Benar dan Salah

Sesetengah perkara benar tetapi tak semestinya ia betul. Terlalu senang untuk memilih antara perkara betul dan salah tetapi bukan mudah untuk memilih antara dua perkara yang betul. Lebih-lebih lagi apabila kebenaran itu sesuatu yang relatif. Sesuatu perkara itu dikatakan rasional selagi ia menggunakan penaakulan akal. Tetapi ia juga masih rasional apabila seseorang membuat perkara yang nonrasional dalam kes tertentu; contohnya seseorang yang SELALU bercakap benar mengatakan ia melihat sesuatu yang berbentuk transcendent. Unsur transcendent tidak mampu diterima akal tetapi pada masa yang sama tidak masuk akal jika orang tersebut bercakap bohong tiba-tiba??

Islam, apakah Islam? Islam itu dengan sekadar mengucap kalimah syahadah? Iman, ya; beriman kepada Allah dan akui kerasulan Nabi Muhammad saw. Bagi penulis Islam itu hanya satu tetapi interpretasinya pelbagai. Islam ialah nilai bersama; bukan nilai yang sama. Tidak akan menguntungkan sesiapa jika kita terus mencari perbezaan bukannya persamaan atau lebih tepat lagi keserasian. Tiada sesiapa tahu Islam yang sempurna bagaimana kerana setiap orang akan mengatakan dia memiliki Islam yang benar. Tambahan lagi, Islam yang sempurna dibawa oleh manusia yang memiliki kecacatan, logiknya Islam mengikut individu tersebut ada kekurangannya. Setiap orang pula cenderung untuk menggunakan agama demi kepentingan atau ends tertentu. Apabila seseorang mulai mempunyai kepentingan tersendiri ini akan membawa kepada menghukum orang lain yang bertentangan dengannya sesat.

Benar itu sendiri subjektif. Baru-baru ini, yang sering dipersoalkan adalah Islam liberal. Ramai yang menganggapnya sesat tanpa cuba untuk mengenalinya dahulu. Mungkin kerana apa yang ditegakkan Islam liberal bertentangan dengan Islam konservatif yang diamalkan mereka secara tradisi. (“Ingatlah bahawa Tuanmu memanggil semua keturunan Adam dan membuat mereka bersaksi terhadap diri mereka sendiri: `Bukankah Aku Tuhanmu?’ Mereka semua berkata, `Ya, kami bersaksi.’ Dengan demikian, kamu tidak boleh berkata pada Hari Kiamat, `Kami tidak tahu-menahu tentang hal ini. Juga kamu tidak boleh berkata, `Ibu-bapa kami yang dulu yang menyembah berhala, dan kami hanya mengikut jejak-langkah mereka. Apakah Kau hendak membinasakan kami kerana dosa-dosa pendusta?’ Demikianlah Kami huraikan wahyu untuk membolehkan mereka kembali.” – Al-A’raf: 172-74)

Sepatutnya perkara ini tidak perlu dikhuatiri, tidakkah begitu mudah iman dan jubah Islam itu goyah jika terdapat nama lain Islam? Islam masih sama Cuma pendekatan dan perspektif melihat Islam itu yang berbeza. Jika dahulu, kita menerima agama Islam kerana kita dilahirkan dalam keluarga Islam, adakah ia bermaksud kita boleh menafikan akal untuk berfikir erti fundamental Islam sebenar? Islam tidak membenarkan umatnya menerima sesuatu perkara bulat-bulat. Islam tidak jumud. Islam itu kekal dan terpelihara sepanjang zaman kerana sifat dinamiknya; Taghayyur al-ahkam bi taghayyur al-zaman wa al-makan tetapi berselisih pendapat tentang batas jauh yang dibenarkan. Al-Quran itu terpelihara sepanjang zaman kerana turunnya wahyu bersifat kontekstual.

(Untuk memahami Quran, manusia tentu memerlukan bimbingan Tuhan. Walaupun Quran itu sama seperti yang digunakan oleh Muhammad dan para Sahabatnya, pemahamannya dalam konteks moden semestinya berbeza. Inilah yang dimaksudkan sebagai hikmah, atau kebijaksanaan dalam Quran, iaitu suatu pentafsiran perutusan itu secara rasional. Walaupun tafsir klasik telah meletakkan peranan pentafsiran kepada Nabi, ini bukan makna yang tepat bagi nas-nas itu. Suatu pemahaman yang menyeluruh akan merujuk kepada Tuhan sebagai guru Quran yang muktamad. (Lihat Quran, Al-Rahman: 1-2; Al-Mudathir: 19 dan Al-Ra`ad: 2). Dibaca dengan ayat-ayat lain yang berkenaan, ayat-ayat ini bermakna Tuhan akan menghuraikan makna perutusan-Nya melalui orang-orang yang Dia pilih dari tiap-tiap generasi.)

Agama Tauhid

Ajaran-ajaran agama tauhid yang dibawa Musa, Isa dan Muhammad di antaranya — telah selalunya dipesongkan oleh pengikut-pengikut mereka kemudian. Orang Yahudi menolak kenabian Isa dan Muhammad serta menganggap diri mereka Kaum Pilihan Tuhan dan dengan itu menganut faham rasis. Orang Kristen menolak kenabian Muhammad serta mempertuhankan Isa lalu menganggap diri mereka lebih baik dari bangsa-bangsa lain. Penganut Kristian terlalu menyayangi Nabi Isa lalu secara melampau telah menganggapnya sebagai anak Tuhan dalam konsep Trinity. Tidakkah kontradik jika baginda yang merupakan Yahudi diangkat oleh penganut Kristian sedangkan penganut Yahudi claim bahawa kaum mereka terpilih. Ayat ini tidak lagi relevan sekarang kerana tiada lagi keturunan Yahudi yang pure kerana berlakunya perkahwinan campur dari daerah-daerah berdekatan serta ayat ini bersifat kontekstual.

Mengikut jejak langkah mereka, orang Islam mendewakan Muhammad, menukar beliau menjadi kekasih Tuhan dan nabi yang terbesar dan meletak beliau di samping Tuhan, dan berakhir dengan pandangan hidup eksklusif yang sama. Dengan demikian, ajaran universal tauhid asal yang satu menjadi tiga, tiap-tiap satu mendakwa memiliki kebenaran sementara yang lain tidak, dan semua bermusuhan antara satu sama lain. Kebanyakan orang Islam akan menafikan bahawa mereka telah mendewakan Nabi Muhammad, kerana mereka telah melakukan itu tanpa sedar. Bukan saja apa yang dikatakan hadis memuji dan memuja beliau sebagai kekasih Tuhan dan nabi yang terbesar, bertentang dengan perintah Tuhan supaya jangan membeza-bezakan antara rasul-rasul-Nya, tetapi beberapa ayat Quran telah disalah guna dan disalahtafsirkan untuk mencapai tujuan ini.

Ayat 56 Surah 33, yang menyeru orang Islam menyokong dan merestui Nabi (perkataan Arab salla yang biasanya diterjemahkan sebagai `merahmati’) ialah kaedah yang utama untuk pendewaan ini. Diambil dalam konteksnya yang wajar, ayat ini hanya bermakna seorang pemimpin yang berjuang di jalan Tuhan mendapat restu dan sokongan Tuhan dan para malaikat-Nya dan menjadi tanggungjawab pengikut-pengikutnya menyokong dan menghormati beliau. Untuk mendapat pengertian ini, kita patut membaca ayat ini bersama-sama dengan ayat 43 surah yang sama (di sini Tuhan dan para malaikat-Nya merestui dan menyokong orang-orang Islam) dan ayat 103 Surah 9 ( di sini Nabi disuruh sokong dan restui pengikut-pengikutnya).

Kebanyakan orang Islam silap anggap bahawa Muhammadlah nabi Islam. Sebenarnya, semua nabi, dari Adam, melalui Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa, berakhir dengan Muhammad, mengajar agama Islam (yang ajaran pokoknya ialah: `Tiada tuhan melainkan Allah; sembahlah Allah saja.’) Undang-undang dan ibadah berbeza, mengikut masa dan tempat, tetapi ajaran pokoknya sama: “Kami tidak mengirim rasul sebelummu, kecuali dengan inspirasi kepadanya bahawa tiada tuhan selain Aku dan sembahlah Aku.” (Al-Anbia: 25) Berhubung dengan adanya kepelbagaian dalam undang-undang dan ibadah: “Bagi setiap kamu Kami tetapkan undang-undang dan kaedah masing-masing. Jika Tuhan kehendaki, Dia boleh menjadikan kamu suatu jemaah, tetapi Dia menguji kamu melalui wahyu-wahyu-Nya kepada kamu. Oleh itu, hendaklah kamu berlumba-lumba kepada kebaikan.” (Al-Maidah: 48)

Liberalisasi akal

Manusia menguasai udara dan boleh terbang lebih baik daripada burung. Dengan demikian, akalnya, dan melalui penggunaan akal rasionalnya untuk menemui undang-undang alam semesta, iaitu sains — akalnya dan sains — inilah sumber-sumber kuasanya yang boleh dikatakan tidak terbatas dan yang memberikannya kebebasan. Oleh itu, kebebasan bukanlah statik dan tidak diberi terlebih dulu kepada manusia. Dia hendaklah berjuang untuk mencapai kebebasan setapak demi setapak. Tetapi, dalam ertikata mutlak, manusia itu bebas.

Ini tidak bermakna bahwa tidak ada takdir atau determinisme. Kebebasan dan takdir tidak harus ditanggap sebagai pertentangan. setelah kekalahan falsafah rasionalis kaum Mu’tazzilah dan munculnya doktrin kompromi bebas-tak-bebas kaum Asya`ariyah dalam abad ketiga Islam. Kaum Mu’tazilah, mazhab teologi rasionalis zaman awal Islam, berpegang kepada kebebasan bertindak manusia dan dengan itu kepada tanggungjawabnya, dan menolak faham fatalisme kaum Asya`ariah kemudian. Oleh kerana keadaan-keadaan khusus pada masa itu, mereka kalah kepada apa yang dipanggil parti ortodoks kaum Asy`ariah dalam abad-abad keempat dan kelima Islam. Walau bagaimanapun, aliran rasionalis ini berkembang terus melalui ahli falsafah, pemikir dan pembaharu di semua negara Islam, seperti Ibn Khaldun, Syah Waliullah, Muhammad Abduh, Muhammad Iqbal, malek Bennabi, Ali Shari`ati, untuk menyebut beberapa nama saja, hingga ke hari ini.

(Rujukan: Kassim Ahmad, Teori Sosial Moden Islam, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1984; h. 85-88.)

24 Responses

  1. blog geng lu org baik utk orang2 yang mahu berdiskusi sambil bergembira. lepas ni slalu2 la singgah blog gua kita bleh diskusi apa yang patut.🙂

  2. Harimau terkesima* … terpegun… satu penulisan yang membuka mata dan minda. Sesunnguhnya membawa keinsafan dan penghayatan yang lebih mendalam terhadap Islam. Harimau tunduk jauh dalam fikiran, memikirkan keagungan Illahi.

  3. Apa itu Islam? Salah satu agama di bumi ini.
    Apa itu agama? Agama merupakan satu kepercayaan yang tidak nampak dalam minda manusia.
    Apa itu Allah atau siapakah Tuhan? Dalam bentuk manusia ke atau apa?
    Allah hanya wujud di bumi sahaja ke atau di seluruh universal?
    Agama hanya boleh diaplikasi dalam dunia bumi sahaja? Apa kata di luar dunia bumi? siapa mencipta universal?

    Agama yang mendominasi dunia bumi ni ialah Islam dan Kristian. Maka kedua-dua agama ni berjaya mewujudkan konsep keTuhanan di kalangan umat manusia. Walaupun tak pernah nampak tuhan tapi rela menerimanya kerana percaya terdapat suatu yang berkuasa yang selalu mengawasi mereka. walaupun tak pernah pergi balik akhirat atau surga tapi tetap bersetuju wujudnya tempat misteri tersebut.

    Ibu bapa yang ingin mendominasi kelakuan anak mereka, selalu menipu dengan cara kombinasi pertuturan, tindakan, dan mimik muka mereka menyatakan terdapat hantu yang akan muncul di depan anak yang tidak dengari arahan Ibu bapa. Walaupun kanak-kanak tak pernah tengok hantu dan tidak tahu bagaimana hantu seksa manusia, dengan kombinasi diatas tersebut yang berjaya mencipta suasana yang takut di kalangan kanak-kanak. Sehingga kini orang yang tak percaya kepada benda halus ini, apabila berseorangan pada waktu malam masih takut wujudnya hantu kerana kita produk kombinasi tersebut dimana sebahagian otak kita masih menyimpan ajaran ibu bapa kita dan secara tidak langsung ia mendominasi permikiran serta tindakan kita. Inilah senjata yang canggih lagi berkesan untuk mengawal manusia dengan menyatakan sesuatu yang tidak wujud tidak rasional dan bersama-sama mempraktikanya.

    Demikianlah wujudnya konsep akhirat dan surga di setiap agama dalam dunia bumi ini. Cara ini memang berkesan dalam mengawal akidah manusia. Tektik ini berjaya membentuk negara Arab dengan cara dipolitikkan. Sekiranya anda menasihat seseorang untuk meninggalkan sesuatu kepercayaan, anda akan dianggap kurang nasional kerana berbeza sangat dengan apa yang mereka terima sebagai rasional. Sesuatu yang tak rasional akan jadi rasional apabila diterima pakai oleh orang ramai kerana MAJORITY ALWAYS OVER RULE MINORITY. Selain itu, nasihat tersebut secara tidak langsung mengorbankan pertalian kekeluargaan, kaum, kommunity kerana berbezanya amalan yang begitu fundamental.

    Saya percaya kepada kuasa universal. Maka apabila sebut Tuhan, Allah atau God ia sebenarnya rujuk kepada kuasa universal. kuasa universa bukan dalam bentuk manusia. Segala benda dalam universal ini tertakluk kepada undang-undang universal ini. kuasa ini diterima pakai di mana-mana sahaja tanpa dihadkan hanya dalam bumi sahaja. Ruang universal telah hasilkan planet-planet serperti matahari, bumi……. Bumi pula menghasilkan bentuk hidup yang berbeza ada hidup di darat ada hidup di laut adanya tumbuhan adanya manusia dan segala-galanya bergantung kepada planet bumi ini.

    Kewujudan agama hanya semata-mata untuk menguatkan kefahaman manusia terhadap kuasa universal dan berkebolehan menghayatinya. Agama menyediakan garis panduan untuk membina akidah manusia ke jalan yang baik yang mendekat diri dengan nilai moral yang universal. Garis panduan ini tidak boleh dianggap mutlak kerana ia akan merosak pemikiran manusia dan mengakibatkan manusia jadi SUPERSTITIOUS.

    INGAT agama adalah suatu misteri atau myth (sekirayan konsep keTuhanan terus dibentangkan) kamu dan saya adalah realiti.

  4. satu tulisan yg sangat bagus…menunjukkan agama dalam perspektif yg walaupun da lama wujud ttp kerap tidak ditonjolkan di negara kita…agama yg lebih manusiawi dan bukan ritualistic…

    Kami Berjumpa Nanti, benar kah kuasa universal wujud??

  5. apa itu kebenaran? boleh berikan definisi apa itu kebenaran? dan apa pula betul? apa definisi betul?
    apa pula definisi salah?

  6. kan dia dah abak.. yang kebenaran itu relatif…

  7. itu bukan definisi kebenaran. itu sifat kebenaran. sekurang-kurangnya ash pisces perlu memberi apa yang dia sendiri faham tentang kebenaran. macam mana kita nak mengajukan pandangan kalau definisi operasional apa itu kebenaran tidak kita sendiri fahami.

  8. Apa itu kebenaran? Kebenaran atau yang haq itu berada di mana – mana, pelbagai dan relative. Kebenaran mungkin saja punya definisi pelbagai pada pendapat banyak orang. Sejauh soal apa itu kebenaran adalah bagaimana kita menerima benar itu. Pencuri boleh juga mengatakan dia benar walaupun perbuatannya bertentangan dengan norma masyarakat, tetapi di sisi lain, polis akan meletakkan hukum ber‘salah’ kepadanya secara objektif. Hal ini terjadi apabila ukuran – ukuran tertentu telah diletakkan dalam menilai sesuatu kebenaran. Proses sosialisasi yang membentuk minda kita dalam menentukan apa itu benar dan mengikut siapa. Konflik juga berlaku apabila setiap pihak mendakwa mereka berada di pihak yang benar. Oleh itu, benar itu sendiri is a contested idea..

  9. Namun, bukanlah sebegitu mudah dalam menjustifikasikan sesuatu tindakan itu benar atau salah. Teruskan mencari KEBENARAN (siapa atau apa itu BENAR), kita dinilai bukan melalui endsnya tetapi perjalanan dalam mencari kebenaran kerana itu lebih bermakna dan menunjukkan ikhtiar kita =)

  10. Ash,

    ni jawapan nak melarikan diri dari memberi definisi ni. hehehe. aku tau ler yang kebenaran tu adalah suatu konsep dan idea yang dipertarungkan (a contested idea).

    tapi ko punyer definisi sendiri aper? aper definisi kebenaran buat diri ko sendiri?

  11. Definisi kebenaran terlalu phisophic la.. hehe.
    Bagi aku sendirila, untuk mengetahui apa itu BENAR memang penting tetapi yang lebih penting perjalanan dalam mencari KEBENARAN itu. Kebenaran yang mutlak tiada pada manusia.

  12. Tuju,
    Nanti if berkesempatan aku cuba pOstkan artikel yang berkaitan ye..
    Definisi kebenaran tu philosophic sgt.. hehe

  13. aku dah tanyer guru falsafah aku, aqil fithri. dia pon tak leh nak jawab aper itu kebenaran. dia siap bagi analogi handfone lagi. hahaha. dia suruh aku tengok handfone dia dan pas tu dia tanyer aku. ko nampak ni sebagai handfone atau aper? kalo ko cakap ini adalah handfone, so…itulah kebenaran bagi ko.

    tentang kebenaran mutlak tiada pada manusia. aku cenderung untuk bersetuju dengan ko. dan pernyataan ko tentang yang lebih penting ialah perjalanan dalam mencari kebenaran itu yang penting, itu aku setuju 120%!

    tapi ramai manusia tidak langsung mahu untuk menempuh perjalanan itu. mereka lebih selesa untuk duduk statik di ruang yang mereka sudah selesa. perjalanan ini kadang-kadang menggoncangkan keyakinan yang sudah sedia ada.

    tapi kalau tidak digoncang keyakinan itu, kalau tidak diuji keyakinan itu, mana kita tahu yang ianya adalah yang terbaik buat kita.

    terus berani menempuh perjalanan itu, ash!

  14. guru falsafah kamu sangat hebat! hehe

    tapi aku pasti cis! itu tidak semakna dengan alif, lam, mim..hehehe

  15. korang cakap kebenaran 2 sifatnya relatif, maka benar sifat relatif 2 adalah sifat kebenaran..maka korang dah membenarkan sifat relatif 2 pada kebenaran, boleh jadi tidak, sebab korang jugak yang cakap kebenaran 2 relatif…hehe

  16. erm….jap nak pikir….adus penin!

    pada Aku kebenaran itu bila aku tahu. so kalau nak tahu kenelah cari. bak kate kak ogy …gali! bukan per…besalah manusia ni suke jadi musuh kepada ape yang die tak tahu. selagi die tak tahu bermakna selagi itu tak wujud kebenaran. Itu kate pensyarah aku.

    banyak lagi bende yang aku tak tahu. maknenye banyak lagi kebenaran yang belum aku jumpe. alamak!

    sebagai contoh ==> dikhabarkan bahawa Nabi Isa Alaihissalam menolak Imam Mahadi sebagai imam untuk menunaikan solat ketika manusia genting dengan fitnah dajjal. So persoalannye siapa lebih mulia? Imam Mahadi @ Nabi Isa sedangkan nabi itu ma’sum?

    aku tak tahu dan ape yang korang tahu? kalau korang ade jawapan sendiri mungkin aku menjadi musuh kepada jawapan korang sebab aku belum jumpe kebenaran selagi aku belum tahu.

    So korang rase betul tak konsep kebenaran yang aku imani sekarang nih? bukan pa…mana tau ada di kalangan kita yg tidak bersetuju dengan aku. mungkin kerana apa yang aku tahu tidak sama dengan apa yang korang tahu.

    hayyooooo

  17. cane kau tahu yg kau sudah tahu?? boleh jd, ape yg kau tahu tu menjadikan kau lebih tak tahu…hehe.

  18. Akal fikiran manusia dalam mengadaptasi yang terlihat dan tersembunyi sering kali dikaitkan dengan penerimaan sesuatu konsep yang tercipta dari pengamatan mereka. Konsep yang terbit ini sentiasa meliar untuk mempengaruhi minda manusia dalam mentafsir setiap butir kewajaran. Penghuni kota dan desa menatap perkara yang sama tetapi penaksiran yang berbeza walau dalam wilayah yang sama.

  19. erm….bile orang tanye aku…apa rasa gula?
    aku akan jawab manis sebab aku tahu yang aku dah tahu rasa gula itu manis…..
    ( contoh orang jahil…haha)

    betul jugakkan…(boleh jd, ape yg kau tahu tu menjadikan kau lebih tak tahu…)

    sebab tuh ada aku pnh dengar ” semakin tinggi ilmu seseorang …semakin banyak yang die tak tau…)

    ade sesiapa boleh bagi contoh?
    bukan malas nak pikir — sebab org islam tak leh malas..haha

  20. Wow,

    I suggest that u guys should take an Introductory Class in Islamic Creed…

    Also study al-Quran and Hadith thoroughly…n without a prejudice to the truth…

    What I mean is one should study it as a seeker of the truth of Allah…

    There u’ll find and understand the only truth….

  21. bukan prejudis pd kebenaran tp persoalkan pd yg bukan kebenaran yg kita katakan itu adalah benar.

  22. Salam,

    Pengarang artikel nie ada buat homework ker atau sembrono ajer menulis ?

    Salam.

    kepada “Kami Berjumpa Nanti”, kalau kau Muslim silalah mengucap dua kalimah syahadah sekarang dan bertaubat di atas apa yang kau nyatakan pada ulasan kau.

    Dan ingatlah firman Allah SWT,

    “Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.” [2:147]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: