Notis Kepada Para Pembaca

Baru-baru ini saya mendapati terdapat beberapa blog lain yang melabel Diskopi sebagai pihak Sosialis. Saya ingin menjelaskan kepada semua pihak bahawa Diskopi hanyalah sebuah blog idea (warung idea), kami disini membicarakan apa-apa sahaja. Kami tidak mendukung apa-apa fahaman, malah kami terbuka kepada apa sahaja jenis idea.

Matlamat utama kami adalah membudayakan ilmu dan perbincangan di kalangan orang muda. Kami tidak menafikan bahawa ada diantara kami yang menolak beberapa intipati idea-idea liberal, namun itu tidak bererti kami adalah berfahaman sosialis, dan itu juga tidak bermakna kami menolak idea-idea sosialis secara bulat-bulat. Kami sentiasa mencari idea-idea baru dalam memperbaiki kehidupan. Kami juga bersifat terbuka kepada sebarang topik perbincangan. Kami berpegang kuat kepada konsep-konsep demokrasi dan kemanusian, dan menolak sebarang bentuk penindasan.

Kami mengalu-alukan anda merangkap alamat blog kami di blog anda, namun kami berharap dan memohon agar perlabelan sosialis atau apa-apa sahaja label dielakan. Kami hanya sekumpulan orang muda yang ingin mengembalikan budaya ilmu dan pemikiran kritikal di kalangan orang muda. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada pembaca-pembaca setia kami.

10 Responses

  1. Apa salahnya jika benar sosialis sekalipun? Rayakan kepelbagaian!

  2. memang tidak salah kalau sosialis sekali pun. tapi kami hanya ingin memperbetulkan stereotaip dan generalisasi yang telah kami temui dari blog-blog lain yang melabelkan kami sebagai sosialis. generalisasi dan stereotaip yang telah dilabelkan ke atas kami itu adalah kurang tepat kerana yang sebenarnya di dalam perkumpulan kami sendiri terdapat berbagai ragam fikiran.

    jadi adalah tidak benar untuk melabelkan kami sebagai perkumpulan sosialis semata-mata, kerana sebagai manusia, setiap seorang dari kami di dalam geng diskopi turut mempunyai sisi-sisi lain yang tidak boleh dikategorikan secara mudah sebagai sosialis.

    justeru itu kami menolak sebarang pelabelan yang cuba diletakkan ke atas kami kerana kami percaya bahawa di dalam konteks zaman pasca-moden sekarang ini di mana idea bercambah dengan pesat dan terpencar kepada seribu satu macam jalur pemikiran, idea dan gagasan, mustahil untuk menjumpai individu yang sama dan serupa di dalam segala hal. mungkin di dalam satu-satu hal kita sama pandangan tetapi di dalam hal-hal lain mungkin pula kita berbeza. perbezaan jalur pandangan di dalam melihat sesuatu hal atau isu itu turut terjadi antara sesama kami di dalam geng diskopi dalam diskusi-diskusi yang sering kami adakan.

    justeru itu, untuk melabelkan kami secara pukul purata bahawa geng diskopi adalah kumpulan sosialis sesungguhnya adalah kurang tepat dan tidak benar. malahan tidak mencerminkan keadaan diri kami yang sebenar.

    dengan itu, kami menolak sebarang pelabelan yang cuba diletakkan ke atas kumpulan kami.

    terima kasih.

  3. Hi Tuju!!! Haha long time no see…🙂 Perhaps it is because many of you here have embraced socialist ideas? I completely understand the Admin’s concern about labelling. In our country every other ideology other then UMNO’s is bad. Weird isnt it? that our people before March 8 have viewed UMNO ideas which are full of manipulation and denial, corruption, nepotism, and a whole lot more, as good and worthy of support. Maybe that behaviour relates to what kita jumpa nanti said here https://diskopi.wordpress.com/2008/10/10/the-untold-malayan-history/#comment-158. Oh by the way would someone here do a piece on Christmas? Hehe im allready in the Christmas spirit… Maybe vanguard should write how capitalist have wrote and rewrtitten and manipulated Christmas to their benefit?

  4. Ops… how ignorant of me. I forgot Depavali is around the conner, maybe sumbody could write on that first?

  5. Dear diskopi and the geng (me also)..

    We are not all socialist.. Actually, we are combined of multi-ideology.. To change some one, you must change yourself 1st.. To change the ideology, you must change your thinking.. To change the nation, maybe cannot but its not impossible if you all have HARDISME..

  6. who I’am?
    actually one of you..
    waiting for website “OraNg MuDa BaRu vS OrG tUa PoLiTikUs”
    now in process…

    Loading IIIIIIIIIIII50%… IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII99.5%….

    to be continue..

  7. Tadi tuk lihat ade blog yang label kita disko dan kopi… haha tak tahu lah ape niat dia. Tapi mungkin baik tuk jelaskan yang Diskopi adalah abbreviation atau singkatan untuk Diskusi + Kopi = Diskopi.

  8. aku harap tiadalah yang mempertikaikan pula mengapa diskusi + kopi tu, haha.. sesungguhnya tidak pernah sekali jua pon budak2 diskopi ini berdiskusi sambil menikmati kopi!

    apa ada dengan nama.. label juga hanya label.. macam label Ayam Brand pada sardin..

  9. Jenifer,

    tulis ar satu artikel untuk kami. tentang aper sajer. tentang pop, religion, politics, economics, philosophy, film, music, popular culture, sexuality, siti nurhaliza, paris hilton, aper sajer. kontek diskopi admin and send us your brief bio. but please use accesible language….bahasa yang merakyat…hehehe. yer la, tulis pakai bahaser jargon yang bombastic yang orang tak paham, tak sampai pulak maksud…kan?

  10. Tidak ada masalah jika dalam kepelbagaian yang tidak boleh diikat mudah sebagai sosialis itu bertemu dalam aspek sosialisme🙂

    Ia sama juga dengan pukul rata semua peniaga itu dengan segala kerosakannya sebagai kapitalisme🙂

    Rayakan sistem yang memberikan kita peluang bagi bersetuju untuk tidak bersetuju. Akhirnya, kita tanya diri sendiri di mana pilihan kita (bunyinya sangat pasaran bebas!hehe)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: