Mamat Kopiah, Minah Jambu dan Kuih Raya

Kuih raya hanya tinggal serdak, minyak tanah pelita sudah pun kering, hidung ini semakin lupakan bau ketupat,rendang, lemang dan sambal kacang. Radio panas tidak lagi memutarkan lagu-lagu raya tangkap leleh untuk mamat Ulu Selama. Kalau ada pun bukan lagi pada waktu kemuncak. Sesungguhnya mood raya semakin pudar dan manusia-manusia yang dahulunya berpuasa kini menjalani kehidupan seperti biasa. Cuma waktu-waktu ekonomi yang tengah genting ini barangkali serdak-serdak kuih raya itu menjadi sarapan yang menyelerakan. Tiada apa yang begitu bererti sambutan Aidilfitri bagi aku , hanya dilalui seperti tahun-tahun sebelumnya. Bahkan lagi tidak menyeronokkan kerana budak baru belajar seperti aku tidak dapat menikmati cuti raya dengan nikmat.

Cuti pada akhir Ramadan dihabiskan untuk aku bekerja di bazaar Ramadan. Aku bekerja sebagai budak jual kuih raya. Akhirnya aku turut terhisap dengan sistem kapitalis di bulan Ramadan ini dan masa aku pun dieksploitasi..hahaha. di sini bukan berapa banyak jenis kuih raya habis dijual yang hendak aku cerita tapi pengalaman aku memlihat macam-macam jenis manusia yang aku jumpa. Jenis- jenis yang pelbagai ini melebihi jenis- jenis kuih raya yang aku jual. Bukan aku bertujuan untuk melabel bahawa si polan yang berjenis x ini salah dan si polan yang berjenis y ini betul tetapi untuk melihat bagaimana pemikiran-pemikiran sebahagian manusia-manusia di Malaysia yang diterjemahkan melalui tindakan-tindakan yang dapat aku lihat sepanjang menjadi golongan proletar ini. Bukan mengeneralisasikan, tapi setiap pemikiran yang diterjemahkan melalui perlakuan ini tidak wujud secara tiba-tiba tanpa pengaruh sosial dalam masyarakat dan aku yakin walaupun tidak majority tetapi kebanyakan atau sebahagian besar manusia-manusia di Malaysia ini mempunyai peradigma pemikiran yang sama.

Sememangnya bazaar Ramadan ini merupakan port paling baik untuk melihat macam-macam perangai manusia. Pengalaman aku berjumpa dengan seorang mamat berkopiah sebagai pelanggan tidak tetap di tempat aku dieksploitasi ini merupakan pengalaman menarik buat aku. perlu untuk aku menggambarkan bagaimana rupa bentuk mamat ini supaya dapat diimajinasikan oleh pembaca supaya kenikmatan membaca karangan pendek ini lebih darjatnya daripada menonton filem xxxxx di pawagam..haha.. secara ringkasnya mamat kopiah ini semestinya memakai kopiah, berpakaian sopan yang bersih dan menyimpan beberapa helai janggut sehingga menampakkan dengan jelas mamat ini beragama Islam. Memang sejuk mata makcik-makcik dan pakcik-pakcik di bazaar ini melihat mamat kopiah ini apatah lagi di bulan Ramadan. Selama mamat ini menjadi pelanggan di tempat aku bekerja sempat juga untuk aku berbual beberapa perkara.

Antara perkara yang diperbualkan ialah tentang ibadah puasa,nikmat-nikmat di bulan puasa, bagaimana menahan nafsu di bulan puasa dengan pelbagai cabaran yang meningkatkan hawa nafsu dan pelbagai lagi. Topik-topik yang disentuh oleh mamat tadi memang kena-kena dengan cara pemakaiannya. Mamat itu juga ada menyentuh soal masalah sosial remaja sekarang terrutamanya cara pemakaian lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, dengan jelas mamat ini mengatakan (sambil matanya melirik kearah beberapa miniah-minah seksi berdekatan)bahawa minah-minah seksi inilah antara cabaran kepada beberapa ratus atau ribu lagi mamat-mamat di luar sana untuk menjalani ibadah puasa. Meningkatkan syawat katanya..hahaha..

Oleh kerana tempat aku kerja itu merupakan laluan utama kepada pengunjung bazaar, maka kawasan sekitarnya merupakan port beberapa orang meminta sedekah. Sebelum mamat ini meminta diri, dia sempat memberi pandangan terhadap orang-orang yang meminta sedekah ini tadi. Bagi mamat ini, orang-orang yang meminta sedekah ini malas untuk berusaha sambil mengeluarkan beberapa potong ayat Al-Quran yang lebih kurang maksudnya ‘tuhan tidak menolong sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha sendiri’. Memang agak panjang perbualan aku dengan mamat tadi hinggakan aku tekad jika 4-5 minit dia tidak berhenti bercakap pasti aku halau dari kedai tempat aku kerja..hahaha..

Sememangnya menjual kuih raya yang tidak laku ini merupakan perkara yang membosankan. Ditambah lagi kebosanan dengan hingar-bingar lagu raya kontemprori yang menujah-nujah halwa telinga. Sungguh memualkan. Menyesal pula membiarkan mamat kopiah itu pergi, kalau tidak boleh untuk mendengar celoteh agamanya. Nasib baik gelagat-gelagat orang ramai yang sibuk membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri menghilangkan sedikit kebosanan. Walaupun bulan ini merupakan bulan mencuci dosa namun apa yang dapat dilakukan aku ditengah-tengah kesibukan orang ramai ini ialah mencuci mata. Ramai sekali minah-minah seksi yang turut sibuk membuat persiapan Aidilfitri. Ada yang datang bersama-sama kawan-kawan, dengan mak, dengan ayah, dengan abang kandung dan juga dengan abang lain mak lain ayah pon ada..hehe.. kadang-kadang terasa agak hairan juga melihat terdapat minah seksi lagi jambu dipimpin oleh mamat yang darjah ke’henseman’nya di bawah paras sifar…hahaha..ahh, cinta itu kan bukannya suatu yang rasional.

Di tengah-tengah kesibukan orang ramai, aku terlihat seorang minah yang seksi dan agak jambu. Cara berpakaian minah jambu ini lebih orang putih daripada orang putih. Menganggu kosentrasi dan prestasi aku sebagai jurujual kuih raya. Apa yang menarik perhatian aku ialah melihat minah jambu ini menderma kepada peminta sedekah yang berdekatan dengan tempat aku menjual kuih. Secara objektif, tanpa dipengaruhi factor-faktor lain, aku melihat minah jambu ini agak baik. Tetapi mesti orang ramai mesti memandang serong kerana cara minah ini berpakaian. Teringat aku bagaimana mamat kopiah itu tadi melihat minah-minah seksi ini sebagai punca maksiat. Sedang aku termenung mamat kopiah itu tadi lalu di hadapan kedai aku sambil membawa juadah berbuka puasa yang banyaknya di luar kebiasaan. Mungkin ini nikmat puasa yang diperkatakan tadi.

Berbual dengan mamat kopiah dan terserempak dengan minah jambu buat otak aku kacau. Terdapat beberapa persoalan yang masih kabur. Bagi aku, setiap pandangan yang dilontarkan oleh mamat kopiah tidak salah tetapi tidak juga betul secara muktamad. Walaupun mamat berkopiah yang menyimpan sejemput janggut itu tadi kelihatan seperti arif akan hal agama, tetapi mudah naik syawatnya melihat minah-minah seksi di bazaar..hahaha.. dalam soal berpakaian ini, aku rasa tidak patut untuk mamat kopiah itu tadi terus meletakkan hokum kepada minah-minah itu tadi sebagai masalah umat Islam lain menjalani ibadah puasa. Dalam hal ini aku bukan menggesa semua minah-minah di luar itu memakai pakaian seksi tetapi tidak terus meletakkan hokum kepada sesuatu perkara. Bagi aku, cara berpakaian minah-minah ini tidak seharusnya dipersalahkan secara mutlak kepada individu, tetapi bagaimana pemikiran mereka dikonstruk dan disosialisasikan dengan sistem-sistem yang ada yang kacau. Namun, adakah cara berpakaian begini benar-benar salah. Apakah Islam itu dilihat melalui kopiah dan tebalnya janggut mamat itu???

18 Responses

  1. aku rasa hang kena diekplotasikan lebih banyak lagi la..baru leh belajar lagi banyak…haha..mana tau lain kali dapat observation yang lebih hebat lagi…

    amat pelik ttp contradiksi-contradiksi ni la yg selalu berlaku dlm hidup kita…

  2. hahaha. sial ko mamat mesin cetak! ko buat aku ketawa terbahak-bahak. nombor tipon minah seksi tu ko ader amik tak? kalo setakat citer gua pon bole citer….nombor tiponnyer maner?

    hahaha

  3. wahai mamat mesin cetak, ko memang kuat mengayat! aku bagitau Pak lang Ko (yang merangkap tokey besar kedai kerepek n kuih raya seluruh Kota tinggi) supaya jgn amek ko keje lagi! patut kerepek tak laku! haha..

  4. Tuju!… strictly no handphone number mongering here please.

  5. wei, aper ni? bergurau pon tak leh ke? alamak admin! aku gurau jer ar. takkan la aku betol-betol nak mintak nombor fone awek seksi tu. ko pon tahu. aku ni manusia yang monogamous di dalam bercinta! setia sampai ke akhir usia!

  6. Yelah yelah… aku hanya menjalankan tugas. Tak boleh buat perangai tutup sebelah mata. Terima kasih.

  7. Laaa….budak mesincetak ni rupanya budak kota tinggi. aku memang setuju yang awek-awek kota tinggi memang jambu dan seksi.

    tapi balak-balak kota tinggi memang stok pelakon pak pacak watak jahat. poyo dan jongos! hahahaha

  8. wahai budak JB,
    aku selaku belia 4B Kota tinggi merangkap ahli jawatankuasa pemuda2 hensem DUN Panti rasa tersinggung dengan kenyataan ko tu..

    adalah tidak baik bagi ko untuk memberi kesimpulan mudah terhadap sekelompok masyarakat (generalisasi). generalisasi hanya akan membentuk steorotaip yang tidak membantu untuk kita lebih memahami dan menikmati kepelbagaian dalam bermasyarakat.

    kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat tidak sahaja wujud dalam bentuk warna kulit, kaum, kelas, usia, ideologi, agama, malahan tahap kehenseman!

  9. nasib baiklah tiada kebenaran yang mutlak dan bersifat relatif. Bagi budak JB ape yang diperkatakan mungkin betul dan bagi org lain mungkin juga salah..haha

  10. mungkin mesincetak boleh tanya tokey dia bagaimana pasaran bergerak dan berfikir semula kenapa dia memilih utk ‘membantu’ tokeynya..ada individual interest atau paksaan?🙂

  11. herm….mule-mule aku tegelak terbahak2. tapi lame2 aku tergamam…..

    kenape yer? malas r bagi tau. nanti aku menghukum watak2 dalam cerita mesincetak nih sedangkan aku sendiri tak tahu ape yang ade dalam kepala diorang dan ape kondisi diorang. So biarlah rahsia. haha

  12. “malas r bagi tau”- Org Islam xbuleh mls! hehe

  13. Akal fikiran manusia dalam mengadaptasi yang terlihat dan tersembunyi sering kali dikaitkan dengan penerimaan sesuatu konsep yang tercipta dari pengamatan mereka. Konsep yang terbit ini sentiasa meliar untuk mempengaruhi minda manusia dalam mentafsir setiap butir kewajaran. Penghuni kota dan desa menatap perkara yang sama tetapi penaksiran yang berbeza walau dalam wilayah yang sama.

  14. bukan per….takut pentafsiran yang cuba dirungkai dari kaca mata diri yang masih jahil dan muda….haha

  15. artikel ni dah lama ada, tapi baru berkesempatan nak baca. Menarik! sambil baca, sambil ketawa. Tapi mesej yang nak disampaikan tetap sampai. Good work mesin cetak. I know u..hehehe

  16. bagus mesin cetak.. 1 uasaha yng bagus.. aku sblum ni malas nk bc pnulisan ko.. mungkin sebb pgalaman wktu sek ngan ko dulu..
    tp aku silap yg ko dah brubah.. bukan si kecik molek yg aku kenal dulu.. hahaha..
    walaupun jambangmu aku tidak kenali tp ketinggianmu tetap menjadi pujaan hati ku, hahaha

  17. nice writing..=))

  18. so ape sebenarnye yg nk diperkatakan..x bpe fhm..mane yg baik mne yang jahat tu..hoohooh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: