Pakatan Rakyat Cakap Tak Serupa Bikin!

Panglima-Panglima Besar Pakatan

Panglima-Panglima Besar Pakatan Rakyat

When they first came about i felt that finally something good is happening in Malaysia. To my dismay Pakatan has been giving disappointment after disappointments! I had enough of their garbage! Sudahlah! Memang dasar nak menipu rakyat! Diapa pun sama saja dengan UMNO ( i dont believe that Barisan Nasional exist)! Tak dak beza!

They had minor hiccups here and there, fine i understand they are still new. Then i realized i cannot use my tak apa attitude towards them or else they will also end up being just like UMNO!. It really mula naik kepala when PAS went out screaming that it would pull out of Pakatan if the majority in the new gov would be non-moslems. Ambil alih pun belum lagi, dah nak bising! So what if the new gov consist of majority non moslems? As long as they are not corrupted thats good enough! Why non-moslems are not Malaysians huh?

Imaginelah how arrogant PAS would be when Pakatan takes over? Sebelum itu dahlah dia buat khianat dengan diam-diam jumpa ngan UMNO! People trust them and voted them in by letak tepi the fear of them being Moslem extremist. Finally bila orang dah mula nak terima PAS dengan hati terbuka, tanpa stereotype dia buat pula perangai seolah-olah Malaysia ini tak dak orang bukan Islam yang menyokong dia.

Tuk malu gila bila mendapat tahu ada exco Perak dari Parti keadilan yang dah mula korup! Baru dapat mandat rakyat, tak setahun pun dah mula nak mengkhianati Rakyat! Where can like this? Tapi berbanding dengan PAS keadilan lebih konsisten dan lebih humble. Saya berharap Keadilan akan bertindak sekeras-kerasnya terhadap ahli-ahlinya yang mengkhianati Rakyat!. Isu 16 September adalah perkara kecil dan Tuk faham kesukaran menumbangkan Kerajaan yang sudah bermaharajalela selama 50 tahun, memang dia tak akan lepaskan dengan mudah.

DAP setakat ini telah menunjukkan prestasi yang baik di Pulau Pinang, tetapi di lain-lain tempat masih menghampakan. Isu-isu di Perak dan Johor selepas pilihanraya Mac 8 menggambarkan ahli-ahlinya yang suka memperbesarkan isu-isu kecil seperti pemakaian songkok di Johor. Selangor juga menunjukkan prestasi yang agak baik, tetapi masih menghampakan. Tuk pun ada marah, bila Karpal Singh abak yang ambil alih kerajaan melalui cara lompat tak demokratik, tapi pikir-pikir balik betul jugak. Then again how can we trust the current system? Thats why i think Pakatan must take over, then buang all those haprak pia laws, then bubar parlimen secepat mungkin and have new election!

Dan masalah terbaru yang pada pendapat Tuk adalah suatu bentuk pengkhianatan adalah pengumuman Menteri Besar Kedah Datuk Ser Azizan Abdul Razak baru-baru ini yang mencadangkan untuk meningkatkan kuota Bumiputera bagi projek perumahan jelas bercanggah dengan usaha-usaha Pakatan Rakyat. Malah menunjukkan kecenderungan untuk mengiktiraf pemakaian Dasar Ekonomi Baru ala UMNO. Cadangan beliau juga menunjukkan komitmen Pakatan Kedah untuk menghapuskan politik perkauman cuma air liur semata-mata!.

Dia nak naikan kuota 30% Bumi sekarang kepada 50%, apa dia ingat orang bukan Bumi tak miskin? Apa dia pikir Bumi sahaja yang tak mampu nak beli rumah? Sudahlah!, Tuk pun malas mau layan kerenah Pakatan Rakyat. Jangan pakai nama Rakyat kalau beginilah komitmen anda! Cakap tak serupa bikin!

49 Responses

  1. PR sudah menimbulkan kemuakan di kalangan rakyat.

    aku setuju kalau kita mulakan kritikan pada PR. jangan sorok2 mana kesilapan dari mana2 pihak pun! dan jangan maafkan mereka atas nama utk menjaga “gerakan”!

  2. Percaya atau tidak, non muslim dibawah kepimpinan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat mereka tetap dianggap orang kafir.

    Sekarang ni kedua-dua puak bersaing antara satu sama lain menuntut mereka adalah wakil tuhan. Demikianlah mereka akan melakukan apa sahaja yang mebuat mereka nampak sangat beriman.

    Siapakah lagi mempunyai hak-hak sivil Warganegara Malaysia sekiranya bukan anak Malaysia. Maka siapakah yang layak mempunyai hak-hak di Negara yang berasaskan agama sekiranya bukan penganut agama negara tersebut?

  3. Kepada semua pembaca..

    Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat hanyalah Pertubuhan yg tidak bernyawa.. Jangan salahkan parti..

    Salahkan manusia yg wujud dalam parti tersebut..

    Mereka bukan bersaing untuk jadi wakil Tuhan.. Bersainglah sampai mati pon mereka bukan wakil Tuhan.. Persaingan mereka sebab mereka semua tak berpendirian.. Xde prinsip dalam kepimpinan.. Pemimpin jenis apa mereka tu?

    Siapa kate mereka beriman.. Orang yg beriman tak pernah mengaku dia beriman.. malah mereka masih merasakan mereka masih banyak kekurangan..

    Ahli2 politik di lantik.. Siapa yg lantik kalu bukan rakyat Malaysia.. di hulur dengan wang dan harta mata rakyat pon jadi kabur.. Sekabur mata ayam di senja hari…

    Kita lantik makhluk tu supaya dia menjaga kita tapi mereka cuba mempergunakan kita dari banyak segi..

    YB?
    Yang berhormat ape kebendanya.. Kita lantik dia bukan untuk dia dihormati.. Dapat gaji duit rakyat tapi kerja x buat.. tanggungjawab x laksanakan..
    YB maksudnye yang berkhidmat.. Tapi mereka ahli politik masih nak tunjuk belang..

    to be continue.. IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII 0.009%

  4. jadi kepada Anak Si Miskin, Siput nak bertanya..nak salahkan rakyat ke sebab lantik YB2 ni? rakyat tak lantik mereka untuk korup! sesiapa pun akan gelam mata jika jawatan di samakan dengan kuasa bukan amanah yang maha berat. power tend to corupt, absulote power corupt absulotely..! maka siapa pun yang berkuasa bukan pokoknya… yang penting mata telinga dan tangan rakyat jangan dikunci dari menyatakan ketidakpuashatian mereka..

  5. Faham-faham ajelah attitude ahli-ahli politik ni. Kalau kena start from scratch tu, bertungkus lumus la nak buat kerja, dapatkan sokongan rakyat konon. Dapat aje kemenangan, biarpun tak cukup untuk menubuhkan kerajaan baru dahpun nak tunjuk belang. Absolute power corrupts absolutely. Partial power corrupts absolutely too, in a slower pace.

    Betul kata Anak Si Miskin, parti-parti cuma pertubuhan yang tidak bernyawa. Yang pentingnya manusia yang wujud dalam parti berkenaan. Kalau Tuk inginkan satu negara demokrasi yang bebas daripada isu perkauman, agama serta rasuah, kenalah mula dari sistem pendidikan sekolah dan keluarga. Yang tu pun makan masa bergenerasi lamanya.

    Jika inginkan keputusan yang lebih cepat, lagi baik kalau rakyat mengundi untuk calon dan bukannya parti. Ape kata tuk?

  6. HEY LU KALAU NAK BUAT ARTICLE PAKAI OTAK!! LU JGN HENTAM SEBARANG.YANG KAU NAK BISING2 AWAL2 NI PASAL.RELAXLAH..ORG BARU NAK MEMERINTAH..PERLUKAN MASA.YANG KAU BAHAN LEBIH2 PASAL? ISU BUMI TAK BUMI? SBB KAU BUKAN BUMI SBB TU KAU BISING KAN?? KAU NI MCM CACING KEPANASAN.RELAXLAH..GELABAH SEKALI KAU NI..KAU PUNYA CKP, MCM KAU NI BETUL SNGT..SEMUA KAU NK KOMEN, SEUA ORG TAK BETUL!! YG KAU TU BETUL SNGT KER.BEB, KALAU NAK BUAT ARTICLE SETAKAT NAK HENTAM, CARI PUBLISITI BAIK TAK PAYAH.SETAKAT NAK AN ANALISIS GUNA KEPALA KAU YG TAK BETUL TU BAIK TAK PAYAH..APALAH KAU NI..HENTIKANLAH PERANGAI KAU NI DATUK HARIMAU!!

  7. SATU LAGI ISU PAS JUMPA UMNO! KAU NI KALAU SETAKAT BACA DALAM PAPER,DAN KHABAR2 ANGIN MUDAH SNGT KAU NI BUAT ANALISIS.LAIN KALI CARI MAKLUMAT AND BACA BIAR SAMPAI FAHAM..ANALISIS N CARI KEBENARAN..SESEDAP MULUT KAU JER CKP.LU JNGN NAK BISING SNGT..SERABUT SEKALI KAU NI

  8. wahai AKU DAH LAMA PERHATI KAU, aku rasa dalam hal ni kau yang kepanasan.. dengan nada yang sama aku menyarankan kau untuk RELEXLAH… ni bukan soal siapa bagus sangat tetapi kita memilih kerajaan adalah untuk bekerja buat kita bukan untuk melakukan kesilapan… hak dato harimau untuk kritik terhadap Pakatan Rakyat dan adalah menjadi hak ko untuk mengkritik idea dato harimau.. bukan nak hentam peribadi.. hidup r sebagai anak muda! rayakan dan diskusikan idea!

  9. AKU DAH LAMA PERHATI KAU… pehal? Kalu tak puas hati.. senaraikan mengapa dan kenapa.. jangan bising tak tentu pasal. Terima Kasih

  10. haha, hey…why so serious? kenapa panas sangat…kalau berapi ade substance takpe, jangan berapi-api tapi takde intellectual input..haha…relak lah..

    harimau tu tak cakap yg dia betul, dia cuma cakap yg depa tu salah atau buat salah…sekali juga dengan alasan2 kenapa dia rasa depa salah..kalau hang rasa dia tu salah, bagi juga la hujah2 kenapa hang rasa dia salah…

    you should be attacking his grounds and reasons of his argument instead of attacking his choosing to criticise PR…if anything is wrong it should be his reasons and not his conduct of criticising..whether and whoever he wants to criticise is his right…

    u have to tell us…

    1. kenapa depa perlukan lebih masa?
    2. kenapa tak leh buat bising, tak kisah sama ada bumi atau bukan bumi?
    3. kalau paper tak leh caya, apa yg sebenarnya berlaku antara UMNO dgn PAS?

    chill man..dun need to be so defensive…hehe..

  11. aDeLiNe… ya tuk stuju, namun kita masih belum bersedia untuk politik seperti itu lagi, kerana hubungan diantara rakyat dan individu-individu masih lemah, terutamanya pembangkang kerana pihak kerajaan mengongkong media massa utama daripada memberikan ruang kepada mereka untuk mendekati rakyat.

  12. This is Stefan Molyneux’s statement and here i quote:

    “I have always believed that it is not particularly productive to criticize without providing an alternative. I have never wanted to be an “armchair quarterback” who complains about the decisions and actions of others, and yet remains unwilling to rouse himself to create a reasonable solution.”

    “I have strong opinions about how we can truly begin to build a road to a better and freer future – but first I know that the political, academic, and religious addictions of libertarianism must be shed in order for us to begin down that road.”

    “You have to clear the rubble before building anew.”

  13. Kita Berjumpa Nanti… hehe i know who you are… Anyway, im no armchair quaterback, by criticizing i am raising awareness so that the Rakyat can keep the elected representative in check. It is the check and balance i want working. But then again.. Stefan Molyneux… an anarcho capitalist… would say that as he not only wants to get rid of the state, but also the justice as we have by means of the court. I dont believe that justice can be impartial when it is made into a commodity. Therefore i would reject Stefan’s view just as how i would reject anything coming from George Bush.

  14. menarik perbahasan ni =)
    btw, dlm hal ini, tidak boleh melulu.1)pakatan rakyat or barisan still the politican. Pergilah tang mana pun, politik itu tetap wujud. Bagi saya secara peribadi, Mahupun PAS di Kedah, atau DAP di Penang , mereka tetap akan utamakan kaum majoriti parti masing-masing. Cuma yang beazanya adalah, “nisbah” layanan mereka pada kaum-kaum lain jika dibandingkan semasa pemerintahan BN, yang mana nisbah itu adalah sangat tidak adil dalam konteks hanya untuk kroni mereka sahaja, di masa yang sama rakyat maheran dibiarkan melarat. Ini hanya pandangan saya sahaja. Mengenai pendapat prestasi Pakatan Rakyat, saya melihat pandangan dari sahabat saya penulis ada benarnya, namun bagi saya dalam soal ini, saya suka melihat kenapa ia berlaku? analisis awal saya di perak , mengenai soal rasuah oleh adun PKR, saya langsung tidak terkejut sekiranya ia berlaku, kerana kita sedia tahu kebanyakan ahli Keadilan sblm ini adalah juga asalnya ahli dari komponen BN, maka mungkin ‘perangai lama; di dalam BN itu masih tidak dapat dibuang. Itu mmg bukan soalnya, yang salah tetap salah.Mengenai kerajaan Pas di kedah pula, soal kouta perumahan.. isu ini mgkn agak sukar untuk dikupas..sebagai bangsa melayu . saya hanya melihat dlm soal ini masih lagi ramai di kedah orang malayu yang merempat, MALAHAN kaum BUKAN BUMI juga. saya merasakan langkah awal kerjaan ini mungkin ada polisi membasmi kemiskininan untuk gologan BUMI, maka saya rasa dengan hanya soal pemberian ini, tidak wajarlah terus dilontarkan tomahan mengenai PAKATAN RAKYAT tidak bagus dan diskriminasi.Ini kerana bagaiman solanya hal pemberian Tanah Kepada sekolah CIna di perak? mungkin kita patut fikirkan. Bagi saya mudah, kerajaan ini kerjaanya baru, masih juga ‘mentah’ kecuali kelantan.lantaran itu saya berpenadapat sebagai rakyat bawahan, mana yang salah itu harus ditegur, disapa dan dinasihat..Rasanya kurang enak jika kita terus menyalahkan secara TOTAL..Ini mungkin tidak adil. walaubagaimanapun ini hanya pendapat peribadi saya. Saya menghormati pendapat penulis. Terima Kasih

  15. limited government please..hehehe

  16. Whatever it is , it’s high time young generation to really give a thought about it. We need more enthusiastic and realistic leaders to suit the need and nature of our country’s population. The young really need to do something if you want Malaysia to be for the true and ideal Malaysians. Even among our small number siblings we have to quarrel everyday, what do we expect for a 24 million siblings that we have in our country. All the best.

  17. aku mohon maaf kepada kawan-kawan sebab aku tak bersetuju dengan korang. untuk aku kita harus faham tentang kesulitan yang dialami oleh kerajaan pakatan rakyat. kita harus ingat kuasa sebenar tidak terletak kepada kerajaan negeri.

    sila bukak perlembagaan persekutuan untuk melihat bidang kuasa kerajaan negeri. terlalu kecil dibandingkan dengan kuasa kerajaan pusat. kuasa real yang sebenar adalah ditangan kerajaan pusat dan bukan kerajaan negeri.

    dan sekarang ini takkan korang tak baca macam mana kerajaan pusat cekik leher kerajaan negeri sampai kerajaan negeri tak boleh nak bernafas. untuk mentadbir negeri, kerajaan pakatan rakyat perlukan peruntukan. macam mana nak tadbir kalau peruntukan disekat?

    ini aku rasa korang kene faham. kita bertarung di medan yang tidak sama rata. tambahan pulak jentera terpenting pentadbiran sesebuah negeri iaitu sektor-sektor perkhidmatan awam adalah di bawah pusat. ini belum lagi dikira alat-alat negara yang lain seperti sekolah, universiti, polis, tentera dan seumpamanya.

    jadi, konsentrasi kuasa yang tak seimbang ini perlulah diperkirakan sebelum korang menyerang pakatan rakyat. aku sendiri pon banyak yang aku tak suker tentang pakatan rakyat ni tapi pader maser yang samer aku tidak hanya melihat kepada kesilapan, kesalahan dan kelemahan pakatan rakyat. aku turut melihat keseluruhan sistem yang sedia wujud yang sangat tidak adil kepada pakatan rakyat.

    melihat secara keseluruhan sesuatu fenomena itu penting sebelum kita serang dengan membabi-buta! jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu kita bakar.

    terima kasih.

  18. tapi jika kita percaya kepada federalism, kita harus memikirkana bagaimana kerajaan negeri dapat bergerak tanpa intervensi yg banyak dr kerajaan pusat…oh limited government nampaknya lebih baik🙂

  19. limited government dlm politik takpe…jangan2 limited government dlm ekonomi juga…umbang-ambing jadinya nanti..hehe..

  20. kebebasan ada sisinya🙂

  21. saya student local u nak tumpang tanya. soalan saya:

    1. limited government tu apa?

    2. apa yang limit? apa yang tak limit?

    3. setakat mana limitnya? setakat mana pulak intervensinya?

    4. negara mana di dunia ni yg amalkan limited government?

    5. negara-negara limited government ni dapat tak menyelesaikan atau mengurangkan masalah kemiskinan dan ketaksamaan dalam masyarakatnya?

    terima kasih

  22. Harimau tersenyum… Ini Amin Ahmad yang kena jawab ni. Amin.. dimana kau? Angkat kain jemuran, harimau dah lapar….

  23. kalo tak silap aku ar…..limited government ni merupakan suatu idea yang mendasari pandangan ideologi libertarian yang membawa maksud campurtangan negara perlu dihadkan di dalam menjamin wujudnya kebebasan individu khususnya di ruang ekonomi.

    kebebasan individu dan kebebasan individu untuk menjalankan aktiviti ekonomi ini perlu diberi ruang yang lebih luas dan negara perlu meminimakan campurtangannya di dalam perkara tersebut.

    umumnya kebebasan individu dan kebebasan menjalankan aktiviti ekonomi ini diberi jaminan melalui penegakkan undang-undang (rule of law).

    setakat mana limit campurtangan – negara perlu meminimakan campurtangannya terhadap ruang private individu (contohnya soal agama/kepercayaan/seksualiti dsb) dan juga ruang ekonomi.

    yang tak limit dan campurtangan negara dibolehkan – soal-soal penegakkan undang-undang bagi memastikan kebebasan individu dan harta persendirian (private property) dilindungi oleh negara.

    negara yang amalkan limited government – umumnya orang akan merujuk kepada negara Amerika walau pun bagi aku ini agak kurang tepat.

    adakah limited government dapat menyelesai/mengurangkan kemiskinan dan ketaksamaan – itu perlu ada data-data impirikal untuk menjawab soalan ini.

    ini yang aku faham tentang limited government. kalau ada kawan-kawan lain nak tambah, silakan. kalau salah pemahaman aku tentang limited government ini sila betulkan. terima kasih.

    p/s: tapi secara peribadi aku berpandangan idea limited government ini adalah suatu idea untuk mempertahankan kedudukan orang kaya dan memberi peluang seluas-luasnya untuk orang kaya menimbun-tambah kekayaannya. itu sebablah campurtangan negara dihadkan supaya orang-orang kaya ini boleh berbuat apa sahaja agar mereka terus kaya dan bertimbun-tambah kekayaan mereka tanpa perlu negara campurtangan di dalam urusan mereka untuk mengkayakan diri mereka.

    tapi mereka yang mendukung idea ini akan berhujah kita ada rule of law atau penegakkan undang-undang untuk memastikan orang miskin dan rakyat bawahan tidak dieksploitasi oleh orang kaya.

    untuk membahaskan soal rule of law dari perspektif yang berbeza, korang boleh baca tulisan member aku vanguard dalam artikelnya yang cukup menarik yang menghuraikan asal mula negara moden dan kritik ke atas rule of law.

    thanks.

  24. Tulisan ini mungkin panjang dan silap2 boleh buat artikel, hehe

    Pada hemat aku, Tuju Malbaru telah menerangkan serba sedikit tentang kerajaan terhad. Argumentasi tentang hal orang kaya itu pada aku masih boleh diperdebatkan.

    Sehingga kini, mereka yang gemarkan subsidi atas maksud menolong orang miskin tidak dapat menjawab hujah libertarian bahawa subsidi minyak sebenarnya menolong orang kaya. Libertarian bukan membela orang kaya tetapi idea berkaitan hak milik dan juga persaingan.

    Kerajaan terhad berbeza dengan tiada langsung peranan kerajaan (baca:anarki). Untuk aku, peranan kerajaan perlu ada dan aku setuju penerangan bahawa ia banyak bertumpu kepada soal ekonomi (dan aku menambah, kalau boleh dalam kebanyakan ruang).

    Sebenarnya separation of power itu sendiri adalah satu bentuk menghadkan kuasa kerajaan. Campur tangan kerajaan diminimakan untuk menghilangkan barrier bagi orang ramai menyertai pasaran. Dengan kurangnya barrier ini, persaingan dapat wujud sesama peniaga (dan ini bukti boleh jadi bukti kenapa ia tidak sepenuhnya tepat untuk mengatakan membela kapitalis). Apabila peluang menyertai persaingan di pasaran wujud, orang yang kurang modal (baca:orang susah) juga boleh berniaga dan keluar dari kitaran kemiskinan tanpa perlu memikirkan banyak perkara sebelum masuk dalam pasaran. Bukti persaingan adalah baik boleh dirujuk kepada kehadiran TESCO, Giant dan sebagainya di mana persaingan harga rendah+barangan kualiti berlaku. Ia menguntungkan masyarakat terbanyak.

    Ya, sudah tentu peniaga tempatan akan berdepan dengan persaingan ini. Tetapi kita harus fikirkan semula siapa yang mendapat untung dari harga murah ini? Libertarian percaya bahawa peniaga tempatan juga boleh menyediakan harga murah bila mengikut persaingan di pasaran.

    Pada aku, persaingan harga murah sebenarnya meningkatkan purchasing power rakyat. Misalnya, dengan gaji 600 dulu kita boleh beli apa dan dengan wujudnya persaingan kita boleh beli apa? Dulu sim kad maxis bapak mahalnya, tapi dengan wujudnya persaingan, nilai sms kurang dan kita boleh sms dengan byk. Contoh saja.

    Kerajaan misalnya boleh membuka peluang untuk sesiapa yang berminat menguruskan sumber yang ada dengan cukai yang rendah – misalnya minyak. Ingat, hendak membina 1 pelantar minyak sama dengan membina 4 buah KLCC. Kosnya tidak murah dan ia mampu membuka peluang kerja untuk orang ramai. Agaknya berapa lama nak dapat cover balik modal? Sebab itu dalam perniagaan disiplin sangat penting dan ia tidak semudah yang dijangka apatah lagi bermain dengan modal besar.

    Kita tak boleh bergantung kepada kerajaan dalam konteks kerajaan besar. Masyarakat madani ialah sebuah masyarakat yang boleh menguruskan halnya sendiri. Dan atas semangat ini kita mahu kerajaan membenarkan kita menguruskan sebahagian besar sumber negara misalnya hutan lipur. Ya, caj akan dikenakan untuk membolehkan sumber ini diurus dengan baik dan lestari.

    Tanya saja, antara membayar cukai tinggi dan menyalurkannya untuk masyarakat terbanyak terlibat dalam proses menjaga negara melalui badan kebajikan yang mereka tubuhkan sendiri, mana yang kita suka?

    Hak pemilikan harta refleksi kepada soal mencuri. Apa erti mencuri dan kaitannya dengan hak pemilikan harta? Sdr sekalian patut boleh memikirkan sendiri.

    Sebenarnya bukan semua kapitalis menganut kapitalisme, sebab itu sebahagian kapitalis yang takutkan persaingan suka mendana kerajaan untuk memastikan kerajaan menghadkan persaingan dan membolehkan mereka bermaharajalela mengaut untung dari dasar tiada persaingan. Mereka boleh sesuka hati meletakkan harga.

    Kerajaan boleh masuk campur jika ada pakatan di kalangan peniaga untuk meletakkan harga yang sama pada nilai yang tinggi dan menindas. Tetapi kita boleh berfikir jika A, B dan C berpakat – silap2 orang hanya membeli dari A dan tidak dari B dan C kerana nilai harganya sama. Sudah tentu ini tidak akan menggembirakan B dan C.

    Kita mahukan harga rendah (baca: kita ada self interest sendiri). Minyak murah juga self interest tanpa kita sedar sebenarnya kita memberi peluang kepada orang kaya mencipta lebih banyak kekayaan kerana cukai tinggi untuk subsidi ini akhirnya mereka yang guna dan mereka akan menjadikan alasan ini untuk meletakkan harga barang tinggi.

    Ada perbincangan yang dalam di kalangan libertarian bagaimana transisi sebuah negara sosialis ke arah pasaran bebas. Ia tidak semudah itu kerana pembinaan institusi dan sebagainya perlu. Aku sedang cuba mendalami dan memahami aspek ini. Contoh Norway yang selalu disebut-sebut oleh sebilangan teman harus disandarkan kepada realiti dasar sebelum dan realiti dasar masa kini…

    Harap perkongsian ini bermanfaat untuk aku dan kalian. Terima kasih juga kerana dunia idea itu bebas dan selama mana kita manusia, kita harus ada rasa kemanusiaan..

  25. Amin,

    buat satu artikel pasal limited government ni. jgn panjang sgt. nanti org tak bacer ar. pendek, padat dan sampai maksud yg ingin disampaikan.

    kami memang mengalu-alukan pandangan yang berbeza utk disiarkan….kerana dalam hal idea kami memang mengambil posisi pasaran bebas.

    tak macam sesetengah orang yg mengklaim memperjuangkan pasaran bebas tapi biler antar artikel yang berbeza pandangan, terus tak nak siarkan. hahaha. tapi aku faham….itu kan hak individu….tak boleh kita paksa….tak gitu? hahaha

  26. insyaAllah..aku jarang tulis artikel, biasa tulis santai macam di atas – spontan.

    di mana pun kita mesti menghormati property rights. bagi aku kita tak perlu bising dalam konteks idea jika ia tak diterima di gelanggang lawan…pasaran bebas membenarkan anda membuka gelanggang sendiri. itu konsepnya..takkanla bab pasaran bebas dalam konteks kebebasan media ni pun nak letak di luar konteks? hehehe

  27. hipokrasi datang dalam berbagai bentuk…hehehe

  28. NTAHPAPE LA…..KEPADA SEMUA ORANG YANG TERLIBAT DALAM PENULISAN BLOG ATAU KOMEN2 DIATAS ATAU YANG TAK TERLIBAT AKU NAK WARNING. SEBELUM NAK KUTUK, SEBELUM NAK BUAT ANDAIAN, SEBELUM NAK BUAT KESIMPULAN, SEBELUM NK MENYEBARKAN DAKYAH-DAKYAH, SEBELUM NAK BUAT APA-APA SAJA TOHMAHAN KEPADA KERAJAAN KE PEMBANGKANG KE SELIDIK LA DULU. KO TAK NAMPAK KO CAKAP, KO TAK DENGAR KO CAKAP, KO DENGAR CITER ORANG KO CAKAP, KO TAKDE BUKTI YANG sahih KO CAKAP, KO DENGAR KHABAR ANGIN TAKDE BUKTI KO CAKAP GAK. GENTEL CARI BUKTI DAN SAKSI BARU CAKAP Laaaa. pe la lu…..otak ada pikirla…..lututka?

  29. hipokrasi mungkin berlaku dalam bentuk peranan negara membela kapitalis yang takut bersaing sehingga menyusahkan rakyat. kapitalis ini sedia bayar cukai tinggi asal negara menjaganya kerana negara perlukan cukai ini untuk tunjuk kepada rakyat “kami berbuat sesuatu”.

    sistem yang suka kepada peranan daulah yang besar ini bukan kapitalisme, tetapi sosialisme..sebab itu akhirnya kongres amerika rasa berdosa terhadap silap mereka dan memutuskan untuk bailout syarikat yg gagal sedangkan libertarian menggesa mereka diisytiharkan bankrap saja!

    benar, hipokrasi datang dalam pelbagai bentuk🙂

  30. hipokrasi mungkin berlaku dalam bentuk peranan negara membela kapitalis yang takut bersaing sehingga menyusahkan rakyat. kapitalis ini sedia bayar cukai tinggi asal negara menjaganya kerana negara perlukan cukai ini untuk tunjuk kepada rakyat “kami berbuat sesuatu”.

    sistem yang suka kepada peranan daulah yang besar ini bukan kapitalisme, tetapi sosialisme..sebab itu akhirnya kongres amerika rasa berdosa terhadap silap mereka dan memutuskan untuk bailout syarikat yg gagal sedangkan libertarian menggesa mereka diisytiharkan bankrap saja!

    benar, hipokrasi datang dalam pelbagai bentuk🙂

  31. Sedikit data empirikal mengenai tuduhan peniaga memindahkan modal ke tempat gaji paling rendah dan mengeksploit pekerja termiskin.

    Sepanjang tahun 1990-an, 81 peratus pelaburan asing Amerika Syarikat pergi ke tiga tempat: Kanada, Eropah Barat, dan Jepun. Negara membangun seperti Indonesia, Brazil, Thailand dan Mexico, yang mana kadar gaji di sana semakin meningkat, menerima 18 peratus. Dan negara-negara lain, termasuklah seluruh Afrika, berkongsi lebihan yang tinggal satu peratus lagi sahaja.

    Pelabur membuat pelaburan di tempat-tempat yang
    berpotensi membawa pulangan yang terbaik. Secara umumnya, potensi ini ditawarkan oleh negara-negara yang mana kadar gaji mereka adalah tinggi, bukan rendah.

    Polisi di Malaysia agak celaka kerana dari pengetahuan aku pelaburan luar wajib memberi 30% saham kepada bumiputera (yang rata2nya kalian tahu dari mana asalnya). Polisi ambil untung atas angin begini akhirnya mendera rakyat hanya untuk menampung kos (baca:barrier) ini – barrier yang berpunca dari hegemoni daulah.

    Di atas mungkin cth untuk kita lebih bersikap saksama.

  32. di tahun 90an 81 peratus pelaburan asing yang pergi ke kanada, eropah barat dan jepun tu, dan hanya 18 peratus pergi ke brazil, thailand dan mexico….dari mana saudara amin dapat figure tu. boleh berkongsi.

    di tahun 2000an ini, polanya macam mana pulak?

    kalau betul lah pelabur pergi melabur ke tempat yang umumnya menawarkanpotensi pulangan yang lebih baik iaitu di tempat gaji yang tinggi, kenapa pula berbondong-bondong syarikat MNC dan TNC pergi ke China sekarang?

  33. saya perolehi dari simpanan data di Cato University semasa saya berkursus di sana dan ia diterbitkan.

    setahu saya Cina kini mula membuka pasarannya. dan saya selalu sebut kepada kawan2 (khususnya Ling) sambil saya sendiri cuba mendalami bahawa proses transisi polisi dari sebuah negara sosialis ke pasaran bebas memerlukan beberapa pendekatan kerana ia melibatkan pembinaan institusi dan sebagainya.

    sebenarnya ia common sense, iaitu kita akan jual brg di tempat org mampu beli…semudah itu. atau kita mahu rugi? ia bercanggah dgn tuduhan tamak dan memaksimumkan keuntungan. sy lebih cenderung mengatakan istilah yg tepat ialah mengoptimumkan pulangan..

  34. Errr….bukan ke Cato tu institut yang mengembangkan ideologi libertarian?

    kalau sesuatu institut itu memegang ideologi yang tertentu, pastilah dia akan membawa kita kepada fakta-fakta untuk memenangkan ideologi dia.

    sama juga dengan institut islam, yang tentunya akan membawa fakta untuk memenangkan islam.

    begitu juga dengan institut sosialis, tentulah fakta yang dibawanya itu, cuba memenangkan sosialis.

    macam mana kita nak tahu yang mana betul?

  35. fakta dlm bentuk angka tidak sama dengan fakta cair yang lain.

    ya, sebab itu yg kita bincangkan kaedah dan angka ini dtg selepas kaedah. soal betul atau tidak kita yg putuskan utk diri kita sendiri (kebebasan individu atau tanggungjawab individu). kita boleh meleburkan langsung ciri individu dgn mengambil bulat2 satu pegangan dan menolak bulat2 satu pegangan yg lain.

    sy masih mahu bertanya berdasarkan premis: jika kita tidak ada sesuatu kita tak boleh memberi sesuatu. agaknya dr mana sosialisme mengambil sumbernya? cukai? siapa agaknya menyumbangkan paling byk dari cukai? bagaimana pula mereka yg menyumbangkan cukai ini memperolehi lebihan duit ini – property right atau bukan?

    sdr agak institut Cato akan menerbitkan sesuatu yg boleh memalukan mereka dlm konteks data sahih? sbnrnya sdr tidak perlu bersusah payah, sdr boleh mencari fakta ini.

    cuma sebelum pergi jauh, sy harap sdr dapat bezakan apa itu kapitalis dan kapitalisme.

  36. tolong jangan malukan saya misalnya jika sdr mahu beritau bahawa sdr tidak tahu menggunakan lebai google untuk menaip World Investment Report.

  37. kapitalisme memerlukan negara terhad supaya negara tidak mengganggunya untuk membuat keuntungan maksima atau menurut kata amin, pulangan optimum.

    tetapi apabila usahanya untuk membuat keuntungan maksima akhirnya memakan diri sendiri akibat tamak haloba (merujuk kepada syarikat kewangan amerika yang dilanda krisis), akhirnya ideologi negara terhad yang dipropagandakannya itu tidak dipakai olehnya sendiri.

    negara di dalam sistem kapitalisme adalah alat untuk menyelamat dan mempertahankan elit pemodal. ini hakikat yang tidak boleh kita nafikan. baik di amerika mahu pun di malaysia.

    dan ini adalah hipokrasi yang di bawa oleh kapitalisme. cakap tak serupa bikin.

  38. dan aku setuju dengan amin bahawa sosialisme cenderung kepada negara besar. tapi sekurang-kurangnya sosialisme tidak pernah hipokrit tentang hal ini. hehehe

  39. kapitalis = pemodal
    kapitalisme = ideologi untuk mempertahankan modal

    hehehe. betul tak amin?

  40. aku rasa dalam konteks mana-mana institut yang membawa pendirian politik atau ideologi yang tertentu, umumnya mereka akan memberikan fakta-fakta yang tentunya akan menyebelahi mereka. fakta-fakta yang tidak menyebelahi mereka biasanya, tidak mereka tunjukkan.

    ini untuk aku suatu perkara yang biasa dalam pertarungan ideologi. ada kecenderungan untuk menyembunyikan fakta-fakta yang boleh menunjukkan kelemahan dan keburukan sistem yang dibawanya.

    contohnya dalam kes nike di indonesia. kelompok libertarian tentu akan membawa fakta-fakta yang menunjukkan bahawa kehadiran nike telah membawa kesejahteraan terhadap pekerja indonesia. dan pada masa yang sama, kelompok-kelompok sosialis juga akan membawa fakta-fakta yang menunjukkan eksploitasi yang dilakukan oleh nike kepada pekerja indonesia.

    jadi di sini, di dalam satu kes, kita boleh merujuk kepada kedua-dua fakta yang dibawa oleh kedua-dua aliran pemikiran.

    jadi untuk aku, adalah penting untuk kita melihat pelbagai hujah, baik yang libertarian mahupun yang sosialis atau anarkis, baik yang kapitalis mahu pun islamis dan pelbagai jalur fikiran yang lain supaya solusi yang kita cari itu lebih mantap dan baik.

    dan untuk aku faktor terpenting di dalam membuat penetapan pendirian ialah ia haruslah melihat kepada kondisi lokal kita sendiri. aspek-aspek politik, ekonomi, budaya, agama, sosial, demografi yang bersifat lokal harus kita teliti kerana apa sekali pun pendirian kita, ianya harus sesuai dengan kondisi di bumi yang kita pijak ini.

  41. aku agak tidak setuju kawan lamaku Tuju Malbaru🙂

    kalau kau perihatin sikit, dalam kes di Amerika yang terkini libertarian menggesa kerajaan mengisytiharkan mereka ini bankrap! aku telah selesaikan terjemahan yang kau boleh rujuk di artikel bawah

    http://www.waubebas.org/ms/node/299

    dan ini bukan hipokrisi sebaliknya bagi aku kelompok sosialis di sana yang favor campur tangan kerajaan mahu bank2 ini diambil alih dan ia mudah difahami kerana mereka yg lingkup ini adalah ciptaan kerajaan. ya, sepatutnya mereka yg tamak dan lingkup ini dibiarkan bankrap – itu pendirian libertarian. dalam kes tyg aku jwb ini terbukti kapitalis ciptaan sistem sosialislah yg hipokrit – mahu mengambil untung dengan diselamatkan oleh wang rakyat (baca:cukai). libertarian tidak membela kapitalis sebaliknya idea hak pemilikan harta melalui persaingan. kan aku dah tulis sebelum ni biar kapitalis bersaing sesama sendiri dan rakyat mengambil manfaatnya. rakyat tak akan dapat manfaat jika kapitalis tak bersaing kerana monopoli akan menyiksa rakyat sebagai mana byk cth kes kapitalis jenis ini di Malaysia dan Indonesia!

  42. aku boleh setuju dengan perenggan akhir

    dan untuk aku faktor terpenting di dalam membuat penetapan pendirian ialah ia haruslah melihat kepada kondisi lokal kita sendiri. aspek-aspek politik, ekonomi, budaya, agama, sosial, demografi yang bersifat lokal harus kita teliti kerana apa sekali pun pendirian kita, ianya harus sesuai dengan kondisi di bumi yang kita pijak ini.

    cuma aku glokal dan bukan orang najib ya (kerana belum ada najibisme barangkali, haha). lokal aku tidak menolak pengaruh global kerana pada aku ilmu sifatnya tidak statik dan bergerak…

  43. Tuju Malbaru (aku rahsiakan identiti kau ni, hehe)

    Pada aku:

    Kapitalis: Pemilik harta (yang kau istilahkan modal)
    Kapitalisme: Idea bersabit pemilikan harta (dan mempertahankan harta dengan cara sah).

    Cara sah di sini beerti bukan dicuri atau dirampas. Jika rampas atau curi kita harus lawan! Dan kerajaan biasanya mencuri duit rakyat dengan cukai yang tinggi dan merampas tanah rakyat atas nama kebajikan untuk semua!

  44. amin, tulis la satu artikel. ini artikel cerita pasal pakatan rakyat. kita sudah lari tajuk nih. hahaha. biar kita berdebat di ruang khusus.

    btw, untu aku di amerika agak kurang tepat untuk mengkelompokkan mereka sebagai sosialis. perkataan kelompok kiri lebih tepat kerana spektrum kiri di amerika terlalu luas dari anarkis, sindikalis, libertarian sosialis, sosialis hinggalah ke sosial-demokrat dsb.

    mungkin bacaan ko lain dari bacaan aku. dari bacaan aku pendirian kelompok kiri seperti naomi klein misalnya mendesak supaya kerajaan menyelamatkan mereka (peminjam-peminjam) rakyat dari strata bawah. memandangkan kerajaan telah menyelamatkan pemodal besar kenapa rakyat bawah yang terlibat di dalam mortgage rumah tidak turut diselamatkan.

    rata-rata pendirian sarjana dari kelompok kiri amerika yang aku baca menentang keras usaha menyelamatkan kapitalis besar tetapi minggirkan rakyat bawah. ko boleh pergi ke zmag punyer website.

    dan aku fikir statement ko agak mengelirukan: “terbukti kapitalis ciptaan sistem sosialislah yg hipokrit ” kalau dah sosialis mana mungkin dia mencipta kapitalis. aku rasa statement ini sangat mengelirukan.

    dalam sistem sosialis, punca-punca produksi adalah disosialisasikan kepada rakyat iaitu rakyatlah yang memiliki punca-punca produksi. jadi kalau punca-punca ekonomi dimiliki oleh rakyat, jadi tidak akan timbul sama sekali “kapitalis ciptaan sistem sosialis” yang kau cakapkan tu. ini adalah kerana konsep kaiptalis tidak akan muncul dalam sistem yang sebegini kerana punca ekonomi dimiliki bersama. ternyata ko sangat keliru dan pernyataan ko tu mempunyai kontradiksi yang nyata.

    begitu juga dengan hujah ko yang ini “libertarian tidak membela kapitalis sebaliknya idea hak pemilikan harta”. aku rasa kepemilikan harta yang ko maksudkan itu tentulah kepemilikan harta individu, kan? hahaha. ini kontradiksi yang paling besar dalam pernyataan ko ni. kepemilikan harta individidu adalah inti kepada kapitalisme, berbeza dengan sosialisme yang memperjuangkan kepemilikan bersama.

    jadi memandangkan kepemilikan harta individu ialah inti kapitalisme, jadinya pernyataan ko tu sungguh tidak lojik bila ko cakap libertarian tidak membela kapitalis sebaliknya idea hak kepemilikan harta. ini adalah kerana inti idea kapitalisme itu sendiri ialah idea kepemilikan harta. membela idea harta kepemilikan individu adalah sama dengan membela kapitalis!

    hahaha. jadi di sini siapa yang hipokrit? sememangnya hipokrasi datang dalam pelbagai bentuk…hehehe.

    wei, tulis la satu artikel tentang libertarian. kita bukak ruang wacana yang khusus. terima kaseh.

  45. aku tak akan jawab lagi hujah ko sehingga ko buat satu artikel untuk diskopi. kami memang perlukan penulis-penulis aliran libertarian untuk menulis di sini.

    tulis la. tapi tentunya kami tidak memaksa. kami menghormati indivudual rights ko….hahahaha

  46. tolongla… ini post pasal kerajaan pakatan.. yang korang diskus market pehal?

  47. haha..ok2

    aku pun sebenarnya rasa sepatutnya ini didebatkan di kebahagian pasaran bebas..tapi dah ada org seret ke limited government (selepas dipancing oleh aku) dan diseret lagi ke konteks ekonomi.

    aku bukan tak nak tulis..di waubebas.org pun aku tulis tak banyak (walhal aku bergaji di sana, hehe). tapi persoalan yg kau bawa tu aku rasa aku boleh jawab.

    1. kapitalis dari sistem sosialis – mungkin kau rasa sosialis tak akan buat semua tu, sebab tu aku nak tanya di mana sumber sosialis? dana mana ngo sosialis bergerak? dana negara? negara ambil mana dana ni? bukit kalau tarah pun habis🙂 nak eksport? ehem..

    2. ya, harta individu kerana manusia tak semua sama. kebebasan individu ni dalam konteks yg luas misalnya hak raja petra nak menulis meskipun seluruh rakyat menentang (skdr contoh) dan dlm konteks ekonomi juga meliputi hak pemilikan harta oleh individu dan ia tidak semudah yg kau bayangkan. ia mesti melalui proses sah dari sudut undang2 tapi yg terjadi ialah dasar tiada persaingan yg sosialisme favour menyebabkan rakyat tertindas..ya mmg betul cakap kau bahawa tidak semudah itu nak longgokan semua sama juga tak semudah itu nak longgokan kesalahan kepada pasaran bebas.

    InsyaAllah aku bolehla menulis sekali sekala di sini (tapi tak boleh janji beb) dan artikel aku kena publish di waubebas.org juga, hehe. byk sgt benda yg aku minat ni..hehe

    untuk penulis tajuk ini, gua minta maaf beb (alamak dah tak mendaulatkan BM ni!). tapi kalau nak cakap soal miskin kaya, sebahagiannya berkait juga🙂

  48. bagus, cukup bagus punya artikel. bila kata mahu hapuskan politik perkauman mesti laksanakan. jangan di mulut sahaja, hati juga mesti sama.

    kalau PAS sudah mula melampau, keadilan patut memikirkan semula strateginya dan menggugurkan PAS dari pakatan. isikan calon sendiri pada pilihanraya akan datang. kalahkan calon dari PAS yg masih inginkan politik perkauman.

  49. da article n da cmmtz given are interestin..yet one shld nt write too long cmmt lar wei..if u really got sumthg to say abt tis topic..y not juz come up with another article instead of writin long2 cmmt here…cheerz..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: