Kebahagiaan Pasaran Bebas

Albert Einstein

Albert Einstein

Kita tidak boleh menyelesaikan sesuatu masalah dengan pemikiran yang kita guna ketika menemui masalah tersebut. – Albert Einstein (1879-1955). Namun kita tetap berbuat sedemikian. Secara umumnya, system ekonomi barat menggunakan idea-idea yang dipelopori oleh Adam Smith (1723-1790).

Smith berhujah bahawa sistem pasaran bebas dimana yang kaya berkemampuan untuk melabur dan mengaut kentungan sepuas hati mereka, adalah sistem kapatalisme yang terbaik. Sementara yang kaya menjadi lebih kaya, yang miskin akan mendapat faedah kerana penglibatan mereka adalah perlu dalam satu system yang memerlukan semua pihak untuk berfungsi. Kutipan cukai (yang tidak tinggi) boleh digunakan keatas mereka yang tidak berkemampuan untuk bersaing.

Walaupun semua orang tidak dapat bersaing dengan yang kaya, tetapi kesaksamaan akan wujud kerana semua orang berpegang kepada nilai-nilai sistem tersebut. Semua orang berpeluang untuk bersaing, sama ada kuasa persaigan itu adil atau tidak, tidak perlu dipersoalkan selagi prinsip-prinsip liberalisme dipatuhi.

Kebahagiaan akan menjadi faedah pulangan hasil daripada pemakaian sistem ekonomi yang diutarakan Smith, kerana semua orang akan mempunyai wang untuk melakukan apa yang mereka mahu mengikut kemampuan mereka. Kebahagiaan dilihat sebagai keupayaan untuk memiliki harta.

Hakikatnya, eksploitasi sifat ketamakan merupakan modus operandi utama kapatalisma bebas. Lebih tamak individu, lebih cenderung sifatnya untuk kuat bekerja untuk mencari wang untuk membeli apa yang perlu dan ingin dimiliki, konon-kononya untuk kebahagiaan diri. Bagi individu yang tidak didorong sifat ketamakan pula akan sekadar mencari wang yang memadai untuk keperluannya sahaja.

Kita teliti pula dua negara jaguh pasaran bebas yang telh dipngaruhi hujah-hujah Smith sekian lama, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Saya percaya masyarakat dalam system eknomi Keynesian tersebut tidak menemui kesaksamaan sepertimana yang dijanjikan oleh Smith. Saya percaya masih ramai golongan wanita yang tertindas dengan skala gaji yang mendiskriminasi gender, saya percaya masih ramai yang menghadapi masalah kewangan akibat kadar faedah yang menindas oleh bank, saya percaya masih ramai yang tidak mampu untuk menyekolahkan anak-anak mereka, dan saya percaya masih ramai yang mengemis di ‘subway-subway’ New York city dan persekitaran London.

Tidak dinafikan, bahawasanya semua orang mempunyai peluang untuk menyara hidup masing-masing. Namun, ramai yang menganggur kerana tidak boleh mencari kerja atau tidak dapat mencari kerja kerana berdepan dengan masalah yang dicipta oleh propaganda liberalist yang memberi nilai kepada kelayakan pendidikan yang tinggi. Pendidikan dijadikan suatu komoditi yang hanya boleh dimiliki oleh mereka yang berkemampuan. Tanpa kelayakan pendidikan ini, ilmu yang diperolehi adalah tidak bermakna kerana industri hanya melihat kepada kertas-kertas kelayakan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi yang menjual pendidikan.

Kita pula harus menerima hakikat bahawa akan sentiasa wujud mereka yang tiada tempat berteduh, dan terpaksa berlapar atau makan dari tong sampah jika tidak menerima ehsan belas kasihan golongan berada. Tetapi jangan bimbang, sahabat-sahabat saya dari kem pendokong idea-idea kapitalis telah berhujah bahawa akan wujud persatuan-persatuan kebajikan yang akan menjaga komuniti-komuniti seperti ini, dengan sumbangan ikhlas ehsan belas kasihan golongan yang berkemampuan. Saya yakin dan berasa amat tenang mendengar hujah-hujah yang amat meyakinkan itu.

Jika kita lihat Amerika Syarikat, saya akur ramai yang sedang mengejar kekayaan atau kebahagiaan, tetapi ramai juga yang sudah tidak pasti lagi apa itu kebahagiaan. Mereka ini adalah golongan yang terpaksa merayu untuk mendapatkan bantuan perubatan, mereka yang terpaksa menerima hakikat yang mereka tidak mempunyai kuasa untuk tawar-menawar dengan mana-mana gergasi kapitalis.

Ditengelami hutang, dan kemurungan, hidup mereka penuh dengan tekanan sosial masyarakat yang tamak haloba. Golongan ini seterusnya berundur kepada budaya ‘escapism’ untuk lari sebentar daripada kehidupan ekonomi Keynesian yang bercelaru dan tidak tentu, malah sentiasa dipenuhi manipulasi, eksploitasi dan tipu helah yang sungguh mengecewakan. Dadah, alkohol, judi dan pelbagai lagi alat-alat ‘escapism’, yang turut menjadi antara komoditi terlaris jualan kapitalis menjadikan golongan yang ditindas ini ketagihan dan seterusnya memusnahkan masa depan mereka.

Jurang perbezaan diantara yang kaya dan miskin kian menjadi-jadi sehinggakan kedua-dua kelas ini semakin tidak mengenali satu sama lain (satu contoh yang baik ialah kelahiran golongan yang menyokong pasaran bebas yang tidak dikawal, mereka tidak kenal akan masalah sosio-ekonomi kelas pertengahan mahupun rendah). Kelas pertengahan yang makmur semakin berkurangan, akibat peralihan kelas sama ada menjadi kaya atau miskin, sementara yang lain kehilangan kerja, keluarga, kehormatan diri, dan pegangan hidup.

Tetapi yang kaya akan sentiasa menyokong pasaran bebas, kerana faedh yang mereka perolehi daripada mekanismanya. Mereka kini jauh lebih kaya daripada mana-mana generasi sebelumnya, mereka menguasai media massa yang membentuk budaya dan pemikiran mayarakat. Mereka terus mencorak moral masyarakat (sekaligus membentuk masyarakat yang hedonis), sehinggalah ke polisi-polisi kerajaan yang memberi kelebihan kepada perniagaan mereka. Generasi muda pula tidak mempunyai apa-apa pilihan melainkan akur kepada telunjuk pasaran.

Kebahagiaan? Mungkinkah ini adalah muslihat kapitalis yang paling canggih? Mengeksploitasi kelemahan manusia demi mengaut keuntungan dengan alasan kebebasan individu? Tulisan ini tidak berniat untuk memberi sebarang penyelesaian (yang akan terbuka kepada kritik pihak-pihak yang berhasrat untuk tunduk kepada telunjuk pasaran), sebaliknya bertujuan untuk menyedarkan orang ramai akan kelemahan atau secara lebih tepatnya helah pasaran bebas. Apa yang lebih membimbangkan adalah hakikat bahawa pasaran bebas kapitalis yang tidak terkawal terus berkembang dan institusi-institusi pendidikan terus menerapkan kurikulum yang menyediakan generasi muda untuk keluar sebagai modal insan industri-industri kapitalis.

Langkah pertama bukanlah untuk memikirkan cara berubah, langkah pertama adalah untuk sedar bahawa wujudnya keperluan untuk berubah. Perubahan akan menentukan sama ada generasi muda hari ini keluar menjadi pemimpin corak pasaran atau hamba kehendak pasaran.

23 Responses

  1. ideologi liberalisme yang mendukung pasaran bebas melihat individu sebagai alat analisis utama. namun begitu di dalam konteks masyarakat pasca-moden yang ditunjangi oleh hyper-capitalisme, individu tidak lagi menjadi individu. sebaliknya individu yang terbentuk adalah hasil dari interaksi sosial dengan persekitaran. persekitaran ini pula, hasil dari perkembangan tamadun manusia telah membentuk struktur-struktur sosial yang mapan.

    struktur-struktur sosial yang mapan inilah (yang terangkum di dalamnya struktur ekonomi, politik dan budaya) yang mendasari kelahiran wujudiah individu manusia itu. kerana itu analisa individu tidak semuanya tepat kerana individu di dalam sebuah sistem di mana struktur-strukturnya telah mapan, sukar untuk membebaskan diri dari struktur yang sudah mapan tersebut.

    jadi, analisis liberalisme yang berasaskan individu sebagai embrionya gagal untuk melihat struktur-struktur yang wujud di dalam masyarakat yang mengekang kebebasan individu untuk menjadi individu dirinya sendiri bukan hyper-individu sepertimana yang berlambak di pasaran sekarang – lambakan hyper-individu.

  2. kapitalisma senget!!!

  3. Capitalism is party successful because it encourages greed. We are, inherently, a greedy species. We don’t want equality, we want to better ourselves. We want to strive to improve our lives. Capitalism allows this, encourages it even. However, it does not allow for unlimited greed. Capitalism assumes that even though we are greedy, we will play by the rules. This fails under circumstances where people are greedy to the point that they will cheat to get ahead, most often in the form of monopolies. I don’t believe that a coercive monopoly is impossible in a truly free market, as there are many things a company can do to create an unfair barrier to entry.

    I also think capitalism fails to consider that not everyone is capable of contributing to society equally. The true capitalist view is that if you cannot contribute to society, it is due to laziness and incompetence and thus you don’t deserve any of the benefits of society. In reality, there are many people who, due to physical or mental limitations, are not capable of caring for themselves without welfare or the compassion of others. Granted there are many people who abuse this, but there are still those who truly need help through no fault of their own.

  4. aku kurang bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bahawa manusia ini secara semulajadinya tamak. aku cenderung untuk berfikir bahawa manusia adalah kewujudan sosial. manusia tidak wujud di dalam ruang yang vakum. kewujudan sosial yang mendefinisikan diri manusia itu dipengaruhi oleh struktur-struktur yang wujud di dalam masyarakat.

    aku tidak mengatakan bahawa struktur sosial mempengaruhi manusia seluruhnya tetapi umumnya di dalam masyarakat di mana struktur sosialnya sudah mapan cenderung terikat dengan struktur yang wujud. struktur di sini bukan sahaja bersifat ontologis seperti struktur politik ekonomi dan budaya tetapi juga struktur epistemologis seperti pemikiran.

    justeru itu, buat aku tamak adalah suatu sifat yang muncul hasil dari konstruksi sosial dan bukan sudah ada secara semulajadi.

  5. Dear Tuju Malbaru, in Stanford University psychology professor Brian Knutson http://www-psych.stanford.edu/~span/Press/bk0206press.html conducted a research by having volunteers pretend to buy and sell stocks while the imaging machine called a functional MRI (FMRI) records the brain areas activated. The findings suggest a connection between activity in “pleasure center” areas of the brain and the action of making a profitable stock sale and even risk-taking behavior in anticipation or hope of gain, such as gambling.

    In the experiments, losses and fear of loss activated a different area of the brain… one that has been associated with painful experiences. The researchers believe their findings may help explain why investors, like gamblers, often take irrational risks in the same way that people will often carry out what they know is risky and even dangerous behavior for a pleasurable high from sex or drugs.

    The Bloomberg business editor commented: “At a neurological level, our species’ desire for money may resemble our desire for sex…” and “our brains lust after money, just like they crave sex.” In this interpretation, capitalist greed is biological…“hard-wired” by our brains neural circuits. But this view is just a high-tech version of the very old, and mistaken, notion that greed is part of “human nature.”

    A scientific basis for solidarity;Human beings are able to experience pleasure and pain, and for the most part, we pursue activities that give pleasure or lead us to anticipate pleasure, and we avoid activities that give pain or fear of pain.

    But we must separate the question of how we feel pleasure and pain (the biology of the brain) from the question of what stimulates those feelings. Burn your finger with a match and you’ll feel pain. Pleasure can come from a drink when you’re thirsty or food when you’re hungry.

    But under capitalism people learn that money can buy almost anything. Making money can become associated with pleasure just as surely as a bell can make a dog salivate, once the dog has learned that the bell means dinner.
    For the big capitalists, greed—the desire for more and more wealth beyond the necessities of life—is what made them capitalists in the first place. If that did not drive them, then they would not have succeeded as capitalists, or they might pursue some more useful occupation.

    Under a different social system that valued equality rather than inequality, getting satisfaction from accumulating more wealth than one person could ever use would be considered a sickness…something like kleptomania.
    The scientific finding that greed can stimulate feelings of pleasure similar to sex or drugs does help explain why capitalists seem to actually lust after profit and power, and why this lust will lead them to seek short-term gratification even if the long-term results of their action may be disastrous.

    The experiments by Knutson offer one explanation for corporate opposition to environmental controls, as the tycoons of oil industry and other capitalists risk global warming and the long-term destruction of human life on earth rather than give up even a portion of their current profits. Seeking pleasure and avoiding pain is a biological part of human nature. Greed is not. But seeking pleasure and avoiding pain are not uniquely human. This behavior is shared by all living things that can experience the sensations of pain and pleasure.

    Are there, then, any characteristics of human biology that let us behave in a way that is substantially different from other animals? That perhaps give us hope for human solidarity? About 10 years ago, neuroscientists discovered a type of neuron (nerve cell) in the brains of monkeys that the scientists labeled “mirror neurons.” http://en.wikipedia.org/wiki/Mirror_neuron These specialized neurons activated the very same way whether a monkey did something itself or simply saw another monkey do it. In other words, these specialized nerve cells allowed monkeys to imitate others and even to share the experiences of others. With further study, scientists found that humans have even more highly developed mirror neurons than monkeys.

    These cells help humans learn by watching others—an enormously useful ability that enables human social interaction. Even more importantly, these cells may be the biological basis of human empathy, of the ability to experience someone else’s emotions, including pain or pleasure, as if the emotions were one’s own. Human language and other social and cultural tools appear to depend on these neurons.

    It may turn out that the number and sophistication of human mirror neurons are an evolutionary development…along with an opposable thumb…that has enabled humans to develop a social and cultural life far beyond our closest animal relatives. If so, then the truly essential biological part of human nature is the capacity to experience the feelings of others as much as our own feelings. Rather than greed, this capacity for solidarity may be what makes us distinctly human…

    I eagerly await your response, i want to believe that humans are not naturally greedy. I await your response…

  6. di dalam konteks dunia pasaca-moden sekarang ini, kebenaran mutlak ialah tiada kebenaran mutlak. relativiti kebenaran adalah adalah bergantung kepada proses interaksi sosial yang berlangsung. hukum kebenaran adalah terpencar-pencar bergantung kepada masa, ruang dan juga di dalam konteks wacana ilmiah, bergantung kepada jalur pemikiran yang dipakai.

    jalur pemikiran psikologi umumnya akan mengambil analisis individu. jalaur pemikiran biologi akan mengambil analisis biologis tentunya. jalur pemikiran antropologis dan sosiologis, umumnya akan mengambil pendekatan struktur sosial yang wujud di dalam masyarakat.

    agak sukar untuk aku menerima pandangan yang bersifat biologis kecuali berhubung dengan seks. sungguh pun begitu, terdapat juga pemenang hadiah nobel sains iaitu linus pauling yang percaya bahawa segala perilaku manusia adalah konstruk sosial. tidak ada yang semulajadi untuk linus pauling. hingga perlakuan seks pun mengikut pauling adalah hasil dari konstruk sosial.

    aku tidak akap pergi sejauh itu. tetapi pandangan biologis yang melihat kepada kepada faktor biologi untuk menghuraikan sifat tamak cenderung akan berakhir kepada determinisme biologi. dan bagi aku determinisme biologi ini sangat banyak kelemahannya.

    contoh yang paling mudah buat aku, jika sekiranya sifat tamak itu adalah bersifat biologis sepertimana seks tentunya semua manusia akan berkehendak kepada ketamakan. jika ini benar, bagaimana untuk kita menjawab individu seperti mother teresa (seorang manusia yang buat aku sangat agung dan penuh dengan sifat kemanusiaan yang tiada tolok bandingnya).

    begitu juga manusia-manusia lain seperti sami-sami buddha yang hidup zuhud dengan keperluan dan kehendak material yang sangat minimum. bagaimana pula dengan abu dzar, salah seorang sahabat nabi muhammad yang di sepanjang hidupnya, tiada langsung keinginan untuk mengumpul kekayaan yang mana matinya hanya sehelai sepinggang walaupun dia mempunyai peluang yang sangat besar untuk mengecapi kekayaan memandangkan dia adalah antara sahabat nabi yang rapat.

    kalaulah ketamakan manusia itu bersifat biologis, manusia seperti abu dzra, sami-sami buddha dan mother teresa tidak akan wujud di dunia ini.

  7. Tuju Malbaru, your rebuttals are basically mere assumptions, and remotely convincing. However i will take it on… you must realize tht the people you have mentioned all went an extra mile to actually curb their greed, and that is why they are saintly. That argument actually strengthens my believe that people are naturally greedy and need to curb that greed in them, and thus they become better people.

    About the deconstruction, i think it is very unfair to use such an approach in this debate, because if everything can be deconstructed… then there is nothing to be debated about anymore. Please with all due respect, you something much more convincing than that, because to my view that is a convenient escape goat.

    Yes you may dismiss the biological, and psychological study that i have provided, but you cannot merely dismiss it at such, i hope you can dismiss my evidence with something equal in value if not better.

  8. Tuju Malburu, dari segi fitrah manusia bukan ekstrimis. Tiada manusia tang coma mengingati diri sendiri, sama juga bukan coma ingat orang lain. Sifat tamak dan murah hati adalah fitrah manusia, dan bukan baik atai tidak….secara moralmya ia adalah neutral.

    Kalau saudara cuma ingat orang lain, patut saudara derma komputer saudara kepada sekolah anak yatim dan keluarkan semua wang dalam akaun bank saudara dan dermakan semua. nampaknya saudara juga bukan terlalu bermurah hati atau terlalu kedekut, ini juga sama bagi semua manusia.

    Adalah suatu pandangan naif jika kita terima cuma satu dan bukan keduanya, kerana bila dicermin diri sendiri…kita semua ada masanya fikir diri sendiri dan ada masanya bermurah hati.

    And Jennifer, nice to see a fellow anti-socialist in this blog…thought i was the only one…lol

  9. Wan Fadzrul,

    I am not an anti-socialist. Socialist are very idealistic people, i like them. Please read comment number 3 to understand my stance. I am a person who believes that in the post modern world simplistic ideologies such as socialism and its counterpart liberalism is not relevant anymore.

    However i like the compassion shown by the socialist model, and the free for all market idea. I want to see a new workable model in the post modern era, something more secure. In that sense i will have to reject liberalism as i strongly believe in gov intervention for the good of its people.

    In other words, there must be a better model out there. Mind you the scandinavian models, (which are modelled after the social model) seems pretty interesting. However when i explained the idea to my friends, they were not keen in the equal wealth distribution. Live doesn’t seem exciting anymore when everyone can afford a Mercedes Benz. They were more inclined to the idea of equal distribution of opportunity. (maybe those writing here should take note)

    I don’t believe we can easily resort to a model, i think we need to brain storm our own model. However the lack of idealistic understanding in Malaysia is a barrier towards that and i think the fellas at diskopi are doing a good job at changing that landscape. You guys just need more publicity.

    Oh and Wan Fadzrul… i assume your a moslem, as far as i know zakat is wajib for a moslem, and the islamic concept of wealth distribution, seems to provide a nice balance between socialism and capitalism. It would be interesting if anyone here could write a piece on the islamic system.

    Oh and Malbaru you still owe me an acceptable rebuttal.🙂

  10. i think men by nature are naturally good..it is the socialisation process which creates the notion of greed and so on…

    “everything is good in the hands of the author of Things, everything degenerates in the hands of man”

    “man was born free, and everywhere he is in chains”

    i agree with this though many of u may disagree..

    “Kalau saudara cuma ingat orang lain, patut saudara derma komputer saudara kepada sekolah anak yatim dan keluarkan semua wang dalam akaun bank saudara dan dermakan semua. nampaknya saudara juga bukan terlalu bermurah hati atau terlalu kedekut, ini juga sama bagi semua manusia.”

    hey, i thought that it is because that we care so much for others we should not donate our computers and give all our money to these orphans, rite? This will result in the subsidy mentality..what we should do is to give them loans to buy computers and to loan them the money they need, rite? Shouldn’t we teach them to be independent?

    eh by the way fadzrul, correct me if im wrong but u seem to have an obsession with labelling huh…socialists..anti-socialists..liberals..liberalism…actually all these are not important la…just semantics…

    anyway good to see u here..damn active…haha..u feel the urge to correct all the “misconception” about the free market huh..hehe..Selamat Hari Raya!!

  11. Its not a subsidy mentality, it simply the stance that people should be free to be charitable or greedy in their own capacity and not of others. Malburu is so obsessed on being selfless he forgot that there are parts of him that is selfish….lol, the irony…

    Jenny, yes zakat is an obligation. But this is a relationship between a human and his/her creator, while tax-funded welfare is between humans. Religious doctrine may state that God’s will is unquestionable, but the will of men are. If the islamic system really does put “wealth distribution” in doctrine, the zakat won’t just be 2.5% of your income…whereas in the existing welfare states, income taxes goes way over 50% per head. I think the islamic system is admirable as it provides the incentive to work and disincentives to poverty, by limiting welfare to its minimum and through the promotion of economic independence of the individual.

    To both Ken and Jenny, I see the need for labeling and distinction, it makes things a lot easier if you have some general idea of what’s going on in the other guy’s head before engaging him.

  12. Oh yeah, Ken. Charity and welfare are two different things. Charities are done willingly by an individual while with state welfare, the state have to use force to get funds – taxes. I’m for charity but not welfare, as the first respects the individual’s right while the other infringes it. Though all in all, i prefer people to get only what they earn, but i won’t question an individual’s right to give his money to anyone….

  13. yup i got that..but then again..lets put it this way..the government doesn’t use force to collect taxes because at the end of the day we are the ones who choose the government..so it is us who choose to be taxed..so there is no infringement of right…
    and the other thing is just as i can give my money to a charitable organisation to be distributed i can also choose to give my money to the government to be distributed…the outcome is the same, the only difference is the methods used..

    i agree you can have a general idea of whats in his head but thats when the problems start also cos then u began to assume..u begin to label..and u begin to stereotype..concepts are the same but the conceptions are always different..

    liberals in europe are not the same as liberals in america…socialists they are social democrats and there are social revolutioneries…liberals there are classical liberals and there are social liberals…islam, progressive islam and orthodox islam…same also for christians..

    in a post structuralist world, nothing is absolute…hence nothing can be defined..thats what i think anyway…

  14. aku tidak menolak analisis psikologi. aku rasa dalam tulisan aku yang lepas aku tidak menafikan secara nyata unsur psikologis. aku pikir analisis agency (atau individu) dan struktur perlu dikombinasikan untuk mendapat jawapan yang lebih holistik (bukan sempurna). kesempurnaan dalam konteks pasca-moden dewasa ini adalah sesuatu yang untuk aku tidak akan mungkin manusia kecapi baik di dalam apa sistem sekali pun, baik liberalisme, socialisme atau pun islamisme.

    apa yang boleh kita cuba lakukan sebagai manusia yang punya sedikit kesedaran ialah untuk mengajukan jawapan-jawapan yang boleh meminimakan ketaksamaan, ketidakadilan dan kesengsaraan di dalam kehidupan manusia agar mereka yang terpinggir, miskin, susah, berpendapatan rendah, cacat, papa, marginal dan seumpamanya terbela dan dapat diperbaiki kehidupan mereka agar mereka dapat hidup selayaknya sebagai manusia yang bermartabat.

    aku masih memegang kepada pandangan bahawa pembentukan keperibadian manusia itu dipengaruhi besar oleh faktor sosialisasi. sosialisasi itu pula bergantung kepada struktur-struktur yang sudah sedia wujud di dalam masyarakat, contohnya institusi keluarga, sekolah, media, rakan lingkungan, buku-buku, sistem ekonomi, budaya, agama dan seumpamanya.

    aku setuju bahawa manusia pada lahir wujudiahnya ke alam dunia ini adalah neutral. dia tidak punya apa-apa pandangan dunia atau keperibadian yang jelas. tetapi sebaik sahaja sistem kognitifnya berfungsi, maka ia mula menyerap masuk maklumat yang mula membentuk tingkahlakunya. maklumat ini tentunya diterima hasil dari proses sosialisasi yang diterimanya dari pelbagai struktur yang sudah sedia wujud di dalam masyarakat.

    umumnya, kita semua lahir-lahir sahaja sudah berada di dalam institusi yang dinamakan keluarga yang tentunya punya aturan, nilai dan norma-normanya yang tertentu. jadi di sini, kita dapat melihat bahawa manusia itu tidak lahir-lahir sudah punya sifat tamak. ia perlu melalui proses-proses yang tertentu sebelum tingkahlaku dan keperibadiannya terbentuk.

    jadi di sini struktur ekonomi, budaya, nilai, norma, agama dan seumpamanya itu mempengaruhi keperibadian, sifat dan perwatakan seseorang manusia itu. tapi di sini aku tidak mengatakan bahawa struktur mempengaruhi sepenuhnya, aku cuma mengatakan struktur mempengaruhi sebahagian besar. agensi atau individu masih mempunyai upaya untuk mendobrak struktur yang wujud.

    kombinasi antara struktur dan inisiatif individu itulah yang membentuk perwatakan atau keperibadian seseorang manusia itu. namun begitu inisiatif individu itu sendiri sebenarnya untuk aku banyak dipengaruhi struktur lingkungannya.

    berhubung dengan sifat tamak, terdapat banyak kajian-kajian antropologi di dalam masyarakat simpel yang belum terdedah dengan sistem kapitalisme komersial, yang kehidupan mereka dikatakan egalitarian. di mana kehidupan berasaskan kepada perkongsian bersama yang tidak memungkinkan sifat tamak itu muncul (maaf aku tidak dapat memberi petikan nama buku dan penulisnya. tetapi ini adalah beberapa kajian yang pernah aku baca di dalam beberapa buku antropologi. nanti aku cuba carikan tapi aku tidak dapat memberi janji kerana buku-buku itu sudah agak lama aku baca).

    jadi apa yang aku cuba nyatakan di sini ialah tamak bukanlah sifat semulajadi manusia. sifat tamak terbentuk hasil dari proses sosialisasi dan sistem masyarakat yang wujud. kita mungkin berasa pesimis terhadap manusia sehingga kita membuat andaian bahawa manusia itu semulajadinya tamak. ini tidak menghairankan kerana kita hidup di dalam masyarakat yang sudah sedia kompleks dengan sistem ekonomi yang kompleks yang berasaskan kepada survival of the fittest (or rather richest). kita tidak pernah hidup dan bernafas di dalam suatu sistem yang egalitarian sepertimana yang pernah wujud terdahulu.

    jadi andaian atau pandangan kita ini bersifat kontekstual terperangkap di dalam ruang dan masa iaitu ruang dan masa kini yang sistemnya sudah pun terbentuk berasaskan sistem siapa kuat dia menang. kuat di sini bermaksud kuat yang lebih luas bukan fizikal semata-mata. jadi tidak hairanlah kita merasakan bahawa sifat tamak adalah sifat semulajadi manusia. tapi bagi aku sendiri, aku masih memegang kepada pandangan bahawa tamak bukanlah sifat semulajadi manusia kerana teman-teman rapat di sekelilingku umumnya boleh aku katakan bahawa mereka bukanlah orang-orang yang tamak. itu sudah sangat impirikal buat aku. tidak tahulah aku kalau kawan-kawan korang semua adalah terdiri dari orang-orang yang tamak!

  15. Wah, sudah rancak di sini. Amat menarik!

    Mungkin Ling boleh copy-paste sebahagian dari proses bertukar pendapat di Facebook ke sini.

    Saya (yang gemar melihat diri sebagai seorang centrist atas faktor tertentu) tertarik dengan kehadiran Jennifer. Ya, satu usaha segar untuk meneroka idea lain di sebalik apa yang dinamakan Socialism dan Liberalisme (Klasik, saya harus masukkan Klasik di sini kerana ia memisahkan pandangan asal Liberalisme (di US disebut Libertarian dengan faham Liberal kini).

    Saya tidak ada masalah dengan slogan anti-kapitalis. Sebenarnya dengan mewujudkan pasaran bebas, kita menggesa kapitalis bersaing sesama sendiri. Dalam sistem yang tidak bebas, ada kapitalis yang berkuasa tanpa saingan dan mereka ini berpotensi menjadi zalim. Sistem tidak bebas ini dipelihara oleh siapa agaknya? Ya, ia dipelihara oleh sebuah kerajaan yang ‘gemuk’!

    Saya tidak tahu sama ada sistem Sosialis boleh hidup atau tidak tanpa Kapitalis (baca: dalam konteks negara ‘gemuk’). Sistem yang percaya cukai tinggi memerlukan mereka ini. Dan mereka ini rela kerana mereka dapat mengelakkan persaingan. Sebab itu saya melihat sebenarnya Kapitalis jenis ini yang memelihara idea Sosialis agar terus berjalan supaya mereka boleh terus mengawal pasaran.

    Jujurnya, saya tidak ada masalah dengan aktivis Sosialis. Saya mahu katakan bahawa keperihatinan dan tindakan mereka lebih ‘popular’ berbanding selainnya (termasuk Islamis!).

    Hanya saja setiap isu yang muncul kompleks. Maka kekallah kita dalam ‘hati panas, otak dingin’ agar dapat saling merujuk silang dan mengkoreksi pandangan ya!

    * Jangan gaduh-gaduh. Selamat hari raya maaf zahir batin.

  16. Ken, i don’t see that just because a government has a majority mandate, that would allow them to forther their governing capacity … tax..etc.

    W Bush was elected to “preserve, protect and defend” the United States, and he used this to justify the war in iraq. If your view is true, the American ppl would have no problem with this as Bush was just trying to protect them.

    The weakness in this system of tax/welfare comes from its structure. All countries, except dictatorships, have a REPRESENTATIVE system. That is, their will may not equal ours; even if they are given a mandate, it would be a tyranny of the majority. Obviously the less affluent people would want the rich to bankroll their free healthcare, welfare..etc – i don’t have to say that this is unfair.

    This is further worsened by the fact that the rich are unfairly taxed (google/wikipedia: progressive taxation), if we have a system of “flat tax” (google/wiki that too) then it would be much fairer. This progressive tax system is supposedly justified in the name of “wealth distribution” but is it actually JUST?

    If we were to tax corrupt businessmen higher, than that MAY be justified, but a progressive tax would tax you based on how high your income is. Needless to say, not all rich people are unscrupulous business people. This is the dilemma in left-leaning ideologies, particularly on the concept of “wealth distribution”: should they support EQUALITY or JUSTICE? If you ask me, i’d rather be just…

  17. Adam Smith bukan lah Bapa Kapitalisme. Beliau hanya menceritakan kenapa ada nation yang kaya dan ada pula yang tidak kaya. Pada bahagian akhir The Wealth of Nations beliau menceritakan yang kapitalisme akan bermasalah.

    Bailout US$700 billion untuk sistem kewangan USA baru-baru ini jelas adalah SOSIALISME UNTUK PARA KAPITALIS. Bahagia sungguh menjadi kapitalis. Makan minum berak kencingnya ditanggung kaum pekerja dan rakyat jelata umumnya.

    Biarpun begitu mereka kaum minoriti ini masih tidak ramah dan terus berkokok tentang DEMOKRASI POLITIK serta menjana perang di sana sini. Walhal tanpa ada DEMOKRASI EKONOMI, demokrasi sepenuhnya tidak akan dicapai. Oleh itu hanya dengan pemerintahan KELAS MAJORITI demokrasi sepenuhnya dapat dicapai

  18. sosialisme untuk para kapitalis?

    haha..cuba bagitau aku so called kapitalis mana yang sokong dan kenapa ada sejumlah akademisi dan so called kapitalis yang tolak?

    kapitalis belaan negara gemuk (baca: dibangun dari sistem sosialis) saja yang nak🙂 memang adat la, beranak dari sistem tu, nak sistem tu bela dia..hehehe

  19. Pandangan Saya,

    Nak kaji sifat manusia(tamak atau tidak) boleh menerusi budak-budak kecil atau bayi. Seseorang bayi apabila terdapat sesuatu yang dia sukai, dia akan nangsi sampai dapat. Dia akan diam bila diberi. Bila dia dapat, tidak akan lepaskannya sampai dia berasa bosan. Dia akan lawan sekiranya ada budak lain cuba ambil. Saya tak pernah nampak budak kecil khususnya bayi besar hati sangat sehinga melepaskan benda yang dia suka untuk berkongsi dengan budak yang lain. Ini jelas menunjukan betapa tamaknya manusia secara semulajadi. Kewujudan agama dan moral semata-mata adalah menahan manusia daripada terus korup.

    Dalam satu pepatah cina telah mengatakan orang yang baik, nama akan harum selama-lama. Orang yang jahat pula, namanya akan busuk selama-lamanya. Persamaan antara orang jahat dan baik ialah nama mereka akan diingat selama-lamanya. Tetapi dari segi perbezaan pula orang jahat dia dapat kuasa, kekayaan dan segala-galanya. Apa orang baik dapat? habuk pun tak ada lagi kena tindas, dianiaya. Yang paling teruk sekali keluarga sendiri pun tak dapat jaga orang kesayangan terus khorban disebabkan dia.

    Orang yang menang adalah orang yang tamak, jahat, keji, busuk…… Orang inilah yang menetukan sejarah kita. Orang inilah membuat perubahan untuk orang lain. orang inilah yang berhak membuat keputusan dan menentukan segala-galanya(DPM).

    So, Tuju Malbaru nak jadi orang jahat atau orang baik?

    Saya tak arif dalam konsep Kapatalisme mahupum Sosialisme. Bagi saya, sosialisme cantik teorinya, bencana dalam praktisnya. Ini tidak bermaksud saya pro Kapatalisme.

    Korup bermaksud sesuatu sistem dibenarkan terus diaplikasi dan immue tidak subjek kepada perubahan atau pembaharuan. Pendukung-pendukung Sosialisme mahupun Kapatalisme adalah orang yang korup kerana tidak mahu ideal masing-masing digantikan atau dicampuradukkan dengan prisip yang lain.

    Bolehkah sesebuah negara yang miskin terus mengaplikasi sosialisme? jawapannya tidak. terbuktilah tiada negara yang mengamal pure sosialisme berjaya menbangun ekonomi mereka. Kelahiran konsep sosialisme akibat atau selepas kapatalisme. Ini bagi saya secara tidak langsungnya bermaksud untuk melaksanakan sosialisme yang membawa kebahagiaan kepada semua orang, pelaksanaan Kapatalisme adalah syarat yang penting dan mesti terlaksana terlebih dahulu. Pembinaan rumah foundation mesti kena ada. Foundation bagi sosialisme adalah kapatalisme.

    Ya Ke???????? pada pandangan mu, Tuju Malbaru?

  20. Sebenarnya bukan bermula dari persoalan tamak tetapi self-interest.

  21. bagi memahai menagapa negara miskin tidak mampu keluar daripada putaras ganas kemiskinan, hendaklah difahami bahawa negara miskin ini berada dalam sistem yang tidak lansung memihak kepada mereka. analisa sistem kapitalis moden bukan lagi melihat negara sebagai aktor utama. peranannya telah beralih kepada TNC dan MNC.. mereka inilah yang menentukan bagaimana seharusnya pasaran bertindak balas dengan persekitarannya.

    benar kata Amin, self – interest!

  22. mengatakan peranan telah beralih kepada TNC dan MNC tidak sepenuhnya tepat, jika kita mahu memberi keadilan.

  23. kita berjumpa nanti,

    boleh tolong definisikan tak apa itu tamak? dan apa itu semulajadi?

    betul ke SEMUA bayi yang nampak barang yang dia suka akan menangis sehinggalah dia dapat barang itu?

    betul ke SEMUA bayi bila dapat barang yang dia suka, akan terus diam?

    betul ke SEMUA bayi yang dapat barang yang dia suka, akan menangis atau melawan balik bila kita ambil barang itu daripadanya?

    betul ke SEMUA bayi tak suka berkongsi barang yang dia suka dengan budak yang lain?

    boleh ke tingkahlaku kanak-kanak kecil atau bayi yang pembentukan sistem kognitifnya belum lagi terbina penuh, kita ambil sebagai analisa untuk memahami sifat tamak ?

    boleh tak definisikan apa itu sosialisme? dan apa itu pure sosialisme? dan negara manakah yang mengamalkan pure sosialisme yang dikatakan gagal untuk membangunkan ekonomi mereka?

    apakah yang dimaksudkan dengan membangunkan ekonomi mereka? boleh terangkan tak?

    dan boleh terangkan tak bagaimana sosialisme yang dikatakan cantik teorinya itu membawa bencana bila dipraktik?

    aku nak jadi orang aper? ermmm…..mesti ke jadi orang? tak bole ke tak jadi orang? hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: