Falsafah disebalik Pesta Cahaya.

Deepavali atau Diwali merupakan satu pesta tradisi India yang diraikan pada hari pertama bulan Kartika Kalendar lunar (sekitar bulan Oktober dan Ogos).Terdapat pelbagai kisah lagenda yang sering dikaitkan dengan perayaan ini, yang paling mashyur ialah kisah Ramayana dimana Putera Rama ( yang juga dianggap sebagai dewa Krisna oleh penganut agama Hindu aliran Vaisnawisme) yang menewaskan raksasa jadian Narakasura yang berkepala 10.

Diwali bukan sahaja disambut oleh orang Hindu, bahkan perayaan ini turut diraikan oleh penganut agama Sikh dan Jain, dan penganut agama Buddha Nepal (khasnya aliran Newar), walaubagaimanapun latar belakang mengapa perayaan ini disambut adalah berbeza-beza. Pada hari ini, festival ini lebih dikenali di seluruh dunia sebagai The Festival of Light, dimana cahaya melambangkan kemenangan kebaikan mengalahkan kejahatan dalam diri setiap individu.

Mengikut satu teori Diwali mungkin berasal daripada pesta tuai yang menandakan tuaian terakhir sebelum tibanya musim sejuk. Dalam masyarakat agreriria ini menyebabkan kapitalis-kapitalis… hehe maksud saya para peniaga menutup akaun kira-kira, dan memulakan akaun tahunan yang baru. Ini juga menjelaskan mengapa penganut agama Hindu juga menjalankan pemujaan dewi kekayaan Lakshmi pada hari tersebut (untuk tahun depan yang lebih makmur), turut menjelaskan ukuran Lakh yang digunakan di India (1 lakh rupees = $2564).

Berbalik kepada lagenda Ramayana, Putera Rama yang pulang selepas 14 tahun daripada hutan telah diraikan oleh rakyat Ayodhya (ibu kota kerajaanya) dengan menyalakan barisan lampu minyak yang diperbuat daripada tanahliat. Ini juga menjelaskan maksud perkataan Deepavali atau korupsinya Diwali yang bermaksud barisan lampu tanah didalam bahasa Sanskrit. Versi di selatan India pula, (yang dipercayai oleh rata-rata orang Tamil yang merupakan kaum India yang majoriti di Malaysia) menjelaskan bahawa hari Deepavali menandakan hari Dewa Krisna menewaskan raksasa jadian berkepala 10 Narakasura (ketua neraka/ raja neraka) (menjelaskan perkataan Neraka yang berasal daripada bahasa Sanskrit). Di barat India pula Deepavali juga menandakan hari Raja Bali menjelajah ke alam barzakh. Pesta Onam di Kerala Sri Lanka turut berkongsi lagenda yang sama.

Dalam agama Jain pula Deepavali menandakan pencapaian tahap nirvana Dewa Mahavira, yang berlaku pada 15 Oktober, 527 BC. Penganut agama Sikh pula menyambut Diwali bagi tujuan yang berbeza sama sekal, iaitu sempena memperingati pembebasan Guru Hargobind Ji daripada penjara bersama 52 orang Raja Hindu (tahanan politik ).. (yes just like the Malaysian ISA detainees). Setelah dibebaskan Guru Hargobind Ji, kembali ke Golden Temple Amritsar, dan disana beliau telah disambut oleh pengikutnya dengan menyalakan lampu minyak. Jadi untuk memperingati kemenangan dan kebebasan yang dicapai penganut agama Sikh menyalakan lilin pada malam hari Diwali.

Maksud disebalik perayaan ini adalah kesedaran cahaya dalaman. Dalam erti kata lain, pencerahan nilai-nilai manusiawi/kemanusiaan dalam diri sendiri.Falsafah yang menjadi asas kepada agama Hindu menerangkan bahawa terdapat sesuatu yang lebih jauh daripada tubuh fizikal, dan minda yang suci, infinit, dan kekaliaitu Atma (macam roh lah). Secara ringkasnya Deepavalli menandakan pembebasan duniawi, dan kesedaran pencerahan rohani yang membawa bersama nilai-nilai universal seperi kasih sayang, kemanusiaan, dan kesedaran pluralisme sejagat dan akhirnya Ananda atau ketenangan jiwa dicapai. Tuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua makkal Malaysia. Makkal Sakhti!!! hehehe…

11 Responses

  1. Informative post. Interesting ~😀

  2. Dalamnya falsafah ini. Saya juga tertanya-tanya akan signifikan amalan-amalan tradisi pada hari tersebut. Adakah ia sama bagi semua kaum india yang disebutkan atau berbeza-beza?

  3. setahu saya agama hindu bukanlah satu agama yang teratur, bahkan aliran-aliran yang pelbagai dan berkontradiksi wujud dalamnya, seperti aliran vaishnavisme, Shaivisme, dan Ammanisme. Adakah semua aliran ini menyambut pesta cahaya dengan pengamatan yang serupa? Bagaimana kisah anjuran vaishnavisme di reconcile dengan aliran lain? Saya juga percaya masyarakat india malaysia kurang jelas dan tidak membezakan aliran2 ini, apa sebabnya?

  4. Being a practising Hindu, I can understand others’ confusion. For us, it is pretty simple – Deepavali means row of lights, celebrating the triumph of good over evil. No matter what explanation one follow, all the explanations have one common element – the victory of goodness.

    Actually there is no contradiction in the religion. Those who understand Hinduism will know it better and for those who knows bit and pieces, it looks complex and irrelevant. I don’t think its worth giving long lecture on Hinduism at this point. After all, it’s celebration time.

    Happy Deepavali.

  5. Actualy the celebration of deepavali is a festival of light. There might be lot’s of stories behind this celebration but the main thing here is, it’s a celebration of Victory over the evil/demon.

    Deepa = light
    Vali = row

    as what tulipspeaks wrote it going to be a long story if want to go more details about Hinduism. So let’s celebrate !!!

    Happy Deepavali to all the readers.

    p/s: Pesta tuai is actually called Ponggal, which usually will be celebrated during the month January

  6. so kavy and tulipspeaks, what are you trying to say? that Dato Harimau’s analysis is wrong? incorrect? If so then why dont you write a piece on it? Lonnggg story? Well this is the internet and i think long stories fit pretty well into it. I think Harimau has written well and not only tht it looks like he has researched the topic well and he has included the prepectives of many other ethnics that celebrate deepavalli aswell. Oh and as you can see Dato wrote “Deepavali atau korupsinya Diwali yang bermaksud barisan lampu tanah didalam bahasa Sanskrit”… i think that explaines it well enough.

    p/s: i think the harvest festival dato was referring to is the end of it, marking the last harvest before winter.

  7. Oh and well done Tiger. I learned a lot from this post. More importantly, i appreciate the philosophical approach in understanding the underlining meaning behind the festival. It resounds universal values encompassed in the festival. Oh and Happy Diwali to all!.

  8. artikel yang menarik

  9. Nice. Now I understand Diwali better.

  10. […] Falsafah disebalik Pesta Cahaya – Diskopi […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: