Kembalilah Menjadi Muda!

Muda atau Tua?

Muda atau Tua?

Memangnya masyarakat hari ini sering tinggal dalam kotak – kotak yang mereka bina. Kotak – kotak ini mengasingkan mereka antara satu sama lain hingga timbul rasa curiga yang amat. Kotak – kotak ini bernama perkauman, kelas, dan darjat. Namun kotak kaum dan kelas ini sudah sering sangat diperkatakan oleh kebanyakan orang, begitu juga dengan kotak darjat ini yang sudah dibicarakan lebih awal daripada Hikayat Abdullah. Selain kotak – kotak ini ada sebuah lagi kotak yang telah mengasingkan sebahagian besar isi masyarakat. Malahan ramai dalam kalangan kita hatta yang diam dalam kotak ini tidak sedar akannya. Kotak ini dinamakan kotak generasi! Dan anak muda telah diasingkan dalam kotak mereka sejak dahulu.

Anak muda diasing dan dinafikan hak mereka untuk berekspresi, bereksprimen dan menikmati hidup. Anak muda telah ditentukan segala – galanya dan mereka WAJIB – tidak boleh tidak – patuh pada ketentuan ini. Anak muda akan disalahkan atas dosa – dosa yang puncanya bukan datang daripada mereka. Semua hal yang diistilahkan sebagai gejala social ditujukan pada anak muda. Mat rempit, Bohsia, Bohjan, seks bebas, ganja, candu, gam, setan dan iblis juga diasiosasikan dengan anak muda. Anak muda dilihat sebagai punca dan bukannya mangsa! Walhal jika dipakai akal yang sehat pasti kita akan mendapati masalah – masalah setan ini tidaklah berlaku dalam kalangan mereka yang kaya berharta tapi hanya ketara di flat – flat murah. Mengapa hal ini tidak suluh?

Namun , bukan maksud penulis ingin membawa perbincangan ini kepada punca gejala social ini, biarlah Zakiah Anas dan Mazidul akhmal Sidek yang sihat itu gebang – gebangkannya buat masa ini. namun apa yang ingin penulis tegaskan dalam perenggan ini adalah steorotaip, generalisasi dan tuduhan sebegini telah merendah harga diri dan keyakinan anak muda. Mereka ini dilihat tidak lebih daripada lumpen! Namun pasti kenyataan ini akan dihujah balas dengan mengatakan bahawa bukan semua anak muda yang rendah diri dan tidak berdaya serta disisihkan masyarakat. Lihat sahaja persatuan dan pertubuhan yang diteraju anak muda. Persoalan penulis pada perkara ini cuma satu, adakah mereka yang mengetuai persatuan ini terdiri daripada anak muda? Daripada persatuan social hingga kepada politik, semuanya tua! Tua umur dan tua jiwa! Hal ini akan berbalek kepada dua persoalan utama yang telah penulis kupas dalam tajuk esei yang lain iaitu tentang penakrifan anak muda dan mengapa ada yang muda umurnya tapi tua jiwanya (baca; mat belia, mat skema)

Apa masalahnya dengan tua? Tidak apa – apa sebenarnya dengan tua melainkan jika mereka ingin menanamkan nilai tua mereka ini pada anak- anak muda yang akan menuakan juga anak muda ini. anak muda yang tua akan hilang semangat meneroka mereka, semangat mencuba, menerobos taboo, memcabar autoriti, mencetus perubahan! Hanya anak muda yang boleh membawa perubahan dalam masyarakat dan jika jiwa – jiwa ini mati pasti akan mati juga adalah masyarakat tersebut (sebagaimana matinya tamadun – tamadun besar dunia). Si tua hanya akan mempertahankan autoriti mereka dan anti – perubahan (meskipun perubahan itu perlu). Harus juga dimengertikan bahawa Si tua juga bukan sahaja dijelmakan dalam bentuk individu tetapi juga system.

Mudakah?

Mudakah?

Perkara apakah yang dimaksudkan dengan system di sini? System adalah hubungan – hubungan kompleks yang telah terbina sejak sekian lama dan telah menjadi mantap. Masyarakat merupakan satu system. Kampus juga hidup sebagai satu system. Begitu juga dengan agama. Oleh sebab lamanya system ini bergerak tanpa wujud sebarang perubahan maka system ini juga telah menjadi tua dan jika tidak disuntik botok pasti akan terselah kedut – kedut! Nilai – nilai dalam masyarakat telah menjadi tua hingga tidak mampu lagi bergerak dan menongkah zaman baru oleh hal yang demikian adalah perlu untuk system ini didorbrak oleh anak muda. Bukalah ertinya di sini anak muda harus menjadi anti- tradisi, anarkis atau athies. Mereka hanya perlu meneroka setiap system itu dan memberi warna yang muda kepadanya. Ilmu itukan sifatnya tidak statik, makanya ilmu itu perlu diuji mengikut zamannya. Ilmu tanpa diuji hanyalah mitos. Anak muda sewajarnya beriman dengan hal ini!

Jika kita membaca sejarah, pastinya kita akan berjumpa dengan anak muda yang mencabar authority lalu membantu membina tamadun bangsanya. Mendobrak authority mungkin sekali merobohkan kekuasaan tapi tidak sesekali menghancurkan masyarakat malah mengukuhkannya. Setiap tamadun itu hanya berkembang dan cemerlang pada zaman di mana anak mudanya hidup dan pastinya Ibnu Khaldum pun akan bersetuju dengan premis ini.

Maka para anak muda sekalian, perasapkanlah kembali geharu jiwa, marakkan semula bara semangat dan nyalakanlah api muda yang selama ini terpadam! Hiduplah dengan jiwa dan cinta sebagai anak muda. Talkinkan sahaja si tua bangka!

30 Responses

  1. wei, bagaimana orang tua yang berjiwa muda seperti aku? adakah aku pun turut nak ditalkinkan? membujur lalu melintang patah. akan ku gerakkan gerakan tua sedunia untuk melawan diskriminasi oleh kaum muda. hahaha.

    sebagai orang tua yang berjiwa muda, aku mencadangkan kita tidak perlu memilih hanya satu. aku cenderung untuk memilih gabungan nilai-nilai positif yang ada di dalam kedua-duanya. contohnya idealisme dan keberanian mengambil risiko anak muda digabungkan dengan realisme dan pengalaman yang ada pada orang tua. kan lebih molek nilai-nilai positif digabungkan agar sesuatu yang dihasilkan itu lebih solid dan mantap.

    tak begitu?

  2. tak boleh, tak boleh…perkataan yg paling tidak boleh diterima adalah realisme…there is no such thing as realism…

    the use of realism and reality is just to withstand change..just to maintain the status quo…

    nothing is ever real…only young people decide what is to be real and what is not to be real..reality can be created and also destroyed…

  3. Kewujudan kotak-kotak dan label-label sekarang ini bukan bergantung pada usia, iaitu tua atau muda. Ia kerana keitdak-wajaran berfikir atau lebih teruk menganak-tirikan pemikiran. Kelihatan seperti bergantung kepada usia tua kerana yang muda diasuh oleh yang tua dan oleh kerana budaya yang tua kebanyakannya adalah di dalam arus perdana yang tidak mengutamakan critical thinking, maka kelihatan seperti ada keperluan menjadi muda. Sebenarnya keperluan adalah berubah kepada mengutamakan yang utama. Keluar dari perangkap adat.

  4. wahai orang tua sekalian,
    aku tidak merasakan perlunya sebarang nilai orang tua untuk dicampurkan dengan niali anak muda. biarlah anak muda yang menentukan pandangan dan arus idea mereka. jika orang tua diberikan bahagian maka ia akan cenderung untuk menginjak – injak anak muda. cukuplah sepanjang sejarah anak muda ditikam,disodomi dan dibogelkan.

    wahai orang tua semua,
    biarlah anak muda mencabar segala idea dan norma kamu, bersedialah untuk dikafankan jika akhirnya ternyata idea kamu itu sudah terlalu uzur. biarlah anak muda yang menentukan zamannya. baik di zaman kamu tidak bererti baik di zaman kami! baju bunga2 dengan seluar yenkee orang dah tak nak.

    wahai anak muda,
    ketahuilah yang hendak kita cabar ini adalah autoriti yang telah mantap. maka cabarlah dengan ilmu dengan berbekalkan citra jiwa muda.
    si tua tidak perlu khuatirkan apa2 kerna jika ternyata mereka benar maka idea mereka akan terus hidup, hanya mereka yang akan mati. idea adalah hasail dialetik, jika tidak dicabar ia tidak berkembang.

    ijtihad yang keliru adalah lebih baik dari peniruan yang tepat!

  5. buat Tuju Malbaru,
    ko jangan termenung panjang.. ukuran muda adalah pada jiwa dan minda. ko cuma dilahirkan ke dunia ini awal, tak bermakna ko ini tua. sebab itulah aku menyarankan soal kembalilah menjadi muda. jika dikira dari biologinya mana mungkin boleh ko meremajakan kulit kendurmu tapi jika soalnya pada jiwa, seribu tahun lagi pun ko tetap dikenang sebagai anak muda asal saja jiwamu muda!

  6. shalom,

    heh, bagaimana kita boleh sesuatu itu muda kalau tidak ada yang tua?

  7. Harimau menjeling si muda Harisz…. Harimau tersenyum…. Tuk pun tua gak.. tapi tak menjadi sebarang masalah pun. Tuk berpendapat Tua tidak patut distereotype sebegini. Orang tua dah merasa asam garam terlebih dahulu. Walaupun tak seradikal, tetapi membaham dengan lebih teratur dan kemas.

  8. alamak, komen aku no yg satu lagi kena padam ker? aku terlupa taruk perkataan “tahu” tuh.

    ……….kita boleh TAHU sesuatu….

  9. terlebih dahulu ingin sekali aku tegaskan yang aku tidak punya masalah dengan su tua bangka asal saja dia tidak memaksa nilai tuanya pada anak muda.

    aku juga tidak menafikan atau cuba menghapuskan golongan tua, apatah lagi gagaskan . idea genosid pada kaum tua! maka tidak timbul masalah untuk membandingkan antara tua dan muda.

    sekali lagi, tua ukurannya bukan pada batang tubuhnya saja, tapi jiwa mereka yang wajid muda!

  10. kenapa jiwa WAJIB muda?

  11. aoakah sifat2 jiwa muda?
    harus punya semangat meneroka, semangat mencuba, menerobos taboo, memcabar autoriti, mencetus perubahan! jika mereka tidak bersifat dengan sifat ini maka mereka tidak layak memakai gelaran yang sebegitu radikal – anak muda – Hanya anak muda yang boleh membawa perubahan dalam masyarakat dan jika jiwa – jiwa ini mati pasti akan mati juga adalah masyarakat tersebut (sebagaimana matinya tamadun – tamadun besar dunia)

    إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
    Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

  12. itu orang muda dari satu sisi.

    tapi orang muda juga dikenali sebagai degil, gelojoh, santai, nak enak2 saja, dsbnya . sebaleknya orang tua lebih dikenali sebagai tenang, berhati2, matang, tolak-ansur, dsb.

    apakah salah kita meniru sifat2 mulia dan selektif orang tua ini? kalau tidak salah, maka tidaklah WAJIB kita menjadi ‘muda’ sentiasa. kadang-kala tua juga perlu. tengok keadaanlah, kan?

    dan jangan lupa, ada juga orang muda yang bawak motor lebih lambat dari siput🙂

  13. sokong 200 peratus…
    masa depan adalah untuk yang berjiwa muda!!

    “the old believe everything, the middle-aged suspect everything, the young know everything”

  14. tidaklah vanguard,
    tidak semua sifat2 muda baik. dan tidak semua sifat2 tua buruk. baik/benar dan buruk/salah tidak terletak pada tua dan muda. artikel ini aku rasa tebal fanatisme sifat-mudanya. kaedah generalisasi tu aku rasa tak betullah. bukan semua kata2/idealogi Isham tu betul… malah, marx pun bukannya ada satu fasa/wajah saja…

  15. haha..kenape…yg tua rasa tercabar ke..acah je..hehe…

  16. saudara aqil,
    bukan kah soal betul salah itu subjektif, lagi pun ideanya adalah untuk mencabar autoriti.. bukan untuk menjadi pemberontak semata tapi apa yang lebih penting adalah untuk menghidupkan jiwa2 meneroka dan bertanya, bukankah kunci kepada ilmu itu bertanya? maka benarkanlah anak muda ini bertanya, meneroka dan menyoal tentang apa sahaja. bukankah itu yang sebaiknya?

  17. satu perkara yang orang muda ada tetapi orang tua tidak ada adalah tenaga atau kudrat dan masa. kudrat dan masa ini amat-amat penting di dalam penerokaan hidup. orang tua jika hendak dibandingkan dengan orang muda, orang tua kurang kudratnya dan masanya juga semakin sedikit.

    jadi secara praktiknya, orang tua kurang berkemampuan untuk meneroka perkara-perkara baru dan mendobrak nilai, norma dan tradisi lama.

    jadi tidak hairanlah jika sukarno melontarkan kata-kata “berikan aku sepuluh pemuda, nescaya akan ku gegar dunia!” dan tidak “berikan aku sepuluh orang tua” kerana orang tua tidak mungkin akan boleh mengubah dunia kerana kudrat dan masanya yang semakin menghampiri kematian.

    orang yang umurnya semakin menghampiri kematian tidak akan berani untuk mengambil risiko! tak percaya, cuba sahaja lihat ibubapa kita semua!

  18. tidak ada masalah nak bertanya dsbnya. yang masalah adalah pengitlakan (generalisasi).

  19. wah, menarik sungguh perbincangan di ruang ini. tahniah pada mereka yang muda dan sedialah untuk berjuang.

    nah, mugkin sekali aqil tu betul.
    wujud generalisasi tapi soalan aku pada aqil ini mengapa kita tidak lihat anak muda itu sebagai satu konsep bukan satu generalisasi. mana- mana anak yang berumur muda tidak menepati konsep muda itu maka nilai mudanya sudah tempang. umur mudanya idak lagi produktif,memang tidak dinafikan ramai mereka yang berumur muda tapi tidak ada konsep muda dalam diri dan adakah itu juga jadi masalah untuk kamu aqil..?

  20. hahaha!

    sebenarnya ramai yang cakap dia muda, mau mendobrak sejarah, mencabar autoriti, tapi dalam waktu yang sama ia tidak begitu menghayati kata2 tersebut.

    kalau benar2 ia bersikap demikian, dia harus meruntuhkan faham lama, dan memulakan faham baru. ini yang derrida kata, “nyah sisa bina.” tapi, sanggupkah mereka bermula dari kosong? sanggup mereka keluarkan dulu agama mereka, keluarkan dulu tuhan mereka, keluarkan dulu primordial mereka? dan mulakan, pencarian…

    sanggup? kalau tak sanggup, maka anda juga menggunakan nilai2 tua. jadi, tak perlu generalisasi. dan tak perlu gelojoh melanggan semua nilai2 muda. tua langka tidak bererti tidak bermakna. pada saya, satu aspek tua yang bagus ialah mengingati kematian. kematian memberi satu falsafah perjuangan yang hebat. falsafah kematian ialah falsafah tidak takut mati! hanya orang yang tidak takut mati sahaja yang bisa merubah dunia.

    kalau mau merubah dunia, anda harus bermula dengan cara berfikir kebelakaan (holistik), bukannya serpihan…

  21. anak jin,

    ya, kalau baik/buruk/benar/salah itu subjektif, maka ia juga bersifat nisbi (relatif). jadi, nilai2 itu boleh ada pada muda, dan boleh juga ada pada tua. bergantung, bukan?

    jadi muda tidak mutlak (absolut).

  22. Izinkan aku berikan pendapat aku..

    Si miskin ini seorang pemuda biasa.. Ilmu x tinggi mane.. Just nak bertanye..

    Kalu xde si tua, apa makna anak muda?
    Kalu xde si muda, majukah malaysia?

    Oh malaysia tanah airku!!
    Bumi malaysia untuk semua peringkat umur, semua bangsa, semua agama, semua bahasa..

    Melayu, Cina, India, Kadazan, Asli, Murut, Bajau, Melanau, Kenyah, Penan, Bidayuh et al..
    Multi-Culture..

    Definisikan dengan jelas org tua..
    Ayah dan ibuku seorang tua..Guru2 kita dulu seorang tua..
    Tapi tidak setua pemikiran ahli politik yg mula memperokperandakan negaraku malaysia..

    Tuanya pemikiran ahli politik sekarang tiada nilainya..
    Yang baik je jd paparan media..
    Yang buruk disembunyikan..
    Yang salah dinaikkan pangkat..
    Yang benar disumbat penjara ISA kan..
    Malang sungguh si tua politik ini..

    Si muda..
    Kita dilabel sbg pemikiran tua..
    Muda hasilkan kualiti..
    Bukan muda yg bersuara mati..

    Sekali si muda berjuang..
    Teruskan berjuang..
    Bina matlamat yg jelas..
    Jangan berpecahbelah walau si muda multi-thinking..
    Sosialis, Komunis, Islamis, Liberalis, Realis etc..

    Kalu si muda bangkit..
    Bina lah perlembagaan baru demi kepentingan smua..
    Hapuskan ISA, sistem sultan beraja, sistem gila kuasa, sistem kronisme, et al..

    Si Miskin sentiase mengikuti perkembangan u all..
    Aku juga mulai membangkitkn idea muda di kalangan mahasiswa..
    Bukan membawa fahaman baru..
    Tetapi fikir2kanlah masa depan Negara Malaysia..

    to be continue..

  23. Harisz….kau juga akan TUA.. TUA yang akan cuba menuakan anak muda di zaman akan datang dan kau akan diTALKINkan oleh mereka pula! Maka akhirnya, akan kembali dunia dan pemikiran sepertimu ke zaman EDAN….

  24. jika suatu hari nanti idea2 dan pemikirankan aku sudah menjadi tua di zaman akan datang maka aku akan merayakan idea2 muda mereka.. jika kau menolak hujah ini maka berdastar dan bertongkoloklah kamu kembali.. kau tidak akan dapat menyekat idea2 baharu.. ia akan sentiasa muncul dan membuak keluar dari celahan2 mana pon..

  25. Akal fikiran manusia dalam mengadaptasi yang terlihat dan tersembunyi sering kali dikaitkan dengan penerimaan sesuatu konsep yang tercipta dari pengamatan mereka. Konsep yang terbit ini sentiasa meliar untuk mempengaruhi minda manusia dalam mentafsir setiap butir kewajaran. Penghuni kota dan desa menatap perkara yang sama tetapi penaksiran yang berbeza walau dalam wilayah yang sama.

  26. salam…great!..i likes this blog!….full of epistemology debate!…..well done guys!….keep up the good works!

    salam
    syeikhryz

  27. muda dalam artikel ini hanya simbol..ada aspek lain lebih penting🙂

  28. apakah yang lebih penting selain menjadi muda itu wahai amin?
    adakah untuk membuka pasaran?

  29. hormati org2 tuaaa..
    hi3!!!

  30. Stigma ni sudah berakar umbi,memang mekanisma ini sukar untuk dihalang. Tidak dapat dinafikan there’s a need to respect people who’s older than you but is it respect in boasting their superiority. I give you such an obvious example by calling people ‘abang’ or ‘akak’ even sumtimes ur at the same age. Kurang ajar kau, aku lagi senior dari kau! This kind of seniority I would say as bullshit! Dont judge people with their ag but look at their ideas. Even you dah lame ‘makan garam’ sekali pun, no one is perfect rite as what the writer has quoted that the nature of knowledge is that it’s not in the static figure……….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: