Bahagian 1: Pak Lah Belum Kalah

Apa itu politik? Politik ialah seni merebut kuasa. Mereka yang gelojoh, mereka yang terburu-buru, mereka yang tak berseni pasti akan tersungkur sebelum sampai di pintu kuasa. Dan Pak Lah bukanlah orang yang gelojoh dan terburu-buru. Pak Lah orang yang berseni. Mungkin Pak Lah sering dipotretkan sebagai Perdana Menteri yang lembab dan kerap tidur. Tetapi di sebalik wajah-wajah negatif yang sering dipotretkan oleh blogger-blogger, Pak Lah sebenarnya sangat licik. Langkahnya berseni. Susun aturnya halus tak terjangka.

Tidak menghairankan kerana di belakangnya ialah Khairy Jamaludin, menantu anak perempuan kesayangannya. Anak muda lulusan Oxford. Kacak, petah berbicara dan mahir di dalam seni merebut kuasa. Buku The Prince karya Niccolo Machiavelli mungkin sudah berkali-kali dikhatamnya. Jangan terperanjat jika sebelum March tahun hadapan kemungkinan besar Najib yang tersungkur di pintu kuasa. Dan Pak Lah terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bagaimana mungkin Pak Lah kekal berkuasa dan Najib pula yang akan tersungkur?

Kita mulakan dengan suatu pernyataan dasar yang cukup mudah iaitu: “Orang yang memegang kuasa tidak akan dengan mudah melepaskannya. Orang yang memegang kuasa tidak akan duduk diam jika diancam. Sekali sudah mengecap nikmat kuasa, keinginan untuk terus memilikinya akan semakin kuat. Orang yang memiliki kuasa akan melakukan apa sahaja untuk terus mempertahankan dan seterusnya mengekalkan kuasa yang dimilikinya itu”.

Pernyataan di atas harus difahami oleh semua orang. Ini hakikat kuasa. Ini adalah sifat kuasa. Apatah lagi kuasa yang tertinggi di dalam negara, seperti jawatan Perdana Menteri Malaysia. Tentunya akan mengundang keinginan yang lebih kuat untuk tidak melepaskannya dengan mudah. Dengan kuasa yang ada, status, prestij, kedudukan, kehormatan dan kekayaan dapat diperolehi melaluinya. Melalui kuasa juga, kuasa yang lebih besar dapat dikumpulkan. Dan Pak Lah tak akan melepaskan kuasanya dengan mudah. Pak Lah akan terus mempertahankannya.

Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada bulan March tahun hadapan. Hampir 5 bulan lagi. Lima bulan di dalam politik adalah jangkamasa yang lama. Macam-macam yang boleh terjadi. Kawan menjadi lawan. Lawan menjadi kawan. Segalanya serba mungkin. Lima bulan adalah suatu tempoh yang lama dalam medan tempur politik Malaysia.

Pelan peralihan kuasa jawatan Presiden UMNO adalah suatu sandiwara untuk mengabui mata Najib dan kuncu-kuncunya. Memang benar Pak Lah telah menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO dan seterusnya jawatan Perdana Menteri Malaysia. Itu suatu taktik yang licik. Mengundur ke belakang setapak untuk maju ke hadapan dua tapak. Memberi harapan sebelum memukul kembali ketika musuh alpa. Keyakinan yang ada pada Najib dan kuncu-kuncunya sekarang ini dengan jumlah pencalonan yang tinggi untuk Pemilihan Agung yang akan datang mungkin akan melalaikan mereka. Di waktu lalai itulah nanti Pak Lah akan memukul Najib sampai terbarai.

Dua peluru awal sudah pun dilepaskan. Najib hampir terbarai. Skandal SMS dan Skandal Pembelian Eurocopter baru sahaja terbongkar. Entah apa lagi yang akan terbongkar, pasti menarik untuk diselongkar oleh Pak Lah. Tahun 2009 belum lagi sampai, dua peluru awal sudah pun dilepaskan. Najib belum terbarai tetapi March 2009 masih jauh lagi. Lima bulan suatu jangkamasa yang panjang. Lima bulan lagi kuasa masih ditangan Pak Lah. Selagi kuasa masih ditangan Pak Lah; Pak Lah belum kalah!

Bersambung di bahagian 2: Pak Lah Gempur Najib Tersungkur

3 Responses

  1. dolah bodo…najib pun bodo. ba wau dal wau ha-bodoh hahahaha

  2. kalau benar strategi pak lah dan apa yang diperkatakan oleh tuju malbaru ni memang aku sokong 99.99%

  3. satu bacaan yang agak baik, akan tetapi saya sukar untuk percaya yang Pak Lah seorang politikus yang sehebat itu. Kerana jika benar beliau boleh merangka pelan selicik itu, beliau tidak akan mengalami kekalahan yang sebegitu hebat pada bulan March yang lepas. KJ pula… kah kah kah… suka nak kuburkan politik orang, kah kah kah… akhirnya bakal mengkuburkan politik mertuanya sendiri…. kita lihat… kita teliti.. apa yang akan jadi. Bacaan Tuk, tidak ada apa-apa yang akan berlaku pada Najib. Malah beliau akan memang kuasa, dan kemudian Anwar akan usulkan undi tidak percaya, malah akan ade ramai dari BN yang akan lompat parti secare terang-terang. Dan bermulalah kerajaan baru. Kah kah kah… spekulasi spekulasi… kah kah kah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: