The Banishment: Kritik Ke Atas Kapitalisma di Russia

The Banishment

The Banishment

Sungguh indah! Ini filem meruntun jiwa! Ini filem mengasah minda! Umpama melihat gabungan lukisan-lukisan Latif Mohidin + Ahmad Zakii Anwar + Wong Hoy Cheong yang dipersembahkan di dalam satu bingkai. Abstrak, figuratif dan pernyataan politik bercampur-baur menghasilkan suatu kerja seni yang sungguh mengasyikkan dan berwarna-warni. Warna-warna kehidupan yang kelam, kabur, malap, cantik, terang, cerah, buruk, busuk, wangi semuanya bergaul membentuk suatu pernyataan seni yang bukan sahaja indah tetapi juga radikal.

The Banishment a.k.a Izgnanie adalah sebuah filem berbentuk alegori (allegory) dari Russia. Filem ini telah dicalonkan di pelbagai kategori di banyak festival filem antarabangsa. Ia juga telah memenangi pelbagai anugerah di pelbagai festival filem antarabangsa yang berprestij. Antaranya ialah calon untuk anugerah filem terbaik “Golden Palm” di Cannes Film Festival tahun 2007. Manakala pelakon lelaki utamanya pula Konstantin Lavronenko telah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik di festival filem yang sama.

Filem terbitan tahun 2007 arahan Andrei Zvyagintsev ini bukan filem Hollywood yang biasa-biasa. Tiada bajet berpuluh juta. Tiada “computer generated image” atau CGI yang mempesona. Tiada superhero yang melawan raksasa. Tiada letupan atau senjata. Tiada aksi ngeri yang membuatkan kita menutup mata. Tiada babak berahi yang mendebarkan jantung kita. Tiada cinta cinderella. Tiada itu semua. Yang ada cuma keindahan bagi mereka yang membaca. Sepertimana filem-filem berbentuk alegori yang lainnya, membaca adalah suatu kemestian untuk memahami filem ini.

Ini filem memang bukan untuk ditonton semata-mata. Jika hanya ditonton, kita mungkin kehilangan makna dan maksudnya. Ini filem adalah untuk dibaca. Kerana setiap imej yang ada di dalam bingkai filem ini, setiap tutur kata yang keluar dari mulut pelakonnya dan setiap objek yang tertera mengandungi makna dan maksud yang tersurat dan tersirat. Ini filem adalah suatu alegori kepada kehidupan yang sedang berlangsung di Russia. Ini filem punya banyak lapisan-lapisannya. Setiap lapisan itu harus diselak dengan matafikir yang tajam untuk memahami maksud dan maknanya.

Estetika seninya pula memerlukan matahati yang halus untuk merungkaikan keindahan yang ada pada filem ini. Setiap bingkai gambar yang bergerak di dalam The Banishment adalah suatu kerja seni yang sungguh mengasyikkan. Komposisi gambar dan susun letak objek di dalam filem ini seumpama melihat sebuah lukisan yang menyentuh nurani yang terhalus. Warna dan pencahayaannya ibarat alunan berus lukisan yang menari mengikut rentak irama lagu yang menyentuh kalbu yang terdalam. Ini baru ditonton di kaca TV 21 inci model lama. Bayangkan jika ia ditonton di panggung wayang dengan layar putih yang besar, pasti kita terorgasma!

Tempo ceritanya bermula sangat perlahan. Mungkin mereka yang memuja filem-filem studio besar Hollywood akan merasa bosan dengan filem ini. Kerana ia tidak bercerita dengan aksi-aksi lasak mahupun kata-kata. Ia bercerita dengan imej dan suasana. Imej-imej yang wujud di dalam filem ini harus diteliti untuk memadankannya dengan alegori yang ingin disampaikan oleh pengarahnya. Suasana yang dipersembahkannya pula gelap, kelam, senyap dan seolah-olah menanti suatu tragedi besar yang akan menimpa. Latar muzik yang memberi mood kepada filem ini cukup meremang bulu roma. Bukan kerana ketakutan tetapi kerana jauh dilubuk hati, muziknya itu seolah-olah memberitahu kita bahawa suatu bahana akan menimpa. Bahana akibat dari kapitalisma!

Bagi yang celik wayang, bahana kapitalisma ini tidak ditunjukkan secara yang tersurat. Ia harus diselak untuk mencari yang tersirat. Sepertimana filem-filem berbentuk alegori yang lainnya, imej yang dipaparkan perlu diselak. Dialog yang dikeluarkan perlu digali. Mencari makna melalui permukaan naratif, tidak akan sampai ke dasarnya. Lapisan-lapisan dipermukaannya ini perlu diselak dan digali untuk sampai ke lubuk cerita.

Cerita di lapisan permukaan pertamanya bermula dengan sebuah kereta meluncur laju dari sebuah kawasan desa yang lanskapnya cukup indah. Di dalam bahasa filem “mis-en-scene” atau “gambar di dalam bingkai babak” ini jika diteliti dengan mata filem akan membaca maknanya yang tersirat. Lapisan kedua di dalam babak yang sama ini boleh ditafsirkan sebagai lanskap Russia lama. Cukup indah dan damai. Russia yang kehidupan komunitinya masih kolektif bukan individualis. Russia yang belum dicemari oleh kapitalisma. Russia yang individu-individunya belum melalui proses keterasingan (alienation).

Kereta itu kemudiannya masuk ke kawasan kota. Kilang-kilang perindustrian di kiri kanan jalan. Kaku tanpa emosi dan mekanikal. Tiada jiwa. Gelap dan suram. Seperti raksasa tua yang hodoh yang cuba menelan manusia-manusia di dalamnya. Gambaran kota yang makan hati. Jiwanya membusuk. Muzik latarnya pula semakin meremangkan bulu roma. Hujan turun. Di dalam kereta seorang lelaki sedang mengikat lengan kirinya. Lengan kirinya yang basah lencun dengan darah. Lengan kiri yang hampir tewas dek kapitalisma kota yang kejam. Russia kota pasca glasnot. Russia kota selepas pasaran dibuka. Russia kota selepas kapitalisma diterima. Keterasingan manusia-manusianya pun bermula.

Suatu permulaan yang cukup menggamit perasaan untuk terus menanti babak selanjutnya. Babak-babak selanjutnya bergerak perlahan. Kita diperkenalkan kepada satu keluarga Russia. Seorang suami dan ayah, seorang isteri dan ibu bersama-sama dua orang anak mereka. Sebuah keluarga nuklear. Bentuk keluarga yang tipikal di era kapitalisma diterima masuk di Russia. Keluarga kota ini kemudiannya pulang ke desa untuk menghabiskan cuti mereka. Ke rumah orang tua mereka yang sudah meninggal dunia. Sebuah rumah lama, kosong, sunyi dan tua. Rumah tinggal.

Di suatu petang, selepas makan malam, di beranda rumah desa peninggalan orang tua mereka, pasangan suami isteri itu beristirehat. Melatari rumah desa itu suatu pemandangan yang sungguh indah umpama lukisan-lukisan impressionist Monet dan Renoir. Suasana petang yang dilatari warna lembayung senja yang suram memberikan suatu kenikmatan kepada mata yang melihat. Komposisi dan warna yang terpalit di bingkai gambar cukup sempurna. Tetapi pada masa yang sama kesempurnaan itu seolah-olah seperti menanti untuk dihancurkan.

Wajah isteri seperti menyembunyikan sesuatu. Gusar dan ada riak ketakutan pada mata si isteri. Segelas wain yang diteguk tidak menghilangkan kegusaran di wajahnya. “Aku mengandung”, ucap isteri perlahan dengan suara yang bergetar. Si isteri berhenti seketika menunggu reaksi si suami. Riak wajah suami tenang. Senyumnya tiada tapi matanya bercahaya. “Tapi bukan anak kau”, sambung si isteri dengan getar suara yang semakin nyata.

Bermula dari babak ini, naratifnya mula bergerak sedikit laju. Tidak banyak. Masih mengekalkan temponya yang sama tetapi semakin banyak kejadian yang terungkap. Naratif ceritanya bergerak ke depan dan ke belakang, silih berganti watak manusia kota dan manusia desa, keluar masuk antara Russia lama dan Russia baru. Antara Russia kolektif dan Russia individualis. Antara manusia Russia dari sistem lama dan manusia Russia dari sistem baru. Antara Russia kepemilikan individu dan Russia kepemilikan kolektif. Antara Russia kemanusiaan dan Russia keterasingan. Tapi itu semua adalah lapisan-lapisan yang tersirat bukan yang tersurat di naratif permukaannya.

The Banishment sememangnya sebuah filem yang meruntun jiwa dan mengasah minda. Tapi hanya untuk mereka yang membacanya, bukan sekadar menontonnya. Dapatkan segera DVDnya. Tonton dan baca. Jika ada yang punya tafsiran berbeza, silalah berikan pandangan anda.

10 Responses

  1. haha.terorgasma,kata mu?apakah effect filem ini begitu hebat sepertimana review yang kamu post kan ini..
    and i’m also wondering if the socio-economic structure of capitalism is as detrimental to the development of a family life as you have described because according to hernando de soto,capitalism may be the beginning of a revolution towards a better future for a nation…
    im not a capitalist nor a Marxist but judging from the portrayal of the film,dan cara kamu menjelaskan pandangan kamu terhadap kapitalisma…it may just not be what you believe in😉
    namun kita mempunyai kebebasan utk memiih cara terbaik utk menjalani kehidupan kita masing masing
    Selamat Menyambut Syawal:)

  2. Thanx for visiting my blogpage. Really appreciate it. I ve read the review but I havn’t watched it. Maybe, soon, I’m gonna give it a go. Thanks for the heads up!

  3. gua terorgasma di dalam minda dan kalbu jer. hehehe. kalau terorgasma secara biologi, itu filem lain tu. hahaha. itu filem tak yah citer kat sini. persoaalan private tak molek di publikkan. hehehe.

    filem ini buat gua menggunakan analisis mikro (bukan hanya keluarga tetapi komuniti persekitaran yang ditonjolkan melalui watak-watak yang wujud didalam filem ini) untuk menjelas permasalahan makro (struktural).

    perkembangan keluarga memang sangat dipengaruhi oleh sistem ekonomi yang wujud (tapi ia bukan satu-satunya faktor). gua akan buat suatu analisa yang lebih mendalam tentang hubungan antara kemiskinan keluarga dan kapitalisme dalam tulisan yang mendatang. analisa gua ini berasaskan kepada tulisan gua yang lepas tentang “Rahmah seorang konduktor bas” yang boleh dibaca diblog ini juga.

    hernando de soto adalah sebahagian dari pemikir latin amerika yang pro-kapitalisme dan pro-amerika. gua tidak memberi sebarang penghakiman terhadap pemikirannya kerana gua hanya baca satu sahaja bukunya iaitu kalau tak silap gua judulnya the mystery of capital….gua tak ingat title penuhnya.

    tapi tesis yang diajukan oleh hernando de soto di dalam bukunya ini juga telah dikritik oleh beberapa pemikir ekonomi yang lainnya. walau pun beberapa pemikirannya membantu di dalam beberapa permasalahan ekonomi yang melibatkan sektor ekonomi informal, tetapi ianya tidak mengubah struktur ketaksamaan yang semakin meluas di latin amerika di bawah sistem kapitalisme pada waktu tesisnya itu diajukan dan cuba dipraktikkan dibeberapa buah negara latin amerika.

    kita memang mempunyai kebebasan untuk memilih cara yang terbaik bagaimana untuk menjalani hidup kita tetapi kebebasan kita itu masih tertakluk kepada struktur-struktur sosial yang wujud di sekeliling kita.

  4. teringat sebuah filem, Goodbye Lenin.

    semuanya tentang membongkar perkara yang sama,

    ideologi yang tak lama,

    ditelan dek masa.

    dan kita pun lekaa…
    😛

  5. filem ni ade kuar ke kt panggung??mcm mane nk tgk beb…

  6. anak bumi, gua pon ader nengok good bye lenin gak. memang mantul. gua maseh ingat lagi scene mamat hero tu nak sorok iklan besar coca-cola dari mak dia. terbahak-bahak gua ketawa. dan satu lagi scene, bila runtuh jer tembok berlin, mamat hero tu cepat jer gi sebelah jerman berat untuk first time melihat porno kat siaran tv di sebelah jerman barat. hahaha.

    lu memang buat gua nostalgia ar anak bumi.

    padelkopak, tu yang sial tu. ini filem tak kuar panggung ar. kalo kuar pon. dua hari bukak sudah tutup. dulu kat mid valley ader international screen. ader tayang filem2 eropah. sekarang gua tengok dah bungkus ar. teori pasaran. tak der permintaan tak der ar penawaran. hahaha. gua pon nengok kat tv 21 inchi gua jer. kurang stim ar. kalo tengok kat big screen dalam panggung, baru tangkap stim. hahaha. tapi kalo lu nak nengok, kat dvd boleh ar. lu cari jer kat kedai jual dvd,. mesti jumper punyer!

    kalo lu dah tengok, kasi tau samer gua..lu terorgasma atau tak? hahaha

  7. haha..asyiknyer ko citer pasal berorgasma nie!🙂
    tapi iyelah..gwa paham maksud mu..
    tak leh nak nafi yng filem bagus sentiase mbuat kite memikir lebih drpd perlu..dan sememangnyer digalakkan krna ini akan merealisasikan harapan pengarah filem serta lain2 yg berusaha di set penggambaran filem yg mbawa mesej penting..lagi2 psal kehidupan manusia yg berbeza kewarganegaraan dan identiti masing2 di negara yg asing bagi mereka.
    ko nk buat penyelidikan pasal hubungan antara kemiskinan dan kapitalisma?bukankah sdah trdapat byk tulisan pasal relativiti antara dua ini?namun begitu,kita perlukan lebih bayk pemikir global yg penuh ke-enthusiasm-an utk menghasilkan lagi tulisan yg bakal mempengaruhi ratusan ribuan lagi manusia yg bakal memegang watak penting dalam merancang operasi dan perundangan sedunia.
    apape pun…your articles are worth reading,Tuju Malbaru!
    Don’t stop writing!🙂

  8. wth ur encouragement sherilyn, i wont. timer kaseh daun keladi.

  9. Russia is already “a failure state” when socialism falls down circa 1991.Now they applied capitalism which already fail now.

    What should they and the rest of the world should do now?

  10. ezreen,

    lu punyer soalan paling susah mau jawab ar. i dont have the answer. if i have the answer, ill probably be Neo (the ugly version of course), the matrix prophet thats going to fight evil capitalism and save the human kind from its own destruction. hahaha

    on what they and the rest of the world should do, i can only suggest. gua raser kiter ble start small wth our own friends and peer groups discussing issues and question that matters. from there may be kite bole kaji beberapa sistem atau model yang sedia wujud sekarang ni di beberapa negara yang persoalan kemiskinan dan ketaksamaan dapat ditangani dengan lebih berkesan lagi.

    macam kami kat diskopi ni, thats what we trying to do. reach out to as many youth and students as possible to start discuss things, questions and issues that matters. maybe wth more youth and students start to link wth each other and start to discuss deeper things, then may be sumthing more substantial can be concretised. through more participatory involvement of many people, may be a better solution can be found, if not to the world problem, at least to our own country.

    i dont have answers but the journey to find answers is what give meanings to our lives.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: