh Fahmi di dalam dokumentarinya. Dokumentari ini bukanlah dokumentari Fahmi Reza. Fahmi Reza cuma merakamnya sahaja. Dokumentari ini adalah dokumentari mereka rakyat bawah. Mereka rakyat bawah inilah yang bercerita di sepanjang dokumentari Revolusi 48 ini.

Rakyat bawah yang mengangkat senjata untuk merdeka. Rakyat bawah yang terlibat secara langsung di dalam Revolusi 48. Rakyat bawah yang sering dipropagandakan sebagai pengganas oleh pemerintah. Pembohongan pemerintah yang propagandanya ditulis di teks buku-buku sejarah di sekolah-sekolah bahawa – komunis jahat, komunis pengganas, semua komunis adalah orang Cina sahaja, komunis tidak terlibat langsung di dalam perjuangan menuntut merdeka, kita merdeka tanpa tumpah darah, kita merdeka secara rundingan, kita merdeka secara damai, kita merdeka kerana usaha UMNO, ternyata suatu hipokrasi yang penuh helah. Helah untuk mematikan tradisi politik radikal bangsa kita. Helah untuk menguburkan semangat berani bangsa kita. Helah untuk terus menjadikan bangsa kita berjiwa hamba. Helah untuk kita melupakan tradisi politik melawan bangsa kita.

Revolusi 48 mengingatkan kita kembali bahawa tradisi politik radikal, berani dan melawan adalah sebahagian dari tradisi bangsa kita. Bangsa kita bangsa Malaysia yang mengangkat senjata. Mereka yang berani, radikal dan bersemangat waja adalah wajah-wajah yang akan kita temui di dalam Revolusi 48. Perbezaan etnik, agama, budaya, keturunan, warna kulit, gender dan sebagainya bukan penghalang untuk mereka berjuang bersama-sama.

Nilai sememangnya mengatasi segala-galanya bagi mereka yang terlibat di dalam Revolusi 48. Dengan nilai-nilai yang diperkongsikan bersama mereka menyerahkan nyawa untuk merdeka demi tanahair tercinta. Wajah-wajah lelaki dan perempuan yang bercerita dengan penuh bersemangat, yakin dan jujur di dalam dokumentari Revolusi 48 ini adalah wajah patriot sejati yang cintanya pada tanahair tiada berbelah-bagi.

Wajah-wajah berani, bersemangat waja, berjiwa tegar, sanggup menyerahkan nyawa untuk kemerdekaan tanahair tercinta adalah wajah-wajah yang tidak akan kita temui di dalam buku-buku teks sejarah negara kita. Tetapi Revolusi 48 mengungkap dan membongkar ini semua. Bahawa revolusi bukanlah sesuatu yang asing di dalam psiki bangsa kita. Cuma ia telah cuba dipadamkan oleh pemerintah untuk terus menguasai pemikiran kita. Dibengkokkan agar pemerintah terus berkuasa. Dikuburkan agar UMNO terus dilihat sebagai satu-satunya yang berjuang untuk merdeka.

Tapi Revolusi 48 telah membangkitkan semula roh revolusi bangsa kita yang telah dikuburkan sejak sekian lama. Revolusi 48 telah meluruskan semula sejarah yang dibengkokkan sehingga kita tidak tahu bahawa kita juga punya revolusi yang disertai oleh semua anak bangsa Malaya. Pelurusan semula sejarah adalah penting agar kebenaran dapat diketahui. Hanya dengan kebenaran keadilan dapat kita lahirkan. Keadilan buat mereka yang telah berkorban harta dan nyawa untuk kita mengecap merdeka. Keadilan untuk sejarah itu sendiri bahawa merdeka bukan monopoli UMNO semata-mata.

Merdeka adalah milik mereka semua yang telah berjuang kerananya. Khususnya buat mereka yang telah dipinggirkan dari catatan sejarah ciptaan pemerintah. Mereka yang telah berjuang mengangkat senjata di dalam Revolusi 48 ini juga adalah pejuang yang turut menyumbang kepada kemerdekaan tanahair kita.

Tradisi politik radikal adalah sebahagian dari tradisi bangsa kita. Ini jangan sekali kita lupa.

7 Responses

  1. i watched the previous one by Fahmi and i loved it. I havent watched this one yet. I am really looking forward to watch it soon. The trailer looks promissing, anyway the truth that it carries is what that i am interested in.

  2. ’10 Tahun Sebelum Merdeka’ telah membuka mata aku yang selama ni tertutup.

    Kini sedang menunggu online release ‘Revolusi 48’.

  3. tuju malbaru,tak tau pun kamu ade di film screening tu pada 23hb ..kalo tidak saya pasti dah lama nk berjumpe ngan kamu.haha.
    Kata2 pak cik pada pengakhiran filem itu tlah reduced me to tears and im sure dalam kalangan ramai2 yg merasai cinta yg tidak berbelah bagi kepada tanah air juga sebak menontonnya.
    Aku sentiasa khuatir kite tidak mempunyai cukup masa utk membawa perubahan kpd keadaan sistem yg memihak kpd hnya satu pihak..Anak2 muda yng masih brade di bangku sekolah generasi ini belum tentu peka terhadap isu2 yg berkaitan dengan negara kite nie.

  4. kau datang jugak 23 ke?aku yang pakai beg hitam..tapi filem dia belum siap lagi sebenarnya..kena tunggu november baru keluar versi lengkap

  5. aku dah tengok revolusi 48″” common lets support fahmi reza in his revolution 48″”

  6. aku suka pendedahan yang ikhlas sebegini

    Kini sedang menunggu online release ‘Revolusi 48′.

  7. ak menunggu cerita ni sekian lama…masih menunggu..ak minat sgt fahmi reza

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: