Komen Ku di Blog Perundang.

Sahabat pembaca sekalian, saya terbaca satu penulisan oleh sahabat Deniel Ahmad Roslan di Perundang a Scribe bertajuk’Racist’ Perjuangan Antara Hak Dan Perpaduan? Entah mengapa, terguris hati membaca penulisannya, lantas hati pun tergerak untuk menulis komen. Berikut adalah komen ku, yang terpanjang lebar. Sila baca tulisan tersebut terlebih dahulu.

a. Pernah kaum Cina dan India…

Ya, tetapi bukan atas dasar perkauman, tetapi atas dasar kelas masyarakat. Bourgeois negara telah lama menindas proletariat kita. Isu perkauman dijadikan tabir supaya proletariat tidak bersatu dan menyuarakan bantahan mereka. Penindasan berlaku dalam pelbagai cara, yang paling menindas adalah penyalahgunaan wang rakyat yang sepatutnya sampai kepada golongan miskin. Jangan terpedaya dengan isu-isu politik perkauman yang sekadar untuk menutup isu sebenar. Kelemahan semangat perkauman dimanipulasi untuk terus memegang kuasa politik. Tidak banyak berbeza dengan dasar pecah dan perintah British.

b. Pernahkah kaum bukan Melayu atau bukan Bumiputera dinafikan…

Ya, buktinya MARA, UITM, dasar pengambilan pekerja awam yang memberi keutamaan kepada orang melayu. Namun ini bukan persoalannya, apa yang lebih penting adalah penindasan sitematik yang dilakukan kepada golongan kelas bawahan. Ini sebenarnya penindasan yang hakiki. Melayu Cina India bukan Bumi semua kena. Sabah dan Sarawak ternyata sekali, lihat sahaja ketidakadilan yang berlaku dari segi pembangunan? Minyak mereka kita ambil, tetapi pulangan royalti tak lebih 10%. BUKANKAH ini suatu bentuk penindasan?

c. Pernahkah hak asasi mana mana individu dinafikan selama ini?… Ya, operasi lalang, ISA, dan kes-kes kematian dalam tahanan. Bukankah ini pelangaran hak asasi? Keselamatan??? Hahaha… itu sautu lagi tabir untuk mencipta ketakutan dikalangan masyarakat, supaya masyarakat cemas. Sama seperti isu perkauman.

d. Apabila Melayu, yang termaktub dalam sejarah …. positive discrimination??? adakah anda maksudkan affirmative action/ discrimination? Ape yang positive sangat dalam diskriminasi yang berlaku dalam negara kita? Sebagai pelajar undang-undang, anda harus sedar bahawa ketika diskriminasi yang ada sebut itu diperkenalkan dengan syarat diteliti semula selepas 10 tahun, pernahkah ini dilakukan????

Saya berpendapat penulis telah menulis tanpa mengambil kira perasaan kaum bukan Melayu. Kami mahu jadi sebahagian daripada negara ini, sama seperti anda. Saya juga seorang Nasionalis, saya juga sayang akan tanah ini, jadi mengapa saya di anak tirikan? Berapa lama lagi akan saya ditindas kerana kaum?

Tapi saya sedar polemik perkauman ini percaturan cetek struktur “crony capitalist”. Saya tidak akan mempersalahkan mana-mana pihak. Semangat perkauman yang berdiri pada hari ini, bukanlah sesuatu yang semulajadi, akan tetapi suatu konstrak golongan bourgeois supaya mudah untuk mengawal masyarakat dengan melabel isu-isu sebagai sensetif, dan mereka yang khuatir akan tunduk kepada bapak-bapak kapitalis akan terus menindas dengan mencekik darah golongan proletariat.

Mereka telah banyak belajar daripada “tuan-tuan” British. Dulunya, si “Mat Saleh” telah menjadikan orang India kuli di negaranya sendiri, dan Cina dirosakkannya dengan candu, Melayu pun dia tipu habis. Sekarang pulak, bourgeois MALAYsia dan kroni-kroninya meneruskan apa yang dipelajari daripada the Queens Subjects itu. Terus memulas titik peluh proletariat dengan praktis-praktis yang korup dan tidak telus.

Hahaha… wahai pembaca sekalian, janganlah terpedaya dengan polemik perkauman yang kononya mampu meragut keamanan negara. Ingatlah… Hakikat sebalik semua ini adalah pengagihan kekayaan, yang bukan dibolos oleh satu kaum yang identitinya tiada kena-mengena dengan Melayu, India, atau Cina… tetapi satu kaum yang suka akan menindas secara halus, satu kaum yang suka mengopres, satu kaum yang bersemangat kapitalis, satu kaum yang suka berkroni, satu kaum yang tidak peduli akan kemiskinan, satu kaum yang pandai buat tak tahu, satu kaum yang bergelar bourgeois. Ayuh masyarakat Malaysia, tinggalkan polemik perkauman. Kita sama sahaja;

kita beribukan Malaysia yang tercinta, kita berpayungkan Duli Yang Maha Mulia, kita berpanjikan Jalur Gemilang, berteraskan Rukun Negara, MENOLAK PENINDASAN RAKYAT! MENOLAK KORUPSI! membentuk masyarakat penyayang, masyarakat yang bersatu-padu, masyarakat yang nasionalistik!! Masyarakat Malaysia! Bangkitlah Nasionalis Malaysia!!! Bangkit!!! Sudah tiba masa kamu berbakti pada Ibumu!!! Bangkit!!! Mari kita sama-sama menjaga maruah ibu tercinta!!!

* walaupun tulisan penulis serba sedikit menyingung perasaan saya, tetapi terima kasih saya ucapkan, kerana ini telah mengingatkan saya betapa sayang saya pada nagra ini. Betapa banyak lagi perjuangan yang belum selesai, betapa ramai yang terus tertindas, dan betapa ramai yang masih tertipu dengan polemik perkauman. Dengan tulus ikhlasnya… terima kasih.

24 Responses

  1. **Pendapat saya ini adalah bagi respon kpd komen2 yg saya terima berikutan satu article saya di perundang.blogspot, iaitu Racist Perjuangan Antara Hak Dan Perpaduan ? . Maka saya mengambil peluang untuk menerbitkan posting saya berkenaan komen yang saya terima di blog berkenaan. Adalah lebih baik kepada Anda sekalian untul membaca dahulu posting asal saya, berserta komen2 yang diberikan kepada posting berkenaan.

    Ramai mengangap saya ‘racist’ apabila ada usaha mengutarakan article berkenaan. Namun bagi saya secara peribadi.. sebagai seorang melayu yang bergama Islam rasa terpanggil untuk cubaMalaysia. memberi pendapat tentang hal ini. Hal yang sudah jemu, dan acap diperkatakan..Iaitu hak orang melayu, keadilan , kesaksamaan kaum dan bangsa .

    Saya rasa isu ini panas kembali apabila tahanan ISA dikenakan kepada Teresa Kok, Raja Petra, dan wartawan sebuah akhbar cina sebulan yang lalu.Maka isu ini kembali panas. Berbagai tekanan dikenakan ke atas kerajaan agar membebaskan mereka. Sangat hebat..MCA dan DAP boleh ‘duduk sekali’ dalam memberikan tekanan kepada kerjaan untuk membebaskan mereka ini.

    Ini saya rasa kerana 2 orang yang ditahan itu adalan bangsa CINA. Saya sngt kagum akan semangat kaum CINA dalam membela kaum mereka yang ditindas dengan tidak adil oleh kerajaan. Sehingga fahaman poltik dilupakan seketika antara MCA dan DAP.

    Kembali kepada isu yg kita bincangkan ini, racist. Saya tertanya-tanya kenapa isu ini tidak pernah selesai. Salah siapa? Tiada tindakan untuk mengatasinya ker?

    Nmpknya begitu… isunya hak orang melayu. Hak mereka adalah dikatakan tidak seimbang dengan kaum lain. Isu diutarkan MARA, MRSM, biasiswa JPA, hak peruntukan keawangan bagi Agama islam dalam perlembgaan, bahasa melayu dan sebagainya.

    Ini yang sering dipersoalkan… Maka sebelum kita pergi jauh di dalam soal ini, sukalah saya memperingatkan bahawa BANGSA MELAYU dan KERAJAAN adalah dua entiti yang BERBEZA sama sekali. Itu kita kena faham. Dalam kerjaaan itu sendiri ada BANGSA MELAYU,CINA,INDIA dan sebagainya. Saya suka memperingatkan ini kerana, ada diantara komen2 yang saya terima di dalam membahaskan article saya ini seolah2 cuba menyamakan BANGSA MELAYU dan KERAJAAN.

    Seterusnya di dalam komen sahabat saya yang berbunyi: “Pernahkah kaum bukan Melayu atau bukan Bumiputera dinafikan…Ya, buktinya MARA, UITM, dasar pengambilan pekerja awam yang memberi keutamaan kepada orang melayu”…..BUKANKAH ini suatu bentuk penindasan?”

    Saya sangat menghormati pandangan anda. Namun demikian suka saya untuk mengulas kembali pandangan beliau..apabil aanda mengatakan hak kaum lain dinafikan, atas dasar MARA,UITM dan pengambilan pekerja awam, mengapa anda hanya melihat ia dari sudut itu sahaja..MARA contohnya, benar untuk membantu orang melayu dalam ekonomi dan pendidikan.Namun saya suka bertanya adakah penafian ini adalah secara MUTLAK kepada bangsa lain dari sudut pendidikan dan sebagainya?

    Bukan untuk saya berhujah, lihat sahaja UKM. Universiti ini penubuhanya adalah atas keringat dan duit orang-orang MELAYU, warga desa melayu yang ingin melihat kaumnya maju dalam pendidikan. Namun pada hari ini UKM juga dibuka kepada semua bangsa tanpa diskriminasi.Maka tidak perlulah UITM itu dijadikan hujahan mutlak kpd asas ketidak adilan hak antara kaum.

    Sebenarnya saya rasa ketidakadilan ini berlaku bukan atas hak yang diperuntukkan kepada kaum melayu, TETAPI KERAJAN YANG WUJUD BUAT SEKIAN LAMA telah tidak melunaskan hak2 yang telah diperuntukkan kepada semua bangsa. Kami kaum melayu masih diantara kaum yang lemah dan masih ketinggalan. Jngn dilihat kepada kroni2 melayu di atas sana.Mereka adalah entiti KERAJAAN yang telah ‘merompak’ hak-hak kami.

    Saya rasa ia sama juga bagi kaum India. Menerima nasib yang sama sperti melayu,malahan mungkin lagi teruk, ekoran wakil mereka di dalam kerjaan yang kurang memainkan peranan atau langsung tak main peranan.(bila dah kalau baru nak main peranan)

    Maka kita lihat pula di mana kedudukan bangsa Cina? Suka saya mengatakan saya kagum akan bangsa ini kerana hamapir menjadi peneraju utama ekonomi negara ini.Rata-rata kehidupan kaum ini adalah yang terbaik antara semua kaum.Maka di sini kita melihat adalah tidak adil jika dikatakan hak yang mereka ada setakat ini adalah tidak cukup, dan masih berlaku penindasan. Sebab saya merasakan bahawa jika dilihat akan dasar-dasar kerajaan di dalam menyediakan kemudahan infrastruktur demi pembangunan ekonomi negara, polisi yang membantu peniaga, serta pelbagai tumpuan dan sokongan di dalam bidang ekonomi yang mana umumnya dikuasai oleh bangsa CINA sebagai peneraju utama adakah ini masih dikatakan tidak adil dan tidak cukup?

    Saya mengatakan begini kerana bangsa melayu sendiri yang berniaga secara kecil-kecilan terpaksa berhambat ke sana ke mari rata2 tiada lesen untuk berniaga di kaki-kaki lima Sama-sama kita fikirkan..

    Seterusnya soal hak. Saya sll bertanya kpd sahabat india saya, hak apa yg sll dituntut ini? Nyatakan dan jelaskan. Hanya kedengaran hak sama rata?

    Hak apa sebenarnya? Adakah hak untuk dijadiakan agama rasmi negara ini bukan agama Islam, dan tiada agama rasmi? Adakan dijadikan bahasa malaysia bukan bahasa rasmi tetapi bahasa ingeris sebagai bahasa rasmi? Adakah hak untuk di dalam semua majlis rasmi tiada bacaan doa? Adakah hak untuk YDP agong itu di buka kepada bangsa india dan cina? Adakah hak untuk tidak membenarkan orang islam dan melayu mengamalkan ajaran islam mereka termasuk segala amalan berkaitan nya secara terbuka? Hanya diam2 senyap di rumah sahaja?(Tak payah pakai speaker, buat memekak jer—masjid-)

    Ini yang saya fikirkan..sekiranya adalah hak ini yang diminta atsa dasar kesaksamaan hak , saya kira ini memerlukan kita rujuk kepada sejarah. Mungkin ramai melenting apabila perlu merujuk kepada sejarah? Bagi saya kita perlu merujuk kepada sejarah, sbb adanya bangsa CINA dan INDIA di bumi Malaysia ini asasnya adalah sejarah kemasukan nenek moyang mereka ke tanah melayu ini. Sbb itu saya mengatakan perlu merujuk kpd sejarah. Kita ingat akan kontrak social. Hak kewarganegaraan Kpd bukan bumipurta dan Tanah ini..Kita bukan hendak megungkit semua ini.Biarlah ini mejadi sejarah yg akan menyebabkan kita menghargai semua yg telah ada ini..Bertolak ansurlah..(sama-sama cari makan)

    Lainlah kalau adanya kaum cina, india dan melayu adalah pribumi asal tanah ini. Namun ianya tidak. Ini asas yang kita pegang. Kami di pihak bangsa melayu menyambut baik kedatangan kaum cina dan india untuk sama2 mencari rezeki di tanah ini dan hidup bersama-sama, dan ia terbukti berjaya pada awalnya.

    Kita sama2 berjuang mencapai kemerdekaan. Ini kerana datuk nenek kita dahulu faham akan hak dan tangungjawab masing-masing. Maka saya melihat apa yang berlaku sekarang kita tidak cuba memahami akan asas penting ini. Kita befikir tanpa batasan, kita berfikir melangkaui batas sejarah yang mencorakkan kita. Kita bangga dgn ideologi pemikiran kita.berfikit seolah2 tiada sejarah yang ‘besar’ mengikat kita…Ini kesilapan kita.

    Kita akui semua kaum di malaysia ini akan lebih mengutamakan kaum mereka sendiri…melayu akan terus membela melayu, cina membela cina dan india akan membela india. Ini tidak salah dan perlu. Namun silapnya adalah pemimimpin kita yang tidak menjalankan amanah untuk membela kita. Hak-hak dan bantuan yang sepatutnya sampai kepada kita rakyat bawahan, tidak sampai.

    Maka di sini, ia menyebabkan kita berasa tidak adil. Maka kita terus mengangap kaum melayu mendapat hak yang lebih berdasarkan apa yang kita nampak dan dengar dan lihat. Namun jawpanya tidak. Kami kaum melayu masih merempat di muka bumi sendiri kerana pemimpin yang tidak amanah dalam menjalankan tugas ini. Maka siapa yang tidak adil di sini. Jawapanya bukan kami BANGSA MELAYU atau peruntukkan hak yang kami ada , tetapi KERAJAAN yang terdiri dari pemimipin BANGSA MELAYU,CINA dan INDIA.(BARISAN NASIONAL)

    Itu yang kita perlu jelas. Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Jangan kerana KERAJAAN itu, kami orang melayu, hak melayu, dipersalahkan. Ini tidak adil bagi kami dan nenek moyang kami sebagai tuan tanah ini. Ini kita perlu faham. Saya sendiri merasa sedih melihat kaum melayu masih merempat di tanah ini, dan jika dilihat islam dan melayu tidak boleh dipisahkan, NAMUN kerjaan yang ada telah MENGHAPUSKAN peruntukan keawangan kepada sekolah agama rakyat yang mana diduduki oleh kaum MELAYU ISLAM. Lihat, kami sendiri ditindas di tanah kami ini oleh KERAJAAN .

    Kami tidak menyalahkan kaum-kaum lain atas nasib ini. kami tahu di masa yang sama peruntukan dan sokongan kepada Sekolah2 kebangsan cina adalah diteruskan.Tiada yang ditutup…tapi kami faham dan tidak mengungkit.ini kerana kami faham itu hak kaum kamu dan agama kami tidak membenarkan kami merampas hak orang lain.

    Jadi sebagai kesimpulnya, adalah yang penting kita perlu menghormati hak yang sedia diperuntukan ini, dan tindakan yang perlu adalah memilih KERAJAAN yang terdiri dari bangsa MELAYU,CINA dan INDIA yang benar2 bersih dan amanah di dalam menalankan tugas.Dengan itu kita yakin masalah ini akan selesai.dimana setiap pemimpin cuba berunding bersama bagi membangunkan kaum2 yang ada di malaysia ini.kita perlu faham bahawa apa yang kta ada perlulah disyukuri , dan konsep hak yang mutlak mustahil untuk diwujudkan.

    Kerana sejarah adalah mengikat kita. Kita adalah negara yang berbilang kaum,yang ada identiti tersendiri. Kalau kita mengingkan hak yang sama rata ‘in totally’ saya rasa tiada keamanan lagi untuk kita melainkan kemusnahan negara ini. Akhir kata dari saya, bukanlah saya untuk menyalahkan sesiapa, cuma kita perlu faham apa yang berlaku dan lihatlah apa yang telah berlaku.

    Kita ibarat satu keluarga, kalau inginkan keluarga yang bahgia perlulah bertolak ansur, dan saling memahami. Haruslah saling menghormati dan bantu membantu. Inilah keluarga bahagia.namun jika diinginkan sebaliknya kita perlu berfikir lagi untuk itu.

    Sebagai penutup saya ingin memetik kata2 seorang pensyarah , Shaikh Abdul Saleem, dalam isu hak orang melayu:

    “Secara amnya, tidak ada pertikaian tentang ‘hak istimewa’ orang Melayu sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan. Apa yang dipertikaikan adalah penyalahgunaan kuasa, korupsi dan kelahiran golongan ‘bangsawan’ Melayu yang rakus dan tamak yang menyalahgunakan ‘hak istimewa’ mereka.

    Akibat dari penyalah gunaan hak ini ialah orang Melayu yang memerlukan pertolongan yang terbit dari ‘hak istimewa’ ini tidak ditolong dan mereka-mereka yang mempunyai perhubungan politik akan menerima ‘pertolongan’ tidak kira sama ada layak ataupun tidak.

    Secara kesimpulannya, formula ‘hak istimewa’ yang dijalankan oleh UMNO selama ini telah gagal. Hak Istimewa ini tidak harus menimbulkan penindasan terhadap kaum lain. Sekiranya tidak berupaya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu. Tidak kira kaum.

    Kritikan kepada UMNO tidak harus disamakan dengan kritikan terhadap kontrak sosial ataupun kritikan terhadap perlembagaan atau orang Melayu.

    Berkenaan dengan universiti pula, adalah jelas bahawa berdasarkan ‘ranking’ antarabangsa universiti tempatan, formula, polisi ‘affirmative’ yang dipergunakan tidak berjaya dan harus dikaji semula. Malangnya penjaga ataupun ‘guardian’ hak istimewa ini, iaitu UMNO terlalu cepat melatah. Apabila terdapat apa-apa cadangan seperti yang dibuat oleh TAn Sri Khalid tempoh hari, ianya dianggap sebagai penghinaan kepada orang Melayu.

    Kepincangan atau masalah dengan ‘hak istimewa’ ini adalah berpunca dari UMNO sendiri. Kegagalan UMNO untuk menjadi pemegang amanah yang bertanggungjawab menyebabkan ketidak seimbangan dan ketidak adilkan yang bertopengkan ‘hak’

    Sama-sama kita fikirkan. Waslm..

  2. buat deniel yang baik,

    terlalu panjang la untuk diletakkan dalam ruang komen. tapi satu artikel dari perspektif “Melayu” yang boleh diketengahkan untuk kita sama-sama bahaskan. aku cadangkan ko edit tulisan ko ni. pendekkan dan padatkan dalam 1-2 mukasurat sahaja (jangan terlalu panjang sebab kalau panjang, orang tak baca). dan selepas tu, ko email pada admin diskopi untuk disiarkan di muka depan diskopi.

    terima kaseh.

  3. give me time..maybe after final exam..

  4. Tuk sudah sedih dibelasah artikel sahabat ini pada kali pertama. Pada waktu itu tuk sedih, dan ekspresi kesedihan itu tuk lepaskan dalam post di atas. Pada hari itu tuk telah jelaskan dan tuk telah mengajak rakyat supaya tidak tertipu dengan polemik perkauman.

    Tuk tidak akan membawa polemik perkauman. Tuk telah kuburkan polemik perkauman dalam perjuangan tuk. Namun tuk ingin menjelaskan kepada Daniel, di Malaysia bukan ssemua yang berfikir dalam aliran pemikiran perkauman. Di Malaysia ramai yang berkongsi latar belakang perkauman yang pelbagai. Saya sendiri mempuyai keturunan daripada pelbagai kaum. Di Malaysia terdapat minoriti besar yang tidak dpat memilih mana-mana kaum untuk perpayung. Saya mungkin seorang Punjabi berdasarkan keturunan ayah, namun jiwa dan raga saya bergetar dengan sifat nasionalisma Malaysia yang kuat, malahan saya telah meninggalkan identity kaum saya sendiri untuk membuktikan kepada mereka yang berpandangan seperti saudara, bahawa adanya rakyat Malaysia yang sudah tidak mempedulikan identiti perkauman. Habis kepentingan kami siapa yang jaga? Orang seperti kami, sudah membentuk budaya yang unik dan tersendiri, cub abaca post Manglish tuk untuk memahaminya dengan lebih lanjut.

    Saya ingin bertanya, setakat mana harus kita bertolak ansur? Sejauh mana? Berapa lama? Saya sekali lagi mencadangkan kepada semua yang membaca, jangan bertolak ansur, lepaskan apa yang dipendam, selesaikan kira-kira. Fahamilah diantara satu sama lain, jangan bertolak ansur, tapi fahami berbezaan kita dn persamaan kita. Terima akan keunikkan kita masing-masing. Understanding is better than tolerating, because tolerance has a limit, understanding harnesses acceptance.

    Berhubung dengan isu sejarah, saudara Daniel saya bersetuju 100% dengan anda, tetapi saya persoalkan kisah sejarah yang telah diolah oleh mereka-mereka yang menang. Saya tidak percaya bahawa sejarah yang difahami umum adalah kebenaran mutlak. Tentang soal, social contract, saya ingin persoalkan mengapa harus saya menanggung apa yang di metrai (secara social tiada hitam putih) 50 tahun dahulu. Sebelum saya dilahirkan saya tidak diberi peluang untuk memilih bangsa saya, jika saya diberi pilihan dan saya ketahui akan kontrak ini sebelum lahir, maka saya bersetuju dengan pandangan anda, bahawa kita mempunyai kontrak social yang perlu dijaga. Selain itu saudara harus ingat sewaktu keistimewaan bagi orang Melayu dimasukan dalam Perlembagaan dahulu, ia disyaratkan supaya dikaji semula dan disemak setiap 10 tahun, apa yang jadi dengan kontrak social yang ini pula? Masa depan adalah milik kita yang muda, biarlah kita yang mencorakkannya. Saya percaya negara ini tidak akan musnah kerana kita ingin membentuk masa depan sendiri, dengan mencabar sejarah. Sejarah yang telah ditulis itu biarkan, sekarang kita sedang menulis masa depan kita, apa yang kita mahu secara kolektif? Jangan jadikan sejarah, sebagai alasan untuk tidak berubah. Lihat Amerika Syarikat, golongan kulit hitam disana telah mencabar norma-norma KONTRAK SOSIAL mereka dan mereka hari ini dapat melihat seorang calon president berkulit hitam. Mereka terus mencabar masyarakat untuk mendapatkan hak sebagai rakyat Amerika yang bebas. Meraka tak musnah, malah mereka menjadi antara yang terkuat di dunia. Begitu kut sehingga mula menindas yang lain, biarkan itu kisah lain.

    Tuk jawab persoalan mu bersama satu persoalan lagi. – Ya, kami memang tidak dinafikan secara MUTLAK, tetapi kami terus dijadikan ANAK TIRI, terus dipertirikan, terus dibezakan dengan kononya peribumi. Apa bezanya saya dengan kamu? Saya lahir di Jalan Sekerat Sungai Petani Kedah, darah saya pun telah berkali-kali tumpah ketanah ini. Maka mengapa saya dibezakan dengan mu? Ayah saya merupan seorang anggota polis yang telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia, datuk saya telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia, dan kami secara berketurunan telah memberikan taat setia tidak berbelah bahagi kepada tanah air ini, dan berpayung di bawah kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. (Buat Tuju Malbaru -Ya aku masih lagi seorang Nasionalis yang menjunjung kedaulatan Agong ).

    Saudara-mara saya yang berniaga pula telah membayar cukai pendapatan tanpa aduan, cukai yang kemudianya digunakan untuk membina masjid, memberi biasiswa, malah saya percaya UKM sendiri telah dibina mnggunakan duit cukai ini. Jika tidak dibina pun, saya percaya peruntukn tahunannya dating daripada cukai yang dikutip. Matematik mudah, jika pegangan ekonomi Melayu hanya 3% dan 27% adalah syarikat-syarikat berkepentingan Bumiputera, maka baki 70% pegangan ekonomi bukan bumiputera turut menyumbang kepada cukai pendapatan negara, yang kemudianya digunakan untuk pelbagai perkara. Jadi mengapa saya berbeza dengan kamu yang bergelar Melayu? Mengapa aku di anak tirikan??? Mengapa? Mengapa? Mengapa?

  5. sahabat..
    siapa yang tidak memahami? kami orang melayu tidak memahami? atau kerajaan? berulang kali saya katakan, BEZAKAN antara melayu dan kerajaan..

    seterusnya soal tak perlu bertolak ansur? saya sngt tidak bersetuju..pada masa ini semua orng masih bertolak ansur.kita masih bertolak ansur..saya masih menghormati kaum lain atas dasar tolak ansur. pemberian kerakyatan kpd bukan bumi masih atad dasar tolak ansur sesama kita.

    Dan yang terakhir saya minta sahabat saya ni, cuba nytakan dengan nyata apa HAK SAMA RATA yang diinginkan itu? nyatkan dengan jelas..saya masih tidak ‘jelas’ tentang itu

    seterusnya, saya merasa pelik..dan sngt pelik..soal anka tiri? saya juga merasa di anak tirikan..ramau juga orang melayu dianak tirikan..sama2 rumah diroboh akaibat setinggan, sama2 masuk ISA kerana tentang kerajaan..dan lain2 lagi, kalau orang melayu itu TAK sokong kerjaan-(haluan kiri)

    saya kira disini, kita tidak boleh dengan sekali harung merumuskan semua ini.kita perlu pergi dengan detail..
    saya faham, kiranya apa yang anda maksudkan adalah hak orang melayu dibuang terus sama sekali..segala hak sama saja.. semua 50-50

    boleh..dan boleh kita kaji semua ini..yer betul..perlembagaan kita ckp semua boleh dipinda selepas 10 tahun,, Ok, kita guna sifir mudah.. kita buang kontrak sosial, ini yang kamu mahu..kamu tnya orang melayu apa yang dia mahu plak untuk balasan itu..PASTI, KATA MEREKA semua kerakyatan kepada bukan bumi ditarik balik..itu kata mereka,hujah mereka..adil kan pada semua ..balik kepada asal

    tapi itu bukan yang kta nak..bukan itu,,jadi disni, saudara perlu faham…kita perlu bertoalk ansur…jaga apa yang ada..mana yang lemah kita baiki..kita cuba faham antara satu sama lain..baiki kerjaan.ingat kita malaysia, bukan amerika,,kita ada masyarakat yang segolongan pegang kuat apada agama- bagi mereka, agama tu 1st..itu u kena faham..untuk i terang soal ini, sngt panjang..

    akhir sekali, sifir mudah i, kalau u mahukan melayu ini dibuang semua hak mereka yang kononya mereka dapat 100% tu, boleh..tapi mana mereka akan setuju..u carilah sifir yang mudah untuk bagi mereka setuju..kalau u dapat, u ckp dgn i =)

    i smpai sekarang x dapat .ok datuk ….=) good luck for ur final exam!

  6. Saudara saya setuju kerajaan dan Melayu tidak sama.

    “pemberian kerakyatan kpd bukan bumi masih atas dasar tolak ansur sesama kita.” – saya tidak lihat kewarganegaraan saya ini sebagai satu “privillege” tetapi satu hak, bukan kerana tolak ansur, tetapi semata-mata kerana saya lahir disini.

    Jika anda bertolak ansur memberikan kewarganegaraan, kononya kamu masih lagi tuan tanah, dan saya ini seorang pendatang???? Mungkin moyang saya seorang pendatang, tetapi bukan saya. Ini tanah air saya, dan saya tidak akan menerima hujah bahawa kewaganegaraan saya adalah suatu ehsan, atau tolak ansur. Mungkin bagi moyang saya, tetapi tidak mungkin bagi saya, kerana taat setia saya adalah pada tanah ini.

    cuba nytakan dengan nyata apa HAK SAMA RATA yang diinginkan itu?
    1. kayu ukur perkauman dalam semua bidang dihapuskan. kalau projek perumahan, tidak perlu ada harga yang berbeza bagi bumi dan bukan bumi. Pengambilan perkerja kerajaan jangan dijalankan berdasarkan faktor perkauman.
    2. semua tender kerajaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia. kaum jangan dijadikan faktor penentu.
    3. pengambilan universiti dijalankan berdasarkan merit sepenuhnya, tiada sebarang kuota kaum. hanya yang terbaik diterima.
    4. segala usaha pembasmian kemiskinan, dijalankan tanpa mengira dasar kaum, dimana semua orng miskin dibantu. dasar seperti DEB yang mengiku dasar perkauman dihapuskan.

    PASTI, KATA MEREKA semua kerakyatan kepada bukan bumi ditarik balik..itu kata mereka,hujah mereka..adil kan pada semua ..balik kepada asal….

    Apa yang asal? asal saya Negeri Kedah. itu sahaja asal yang saya kenal… ingat bukan saya yang bersetuju ketika kontrak sosial dibentuk. moyang saya yang bersetuju. yang saya tahu saya anak kelahiran negeri Kedah, nak balik ke asal? Baik tarik balik kewarganegaraan saya?, saya kembali bernaung dibawah panji Sultan Kedah? Ya mengapa tidak, memandangkan itu adalah tanah lahirku… asalku… Ingat saudara ini sahaja asal yang ku kenal. Taat setia ku pada YDPA, jika hendak kembali ke asal, aku merupakan The Royal subject of the Sultan of Kedah, Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sir Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Ya aku bertuankan seorang raja Melayu, sayang sekali Baginda seorang raja Berpelembagaan, jika tidak saya percaya Baginda akan seadil-adilnya kepada rakyat jelata yang menumpahkan taat setia kepada Baginda.

    Saya lebih suka akan Nasionalisma yang bergema sewaktu 1948. Saya lebih suka kalau kita semua bergelar Melayu. Seumpama Thailand dan Indonesia. Tapi ini perjuangan saya selaku Bangsa Malaysia. Saya tahu yang Cina India dan Melayu tidak akan bersetuju. Saya memperjuangan Bahasa Melayu sebagai identiti kebangsaan nasional. Saya perjuangan identiti Melayu/ Malaysia bagi semua yang bergelar rakyat Malaysia. Saya adalah golongan yang memperjuangkan agar sekolah tamil kebangsaan dan sekolah cina kebangsaan ditamatkan. Saya golongan yang memperjuangakan Sekolah Kebangsaan. Saya golongan yang menyelar politik perkauman yang ditonjolkan Barisan Nasional.

    Saya tidak pernah meyenth isu agama, tapi saudara yang membangkitkan, saya tidak ada sebarang masalah dengan sistem kebebasan agama yang diamalkan dinegara kita. Saya tidak ada apa-apa aduan mengenainya. Aduan saya adalah aduan bersifat ekonomi. kalau sekali pun saya ada aduan, adalah pada pendapat saya orang bukan islam dinegara ini harus diberitahu bkesan-kesan perundangan terhadap mereka apabila mereka memeluk Islam dan bagaimana keputusan mereka itu memberi kesan kepada keluarga mereka. Itu sahaja…

    akhir sekali, saya tidak menyatakan bahawa orang melayu mendapat keistimewaan 100%. Saya masih berpegang kepada hujah bahawa polemik perkauman adalah sesuat yang tidak bermakna, malah tidak realistik, kerana yang ditindas dinegara ini bukan sahaja bukan bumi, tetapi bumi juga. Kerana seperti kata saudara kita sama-sama dirompak oleh kroni-kroni yang berbilang bangsa.

    Saya bersetuju dengan saudara bahawa formula yang telah digunakan sehingga hari ini telah gagal, dan masalahnya adalah dengan kerjaan yang sedia ada.

  7. saya bersetuju dgn anda .. Maka dapat saya ruuskan di sini,
    pertamanya kita bersihkan kerjaan ini dahulu, itu asas yang paling utama. Apabila kerajaan ini telah bersih, maka HAK SAMA RATA yang saudara nyatakan tadi boleh kita mula praktikan..

    Tapi saya hanya dapat bersetuju setakat hak yang saudara nyatkan itu.. tetapi sekiranya melangkaui soal agama, bahasa dan perkara yang sangat sesitif ,saya masih blm nmpk bagaimana caranya.

  8. saya bersetuju dgn anda .. Maka dapat saya rumuskan di sini,
    pertamanya kita bersihkan kerjaan ini dahulu, itu asas yang paling utama. Apabila kerajaan ini telah bersih, maka HAK SAMA RATA yang saudara nyatakan tadi boleh kita mula praktikan..

    Tapi saya hanya dapat bersetuju setakat hak yang saudara nyatkan itu.. tetapi sekiranya melangkaui soal agama, bahasa dan perkara yang sangat sesitif ,saya masih blm nmpk bagaimana caranya.

  9. Apa yang saya perhatikan disini adalah debat seorang Melayu yang mungkin kuat pegangan Islamnya dengan seorang Punjabi yang tebal semangat nasionalismenya. Apa yang membuka mata saya adalah hakikat bahawa terdapatnya orang bukan bumi yang hanya melihat hubungannya dengan Malaysia dan tidak mahu atau tidak tahu atau tidak ingin tahu akan asal-usul nenek moyang mereka.

    Atau mungkin selama ini saya terus menipu diri sendiri dengan melihat orang cina dan india seolah-olah mereka adalah pendatang seperti nenek moyang mereka dahulu. Hakikatnya mereka adalah anak jati Malaysia yang kuat semangat kenegaraanya dan lebih-lebih lagi apabila mereka mengetahui bahawa negara ini telah menerima nenek moyangnya yang telah meninggalkan negara china atau india kerana keadaan yang memaksa dan membina kehidupan dinegara Melayu ini. Malahan nampaknya mereka lebih taat setia terhadap negara kerana sejarah itu. Mereka menggunakan sejarah itu untuk menghargai negara kita dengan sepenuh jiwa dan raga. Sebaliknya mereka yang terpengaruh dengan konsep ketuanan melayu umno menggunakan sejarah itu untuk mengingatkan mereka bahawa mere adalah pendatang dan melayu adalah tuan rumah. Selama ini saya sendiri bersalah kerana mendukung fahaman itu.

    Pada pendapat saya adalah amat tidak adil untuk kita membeda-bedakan orang cina dan india pada hari ini berdasarkan suasana 50 tahun dahulu. Ini adalah sedemikian kerana hakikatnya mereka adalah rakyat Malaysia dan tiada hubungan dengan negara asal nenek moyang mereka. Mereka bukanlah pendatang, mahupun musafir atau apa-apa yang menggambarkan seorang yang dari suatu tempat lain. Mereka adalah seperti kita, mereka bersama kita sama-sama menjadi tuan rumah negara bertuah ini.

    Buat constantine, daripada apa yang saya baca, saya melihat bahawasanya penulis bersetuju dengan soal agama yang saudara timbulkan, isu bahasaa pula nampaknya penulis lebih ekstrem daripada anda kerana mahukan penghapusan sekolah tamil dan cina serta ingin memartabatkan bahasa melayu. tentang perkara yang sangat sensetif, saya rasa itu seumpama dialog yang selalu diutarakan oleh pemimpin umno. Persoalan saya apa yang sensetif? sejak 1969 kita telah ditakutkan dengan isu sensitif 13 Mei, datang 8 Mac 2008 semuanya terkubur sama sekali. Kononya sensetif, saya berasa saudara perlu menghuraikan apa itu isu sanat sensitif.

  10. syabas kepada penulis dan saudara constantine. Alangkah bagus jika pemimpin kita dapat berbincang seperti ini. Saya berasa amat gembira melihat akan perdebatan di blog ini. Sesungguhnya Malaysia bertuah kerana adanya orang muda seperti anda.

  11. kepada gadis80 saya akan menjawab prsolan anda’Persoalan saya apa yang sensetif?’ dlm sedikit masa..

    =) apa pun, saya bukan seorang yang politik perkauman sempit seperti digunakan UMNO bagi meraih simpati rakyat dan mengkhianatinya..

    dlm sedikit masa lagi saya akan cuba menulis berkenaan perkara2 sensetif bagi Orang melayu, sifat orang melayu itu sendiri..

    saya sama sekali tidak menyokong polemik perkauman yang tiada asas. tetapi saya lebih melihat kpd konteks kita sbgai masyarakat malaysia yang berbilang kaum, maka hendak atau tidak pemikiran ala2 perkauman itu pasti ada.

    saya sll berfikir, kenapa kita termasuk saya sendiri tidak boleh membuang sama sekali batasan pemikiran berdasarkan kaum. Satu persolan sahaja yang bermain di fikiran saya, adakan saya pasti apbila saya membuang pemikiran sebegitu, pihak lain akan begitu juga..saya risau apa yang kita bahsakan ini hanya hangat2 tahi ayam..

    cuama yang boleh saya simpulkan disini, saya secara jauh di sudut hati tetap mahukan semua kita di malaysia mendapat layanan secara adil.. tapi saya masih tidak mampu untuk melihat fourmula adil sebagaimana yang ingin kita gunakan..adakah adil itu 50-50..atau adakah adil itu meletakkan sesuatu itu ditempatnya..

    saya membuat analisis mudah berdasarkan teori adil 50-50% .katakan saya telah bekerja di sebuah syarikat selama 50 tahun..dan pada tahun ini bos saya akan memberi bonus kepada pekerja sayarikat sebnayk 6 bulan gaji. tapi katakan ada seorang pemuda baru bekerja di syarikat saya selama 2 minnggu adakah dia juga layak mendapat bonus sebnayak 6 bulan itu? kalau mengikut fourmula 50-50% dia layak. tetapi kalau megikut fourmula yg seblknya itu dia LANGSUNG tidak layak.pasti pekerja2 lama di syrikat itu akan BISING .. =)

    jadi mgkn di masa akan datang kita akan berdiskusi mengenai hal ini dgn lebih panjang dan dalam suasana muhibah dan ingin mencari penyelesaian terbaik mengikut cara kaita..cara org muda .bagi saya ketidaksefahaman itu adaloah BIASA dan SNGT BIASA.. itulah lumrah..To all my friends good luck for ur final exam!!

  12. satu lagi saya minta kepada sesiapa yang ‘berminat’ untuk komen tentang kenyataan raja2 melayu yang menegaskan supaya orng melayu mempertahankan hak-hak mereka di dalam perlembagaan..

    suka saya nyatkan,jika dikaji di dalam perlembagaan antara tugas dan peranan raja-raja melayu itu adalah menjaga hak2 orang melayu dan bumiputera, termasuk hal ehwal agama islam dan sbgainya.

    saya ingin bertanya, adakan kenyataan raja-raja melayu ini dapat dikatakan racist? saya pasti kalau yang bercakap itu org kebanyakkan maka akan dikatakan RACIST. satu lagi sekiranya saya sebagai seorang yang taat akan perintah raja saya, taat kepada perintah ketua negara (YDPA) maka saya akan dikatakan rakyat yang berjiwa negara,sbb ketua negara haruslah dipatuhi arahanya. ini juga diakui oleh sahabat saya datuk harimau =) . kerana beliau juga mengatakan beliau taat kepada YDPA.

    maka persolan saya di sini, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh raja2 melayu itu, (YDPA termasuk raja2 melayu) berkenaan supaya orang melayu membela hak mereka di dalam perlembagaan itu, sekiranya saya tidak ikut perintah raja itu, maka saya dianggap senbagai melanggar perintah raja, perintah YDPA. saya akan dianggap tidak taat kepada ketua negara =) DERHAKA!

    maka disini, dalam soal ini, apa yang saya harus lakukan? membela hak orang melayu sebagaimana disuruh oleh raja2 melayu itu, ATAU buat bodoh jer, sbb nnt org kata saya RACIST =). tapi kalau saya tak ikut perintah, org kata saya tak taat kepada raja, tak taat kepada YDPA sebagai ketua negara =)

    maka saya mohon jawapan daripada sahabat2 yang bijaksana sekalian =) k!

  13. Taat kepada perintah YDPA. sesungguhnya raja-raja Melayu tidak akan berlaku tidak adil terhadap rakyat jelata. Namun ini tidak bermaksud orang bukan Melayu boleh ditindas, kerana YDPA juga bertanggungjawab menjaga hak-hak kaum yang lain. Saya tidak ada sebarang masalah dengan pr.153. Namun saya tidak dapat terima hujahan sosial kontrak. Saya lebih cenderung kepada rasional yang diutarakan oleh Prof. DiRaja Ugku Aziz, bahawa kontrak sosial tidak wujud. Kalau perkara 153 Perlembagaan, ya saya bersetuju, malah saya perjuangkan hak-hak secara terperinci yang disenaraikan dalam pr.153. Saya tidak setuju jika 153 ditafsir luar daripada maksud literalnya. Saya menjunjung perintah / titah YDPA dan saya walaupun bukan Melayu akn pertahankan hak-hak yang tersenarai dibawah pr.153.

  14. http://aliasmohdyusof.blogspot.com/2008/08/asal-usul-kontrak-sosial.html suatu bacaan yang baik berhubung isu kontrak sosial.

  15. Dato Harimau and Constantine, first of all do you both believe that the social contract is applicable to us 3rd or 4th generation M’sians today ?

    From their statement all I can see is the Ruler’s are reinforcing their expensive status/influence on us again.

    Why does the statement have double standards.

    For eg In the case of the Ruler’s it states ‘ special privileges,position,eminence or greatness of the Malay Rulers.
    In the case of Malays it states ‘ special position of Malays ‘
    And in the case of non Malays ( I am unaware if there exists such a religion as ‘non-Muslims’)it states as ‘ genuine interests/rights’ ….why only genuine interests or genuine rights ? Genuine to whom ?

    Are Christians/Hindu’s/Buddhists rights divided into genuine and non genuine ? Are we 2nd class citizens and will forever remain 2nd class citizens ? Does this statement hold good on International Human Rights platforms ? Do you both condone to them ?

    If you want respect you can’t demand for it , it has to be earned. If the Ruler’s can ignore our petition just like that , will/should we respect them ? Haris correct me here , was the King present on that fateful day in the istana when the Rakyat submitted the Bersih petition ?

    Four or five of the Sultans did not even bother to attend the recent Conference ?

    If they are so hell bent on the social contract can’t they be equally respectful of Std and Chartered Bank’s contract ? Double standards ?

    Their statement to me is a chameleon attempt to protect their own interests ?

    The sad part is RPK was so proud of them ?
    Who are we kidding here ? Ourselves ?

  16. Personally, I see the Rulers’ Press Statement as a positive note that reinforces the Federal Constitution and what is enshrined in it for ALL citizens of the nation. We have in our blogs not disputed the Federal Constitution and its original terms; we have not disputed the “special position of the Malays” but what we have questioned is the concept of “Ketuanan Melayu” that politics and the Umnoputras have insidiously paralleled in. We have no fight with Islam being the official religion for ceremonies of state, or Malay being the national language, and I am glad that the statement reinforces their role as head of govt and states and “as a protective umbrella ensuring impartiality among the citizens”.

    However, I felt concerned with the commentators’ postings to that article that seemed to spell “giving up” on the Rulers and our nation. No!! Please do not do that! Please dont give up because of the Zaki appointment. Let the small fight go…but lets press in for the bigger battle!

    Years ago, under a certain tyrant, we turned our faces away when the Rulers constitutional position was attacked. In their press statement today I see them as strongly reinforcing their constitutional position and role and we must see the bigger picture, dont react blindly and cave in but stand strong and support their stand to reinforce their position as Rulers over ALL the citizens of their states and the Agung over the nation. I read this statement as one that establishes the sovereign state and constitutional role of the Malay Rulers ( NOT Malay leaders!) or Council of Rulers.

    I urge our fellow anak bangsa Malaysia to read through the press statement again carefully before losing hope and reacting. Ultimately, remember that our hope lies not in any man, whether he is Badawi, Anwar, RPK, Agung or Sultan…but our hope lies in the Almighty God who has His own timetable and ways. Nothing can ever be hidden from His eyes. Every deed done in darkness will be brought to the light. Have we not been seeing this the past months? Every conspiracy and scheming, God has exposed and overturned… through courageous people He has raised up in this hour…people like RPK, Zaid Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, Karpal Singh, Gobind Deo, Anwar, Guan Eng, Kit Siang and many many more…even ordinary anak2 bangsa Malaysia who are standing up today to make a difference, no matter how small. We must always strive to give our best and leave God to do the rest. He is in absolute sovereign control…and yes, even in the affairs of government. His way! His time! I am hopeful for our beloved nation! Daulat Tuanku! God bless Malaysia.
    I note that they have cautioned ALL quarters who have questioned or disputed “these matters, which formed the primary basis for the formation of Malaysia and are enshrined in the Federal Constitution, (which) had caused provocation and uneasiness among the people.” I see them as being fair in their caution to ALL even in the paragraphs that followed after.

  17. Please read the full text in full and understand the whole scope of the message and not just comment on the section that specify to one particular race.

    “The Conference of Rulers also calls on the Malays to be united to safeguard the privileges, position, eminence and greatness of the Malay Rulers, safeguard Islam, Malay as the national language, AND the genuine interests of the OTHER COMMUNITIES in Malaysia as enshrined in the Federal Constitution. It has to be emphasised that this agenda is more important and foremost than political or factional interests.

    “Non-Malays should not harbour any apprehension or worry over their genuine rights because these rights are guaranteed under the Federal Constitution and provisions of the state constitutions of Malaysia contained in Article 153 of the Federal Constitution.

  18. Was there a “Social Contract”. this has been disputed in other blogs and it is argued that the term “Social Contract” was first coined by Dato Dollah Ahmad or Dato Kok Lanas (DKL)as he is often referred to. Prof Ungku Aziz has also disputed this. Prof M. Puthucherry has also questioned the usage of this term.

    In this context, how do we interprete the Statement by the Council of Rulers? I would postulate, and you have alluded to this in your postings, that it is to restore some sanity and calm to the current bewilderment and fear among the Non-Malay citizens as to their rights as enshrined in the Federal Constitution. Their Highnesses want all of us to recognise that they are genuinely concerned and aware of the issues that trouble the citizenry of this country and they will uphold the Constitutional rights of ALL citizens, irrespective of race or creed.
    i believe the Statement is also a warning to those who would use race and religion to subvert this nation. If my reading is right, then we can to some extent feel some relief but our fight is still not over as the political frenzy is still roiling!

  19. bagi saya ia mudah. Setiap kaum haknya sudah ada dlm perlembagaan. so u jaga ia baik2. sifir mudah. Raja-raja melayu pun kenyataan itu cuma menjelskan dan mengigatkan kita sahaja.Sbb adanya puak2 tertentu sudah mula bermain dgn isu ini.anda pun sudah tahu siapa ‘puak’ itu.

    dlm perlembagaan hak semua kaum sudah ada. Raja atau YDPA harus menjaga hak bumi dan bukan bumi. Itu asasnya. Maka setiap kaum, ambil positif kenyataan itu. belalah kaum anda, tp , jangan ‘melampaui’ batas2 dan ‘norm’ kita.

    rasanya kita semua faham akan asas ini, tp semenjak 2 menjak ni, ada yg cuba ‘test’ law n peruntukkan itu. Terpulanglah kpa anda. bagi saya secara peribadi mudah, saya harus jaga keamanan yg sedia ada ini, dan baiki mana yg boleh dibaiki, sama ada dr segi ketidak adilan dan sebagainya. soal kepuasan hati sngt subjektif. terpulang kepada anda, Anda rakyat malaysia sudah faham ‘adat’ kita di sini. Bak kata orang, peha kiri dicubit, peha kanan pun rasa..kadang2 bukan peha jer, hati pun terasa =)

    akhir kata dari saya, mulalah dgn yg positif, wlpn kita berdangkal pendapat di sini, tapi tekadkan niat kita untuk kebaikan bersama.Bukan untuk menunjukkan siapa yg lebih hebat dan ‘kuat’. ini kerana , walau apa jua yg berlaku, subjeknya adalah kita semua. kalau negara kita aman, kita pun senang dan kehidupan dpt berjalan secara normal..tp kalau asyik nak bertengkarm nak main keris jer, nak sound pasal speaker masjid jer, nak ubah tulisan papan tanda jer, entahlah saya pun tak pasti sampai mana keadaan ini akan bertahan. yang jelas bagi saya perlu ada perubahan, namun bak tarik rambut dlm tepung, tepung tak berselerak, rambut tak putus. jngn tepung natah kemana, rambut dan putus =)

    Peace!!

  20. Its like you readd my mind! Yoou seem to know a loot about this, like you wrote tthe
    bok in it oor something. I think that youu can doo with some pics to ddrive
    the message home a little bit, but instead of
    that, thus is wonderful blog. A great read. I will definitely be
    back.

  21. Hello there Google performs fine to me however your site is starting slowly which actually went on about a minute to finally load up, I’m not sure whether or not it’s my own problem or your website
    issue. However , I appreciate you for creating marvelous article.
    I’m assuming it really has already been beneficial to lots of people who came on this page.
    I really hope I’ll be able to get a lot more amazing stuff and I really should compliment by telling you’ve done awesome
    work. I already have you saved to bookmarks to see new stuff you post.

  22. I don’t know whether or not it’s me or your web page but it is starting slowly ,
    it took me for a few moments to successfully load and yet twitter operates totally
    . Anyway, Thank you for placing a remarkably excellent articles.
    Almost everyone who visited this page really should have
    observed this informative article really useful.
    I really hope I’ll be able to find a lot more incredible stuff and
    I should flatter simply by telling you’ve done fabulous writing.
    I already have your site saved to my bookmarks to see new stuff you publish.

  23. Hey Your main web site loads up incredibly slow if you ask me, I’m not
    sure who’s problem is that however , flickr starts up relatively immediate.
    Well, I appreciate you for creating an extraordinarily beautiful
    articles. Everybody who actually stumbled on this page should have noticed this content incredibly beneficial.
    I really hope I will be able to get more amazing content and I also should
    really complement you simply by stating you’ve done incredible work.
    To get additional information through articles you post,
    I have saved to my bookmarks this web page.

  24. Hello Your main web page starts up incredibly slow in my situation, I don’t know who’s problem
    is that on the other hand twitter and facebook opens up pretty quick.
    However I appreciate you for putting up impressive blog post.
    I’m sure this has already been literally useful to individual who seem to visit here.
    I personally must say that you have done brilliant work with this and additionally expect to find out
    much more brilliant things through you. I
    ‘ve got you book-marked to check new stuff you post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: