Dajal Sudah Muncul!

Kalau tanya dengan atok atau nenek korang macam mana cara mereka untuk mengawal anak-anak mereka daripada menjadi nakal ketika kecil hinggalah anak-anak mereka sudah besar panjang mesti jawapan yang agak popular ialah dengan menipu..tapi ini tipu dengan niat yang baik punya..tipu sunat.. antara penipuan sunat yang dijalankan oleh atok nenek korang ialah dengan cerita-cerita hantu, cerita seram, pelbagai dongeng-dongeng dan beratus-ratus lagi ilmu tahyul yang ditanamkan dalam kepala otak anak-anak mereka. Budak-budak tak boleh merayap dalam hutan sorang-sorang, nanti kena culik dengan toyol, budak-budak tak boleh keluar waktu maghrib sebab nanti kena sorok dengan hantu ######, kalau budak-budak dah besar jangan derhaka pada mak bapak sebab nanti kena sumpah jadi batu atau burung gagak macam Si Tenggang. Macam-macam lagilah cerita Tok nenek korang ni, tapi cukuplah contoh-contoh yang aku bagi takut meremang bulu tengkuk korang…hahaha.. tapi itu dulu, memang niat Tok Nenek korang tak nak anak-anak mereka degil atau pun Tok Nenek korang pun percaya akan perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai 18Sx (?) itu aku pon tak pasti..wallahualam

Sekarang aku ingat cerita-cerita seram warisan Tok Nenek korang itu hanya tinggal sejarah. Tapi aku silap. Kali ini cerita-cerita ini muncul dalam bentuk baru..Wow, memang hebat,selari dengan perubahan zaman. Kalau korang tengok TV hari ini penonton dihidangkan dengan pelbagai cerita-cerita seram a.k.a tak masuk akal dari hari Isnin sampai Ahad. Memang betul pak cik tua dalam Astro tu cakap, macam-macam ada..ada waris jari hantu, saka, anak pontianak, cucu Pontianak, cucu saudara sebelah bapak tiri Pontianak pon ada. Lagi menyeramkan sebab kali ini cerita-cerita sebegini boleh dipertontonkan. Bukan sekali, tapi setiap minggu hinggakan melihat muka-muka Pontianak dan keluarganya merupakan rutin mingguan sambil mengunyah-ngunyah serdak biskut raya lepas. Oleh kerana cerita-cerita seram ini ditayang secara bersiri setiap minggu, memang payah untuk penonton melepaskannya walaupun satu episod apatah lagi lakonan Maya Karim..haha.. (Tuju Malbaru mesti suke!) dah la cerita-cerita seram macam ni ditayangkan setiap minggu, aku lihat Cerekarama pon menayangkan cerita-cerita ‘tauladan’ yang mencantas motivasi penonton untuk berpikir. Contohnya cerita sorang mamat (hero jahat) yang berulat-ulat mayatnya, berat jenazahnya bila diangkat kerana derhaka kepada ibunya dan bila lihat kejadian ni, sorang lagi mamat (hero baik) terketar-ketar balik kampong berjumpa dan salam kepada ibunya. Kesimpulan cerita ni ialah janganlah derhaka kepada ibubapa. Kesimpulan aku pulak mamat (hero baik) takut sangat mati nanti jadi ulat…hahaha

Akibat siaran TV dah sendat sangat dengan cerita tahyul+khurafat+tak masok akal +fatalisme dan macam-macam lagi maka aku pon mula terhisap dengan kepercayaan kepada benda-benda yang sangat tidak rasional ini. Aku harap korang jangan seram bila dengar pengakuan aku, aku sebenarnya percaya kewujudan DAJAL BERMATA SATU dan DAJAL BERMATA SATU ini telah pon muncul dan dibela dalam setiap rumah. Tak lain tak bukan kerja DAJAL MATA SATU ini untuk membuat kejahatan, konstruk otak masyarakat supaya tak rasional. Lagi hebat sekarang, semua DAJAL MATA SATU sudah dilengkapi dengan astro….hahaha

13 Responses

  1. mcm copy cat premis je? hehehe

  2. dulu orang cakap dajal mata satu tu jeneral moshe dayan sebab mata dia buta sebelah.

    kahkahkah (gelak isham)

  3. orang dulu memang banyak cerita..
    banyak pantang larang.
    kita budak2 kena goreng gitu jee…

  4. Memang sukar untuk mempercayai perkara-perkara seperti hantu atau toyol, baik hantu raya, hantu kopek, hantu jepun dan macam-macam jenis hantu lagi.

    Namun, saudara penulis, i wish i can agree with u on what u wrote, but dude, ‘experience is the mother of wisdom’.. Susah nak pertikai sesuatu sekiranya benda itu pernah berlaku atas diri sendiri.. Pengalaman saya di sekolah berasrama penuh dengan macam2 kes rasuk dan juga pengalaman sendiri di’masuki’ something else membuatkan saya lebih berhati-hati kalau nak komen pasal ni…

    Filem ‘saka’ dan ‘waris jari hantu’ juga membuatkan saya ‘terasa’ semasa melihat iklannya.. Kerana memang perkara tersebut berlaku kepada ahli keluarga terdekat…

    Mungkin kalau saudara penulis boleh lebih kerap menziarahi majlis pengkebumian, mana la tau ada rezeki berjumpa dengan benda-benda ‘pelik’ kerana perkara seperti kubur tak muat nak masuk, kubur penuh air, mayat berulat, dan mayat berbau walaupun baru sahaja meninggal memang berlaku… Ya rasional, mungkin rasional yang boleh diberi ialah, kalau kubur tak muat, tukang jaga kubur bangang tak reti kira panjang mayat dgn panjang lubang, kalau kubur penuh air mungkin sebab air mata air dalam tanah, kalau mayat berulat mungkin sebab sebelum mati jenazah termakan telur ulat, kalau berbau mungkin tindakan biologi dan mungkin kisah2 hantu di sekolah itu hanyalah ilusi dan delusi pelajar sekolah ( tapi memang berdasarkan pengalaman, pelajar yang lebih warak dan alim yang kelihatan tenang menghadapi situasi tersebut), rasional nya? mungkin kebetulan kot…

    and i wish i can let u hear my friend’s cassete yang mase dieorang seronok main rakam2 suara waktu riadah petang, tiba2 masa play back ‘suara’ lain pun ade menyebok, rasionalnya? ntah la aku pun tak terfikir… (yang kadang2 aku fikir balik, buat aku tersenyum sorang2, tapi mase kene tu mak aii, nak gugur jantung)

    so, aku pun tak berapa faham mesej sebenar penulis sebenarnye menulis artikel tersebut, sebab nak deny perkara tu (because u mentioned ‘…tak masok akal..’), atau mungkin saje2 tulis untuk leisure time.. terpulang untuk setiap individu untuk menyatakan pendapat masing-masing (individual right what🙂 )… tapi mohon consider lebih sikit kot…

    So sometimes bro, aku fikir, memang rancangan tv tu penuh tahyul, khurafat tapi macam masuk akal… wink wink***

  5. untuk hamidi,
    memang aku tak nafikan apa yang berlaku kat dunia yang maha luas ini bukan bergantung kepada rasional sahaja. tapi apa yang aku nak highlight kan kat sini ialah macammana masyarakat dikonstrukkan pemikirannya dengan perkara-perkara tahyul ini tanpa ada perbincangan terhadap perkara trancendant ini dengan lebih ilmiah. aku melihat perkara seperti mayat berbau busuk, berulat dan sebagainya merupakan hukum mutlak kepada dosa-dosa si mati, x kan semudah 2 nak hukum orang.. btol x…hehe

  6. wei mesin cetak, hantu ###### tu hantu aper ar? tak pernah seumor idop aku dengar tentang hantu #####. kasi la citer sket susur galur dan asal muler hantu #####. tak pon ini memang hantu yang wujod kat kota tinggi jer? hahahaha.

    dan satu lagi. ini amaran terakhir. tolong jangan kaitkan aku dengan maya karim. kami dah lamer break. jangan ko ungkit kisah lamer aku tu.

    timer kaseh.

  7. aku ikut simpati pada kau Tuju.. ko memang KKS! haha..

  8. maaf banyak2 kepada tuju malbaru, AKU tak dapat terangkan kepada ko apa tu hantu ##### sebab ko masih ada sindrom KKS…HAHAHA

  9. hehehe..
    punyer besemanggat i bace ur blog smpai tegelak2 part “makan sedak2 biskut” tu..haha..dat is so me..
    apepun,smpai part akhir yg u mention bout d dajal mata satu tuh,hihi..bro,you totally got me..
    i was looking to read more on d dajal scene..
    manela tau yela dunia pun da nak akhir zaman kan
    hehe
    yup2..
    yet writers have to be creative..
    neway,keep on blogging..!

  10. tp papa pn citer kOrang yg pasti dajal 2 mmg wujud….

  11. Assalamualaikum semua umat Islam dan selamat malam,kalau korang nak tahu dajal tu apa,ini dasar pengetahuan akulah,dajal tu dia manusia sebenarnya,tapi dajal tu orang zaman dulu2,masa tu dia dlm golongan manusia yg suka buat kerosakan,lepas tu masa dia bayi lagi,Allah S.W.T,dah selamatkan dia daripada dibunuh,mereka yg suka buat kerosakan tu dah kena bunuh.Allah bw dia ke 1 tempat yg jauh dari kumpulan orang2 tu,lalu dia di jaga satu makhluk,iaitu binatang berbulu boleh bercakap,binatang berbulu jaga dia sampai dewasa,lepas tu turun Malaikat Jibril dan ajar dia ilmu,lps tu binatang tu pun ajr dia juga,Allah bagi dia satu kuasa ajaib,iaitu dia blh hidupkan orang mati,dia boleh buat tanah liat tu jadi burunglah,lps tu hidupkan,smpai satu masa Malaikat Jibril tnya dia nak jadi org beriman atau org kafir?Dia jwb jadi orang kafir,lps dia jwb mcm tu,dia pun dirantai,di satu tempat dia dikurung tu.Tak tahulah,dia ada lagi ke tak,tapi nabi kata dia akan kembali pd suatu hari nnti…itu je yg aku tahu,kalau korang rasa salah tlg betulkan ye..

  12. Salah tarikh ni,aku taip pd 7 February 2009 ni…

  13. Assalamualaikum semua umat Islam dan selamat malam,kalau korang nak tahu dajal tu apa,ini dasar pengetahuan akulah,dajal tu dia manusia sebenarnya,tapi dajal tu orang zaman dulu2,masa tu dia dlm golongan manusia yg suka buat kerosakan,lepas tu masa dia bayi lagi,Allah S.W.T,dah selamatkan dia daripada dibunuh,mereka yg suka buat kerosakan tu dah kena bunuh.Allah bw dia ke 1 tempat yg jauh dari kumpulan orang2 tu,lalu dia di jaga satu makhluk,iaitu binatang berbulu boleh bercakap,binatang berbulu jaga dia sampai dewasa,lepas tu turun Malaikat Jibril dan ajar dia ilmu,lps tu binatang tu pun ajr dia juga,Allah bagi dia satu kuasa ajaib,iaitu dia blh hidupkan orang mati,dia boleh buat tanah liat tu jadi burunglah,lps tu hidupkan,smpai satu masa Malaikat Jibril tnya dia nak jadi org beriman atau org kafir?Dia jwb jadi orang kafir,lps dia jwb mcm tu,dia pun dirantai,di satu tempat dia dikurung tu.Tak tahulah,dia ada lagi ke tak,tapi nabi kata dia akan kembali pd suatu hari nnti…itu je yg aku tahu,kalau korang rasa salah tlg betulkan ye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: