Iman Berfikir

Iman pedagang…iman hamba. IMAN SEORANG KEKASIH… Iman ada kerana wujudnya keyakinan terhadap Tuhan. Keyakinan daripada pemikiran yang mengajar kita tentang Dum spiro spero! Iaitu di mana ada kehidupan di situ ada harapan.( On Optimism and Pessimism: On the 20th Century and on Many Other Issues, Leon Trotsky 1901) percaya pada setiap kemungkinan di samping tidak menidakkan kenyataan. Akal digunakan bukan untuk menjumudkan lagi pemikiran tetapi untuk menambah keyakinan dan harapan kepada Yang Wujud kerana lumrah manusia percaya pada harapan dan kerana itu manusia intihzar (menanti) dengan penuh harapan kepada penyelamat (Imam Mahdi) mereka pada masa depan. Oleh itu, sepatutnya kita pandang ke depan. Itu Islam.

Namun, yang menjadi persoalan, ramai yang claim diri mereka ‘beriman’ dan mempunyai autoriti untuk menghukum orang lain ‘bersalah’, ‘tak elok’, ‘berdosa’, dan sebagainya kerana berbuat begitu dan begini. Iman mereka agaknya terletak pada nilai dosa dan pahala? Kalau dosa dan pahala takde,mereka takkan tegur ke? Bukankah kita sebagai manusia harus berfikir jauh bukan semata-mata bersandar pada hal transcendent. Kita tidak berhak menghukum! Jika hendak menilai orang lain pun, kita harus menilai atau muhasabah diri dulu..

Iman pedagang umpama kita berbuat sesuatu kerana inginkan sesuatu. Amar makruf kerana inginkan pahala dan nahi mungkar kerana hindari dosa. Iman antara tuan dan hamba; seorang hamba yang akur pada setiap perintah tuannya kerana didorong perasaan khauf (takut) bukan CINTA. Hendakkan syurga dan takutkan neraka. Cuba bayangkan andainya ganjaran dan hukuman itu TIADA, syurga dan neraka itu TIADA, adakah kita akan teruskan patuh pada suruhan dan meninggalkan larangan?? Iman kekasih yang mendambakan cinta. Mencintai yang Dicintai tanpa ada sebarang sebab. Do something for a favour without hope of return.. it may sounds altruistic but it is not. Cinta seperti ini yang jarang ditemukan dan paling kekal. Kenapa? Kerana cinta itu wujud tanpa sebab dan syarat. Mungkin cinta seperti ini hanya pantas untuk manusia dan penciptanya saja; Rabiatul Adawiyah dan Tuhannya…antara manusia pastikah boleh? Antara manusia ada saja kemungkinan kerana itulah yang dinamakan art of possible. Aristotle on friendship menjelaskan tentang friendship of virtue. Dalam persahabatan ini kelihatan seperti adanya altruism tapi tak. (Persahabatan ini boleh dicapai apabila darjah ego itu diturunkan. Walaupun mungkin ada kekurangan di mana-mana aje tapi mereka saling melengkapi)

Namun, perkara yang ingin ditegaskan di sini, kita harus berfikir dan kerana itu kita akan beriman. Cogito, ergo sum (Aku berfikir dan kerana itu aku ada). Tuntasnya, aku tidak beriman kerana aku tidak berfikir. Apabila aku tidak berfikir aku tiada. Kewujudan kita ditentukan oleh sejarah yang kita cipta melalui idea pemikiran kita bukannya dengan copy and paste ‘sejarah orang lain’. Dan pastinya, sejarah membentuk identity kita berbeza kerana cara berfikir kita berlainan sama sekali (Jika mereka berfikir). Oleh itu, beritahulah dunia tentang kewujudanmu (BERFIKIR!).

17 Responses

  1. perghhhh. ini topik heavy ni ash. ini ruang falsafah ni. terlalu esoterik untuk fikiran aku yang tak cukup esoterik. hehehe. persoalan iman dan pemikiran ni suatu topik yang memerlukan perenungan yang mendalam dan pemikiran yang tajam. pemikiran tanpa perenungan akan menghasilkan kespontanan tetapi pemikiran dengan perenungan akan menghasilkan idea.

    bolehkah iman terhasil tanpa proses memikir? iman yang bagaimana yang terhasil bila ia tidak melalui proses berfikir? aku mewarisi imanku dari kedua ibu-bapaku dan mereka mewarisi iman mereka dari kedua ibu-bapa mereka. yang mana lebih tulin? iman yang diwarisi atau iman yang melalui proses berfikir? yang mana lebih baik – iman yang diwarisi atau iman yang difikir ?

    dan bagaimana pula kalau selepas difikirkan, di dapati iman yang diwarisi itu tidak dapat memberi jawapan-jawapan yang rasional ?

  2. jika kita tidak berfikir, maka adakah kita? sokratik utk cogito ergo sum..

    dlm al-quran rasanya kita dianjur berfikir tentang apa saja kecuali zat Allah, kan ilmu Allah s.w.t. itu sangat luas?

    cinta selalunya libatkan perasaan. di mana aspek rasional dlm cinta ya? bukankah cinta terkadang melanggar rasional?

  3. wahhh~ power entri ni…ringkas tp padat menusuk segenap jiwa gtu…apa pn, zaman skrg manusia ramai beragama hanya kerana nama. dalamannya, kosong…biarlah Islam itu menjadi agama pilihan bukannya agama warisan…

  4. di mana ade org muda, di situ ade harapan..hehe

  5. cam mana kita nak berfikir kalau kita tiada?
    sememangnya kita perlu wujud dahulu baru kita boleh fikir…bukan kah begitu?

    sejarah yg mempengaruhi kewujudan kita…identiti yg mempengaruhi kewujudan kita…konsep iman itu sendiri juga yg mempengaruhi fikiran kita…

    our mind is conditioned within the perimeters and notion of the perceived iman…

  6. Kalau;
    Iman itu keyakinan terhadap Tuhan.
    Dan;
    Tuhan ada satu sahaja
    Maka;
    Setiap yang yakin akan kewujudan Tuhan itu beriman?

    Boleh beriman, tapi banyak dosa? Boleh jadi jahat dan percaya pada Tuhan?

  7. Orang yang yakin pada Tuhan semestinya baik ker? Orang beriman semestinya baik ker? Kebaikan itu objektif ker subjektif?

  8. Bolehkah iman terhasil tanpa proses berfikir?
    Pada pandangan aku, kita mengimani apa yang kita percaya. Namun, ada juga yang mempercayai sesuatu secara taklid buta tanpa berfikir. Sedangkan dlm al- Quran pun banyak mengajukan persoalan2 untuk menyuruh kita berfikir. Oleh itu, jika kita tidak berfikir, bagaimana hendak dikatakan kita beriman?

  9. Rasional; ratio..yang beerti menyandarkan kepada sesuatu, oleh itu dlm konteks ini nonrasional bermaksud tiada sandaran. Maka, itu yang dipanggil cinta atau iman. Mencinta atau beriman tanpa sebab. Mencinta atau beriman kerana nonrasional. Mencinta atau beriman bukan kerana tidak menggunakan akal tetapi tanpa perlu apa-apa sandaran.

  10. iman,
    kepercayaan terdalam terhadap sesuatu yang tidak terlihat dan terbukti,
    sememangnya ia tidak rasional,
    kerna jika tidak bagaimana kau akan dapat nikmati rasa yang terdalam itu?

    ” mahukah aku kabarkah iman yang terdalam? bukan dari kalangan malaikat yang sentiasa di sisi tuhannya, bukan dari nabi yang berhubung terus dengan wahyu, bukan dari sahabat dan salaf yang tinggal bersama nabi..

    iman yang terdalam adalah dari umat yang tidak pernah berjumpa nabi dan sahabatnya namun mereka tetap percaya.”

  11. hayyoooo….
    mantap ler pemikiran…tak tercapai dek akalku.

    Iman adalah fitrah. Semua orang percaya ada tuhan. tetapi iman yang sebenar perlukan pemikiran. dengan pemikiran barulah bertambah kukuh keimanan seseorang. boleh jugak menggurkan keimanan dan digantikan keimanan terhadap sesuatu yang lain.

    tp ade yang perlu diimani tanpa perlukan pemikiran… dzat tuhan, alam ghaib. kalau tak beriman maka rosaklah iman.

    salah tegur tau.

  12. cane nak tahu iman kita dh rosak?? sekadar bertanya..

  13. erm…

    iman terbina dengan 3 unsur yang tadak boleh dipisahkan salah satunya.

    pertama – yakin dengan hati
    kedua – ikrar dengan lidah
    ketiga – amal dgn anggota
    (ini untuk konsep iman kepada Tuhan)

    so kalau kita yakin dan ikrar tapi tak laksana apa yang sewajarnya…adakah kita betul2 beriman….sekadar persoalan

    ade org yakin, ikrar dan laksana….tapi masih ade kekurangan…
    cth: semalam aku makan ubat .@#$% terus sembuh. nasib baik ubat tuh ada. (dalam hal ni tanpa disedari indivvidu tersebut telah meletakkan imanya kepada ubat walaupun hakikatnya Allah yg mengizinkan kesembuhanny)

    tapi manusia jarang sedar bile imannya rosak…. kecuali kalau dapat hidayah…dan bukan bermakna tak dak org yg sedar imannya rosak.

    ( sape2 blh tolong betulkan ape yg aku tulis nih? )

  14. Bukannya manusia jarang2 sedar imannya dah rosak tetapi nak dapat sezarah iman pun belum tentu lagi tp dah boleh plak ckp psl iman kita rosak..betul x?

    Konsep itu sebagai landasan, yang menentukannya BUKAN kita..krn kita xboleh mhukum org lain dh rosak imannya krn setiap org itu sdg ‘mencari’. Dan bkemungkinan org yg dikatakn telah rosak imannya adlh lbih baik drp kita…

  15. betul cakap ash…

    mencari membuatkan manusia menemui apa yang dicari. tetapi sejauh kebenaran hasil pencarian mereka?

    contohnya nabi Ibarahim berjaya dalam pecariannya. Tentu kita pernah dengar bagaimana Nabi Ibarahim mencari siapa itu tuhan….

    Ada juga yang semakin sesat dalam pencarian,

  16. mati segala pancaindera kamu segalanya, berkaitan perkara “apa” akan terjadi.

    contoh : kamu terjatuh tanpa kseluruhan pancaindera aktif, apa rasa selepas pancaindera kamu aktif?

    Perbezaan rasa jatuh yg sedar vs taksedar?

    salam

  17. Salam saudari. Baik sungguh susunan kata yang digarap dgn kesempurnaan isi beserta huraian. Topik yg dibahas juga adalah suatu yg menarik utk dikongsi oleh para pembaca. Namun ada 1 perkara yg pada hemah saya boleh dipertikai sudut kesahihannya. Sila rujuk perenggan di bawah:

    {Namun, perkara yang ingin ditegaskan di sini, kita harus berfikir dan kerana itu kita akan beriman. Cogito, ergo sum (Aku berfikir dan kerana itu aku ada). Tuntasnya, aku tidak beriman kerana aku tidak berfikir.}

    Ulasan,
    Samada sedar atau tidak, sebenarnya ayat yang menekankan kepada “Aku berfikir dan kerana itu aku ada” oleh Cogito itu adalah menyentuh tentang Aqidah Islam. Aqidah merupakan asas utama dalam agama yang akan menentukan status penerimaan amalan seseorang individu oleh Al-Khalik. Ayat tersebut sec jelas dirujuk sebagai mengukuhkan pandangan/hujah saudari berkenaan dengan konsep keimanan.

    Walhal, kata-kata itu sebenarnya tidak mengiktiraf akan kewujudan manusia sebagai makhluk disebabkan wujudnya Allah s.w.t. sbg Tuhan. Justeru, wujudnya Allah s.w.t sebagai Pencipta yg Satu sebenarnya mengakibatkan adanya manusia. Dan untuk itu, skop atau dimensi keimanan yg dipandang oleh manusia secara automatiknya akan terarah kepada Pencipta. Manusia akan sentiasa berfikir melalui proses pertanyaan, Siapa aku, Bagaimana aku ada?ke mana aku?Siapakah zat yg menciptakan aku?

    Islam telahpun menjawab kesemuanya itu dengan nas dan dalil. Oleh itu, makhluk bernama manusia hanya perlu beriman kepada Wahyu yg diperoleh daripada Tuhannya. Siapa Tuhannya? Allah s.w.t. Kalaupun dia mahu berfikir seraya mengaitkan bentuk fikirnya itu dgn keimanan adalah dgn cara memikirkan tentang kehebatan dan keajaiban alam ciptaan Tuhan yang sangat menkjubkan. Itulah proses dalam mengukuhkan iman agar bertambah manis dan asyik dalam amalan.

    Sementara “aku berfikir, kerana itu aku ada” pula secara logiknya berpandangan manusia itu wujud hanyasanya disebabkan oleh otak yg sekadar berfungsi sbg pusat mengorganisasikan maklumat dan idea. Sedangkan, ia juga adalah makhluk sepertimana manusia. Bagaimana mungkin kita bersetuju dengan pernyataan bahawa “makhluk ada kerana itu makhluk ada”. Jauh menyimpang dari konsep aqidah yg bersih lagi suci dalam Islam.

    Saya faham bahawa saudari sebenarnya cuba memberikan kefahaman tentang konsep keimanan berdasarkan kepada kata-kata pemikir Falsafah Cogito. Namun demikian, kata-kata hikmat itu yang bilamana dalam dunia falsafahnya dianggap sebagai mutiara dan berharga, tidaklah bermakna ia bernilai permata dan mahal di dunia keagamaan.

    Sekadar pandangan.
    Wallahu a’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: