Pakatan Rakyat Akan Di “Check-Mate” !

Berita semalam (Rabu, 17 September 2008) merupakan suatu langkah strategis awal oleh Pak Lah. Dua perkara penting yang telah dilakukan oleh Pak Lah untuk mematikan atau ‘check-mate’ gerakan peralihan kuasa yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 16 September yang lepas. Apa dua perkara itu?

Satu, pengambilalihan portfolio kementerian pertahanan oleh Pak Lah sendiri. Jadi, sekarang, selain menjawat jawatan Perdana Menteri, Pak Lah juga ialah Menteri Pertahanan. Maknanya bidang kuasanya mencakup keseluruhan unit ketenteraan Malaysia. Para jeneral utama di dalam Angkatan Tentera Malaysia sekarang adalah di bawah kuasa dan arahan Pak Lah.

Posisi sebagai Menteri Pertahanan adalah suatu posisi yang sangat strategis khususnya di dalam suasana yang genting dan tidak menentu sekarang ini di mana UMNO sudah semakin hampir untuk ditumbangkan oleh gerakan peralihan kuasa yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.

Kedua, kenyataan Pak Lah bahawa Anwar Ibrahim adalah ancaman kepada kestabilan dan keamanan negara. Pak Lah juga turut menjelaskan bagaimana ekonomi negara yang sekarang ini diporak-perandakan oleh Anwar sehingga ramai pengurus dana luar tidak mahu melabur di Malaysia akibat dari suasana politik yang tidak menentu yang dicetuskan oleh Anwar.

Begitu juga dengan tuduhan bahawa Anwar telah melakukan pembohongan terhadap rakyat Malaysia berhubung dengan janji peralihan kuasa pada 16 September yang lepas. Tindak-tanduk Anwar ini, menurut Pak Lah telah menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat jelata, mengganggu kestabilan ekonomi negara dan seterusnya mengancam keamanan dan keharmonian negara.

Apa yang Pak Lah lakukan semalam ialah menyediakan suatu alasan awal untuk mendapatkan persetujuan rakyat serta memberi justifikasi bagi tindakan susulan yang bakal dilakukannya.

Ada tiga tindakan yang Pak Lah mungkin lakukan untuk terus mempertahankan kuasa UMNO dan seterusnya menamatkan gerakan peralihan kuasa yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim.

Satu, tangkapan ISA ke atas Anwar Ibrahim dan pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Alasan untuk menagkap Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain telah pun disediakan oleh Pak Lah terlebih awal dalam kenyataannya semalam bahawa Anwar mengancam keselamatan negara.

Dua, dengan portfolio barunya sebagai Menteri Pertahanan, Pak Lah mempunyai kuasa penuh untuk mengarahkan campurtangan tentera di dalam menyelesaikan konflik kekuasaan yang berlaku sekarang ini dengan mengistiharkan darurat. Apabila darurat diistiharkan, secara automatik parlimen digantung, pemerintahan sivilian diganti dengan pemerintahan ala Mageran (Majlis Gerakan Negara tahun 1969) dan yang terpenting sekali, gerakan peralihan kuasa yang dilancarkan oleh Anwar dipatahkan.

Tiga, tangkapan ISA secara borong dan peristiharan darurat dilakukan secara sekali gus. Ini juga pasti akan mematahkan gerakan peralihan kuasa yang diterajui oleh Anwar dan mengekalkan kuasa BN khususnya UMNO.

Jadi, persoalan terpenting yang perlu kita bincangkan ialah apakah persediaan kita dan apa pula tindakan kita jika sekiranya perkara-perkara ini dilakukan oleh regim Pak Lah?

Inilah yang tidak dibincangkan secara mendalam dan menyeluruh sehingga ke akar umbi. Tidak ada langsung sebarang usaha yang dibuat baik oleh parti politik pembangkang mahupun persatuan-persatuan masyarakat sivil dan mahasiswa untuk menyediakan rakyat akar umbi bangkit melawan jika sekiranya perkara-perkara tersebut dilakukan oleh regim Pak Lah. Setakat ini, kita semua menaruh harapan bahawa kuasa akan beralih tangan secara tenang, senang dan mudah daripada BN kepada Pakatan Rakyat.

Tetapi bukti-bukti impirikal telah pun menunjukkan bahawa BN, khususnya UMNO tidak akan melepaskan kuasanya secara aman (contoh: Peristiwa 13 Mei 1969, Operasi Lalang 1987 dan Reformasi 1998). Begitu juga dengan peralihan kuasa di negara-negara dunia ketiga yang lain, tidak ada satu pun yang berlaku dengan aman.

Umumnya pemerintah (dalam konteks Malaysia, BN) akan sedaya upaya mempertahankan kekuasaan yang dimilikinya. Jadi, janganlah kita hendak bermimpi bahawa peralihan kuasa akan berlaku secara aman.

BN khususnya UMNO akan menggunakan apa sahaja cara termasuk kekerasan untuk terus mempertahankan kuasanya (jangan kita lupa pengalaman reformasi 1998 di mana ratusan rakyat dikasari, dipukuli, dipenjarakan dan beberapa pimpinan pembangkang diISAkan oleh kerajaan BN). Tidak mustahil perkara yang sama akan dilakukan sekali lagi.

Justeru itu, berbalik kepada persoalan maha penting kita tadi – apa persediaan kita dan apa tindakan kita jika tangkapan ISA secara borong dilakukan dan darurat diistiharkan? Adakah kita sudah siap untuk terus berjuang walaupun pimpinan kita ditangkap dan negara kita diistihar darurat? Bagaimana caranya untuk kita berjuang di dalam kondisi di mana pimpinan kita ditangkap dan negara kita dalam keadaan darurat? Apa tindakan konkrit yang boleh kita lakukan untuk memastikan perjuangan kita ini menang dan musuh kita tumpas?

Persoalan-persoalan ini tidak pernah dibincangkan sehingga ke akar umbi. Kita terlalu berharap kepada percaturan elit politik atasan untuk merealisasikan harapan kita sehingga rakyat akar umbi tidak kita sediakan jika perkara-perkara ini berlaku. Tidak mustahil kalau perjuangan kali ini juga kita akan tewas dan tersungkur dan UMNO terus berkuasa dulu, kini dan selama-lamanya.

4 Responses

  1. Salam…
    Tuju Malbaru… kau mencipata kecemasan / fear dengan penulisan ini. Aku percaya engkau mengembar-gemburkan isu kecil, malah memberi gambaran yang tidak menyenangkan. Tak mungkin si panglima-panglima Nasional mahu bertindak sedemikian. pada pendapat aku, panglima Lah hanya mahu bertukar portfolio sahaja. Kerana saya berpendapat panglima Jib lagi merbahaya dan lebih cenderung untuk mangambil alih, akan tetapi dia juga tidak berbuat apa-apa seperti yang kau cadangkan melainkan 4 penangkapan dibawah ISA yang sebenarnya panglima lain yang bertanggunjawab.
    Tapi walaubagaimanapun tahniah, penulisan anda telah mencipta sedikit kegusaran dalam jiwa harimau tua ini, sementara itu harimau tua masih yakin panglima tentera Nasional tidak mahu apa-apa seperti yang terjadi ti thailand atau Pakistan terjadi di Malaya… eh Malaysia…

    *Harimau tua pun mengaum….

  2. kecemasan hanya muncul bila kita sendiri tidak bersedia. Oleh kerana kita sendiri sedar bahawa kita tidak menjalankan kerja-kerja menyusun masyarakat akar umbi baik di dalam kampus mahu pun di luar kampus di dalam upaya untuk membentuk gerakan massa yang berani dan radikal, maka sebab itulah kita cemas.

    kalau kita bersedia, gerakan massa yang tersusun, berani dan radikal sudah terbentuk di akar umbi, sudah tentu kecemasan kita dapat diminimakan.

    lihat sahaja kawan-kawan kita di thailand. walaupun darurat diistiharkan, puluhan ribu rakyat tetap berani turun ke jalan mengadap muncung senapang tentera. fenomena ini hanya boleh berlaku apabila gerakan rakyat akar umbi yang tersusun, berani dan radikal sudah siap terbentuk.

    kita di malaysia – adakah gerakan seumpama itu sudah siap terbentuk? jadi tidak menghairankan jika sekiranya ramai yang cemas dengan tulisan ini.

    terima kasih.

  3. antara “revolusi tersenyap” @ “dikembalikan ke dalam rahim ibu”…

  4. tuju malbaru,

    bagus! kemaskan kemahiran individu2 dan menjadikan “kita” bersama, Termasuk Dato’ harimau akan mengaum dgn kemahiran juga ala Malaysia.

    konflik akan berkurangan dan menjadi sekedar penyemak dalaman dan luaran shj.

    Teruskan……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: