The Untold Malayan History

10 Tahun Sebelum Merdek

10 Tahun Sebelum Merdek

Kata orang Sejarah itu cerita orang-orang yang menang. Kalau benar, habis macamana pula dengan cerita orang yang kalah? Siapa yang akan menjadi panglipurlara mereka? Hahaha… di Malaysia kita ada Fahmi Reza untuk mengorek kembali kisah benar yang ditelan zaman dan propaganda pihak yang menang.

Fahmi telah menerbitkan dua dokumentari tentang kisah-kisah perjuangan yang tidak diceritakan oleh guru sejarah anda mahupun buku-buku teks sekolah. Ini adalah kisah pihak yang satu lagi, kisah pihak yang tidak diberi peluang untuk menceritakan apa yang berlaku dari pandangan mereka, kisah orang yang ditindas, kisah yang hampir terkubur.

Dokumentari pertamanya 10 Tahun Sebelum Merdeka menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.

Kalau anda seorang nasionalis seperti tuk, maka anda mesti tonton dokumentari ini. Dokumentari ini telah memberi kesan yang mendalam pada diri tuk. Dokumentari ini banyak membuka minda tuk. Tuk cadangakan anda menonton dokumentari ini dengan segera. Dokumentari ini adalah percuma dan boleh dimuat turun daripada blognya.

Dokumentari kedua Fahmi yang bertajuk Revolusi ’48 akan keluar tidak lama lagi. Tuk tak sabar nak menontonnya. Revolusi ’48 akan ditayangkan buat pertama kali di Emergency Festival! di Annexe Gallery, Central Market, KL mulai 20 Oktober 2008. Tayangan percuma selama seminggu! Takde tiket takde cover charge. First come first served lah. Tempat terhad untuk 50 orang setiap hari.

Masa tayangan hari Khamis, 23 Oktober nanti sahabat Tuk, Fahmi akan membuat komentar direktor secara langsung. Fahmi akan menceritakan pengalamanya membikin dokumentari tersebut. Tuk, syorkan mereka yang kelapangan cuba menghadirinya. Untuk keterangan lanjut tentang dokumentari ini pula anda boleh perolehi di sini.

Revolusi 48

Revolusi '48

Semoga minda anda akan terbuka dengan menontonnya. Tuk mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan tahniah seluruh geng Diskopi kepada Fahmi Reza atas penghasilan dokumentari yang pada pendapat kami amat bermakna. Dari Tuk sendiri, Tuk anugerahkan gelaran Harimau Malaya kepadanya.

Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada Fahmi dan rakan-rakannya. Kami amat berbangga dan menghargai usaha anda!.

7 Responses

  1. nice blog there…keep on writing!

  2. Good blog Dato Harimau.

    Tak sangka jumpa ‘saudara’ di hari raya…hahahaha

  3. Ya… saya pun gumbira bertemu saudara. Selamat Hari Raya… Singgah-singgahlah selalu.

  4. harap agar filem Fahmi kali ini bisa bikin keributan seperti filem terdahulunya.. tahniah buat Fahmi dan dato harimau, oh ya, dato dapat pangkat kebesaran dari negeri mana?

  5. Eh… anak jin… Jin Samsuddin? Tuk dapat dato ini dari kerajaan Inderapura. Dikurniakan oleh Raja Mehrong Mahawangsa dan Pateh Gajah Madah… haha Tuk bergurau saje. Dato yang tuk pakai tu bukanlah gelaran berpangkat, ia sekadar ejaan alternatif bagi Datuk, yakni gelaran yang konotasinya berhubung umur bukannya pangkat. Kalau anak Jin tak suka, tidak mengapa nanti tuk Tukarkan. Oh ya, terima kasih.

  6. Pasal itu lah pahlawan melayu yang ku lebih kenali adalah Hang Tuah bukan Hang Jebat. HAHA

    Hang Tuah, seorang melayu yang beragama islam menculik anak dara lain, Tun Teja Menggala lalu serah kepada Sultan demi mempertahankan jawatannya yang telah dilucutkan akibat didakwa mengadakan hubungan sulit dengan isteri kesayangan sultan. Hang Tuah hanya menilai agamanya berdasarkan kepentingan Bossnya. Beliau tak berpengetahuan, malas membaca, tetapi suka tumbuk-menumbuk dan main keris didepan sultan semata-mata hendak memenuhi minat Bossnya.(sila baca CONCEPT OF A HERO IN MALAY SOCITY)

    Wartak Hang Tuah telah diromantikkan sehingga kini terdapat ramai anak Malaysia menjadikannya sebagai hero dan semangatnya terus diikuti. Tak percaya? lihat UMNO cukup.

  7. Harimau terbau kelibat Tuju Malbaru* harimau tercari-cari…. Hem…. Betul-betul… Tuk setuju…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: