Shanti, Shalom, Salaam…

Jika kau melarikan diri dengan harapan kedamaian dan kesenangan,
Dari itu kau akan menderita kerugian,
Takkan ada harta kekayaan tanpa perangkap dan kezaliman,
Takkan ada kedamaian kecuali penyerahan jiwa seluruhnya kepada Tuhan
— Rumi, Mathanvi

Islam sering diitlakkan. Dewasa ini, pengitlakan (generalisasi) yang sering dilakukan terhadap Islam ialah kaitannya dengan keganasan. Teks-teks agung Islam telah tegaskan; tiada tajaan pada sebarang keganasan! Justeru, Islam, atas nama agama, tidak harus memikul beban ini.

Islam, sama seperti agama-agama lain—Kristian, Yahudi, Buddha, dll—adalah agama kedamaian. Tidak pernah ada ajaran dari mana-mana teks agung dalam agama tersebut yang menganjurkan pemaksaan dan penundukan kuasa politik.

Tapi, seperti tamsil Sahara—kita boleh mengeluarkan kanak-kanak dari gurun, tapi kita tidak boleh mengeluarkan gurun dari kanak-kanak. Begitu juga agama.

Agama, meskipun menekankan kedamaian, sering saja dihambat dengan ketidaksejajaran antara praktik dan teori. Kita memang boleh mengeluarkan muslim dari Islam, tapi kita tidak boleh mengeluarkan Islam dari muslim. Sekarang, agama telah menjadi sulit difahami. Dan, sekali lagi, tafsiran mulai dipermasalahkan.

Tafsiran memang merumitkan. Islam bukan sekadar mengalaminya, sebaleknya turut menanggung beban sejarahnya.

Kita maseh ingat, bila Sepanyol menjajah Filipina, dan membawa misi penyebaran Kristian secara paksa, serta menghancurkan Kesultanan Sulu, tiada ungkapan keganasan yang mengambarkannya.

Bila Katolik Sepanyol menghancurkan Umayyah di Semenanjung Iberia, dan memaksa Yahudi memelok Kristian, tiada siapa yang memanggil istilah keganasan. Bila bangsa Eropah Utara diperangi, dan dipaksa meninggalkan agama kuno mereka, tiada siapa yang tahu itu juga merupakan keganasan.

Tapi, mengapa setelah 11 September 2001, Barat cenderung melihat Islam sebagai agama keganasan, sampai timbulnya momokan Islamofobia? Apakah benar, ungkapan Islam sebagai “agama pedang” terus kekal dalam ingatan sebahagian besar masyarakat Barat?

Jika benar, sekali lagi Barat terperangkap dengan pengitlakan. Hanya melihat Islam menerusi satu komuniti muslim yang terpinggir. Islam tradisional yang begitu melata, yang mewakili majoriti muslim, akhirnya terbenam dalam bakaran kata-kata dari ghetto di Tora Bora.

Ternyata, ramai yang gagal untuk berfikir jernih, dan kerap tertabir dengan permainan tafsiran. Namun, kita harus sedar, ada satu tafsiran agama yang utuh bersemadi dalam mana-mana agama: kedamaian. Semua agama bermula dengan kedamaian, dan ingin mengakhirinya dengan kedamaian.

Tapi, hairannya, mengapa agama terus dianggap sebagai musuh kepada kedamaian?

5 Responses

  1. bro, samada pengikut kristus atau muhammad, samada pengikut musa atau gautama, sama ada siapa2 jua seseorang itu. yang paling penting adalah bagaimana kita memahami agama.

    kegagalan memahami agama akan menyebabkan orang dalam kelompok agama itu menjadi ego. dan ego ini merupakan duri dalam daging . ia tak nampak, ia tak dirasa. cuma yang melihat pasti tau.

    sebab itu, kejumudan pengikut2 agama, ketotokan pengamal agama, menyebabkan sebahagian besar masyarakat moden menolak kehidupan beragama. mereka tidak salah. jangan salahkan mereka. ia berlaku, kerna cahya agama itu yang ditutupi bukan kerna kejahilan mereka tetapi kerna keegoan orang agama.

  2. Apa itu Islam? Salah satu agama di bumi ini.
    Apa itu agama? Agama merupakan satu kepercayaan yang tidak nampak dalam minda manusia.
    Apa itu Allah atau siapakah Tuhan? Dalam bentuk manusia ke atau apa?
    Allah hanya wujud di bumi sahaja ke atau di seluruh universal?
    Agama hanya boleh diaplikasi dalam dunia bumi sahaja? Apa kata di luar dunia bumi? siapa mencipta universal?

    Agama yang mendominasi dunia bumi ni ialah Islam dan Kristian. Maka kedua-dua agama ni berjaya mewujudkan konsep keTuhanan di kalangan umat manusia. Walaupun tak pernah nampak tuhan tapi rela menerimanya kerana percaya terdapat suatu yang berkuasa yang selalu mengawasi mereka. walaupun tak pernah pergi balik akhirat atau surga tapi tetap bersetuju wujudnya tempat misteri tersebut.

    Ibu bapa yang ingin mendominasi kelakuan anak mereka, selalu menipu dengan cara kombinasi pertuturan, tindakan, dan mimik muka mereka menyatakan terdapat hantu yang akan muncul di depan anak yang tidak dengari arahan Ibu bapa. Walaupun kanak-kanak tak pernah tengok hantu dan tidak tahu bagaimana hantu seksa manusia, dengan kombinasi diatas tersebut yang berjaya mencipta suasana yang takut di kalangan kanak-kanak. Sehingga kini orang yang tak percaya kepada benda halus ini, apabila berseorangan pada waktu malam masih takut wujudnya hantu kerana kita produk kombinasi tersebut dimana sebahagian otak kita masih menyimpan ajaran ibu bapa kita dan secara tidak langsung ia mendominasi permikiran serta tindakan kita. Inilah senjata yang canggih lagi berkesan untuk mengawal manusia dengan menyatakan sesuatu yang tidak wujud tidak rasional dan bersama-sama mempraktikanya.

    Demikianlah wujudnya konsep akhirat dan surga di setiap agama dalam dunia bumi ini. Cara ini memang berkesan dalam mengawal akidah manusia. Tektik ini berjaya membentuk negara Arab dengan cara dipolitikkan. Sekiranya anda menasihat seseorang untuk meninggalkan sesuatu kepercayaan, anda akan dianggap kurang nasional kerana berbeza sangat dengan apa yang mereka terima sebagai rasional. Sesuatu yang tak rasional akan jadi rasional apabila diterima pakai oleh orang ramai kerana MAJORITY ALWAYS OVER RULE MINORITY. Selain itu, nasihat tersebut secara tidak langsung mengorbankan pertalian kekeluargaan, kaum, kommunity kerana berbezanya amalan yang begitu fundamental.

    Saya percaya kepada kuasa universal. Maka apabila sebut Tuhan, Allah atau God ia sebenarnya rujuk kepada kuasa universal. kuasa universa bukan dalam bentuk manusia. Segala benda dalam universal ini tertakluk kepada undang-undang universal ini. kuasa ini diterima pakai di mana-mana sahaja tanpa dihadkan hanya dalam bumi sahaja. Ruang universal telah hasilkan planet-planet serperti matahari, bumi……. Bumi pula menghasilkan bentuk hidup yang berbeza ada hidup di darat ada hidup di laut adanya tumbuhan adanya manusia dan segala-galanya bergantung kepada planet bumi ini.

    Kewujudan agama hanya semata-mata untuk menguatkan kefahaman manusia terhadap kuasa universal dan berkebolehan menghayatinya. Agama menyediakan garis panduan untuk membina akidah manusia ke jalan yang baik yang mendekat diri dengan nilai moral yang universal. Garis panduan ini tidak boleh dianggap mutlak kerana ia akan merosak pemikiran manusia dan mengakibatkan manusia jadi SUPERSTITIOUS.

    INGAT agama adalah suatu misteri atau myth (sekirayan konsep keTuhanan terus dibentangkan) kamu dan saya adalah realiti.

  3. apabila agama dilihat terlalu eksklusif, keeksklusifan itu bakal menenggelamkan sifat agama yang sebenarnya begitu alami dan universal. penekanan terhadap syariat beragama yang terlalu jumud manhajnya dan terlalu konservatif, tiada hikmah, menyebabkan ramai yang keliru terus tidak mahu mendekatinya. dan oleh kerna pendekatan masyarakat dilihat terlalu fiqah/ terlalu syariat, maka, faham-faham agama tingkat tariqah, haqiqah, makrifah juga diabaikan.

    bagiku bro. manusia dicipta ada beza. dan perbezaan ini sebenarnya sudah sepatutnya cukup untuk menyatakan bahwa agama bukanlah rigid. ya. agama itu abstrak.

  4. aku juga percaya mula agama adalah kedamaian, akhirnya juga adalah kedamaian. tetapi malangnya, kedamaian itu hanya wujud di tingkat pemikiran kita semata-mata.

    di tingkat realitinya pula agama tidak lagi mengangkat kedamaian sebaliknya mengajukan perseteruan, konflik dan pertentangan sesama manusia.

    kenapa ini berlaku? aku tidak punya jawapannya. yang mungkin boleh aku fikirkan ialah agama adalah diwakili oleh tingkahlaku penganutnya. jika penganutnya itu keras dan ganas, maka ganaslah dilihat agama itu. tapi jika penganutnya santun dan damai, maka santun dan damailah agama itu.

    jadi buat aku tingkahlaku penganut sesuatu agama itu memberi cerminan terhadap sesuatu agama itu.

    tetapi jawapan aku di atas itu terlalu mudah. terdapat kompleksiti lain yang juga harus diambil kira. contohnya, kenapa tingkahlaku keras dan ganas itu muncul? bagaimana seseorang penganut agama itu boleh bertindak keras dan ganas.

    pasti ada sebabnya dan asal-mula fenomena keganasan ini berlaku. inilah yang harus kita gali untuk melihat sisi-sisi lain seperti struktur-struktur budaya, ideologi, ekonomi, politik, kuasa dan sebagainya yang turut mempengaruhi fenomena keganasan ini.

    manusia yang ditolak dan dihenyak ke sudut, cenderung untuk bangkit melawan dengan kekerasan.

  5. x kisah la agama tu apa pun, abstrak ke,universal ke, msalah nya, penganut2 agama2 tersebut yg menjadi masalah. tidak mempraktikkan ajaran agama masing2. tak kisah la agama mana sekalipun….semua sama, penganutnya meninggalkan ajaran agamanya yg btul….ish…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: