Sejarah Pemikiran! Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi, Dan Orde Baru Dunia.

Tajuk buku: Sejarah Pemikiran! Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi, Dan Orde Baru Dunia.
Pengarang: Sulaiman Noordin
Terbitan : Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia

Terlebih dahulu, penulis berterima kasih pada Dr. Aminudin atas keterbukaan beliau untuk berbincang mengenai buku ini. Penulis juga dengan rendah diri mengakui kecetekan ilmu pengetahuan penulis dan tidak selayaknya mengkritik sebuah penulisan. Namum, tujuan penulis adalah untuk mencari kebenaran, jika penulis tersilap alangkah baiknya andainya ada yang membetulkan. Sesungguhnya bertukar – tukar pendapat itu menguntungkan.

Pada bab pertama, saudara Sulaiman Noordin membahaskan soal epistemology. Pertama sekali apabila membicarakan mengenai sumber ilmu (epistemologi), seharusnya wujud kajian dan perbandingan sumber ilmu dahulu sebelum mengkritiknya.

Bagi penulis seharusnya soal epistemology ini dikaji daripada pemikiran Yunani, Kristian, hingga pemikir Islam sebelum meletak sesuatu hukuman bahawa ‘kita benar dan mereka salah’. Hal ini kerana perdebatan mengenai epistemology telah bermula ribuan tahun dahulu dan tiada akhirnya,maka adakah sesuatu yang tidak wajar untuk terlalu drastic menghukum. Bagi itu, di sini penulis ringkaskan beberapa pendapat pemikir mengenai epistemology kerana kita harus melihat kepada apa yang dikatakan dan bukannya siapa yang mengatakanya.

Secara umumnya, pengetahuan (knowledge) adalah sesuatu yang hadir dan terwujud dalam jiwa dan fikiran seseorang disebabkan adanya reaksi & persentuhan dengan objek eksternal dan hubungan dengan lingkungan dan alam sekitarnya(sentiasa berubah). Pengetahuan juga wujud disebabkan sifat semulajadi manusia yng mampu berfikir, memahami dan meramalkan sesuatu perkara. Pengetahuan ini meliputi emosi, tradisi, keterampilan, informasi, akidah, dan fikiran-fikiran serta keyakinan pasti & tetap (istilah Islamnya adalah iman). Keyakinan teehadap hubungan-hubungan khusus antara subjek (yang mengetahui) dan objek (yang diketahui) dimana hubungan ini sama sekali kita tidak ragukan.

Menurut John Dewey, pengetahuan itu hasil drp suatu penelitian & observasi (pemerhatian).Immanuel Kant menyifatkan ilmu sebagai objektif & subjektif. Menurutnya sesuatu dalam pemikiran melalui pancaindera kabur. Bagi pengalaman konsepsi-konsepsi yang berkaitan dengan tempat dan waktu, dan kategori-kategori rasional, serta kemudian memperkenalkannya dalam bentuk yang khusus, partikular, bermakna, dan berhubungan satu sama lain.

Ilmu menurut ahli falsafah Yunani

Sejarah ilmu itu adalah sejarah manusia itu sendiri. Perbahasan mengenai hal ini setidak – tidaknya bermula sejak zaman yunani kuno lagi. Tiga persoalan utama yang menunjangi perbincangan ahli – ahli falsafah Yunani ini adalah aktiviti berfikir, idea, dan ilmu. Dalam membahaskan tiga perkara ini akan membawa pula kepada persoalan berikut: dari manakah datangnya idea? Adakah ia lahir bersama- sama kita? Adakah ia hadir melalui pemerhatian dan renungan ? Bagaimana sesuatu idea itu terbentuk? Hal inilah yang perlu dijawab oleh mereka yang mengkaji epistemology. Namun, sejak dahulu hingga sekarang tidak dapat ditemukan jawapan yang memuaskan keseluruhan persoalan di atas. Dan ironinya, jawapan yang ditemukan itu pastinya akan menimbulkan masalah kepada persoalan ilmu itu semula.

Socrates (470- 399 B.C) menegaskan tanpa ragu masalah ilmulah yang menjadi punca kepada segala jenis masalah. Untuk sampai kepada kebenaran, Socrates menggunakan kaedah menolak semua pemikiran palsu,kemudian menumpukan pengamatan yang teliti hingga menemukan satu keputusan yang universal. Socrates menggunakan pendekatan dialektif dalam pemikiran falsafahnya. Menurutnya ini dapat menjamin pemikiran yang benar.

Plato (428-348 B.C) bersetuju dengan pendapat Socrates. Menurutnya, pengamatan indera tidak dapat memberi ilmu yang sebenar. Baginya manusia dilahirkan bersama – sama dengan ilmu yang benar.

Aristotle (384-322 B.C) berpegang pada pemikiran yang sama. Walaupun dunia pengalaman adalah dunia yang “real”, ilmu yang sebenar itu terdiri daripada pengatahuan kita yang mengetahui sebab- sebab kepada sesuatu kejadian. Untuk sampai tahap ini manusia mesti mengikut satu pola hukum logic dalam pendekat berfikir yang dinamakan syllogism.

semua manusia mati

syukri Supian adalah manusia

maka Syukri Supian mati

Pemahaman Aristotle mengenai ilmu

Pemikiran sebegini besar pengaruhnya pada zaman selepasnya. Pemikiran seumpama ini dikenali sebagai aliran rasionalisme.

Epicurus (341-270 B.C) buat pertama kalinya dalam sejarah pemikir Yunani menyatakan bahawa pancaindera adalah pencirian asas ilmu yang sebenar (true knowledge). Menurutnya, semua ilmu datang dari panca indera dan jika ada kesilapan sekali pun hanyalah kesilapan penilaian ( judgement).

Ilmu menurut pemikir Kristian

St. Augustine (354 – 430 A.D.) membezakan antara idea-idea yang diterima melalui pengalaman dengan yang diterima dari wahyu Tuhan. Menurut Augustine, manusia mempunyai ilmu semula jadi (natural knowledge) tentang “dunia” dirinya sendiri. Untuk orang biasa ilmu sedemikian rupa sudah mencukupi kerana hal-hal yang dibincangkan hanya berhubung dengan alam benda sahaja. Tetapi bagi orang yang yang membicarakan hal-hal ketuhanan dan alam ghaib, mereka memerlukan ilmu wahyu. Yang demikian ilmu wahyu itu lebih tinggi darjatnya. Thomas Aquinas (1225-1274) meletakkan asas kepada falsafah gereja yang mengakui wujud dua bentuk kebenaran (two-fold-truth). Satu kebenaran ialah yang boleh dibuktikan dengan pemikiran logic. Satu peringkat lagi ialah yang dicapai melalui keimanan dan mensifatkan sebagai ilmu yang lahir dari perasaan yang digerakkan oleh Tuhan. Yang dimaksudkan ialah ilmu intuisi, satu bnetuk ilmu yang lebih tinggi tarafnya dari ilmu yang dicapai melalui indera, atau melalui akal ataupun semata-mata melalui iman sahaja. Pengetahuan tentang Tuhan, konsep abadi, tentang Jesus dan beberapa doktrin gereja bukan didapati melalui pemikiran (akal) tetapi melalui ilmu yang lebi tinggi iaitu wahyu.

Daripada perbincangan ringkas itu dapatlah kita simpulkan bahawa tidak semua pemikir Barat sebagaimana yang didakwa saudara Sulaiman Noordin sebagai anti-Tuhan. Untuk menilai (apatah lagi untuk menyangkal) sesuatu teori itu, adalah perlu difahami dahulu sesuatu teori tersebut. Kajian yang bersumberkan bahan sekunder dan tetier akan mengurangkan autoriti sesuatu kajian. Seharusnya saudara Sulaiman Noordin merujuk kepada sumber autoriti (penulis tidak menjumpai buku Das Kapital dan Manifesto Komunis dalam senarai rujukan buku ini). Jadi bagaimana hujahan saudara Sulaiaman Noordin akan menjadi objektif dan impirik? Untuk memahami sesuatu perlakuan, haruslah merujuk pada konteks sejarah.

Karl Marx menyatakan agama itu candu kerana agama (kristian khatolik) digunakan untuk menghegemoni pemikiran masyarakat dan membuatkan mereka tidak mampu berfikir dengan rasional. Maka institusi gereja telah memanipulasi masyarakat untuk mendapatkan kuasa politik dan kekayaan. Pemikiran masyarakat ketika itu bersifat fatalistic. Hal inilah yang menyebabkan Marx melihat agama sebagai perkara yang memundurkan. Adakah kerana beliau athies, maka kita menolak pemikirannya? Marx memperjuangkan nasib buruh dan menentang sistem kapitalisme yang menekan buruh. Marx juga merasa azab penguasaan ekonomi oleh yahudi dan merasakannya sebagai satu ketempangan dalam social,maka Marx keluar dengan ideanya tentang komunisme. Tetapi ironinya, masyarakat Islam yang menerima rahmat Allah dan nikmat iman ini tidak mampu untuk mengadakan alternative lain kepada sistem kapitalisme., malah mengamalkannya! Seharusnya kita malu dengan Marx yang tidak mendapat nikmat iman itu. Di sini saya sertakan sedikit mengenai pemikiran komunisme oleh Frederick Engels yang tidak dibahaskan dalam tulisan saudara Sulaiman Noordin.

Apakah itu komunisme?

Komunisme adalah doktrin mengenai keadaan bagi kemerdekaan proletariat.Proletariat merupakan kelas dalam masyarakat yang hidup hanya dengan menjual tenaga kerjanya dan tidak menarik keuntungan dari mana-mana jenis kapital; kebiluran dan kesengsaraan mereka, hidup dan mati mereka, kewujudan semena-mena mereka bergantung kepada keperluan tenaga pekerja – dan oleh kerana itu, bergantung kepada keadaan perniagaan yang senantiasa berubah, dan ketidak-tentuan persaingan yang tidak terkawal. Proletariat, atau kelas proletariat, merupakan, dalam sekata dua, kelas pekerja abad ke-19.

Bagaimanakah proletariat muncul?

Proletariat menjelma semasa revolusi perindustrian, yang berlaku di England pada hujung abad ke-18, dan yang diulangi di setiap negara bertamadun di seluruh dunia. Revolusi perindustrian ini dijana oleh penciptaan enjin stim, mesin menenun mekanikal dan pelbagai peralatan mekanikal yang lain. Mesin-mesin ini, yang begitu mahal sekali dan, oleh kerana itu, hanya dapat dibeli oleh kapitalis besar, mengubah cara pengeluaran dan mengambil tempat bekas pekerja, kerana mesin-mesin tersebut menghasilkan komoditi yang lebih murah dan lebih baik daripada yang dapat dihasilkan oleh para pekerja dengan roda penenun dan penenun tangan mereka yang tidak memadai. Mesin-mesin tersebut menghadiahkan bidang indutsri ke dalam tangan kapitalis besar dan menghancurkan nilai harta para pekerja (peralatan, alat penenun dan sebagainya). Akibatnya, pihak kapitalis berjaya merangkul kesemuanya dalam tangan mereka dan tidak terdapat apa-apa yang tinggal untuk para pekerja. Ini menandakan pengenalan sistem perkilangan kepada industri tekstil.

Selepas dorongan bagi pengenalan mesin-mesin dan sistem perkilangan diberi, sistem ini menjalar dengan pantas ke setiap bidang indutsri yang lain, khususnya pencetakan buku dan pengecapan kain, pembuatan barangan tembikar, dan indutsri logam.

Pekerjaan-pekerjaan semakin dibahagikan di kalangan individu sehingga pekerja yang dahulunya melaksanakan tugas yang menyeleruh, sekarang hanya melaksanakan sebahagian daripada tugas tersebut. Pembahagian tugas ini membenarkan benda-benda dihasilkan dengan lebih cepat dan lebih murah. Ia mengurangkan aktiviti pekerja kepada gerakan mekanikal senang dan beterusan yang dapat dilaksanakan dengan lebih baik oleh mesin-mesin. Dalam cara ini, segala industri tersebut jatuh, satu demi satu, di bawah kekuasaan stim, mesin-mesin dan sistem perkilangan, seperti yang berlaku kepada penenunan dan penganyaman.

Tetapi, pada masa yang sama, bidang-bidang tersebut turut jatuh ke dalam tangan kapitalis besar, dan para pekerja dilucutkan kebebasan mereka. Lama-kelamaan, bukan sahaja pengilangan tulin bahkan juga kraftangan jatuh ke dalam cengkaman sistem perkilangan, apabila kapitalis besar mengambil tempat tukang mahir kecil dengan mendirikan bengkel-bengkel besar, yang lebih menjimatkan dan membenarkan pembahagian tugas yang lebih terperinci.

Begitulah hampir segala jenis pekerjaan diusahakan di kilang-kilang di setiap negara bertamadun – dan, dalam hampir setiap bidang kerja, kraftangan dan pengeluaran telah dilintasi. Proses ini telah menghancurkan kelas menengah lama pada tahap yang lebih teruk lagi, khususnya tukang kraftangan kecil-kecilan; ia telah mengubah keadaan pekerja secara menyeluruh; dan dua kelas baru telah diwujudkan yang, secara perlahan-lahan, sedang menelan kelas-kelas yang lain. Ini merupakan:

Kelas kapitalis besar yang, di setiap negara bertamadun, memiliki secara eksklusif segala keperluan hidup dan peralatan (mesin-mesin dan kilang-kilang) dan bahan-bahan yang diperlukan untuk penghasilakn keperluan hidup. Ini merupakan kelas borjuas, atau borjuasi.

Kelas yang tidak berharta, yang terpaksa menjual tenaga pekerja mereka kepada borjuasi untuk mendapat, secara berbalas, keperluan hidup untuk kesenangan mereka. Mereka diberikan nama kelas proletariat, atau pendek kata, proletariat.

Penjualan tenaga pekerja proletariat kepada borjuasi ini berlaku di bawah keadaan seperti apa?

Tenaga pekerja merupakan sebuah komoditi, seperti mana-mana komoditi yang lain, dan harganya ditentukan oleh hukum-hukum yang berkaitan dengan komoditi-komoditi yang lain. Di bawah rejim industri besar atau persaingan bebas – seperti yang akan dihuraikan, kedua-dua hal ini sebenarnya hal yang sama – harga sebuah komoditi, para purata, sentiasa sama dengan kos pengeluarannya. Oleh kerana itu, harga tenaga pekerja adalah sama dengan kos penghasilan tenaga pekerja.

Tetapi, kos penghasilan tenaga pekerja terdiri daripada kuantiti keperluan hidup yang diperlukan untuk membolehkan pekerja itu terus bekerja, dan untuk menghalang kelas pekerja daripada pupus. Oleh kerana itu, para pekerja tidak akan mendapat lebih daripada apa yang diperlukan untuk tujuan ini; harga tenaga pekerja, atau gaji, akan (dalam erti kata lain) ditetapkan pada minimum yang paling rendah yang diperlukan untuk pengekalan kehidupan.

Namun, kerana perniagaan kadang-kala lebih baik dan kadang-kala lebih teruk, ia mengikuti dari ini bahawa para pekerja kadang-kala akan mendapat nilai yang lebih dan kadang-kala akan mendapat nilai yang kurang bagi komoditinya. Tetapi, sekali lagi, seperti mana usahawan (pada purata masa baik dan buruk) tidak akan mendapat lebih atau kurang untuk komoditi daripada kosnya, para pekerja juga (pada puratanya) tidak akan mendapat lebih atau kurang daripada minimum.

Hukum gaji ekonomi ini beroperasi dengan semakin tegas semakin industri besar mengambil pemilikan bidang pengeluaran.

Pada muka surat 212 saudara Sulaiman Noordin ada menyatakan mengenai idea – idea palsu dalam ideology sosialisme (Marxisme).

1. sosialisme tidak serius menentang kapitalisme?

Hujahan saudara Sulaiman Noordin sudah tentu boleh dipertikaikan berdasarkan tiadanya kod – kod rujukan. Seharusnya saudara Sulaiman Noordin membandingkan penulisan Antonio Gramsci dalam bukunya

Prison Notebooks. Gramsci adalah pemikir yang dari aliran Marxis yang mengkaji superstruktur dalam system masyarakat yang diketengahkan Marx.Beliau membuat kesimpulan, kapitalisme semakin kuat kerana sistem itu menggunakan hegemoni dan menyebabkan apa yang diperjuangkan oleh kapitalis telah diterima oleh masyarakat global sebagai satu-satunya sistem yang baik. Tiada lagi alternatif kepada sistem kapitalisme. Hegemoni, menggunakan prinsip-prinsip psychological warfare untuk menguasai pemikiran manusia sama ada psy-op di era moden atau klasik. “Selepas pemikiran dikuasai, maka, tangan, kaki dan badan akan menuruti” adalah antara falsafah psychological warfare.

1. sejarah perjuangan manusia bukan sejarah perjuangan kelas?

Sudah tentu hal ini boleh dibahaskan, namun dari segi ilmiah,adalah perlu untuk kita mengkaji terlebih dahulu sebelum menidakkan sesuatu teori. Hal ini kerana teori dan konsep terbuka kepada perbahasan. Saudara Sulaiman Noordin menghujahkan bahawa sejarah adalah pertentangan antara nilai dengan mengemukakan sejarah peyebaran Islam zaman Nabi Muhammad SAW. Namun, tidakkah antara sebab utama mengapa musyrikin Makah enggan menerima Islam kerana bimbangkan kedudukan ekonomi dan jawatan mereka terjejas? Musyrikin makkah tidak dapat menidakkan kebenaran yang di bawa Nabi Muhammad, namun mengapa mereka masih tidak menerimanya? Mengapa Nabi Muhammad SAW menyusun semula ekonomi Madinah dengan mengambil alih tanah pertanian milik Yahudi? Seharusnya analisis ini lebih objektif dan kritis. Apa- apa pun hal ini bergantung kepada school of thought pengkaji dan seharusnya hal ini yang dibahaskan dahulu sebelum terjun kepada kesimpulan.

1. abtrak yang mengelirukan pada muka surat 205.

Rajah dialetik yang dikemukakan oleh saudara Sulaiman Noordin bukan sebagaimana rajah dialetik yang dinyatakan Oleh Karl Marx dan Frederick Engels. Mengapa hal sebegini berlaku? Matlamat akhir komunisme adalah untuk mewujudkan masyarakat classless dan stateless. Bukannya kerajaan ditaktor!

Umumnya, penulis melihat buku ini sekadar menceduk bahan – bahan daripada beberapa buah buku tanpa membahaskannya. Sesungguhnya, tujuan penulis adalah untuk mencari kebenaran. Andainya pandangan penulis ini salah, dengan besar hati dan rendah diri penulis sedia untuk dibetulkan.

12 Responses

  1. Memang buku ni banyak kelemahannya…xsesuai untuk mana2 yg mencari ilmu falsafah yg advance…tapi maybe boleh untuk beginner,bacaan permulaan…walaubagaimanapun,pada aku buku ni terlalu kurang pengkajiannya,bahkan banyak sumber rujukan dari buku2 picisan berbanding buku2 ilmiah..maksudnya,kebanyakan rujukan hanya bersifat telahan dari pengkajian yg terperinci…1 lagi yg aku dapat kesan ialah,kecenderungan si penulis untuk terlalu bersifat emosi berbanding ilmiah..ni yg kekurangan yg besar…maaf kalau cakap,jika diberi 5 bintang untuk penilaian,aku hanya boleh bagi 1 1/2 bintang je…tapi terpulang pada yg lain utk menilai..

  2. buku ni walaupun banyak kelemahan, tapi, sebenarnya boleh mencetus suatu kesedaran baru.
    manusia ni selalu lupa, jadi mereka perlu diingatkan.Syukurlah masih ada makhluk seperti Sulaiman Noordin untuk menulis buku cetusan kesedaran ini. Bermula dengan kesedaran,kita dapat mencari dan mengkaji kekurangan. Seterusnya, dapatlah kita mempertingkatkan mutu presentasi..

  3. juz askin’

    dear writer, what’s your religion?

  4. islam

  5. untuk beginner…bgus untuk student mcm aku… pelajar2 sekolah,cikgu2 sains kt skolah kena bace buku nih.. kite ni memang slalu kena tipu dengan dakyah2 orang yahudi je..

  6. benar Tuan Zainul,
    bagus untuk membaca, namun pembacaan kita harus kritikal, marah kita pada Yahudi, Zionis atau Israel? saya sama sekali tidak menolak dakwaan bahawa Yahudi punya lobi yang besar di dunia kini. namun, untuk pukul rata semuanya – termasuk sosialis, kapitalis, dan apa jua ideologi – sebagai perancangan Yahudi harus diperhalusi semula. agak lemah hujah begitu pd pandangan saya.

    saya adalah seorang anti Zionis dan saya merasakan banyak perang di dunia ini dicipta hasil daripada perancangan jahat termasuklah perang dunia kedua, namun motifnya yang paling jelas adalah ekonomi.

    bgaimana harus kita mendepani cabaran ini? apakah yg ditawarkan oleh pemikir Islam? Buddha? Kristien? Melayu? Cina? India?

    sekadar pandangan.

  7. Saya tak faham mengapa orang Islam… tak, maksud saya ahli akademik tempatan boleh terima teori Orde Baru Dunia (NWO) secara bulat-bulat, malah terdapat kursus ZZZT 2353 yang bincang mengenai NWO. Aduh… sampai si Sarfa pun letak logo anti-NWO kat blog dia… Mungkin korang tertarik kerana teori ini beri justifikasi anti-Yahudi, tapi pernahkah korang pergi “gali” dari mana datangnya teori ini ?

    Sentimen anti-Mason bermula di US sejak penghijrahan orang Eropah secara besar-besaran sejak 1848 selepas Revolusi Eropah 1848. Terbentuk parti “Know-Nothing” yang anti-imigren cuba portraitkan imigren Eropah ni sebagai Freemason yang bermuslihat mendominasi dunia. Malah di Eropah, demi menyekat kemaraan revolusi, Pope Leo XIII mengeluarkan titah “Rerum Novarum” pada 1891 yang mengkritik kedua-dua kapitalisme ddan sosialisme.

    Malah menjelang 1930-an, sentimen anti-perang di US semakin tinggi (orang Amerika amat isolasi pada asalnya), namun president Roosevelt tetap mengalahkan Fascist dan membina institusi dunia UN dan Bretton Woods (IMF dan World Bank). Tujuab Roosevelt sebenarnya adalah untuk menstabilkan kewangan dunia demi menghindari kemelesetan ekonomi yang baru supaya tak lagi satu perang dunia cetuskan. Tapi puak Republikan yang semakin lemah mula menggunakan teori NWO untuk menyerang Demokrat (ps: Republikan sebelum Reagan adalah bersifat isolasi dan anti-perang, tak sama dengan Republikan Bush hari ini). Antara cadangan mereka termasuk — get US out of UN, abolish Federal Reserve, kerana mereka percaya semua itu — UN, IMF… adalah rancangan elit Demokrat untuk gadaikan kedaulatan US untuk kepentingan elit global yang terdiri daripad “Illuminati”.

    Tapi teori NWO sebenarnya tak pernah jadi falsafah mainstream di US, ia lebih sebagai hiburan dan pop culture. NWO menjadi popular apabila novel ‘Illuminatus ! Trilogy” (1967-1975) oleh Shea & Wilson diterbit. Ingat, NOVEL ! Lepas tu, ia dipopularkan lagi perancang TV rancangan Kristian, Pat Robertson melalui bukunya, “The New World Order” (1981). Ingat, TV ! Malah ia dipopularkan lagi oleh Dan Brown melalui novel “Angels and Demons” (2000). Ingat, NOVEL lagi !

    Boleh ke benda novel diambil serius sebagai benda akademik?

    Kalau you anggap saya karut, masih pendukung setia teori NWO, harap anda belilah tiket movie pada 15 Mei, tonton tayangan “Angels and Demons” lakonan Tom Hanks, macam-macam ada — Illuminati, Freemason… you pasti enjoy… tapi ingat, MOVIE !

  8. cato wong.. orang islam ada pegangan dan kepercayaan terhadap ayat suci Al Quran dan juga Hadith Rasulullah.Tugas Rasul adalah untuk memberi peringatan dan prophecy..dah banyak tanda-tanda akhir zaman seperti yang telah diterangkan dalam Hadith telah wujud disekeliling kita. Cuma kita sedar atau tidak sedar sahaja. Jadi perkara ini sekadar nak mengingatkan sekalian umat Islam mahupun manusia yang cuba hendak belajar mengetahui Islam. Bukannya apa,orang Islam itu wajib beriman kepada kitab Allah dan juga Rasul Allah. saya kagum dengan hujah dan wacana cato wong dengan memberikan banyak bukti melalui bacaan yang bagus..tetapi tiadalah yang lebih meyakinkan dan lebih agung dari Ayat Quran dan Hadith Rasul dan perjuangan sejak Nabi Adam hingga Muhammad S.A.W. bagi orang-orang yang beriman. Justeru org-org islam yang ‘real’ akan berpegang teguh kepada dua perkara ini. Dan tanda-tanda itu sudah didepan mata kita..utk mengetahui tanda-tanda itu, belajarlah Islam.

  9. Assalam’alaikom.

    Aku bangga dengan Dr.SN. Sememangnya dia menulis dengan emosinya, yang tersendiri. Maka tulisan hidup dengan niat tulusnya.
    Aku sering berharap agar penulis yang jika tidak setahap Dr.SN, sekurang-kurangnya dapat menghampiri daya upayanya. Berjaya mencetuskan satu kesedaran kepada mereka yang menggelarkan diri sendiri sebagai intelektual!
    Hendaknya adalah selepas ini mereka-mereka yang menulis sambil mengangkat kalam Allah dan Rasul lebih dari segalanya.

  10. buku ni nskrg adalah buku simpanan tetap dan still buku kegemaran sy. byk rahsia yg kita tidak ketahui terbongkar dalam buku ni. means jika mengulas buku ni, skurang-kurangnya kita pernh baca buku ni dan kita tahu isi kandungannya .

  11. baiklah harimau.. bila kita mahu adakan diskusi tentang buku ini?

  12. Buku yang sesuai sebagai permulaan kesedaran tanpa terlalu banyak info bombardment… untuk orang awam bukan pengkaji pemikiran yang tegar. Dalam buku jilid kedua beliau lebih menjurus ke arah sebab utama kepincangan tauhid orang islam akibat penyaringan tanpa kawalan manuskrip yunani dalam baitul hikmah. Beliau hanyalah ingin memberitahu kepentingan AQIDAH terhadap umat islam..kesan2 penakwilan sifat2 Allah terhadap aliran pemikiran dalam Islam dan lain2 isu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: