Pensejagatan Nilai

In capitalism, everything seems and in fact is contradictory–Karl Marx, Theories of Surplus Value

Globalisasi memberi ruang baru kepada perkongsian idea dan pemikiran lebih – lebih lagi dalam memperjuangkan nilai universal atau hak kemanusiaan. Setiap negara bergabung dan memainkan peranan dalam membelanya dan tidak lagi melihat isu – isu primordial. Tetapi terlalu kuatkah laungan perjuangan sehingga tidak meruntuhkan tetapi membina kukuh semangat rasis.

“Adapun buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya. Adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetaplah di bumi”. (Ar – Raad: 17)

“Bahawa paling takwa kepada Allah adalah para ulama’ (jamak; ilmu), kerana mereka telah percaya, berdasarkan telaahnya terhadap keajaiban tanda – tanda kehidupan dan hukum – hukum alam semesta, bahawa segala sesuatu di ala mini bukanlah kebatilan yang sia – sia atau kebetulan yang hampa” (sila rujuk Ali Imran: 90)

Berdasarkan ayat ini nilai – nilai kemanusiaan dan ilmu yang sepatutnya diberi keutamaan dan yang membezakan manusia bukannya bangsa atau agama sekalipun. Namun, masih terdapat lagi superiority dan bangsa yang lebih dominan berbanding bangsa lain. Westernisasi! Globalisasi yang mencanangkan integrasi kaum rupanya dalam erti cuba mengaplikasikan budaya Barat ke atas budaya Timur… terlalu banyak terminologi yang digunakan bagi melegitimasikan tindakan.

Tambahan, dengan adanya ruang siber, persidangan antarabangsa dan penerbitan rentas sempadan (transworld publications), pengetahuan yang pelbagai sepatutnya menjadikan masyarakat lebih berilmu dan punya nilai – nilai kebersamaan tetapi kontradiknya di sini, apabila perbezaan epistemology dibangunkan, ia telah menjadi alat tambahan kepada rasionalis (baca: fahaman sekularisme) untuk membisukan pemahaman lain. Imperialism of science ini telah memberi ancaman kepada pemikir nonrasional seperti tradisionalis atau sesetengah agamawan. . Bukankah, dalam arus globalisasi yang miliki liberalisasi maklumat perlu meraikan kepelbagaian idea, nilai maupun ilmu? Bukan itu sahaja, malah intelectual security ini juga telah membawa kepada physical insecurity masyarakat umumnya. Hal ini berlaku apabila terdapatnya revivalis Hindu yang cuba menghapuskan Muslim di India, revivalis Muslim yang bertujuan untuk meruntuhkan negara Israel dan revivalis Yahudi yang mencuba untuk marginalize penganut Kristian dan Muslim Arab di Palestin.

Globalisasi yang dikatakan akan menyebabkan berlakunya integrasi antara pelbagai kaum, pada masa yang sama menguatkan lagi semangat perkauman atau racial. Contoh yang paling jelas adalah munculnya satu budaya yang lebih dominan dan kita menerimanya sebagai suatu kebanggaan serta memandang budaya kita sebagai sesuatu yang sangat ortodoks. Westernisasi, budaya Barat diterima tanpa perlu disesuaikan dengan budaya tempatan. Tidaklah salah untuk menerima nilai – nilai positif untuk pembaharuan agar kita tidak dikatakan jumud tetapi sejauh mana nilai asing perlu diresap masuk ke dalam sosial masyarakat? Di mana terletaknya identiti kita sebagai budaya Timur? Walaupun dalam era pascamoden, memandang kepada perkongsian nilai, tiadanya bangsa – bangsa berbeza hanya bangsa manusia tetapi adakah nilai yang dikongsi itu memberi manfaat secara total?

Budaya mcdonalization, contohnya jelas menunjukkan kerugian di pihak tempatan. Mereka tidak lagi disosialisasikan dengan nasi lemak dan sambal belacan tetapi mereka menggunakan alasan kekurangan masa untuk melegitimasikan tindakan mereka dalam membeli makanan segera. Di situ, banyak nilai yang hilang. Kontradiknya di sini, dalam pascamoden ini yang mengagungkan nilai tetapi pada masa yang sama menghilangkan banyak nilai tradisional. Masyarakat telah terpesona dengan apa yang dipanggil sebagai McWorld contohnya Mtv, Macintosh, McDonald; fast music, fast computer and fast food!

Konsumerisme adalah customer oriented dimana kehendak dipandang sebagai suatu keperluan. Produk yang dibeli selalunya kurang penggunaannya dan hanya kepuasan sementara kerana dibeli atas dasar memenuhi keinginan bukannya keperluan. Konsumerisme juga membawa kepada budaya hidup hedonistik dan materialistik yang mementingkan fesyen, fantasi dan hiburan semata – mata. Pendidikan dan kesihatan kini merupakan immediate gratification. Di dalam pasaran, pembungkusan dan display yang diutamakan berbanding kualiti dan kandungan. Maka, tidak hairanlah jika perbelanjaan dunia untuk promosi produk dari $7.4 billion pada tahun 1950 meningkat kepada $312.3 billion pada tahun 1993 (Clairmorte and Cavanage, 1998: 155; Kanter, 1995: 75). Dari sini dapatlah dipersetujui bahawa sememangnya a core ritual of consumerism (a son of capitalism) is shopping. Pasaran yang dipegang oleh negara yang punya kuasa ekonomi nampaknya akan memiliki longgokan kekayaan! Ya, sudah semestinya nilai seperti ini wajar kita belajar (Jika ia dipanggil sebagai NILAI dalam erti sebenar BUKANnye nilai mata wang) hehehe.

14 Responses

  1. macammana ko mentakrif barat itu barat dan timur itu timur, bumi kan bulat…hahaha

  2. apa 2 budaya timur

  3. utk menjawab camne aku mentakrif barat itu barat dan timur itu timur, analoginya terdapat dua sisi dalam diri manusia baik dan jahat walaupun relatif tetapi ada perbezaan bukan? d same concept apply to this; perbezaan yang menentukan apa itu Barat dan apa itu Timur..

  4. bagi ko barat baik ke timur yang baik…hehe

  5. Barat+Timur. selama ada dialektik idea antara keduanya dan tiada bias kepada mana2 budaya maupun sebarang cubaan untuk mendominasi ruang, itu baik bagiku. hehehe

  6. tapi sememangnya semua benda adalah begitu…apa yg baik mesti ade buruknya…persoalannya cam mana kita nak ambik yg baik dan buang yg buruk?

  7. betul ker yang baik mesti ade buruk nye….rasenye tak ler!
    boleh bg penjelasan? sebab tak semua yang baik ade buruk.. mungkin ade.

    kalau dalam kebaikan ade keburukan, kite pilih yg aula’ . kalau baik lebih bayak….amiklah! kalau buruk lebih banyak…fikirkanlah!

    kadang2 kite terpaksa terima sedikit keburukan demi kebaikan yang lebih banyak….
    analoginya mudah (mungkin boleh disanggah)… kalau nak makan ubat untuk sihat…kenelah rase sedikit pahitnye… betul ker ha? lebih kurang ler….. salah tegur tau!

  8. Hmmm…stiap yg baik ada buruknya.. ntah2 sume benda itu baik tetapi kita yang mem’buruk’knnya? pening…
    Ape2pun aku stuju dgn kau, persoalannya cane nak ambil yg baik tanpa ada yg buruk..

  9. Akal fikiran manusia dalam mengadaptasi yang terlihat dan tersembunyi sering kali dikaitkan dengan penerimaan sesuatu konsep yang tercipta dari pengamatan mereka. Konsep yang terbit ini sentiasa meliar untuk mempengaruhi minda manusia dalam mentafsir setiap butir kewajaran. Penghuni kota dan desa menatap perkara yang sama tetapi penaksiran yang berbeza walau dalam wilayah yang sama.

  10. sudah semestinya untuk baik wujud mesti ade buruk…kalau takde yg buruk cam mana kita tau benda tu baik…sama juga kalau takde yg baik cam mana kita tau benda tu buruk…
    good and bad, each is intelligible only in relation to one another…

    kadang kala walaupun kita berniat utk ambik yg baik sahaja kita tidak boleh nafikan bahawa mesti wujud juga yg burk pd masa yg sama…

  11. aku setuju dgn kau, jika tiada buruk masakan kita tahu apa itu baik tetapi kita dapat tahu apa itu baik wlwpun tanpa ada yang buruk..bagaimana? yg dikatakan Baik itu apabila ia memberi manfaat kpd manusia..

  12. kepuasan vs keperluan? aku rasa takdaq sapa boleh menyoal kehendak seseorang individu (samada untuk memenuhi kepuasaan atau keperluan mereka). Biaq pi la depa la…(ni belah penang mak aku yg cakap…kekeke)

  13. ash ko stuju x budaya mcdonalization 2 dah berjangkit kt ko??
    aku dgar byk ko dah brabis duit untuk mngemukan harisz 2 kt mcdonald, hahaha..
    gurau2 je.. jgn mrh..
    trbayang lg kt pandangan aku waktu ko “mengandung” dulu, pasti pakcik bas 2 dah menyumpah2 kat ko, hahaha

  14. xyah dibandingkan dgn persepsi….leave it.

    jika saya sedar sy mencuri itu adalah tak sedar!

    ye ke? game akal2an akan muncul…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: